Anda di halaman 1dari 2

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELOR

SMK TAMAN RIA

10 IDEA ICE-BREAKING YANG PRAKTIKAL

Dalam kebanyakan program atau aktiviti kokurikulum, aktiviti pemula adalah penting. Ia
dapat memberikan keseronokan dan merapatkan ukhuwah silaturahim di kalangan peserta.
Dalam kelas pun, aktiviti ice-breaking ini penting untuk membentuk semangat setia kawan
dan kerjasama sesama murid. Tidak kurang juga untuk kursus-kursus PLC, kursus PAK21
PPD dan pelbagai lagi bentuk LDP. Mereka dapat mengenali diri masing-masing dengan
cara yang menyeronokkan. Hasil daripada pembacaan dan kajian saya, ini adalah antara 10
aktiviti menarik yang boleh cikgu-cikgu cuba untuk sebarang program dan aktiviti bersama
murid.

1. Name Game

Dalam kumpulan, setiap ahli menuliskan namanya di atas sekeping potongan kertas.
Namanya didahului dengan satu kata sifat bermula dengan huruf yang sama dengan huruf
pertama pada namanya, dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. Contohnya Cantik
Chitra, Handsome Hairil, Nice Nora dan sebagainya.

2. Tag Nama Kreatif


Setiap ahli kumpulan bebas menggambarkan nama mereka dengan sebarang bentuk
tulisan, lukisan, objek pada tag nama mereka.

3. 2 Truths & A Lie


Setiap ahli kumpulan memikirkan 2 perkara benar dan mencipta satu fakta palsu tentang diri
mereka. Kemudian, ahli-ahli kumpulan cuba meneka yang mana satu benar dan yang mana
satu palsu. 

4. Paired Sharing
Semua bergerak dan memilih seseorang yang paling tidak dikenali atau asing. Setiap orang
mesti mempunyai pasangan. Kemudian, ketua akan mengumumkan satu topik untuk setiap
pasangan bincangkan dan lebih mengenali antara satu sama lain. 

5. Siapa Dia?
Atas sehelai kertas, setiap orang menuliskan satu perkara menarik tentang dirinya dan
memasukkan dalam balang kaca atau kotak. Kemudian, ketua akan mengambil sehelai
kertas secara rawak dan membacakannya. Semua akan cuba meneka siapa pemilik kertas
itu. Jika tiada yang berjaya, pemilik akan memunculkan diri dan mengakui dirinya.
6. Movie Ball
Sebiji bola akan dilantunkan dari seorang ke seorang dan sesiapa yang menangkap atau
terkena bola perlu menamakan satu filem. Masa diberikan hanya 5 saat dan sekiranya
gagal, individu tersebut akan keluar kumpulan. Peserta juga dikira kalah jika mengulangi
nama filem yang telah pun disebutkan dalam pusingan. 

7. Extreme Rock, Paper & Scissors


Permainan osom ini adalah agak klasik. Cumanya, ia dimainkan secara berpasangan. Yang
kalah akan melaung-laung nama yang menang. Yang menang akan menandingi ahli yang
menang dari pasangan lain sehinggalah pada hujungnya hanya terdapat 2 orang peserta
akhi. Anda akan mendengar laungan yang kuat untuk kedua-dua pemain. 

8. Never Have I Ever... (Saya Tidak Pernah...)


Dalam bulatan, setiap ahli menunjukkan 10 jari. Secara berturutan, setiap ahli akan bergilir
menyebut satu perkara yang dirasakan pernah dibuat oleh ahli-ahli lain tetapi tidak diri
sendiri. Contohnya, saya tidak pernah pergi ke Cyber Cafe. Sesiapa yang pernah perlu
menutup satu jari dan tinggal 9. Permainan ini menjadikan ahli-ahli kumpulan lebih
mengenali antara satu sama lain. 

9. Tall Tales 
Setiap ahli dalam bulatan akan memulakan atau menyambung dengan 2 ayat. Selesai ayat
ke-2, ia perlu diakhiri dengan perkataan tiba-tiba....., (kemudian orang seterusnya pula
menyambung). Setelah selesai kesemua giliran, kumpulan itu perlu mengulangi keseluruhan
cerita dan berkongsi dengan kumpulan yang lain. 

10. Word Chains


Ahli pertama akan menyatakan ayat pertama dan orang seterusnya menambah satu
perkataan yang sesuai. Orang itu perlu menyatakan keseluruhan ayat orang pertama dan
perkataan dari dirinya. Orang yang ketiga pula akan menyatakan ayat orang pertama +
perkataan orang kedua + perkataan daripada dirinya. Permainan ini menguji kekuatan
memori ahli dan pasti menyeronokkan.

NOR HAYATI BT AHMED


GBKSM

Anda mungkin juga menyukai