Anda di halaman 1dari 3

Kenapa kerajaan tak cetak wang untuk atasi impak Covid-19?

Jason Loh
-
June 17, 2020 7:44 PM
Ekoran kesan Covid-19 yang buat julung kalinya melanda dunia, kerajaan di seluruh dunia –
termasuk Malaysia – terpaksa meningkatkan perbelanjaan dengan meminjam atau
mengeluarkan hutang awam. Tetapi adakah ini perlu? Tidak bolehkah kerajaan mencetak
wang untuk diagihkan bagaikan wang dari helikopter agar setiap orang mempunyai wang
untuk berdepan ekonomi sedang merudum?

Meskipun kerajaan boleh mencetak wang, namun tidak bermakna ia boleh berbuat demikian
dengan sewenang-wenangnya.

Pada prinsipnya, mencetak wang untuk meningkatkan perbelanjaan bagi mengelakkan


berhutang tidak wajar dalam keadaan mata wang negara mengalami penyusutan ketara dalam
beberapa tahun kebelakangan ini.

Mencetak wang akan menambah tekanan penyusutan terhadap nilai ringgit kerana pasaran
mata wang asing menjangkakan kerajaan akan mencetak lebih banyak lagi wang pada masa
depan.

Realitinya, mencetak wang akan disusuli lebih banyak pencetakan wang seperti yang berlaku
di Zimbabwe dan Republik Weimar (Jerman) pasca Perang Dunia Pertama.

Oleh itu, kita masih perlu mengeluarkan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) bersama Terbitan
Pelaburan Kerajaan (GII) dan sukuk untuk menampung perbelanjaan pembangunan serta
infrastruktur negara.

Ini bukan saja dapat mengekalkan integriti ringgit, tetapi juga mendorong permintaan baru
daripada pelabur atau pembeli asing. Namun, risikonya ialah pelarian modal atau penjualan
sebelum sekuriti itu tamat tempoh.

Tidak seperti pasaran modal, apabila merujuk pasaran bon kerajaan, ianya dengan mudah
dapat dibeli di pasaran kedua oleh Bank Negara (walaupun terbatas) bersama bank komersial.

Tambahan pula, pencetakan wang harus menjadi pilihan terakhir. Kali terakhir Bank Negara
dikatakan mencetak wang adalah semasa krisis kewangan Asia 1997/98 ketika Danaharta
mengeluarkan bon kupon sifar bertaraf tiga A untuk pelabur institusi seperti Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP), Khazanah, dana pencen dan syarikat insurans yang kemudiannya
ditukar dengan pinjaman tidak berbayar (NPL) daripada bank yang mengambil bahagian.

Namun, terdapat kebimbangan mengenai tahap hutang kerajaan berdasarkan analogi


perbelanjaan “isi rumah”. Dengan kata lain, mereka bimbang beban hutang kerajaan sekarang
akan ditanggung generasi akan datang dalam bentuk cukai lebih tinggi.
Secara umumnya, setiap kerajaan di seluruh dunia, termasuk Malaysia menghidupkan semula
hutang yang lupus dengan menerbitkan hutang baru. Malah, ada juga hutang berterusan
antara 50 hingga 100 tahun.

Malah, semasa kemelesetan ekonomi 2008 yang tidak begitu menjejaskan Malaysia kerana
sistem kewangan kukuh dan stabil berdasarkan nisbah kecukupan modal tinggi, namun defisit
belanjawan negara adalah 7%, bahkan lebih tinggi sebelum itu.

Kerajaan menyasar mengurangkan defisit belanjawan sekitar 3% hingga 3.5% jumlah KDNK
sebelum Covid-19, lantas kita masih memiliki ruang untuk meningkatkan pinjaman kita dan
seterusnya perbelanjaan, sekaligus menggandakan defisit tersebut seperti yang ditegaskan
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Apakah faedah pinjaman kerajaan atau mengeluarkan hutang awam?

Pertama, hutang kerajaan sebenarnya lanjutan daripada dasar monetari kerajaan, iaitu kadar
dasar semalaman (OPR) yang ditetapkan Bank Negara. OPR bertujuan mempengaruhi kadar
faedah pasaran.

Walaupun kadar pulangan MGS tidak mempengaruhi kadar faedah pasaran secara langsung,
namun mereka tetap mempengaruhi harga sekuriti hutang sektor swasta seperti bon korporat
dan pasaran wang.

Seterusnya, ini akan menjadi pertimbangan dalam kunci kira-kira bank dan lantaran itu,
pengiraan kadar asas (BR) digunakan untuk pinjaman.

Kedua, sama seperti bon kerajaan, ia merupakan tempat perlindungan selamat untuk
pelaburan dalam aset berdaulat dan tanpa risiko. Kira-kira 97% hutang negara dalam ringgit,
lantas kemungkinan kerajaan gagal membayar hampir sifar.

Sudah tentu ini menimbulkan persoalan mengenai percetakan wang. Namun, kita tidak perlu
menggunakannya sebagai jalan keluar. Perlu diingatkan, kerajaan akan selalu berada dalam
keadaan terus melanjutkan hutang yang lupus dengan mengeluarkan hutang baru.

Ketiga, keperluan hutang kerajaan dapat dilihat melalui peranan dan nilainya sebagai
penyedia kecairan untuk pasaran kewangan, walaupun secara kitar semula.

Dana yang diperoleh pemiutang sektor swasta melalui suntikan fiskal langsung disedut keluar
daripada ekonomi dan masuk semula ke tabung kerajaan.

Pada masa sama, bon secara automatik menjadi sebahagian sistem kewangan – sedia untuk
diperdagangkan atau digunakan sebagai cagaran untuk pinjaman. Inilah cara kecairan sistem
kewangan dikembangkan.
Oleh itu, hutang kerajaan bertindak dan berfungsi sebagai pendokong kestabilan pasaran
kewangan dengan memastikan kecairan mencukupi tanpa perlu bank pusat melaksanakan
operasi pelonggaran kuantitatif (QE) yang
merupakan penciptaan rizab baru untuk pertukaran aset berkualiti tinggi.

Bank Negara amat berwaspada dan berhati-hati untuk terlibat dalam QE serta pendekatan
sebegini adalah wajar. Dan kerajaan kita menyedari keperluan berhemah dalam perbelanjaan
dan pinjaman, oleh itu siling 55% nisbah hutang-kepada-KDNK disasarkan.

Hutang kerajaan itu sememangnya perlu dan kerajaan tidak akan mempertaruhkan masa
depan kewangan negara dengan mencetak wang sewenang-wenangya dan juga tiada bahaya
“pinjaman berlebihan”.

Tambahan, penting untuk memastikan hutang digunakan bagi hasil produktif yang
mempunyai kesan berlipat ganda, bukan untuk perbelanjaan tidak produktif dalam pembinaan
gajah putih atau projek mega lain yang tidak produktif.

Jason Loh ialah ketua bahagian sosial, perundangan dan hak asasi Emir Research.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/06/17/kenapa-kerajaan-tak-cetak-
wang-untuk-atasi-impak-covid-19/

Anda mungkin juga menyukai