Anda di halaman 1dari 12

Soalan Struktur

F4 BAB 2.2 (NASIONALISME EROPAH)

1. Nasionalisme di Barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap


pemerintahan beraja yang menjadi simbol penindasan yang menggugat hak dan
kebebasan rakyat.kebebasan

(a) Apakah yang anda tahu tentang ‘Pemikiran John Locke’?


- menggubal Bills of Rights
- menghasilkan karya Two Treatises of Government
- menolak konsep pemerintahan berkuasa mutlak
- undang-undang digubal bagi memenuhi hak asasi manusia

(b) Revolusi keagungan


- keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat
- Raja James II membelakangkan parlimen semasa menggubal undang-undang
- Ahli parlimen menentang pemerintahan raja berkuasa mutlak
- Raja James II melarikan diri ke Perancis
- Peralihan kuasa berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah

(c) Revolusi Amerika (Thomas Jefferson)


- merupakan reaksi orang Amerika menentang penjajahan British
- British tidak melindungi hak penduduk Amerika
- Penduduk Amerika menentang akta yang diperkenalkan
- Penduduk tanah jajahan di Amerika melaungkan slogan ‘tiada cukai tanpa
perwakilan’
- pemimpin di tanah jajahan menubuhkan kongres
- kongres meluluskan perisytiharan Kemerdekaan Amerika
- Revolusi Amerika berakhir pada tahun 1783
- British mengakui Kemerdekaan Amerika

(d) Revolusi Perancis


- memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan
- oleh golongan pemikir Perancis seperti Rousseau dan Voltaire
- Rousseau telah menulis ‘The Social Contract’
- Suara rakyat digelar sebagai ‘hasrat umum’
- Golongan revolusi menggempur penjara Bastille, membebaskan tahanan politik
dan seterusnya menggulingkan Raja Louis XVI
- munculnya Republik Perancis yang mengakhiri pemerintahan beraja di Perancis

(e) idea nasionalisme ini memberikan iktibar kepada kita tentang kepentingan ilmu
pengetahuan
untuk meningkatkan kesejahteraan hidup. Beri penjelasan anda.
- bersikap terbuka (kreatif dan inovatif)
- mempunyai jati diri yang kukuh
- menjadi pemimpin berwibawa

F4 BAB7 (SISTEM AHLI)

1. (a) Mengapakah sistem ahli dibentuk


- melatih penduduk tempatan
- menerajui pentadbiran PTM
- mewujudkan perpaduan kaum

(b) Jelaskan ciri-ciri sistem ahli


- ahli bertaraf menteri
- bertanggungjawab menjaga portfolio
- dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British
- mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan jabatan
- ahli di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi
- Sistem kabinet bayangan

( c) Pembentukan Sistem ahli merupakan tapak asas kepada kemerdekaan negara.


Jelaskan pernyataan tersebut.
- menyediakan asas melatih orang tempatan
- ke arah berkerajaan sendiri
- proses memupuk perpaduan kaum
- ahlinya terdiri daripada gabungan pemimpin pelbagai kaum
- kemerdekaan yang diperoleh mendapat sambutan seluruh penduduk PTM
- memberi tempoh kepada British melakukan peralihan pentadbiran

(d) Pada pendapat anda, mengapakah gabungan pelbagai kaum dalam sistem ahli
penting kepada negara kita.
- terdiri daripada pemimpin berbilang kaum
- contohnya, Tunku Abdul Rahman, Thuraisingam dan H.S.Lee
- dapat memastikan kejayaan peralihan pentadbiran selepas kemerdekaan
- perpaduan dapat diwujudkan
- negara dapat ditadbir dengan aman
- semua kaum dapat menerima pembentukan negara dengan baik
- menyokong tindakan kerajaan yang mewakili semua kaum
- kerjasama semua kaum akan menjadikan negara aman dan ekonomi dapat
berkembang baik

(e) maksud sistem ahli


- sistem yang melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran PTM
- latihan berkaitan dengan pentadbiran negeri sebelum British memberi
kemerdekaan

F5 BAB 2.1 (Undang-undang Negeri Melayu)

1. undang-undang yang diamalkan dalam KMM


- hukum kanun melaka
- undang-undang laut melaka

2. undang-undang negeri Melayu yang mewarisi undang-undang KMM


- undang-undang Pahang
- undang-undang kedah

3. Jelaskan Charter of Justice


- undang-undang Inggeris pertama di negara kita
- diperkenalkan di negeri-negeri selat
- melindungi penduduk asal daripada penindasan

4. Mengapakah undang-undang penting dalam pemerintahan sesebuah kerajaan?


- mewujudkan kestabilan politik
- memudahkan mentadbir negara
- memakmurkan ekonomi
- melaksanakan dasar untuk meningkat taraf hidup rakyat
- membentuk kesejahteraan sosial
- memupuk disiplin rakyat

5. undang-undang negeri Melayu


- raja sebagai pemerintah
- rakyat memberikan taat setia
- undang-undang dan sistem pemerintahan ditentukan oleh raja
- undang-undang pada zaman kesultanan melayu melaka
- hukum kanun melaka/ undang-undang laut melaka
- mempengaruhi kandungan undang undang bertulis di negeri melayu lain
- undang-undang kedah/johor/ 99 perak

F5 BAB 6.2 (PEMISAHAN SINGAPURA)

1. Jelaskan faktor politik yang mendorong pemisahan Singapura


- Lee Kuan Yew tidak puas hati peranan Singapura yang terhad
- Konflik pemimpin PAP dengan Perikatan
- Lee Kuan Yew menuntut hak sama rata
- menimbulkan keresahan penduduk
2. Isu/ faktor ekonomi yang menyebabkan pemisahan Singapura
- Singapura mahu pasaran bersama digerakkan
- Singapura tidak puas hati cadangan cukai tambahan kepada kerajaan persekutuan
- singapura mahu mengenakan kadar rendah faedah
- terhadap sebahagian daripada pinjaman
- kerajaan persekutuan meminjam rm 150 juta untuk pembangunan sabah dan
sarawak

3. Tindakan Tunku Abdul Rahman membawa usul pemisahan Singapura ke dalam


parlimen adalah wajar.
Beri ulasan anda.
- menjejaskan kestabilan politik
- singapura membangkitkan sentimen perkauman
- boleh menimbulkan ketegangan
- tidak menghormati Perlembagaan persekutuan
- Kempen Malaysian Malaysia menuntut hak sama rata
- bertentangan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kedudukan
peribumi dan kepentingan sah kaum lain
- ketiadaan semangat kerjasama
- mementingkan kadar faedah pinjaman
- tidak membantu pembangunan Sarawak dan Sabah.

4. Apakah yang akan berlaku sekiranya Tunku Abdul Rahman tidak mengeluarkan
Singapura daripada Malaysia?
- Rusuhan kaum berlaku
- Rakyat akan bermusuhan antara satu sama lain
- Menyebabkan pelbagai kaum hilang keyakinan sesama mereka
- kehidupan rakyat terancam
- negara menjadi huru-hara
- kerajaan sukar melaksanakan program pembangunan
- ekonomi negara akan terbantut
- terutamanya dalam bidang pertanian dan perindustrian

SOALAN ESEI

F4 BAB 4 ( PENYERAHAN SARAWAK KEPADA BRITISH)

1. faktor penyerahan sarawak kepada British


- masalah pewarisan takhta
- Vyner Brooke tidak mempunyai anak lelaki
- semakin tua
- enggan melantik anak saudaranya Anthony Brooke untuk menggantikannya
- Desakan kerajaan British
- British mahu menguasai kekayaan ekonomi
- menjaga kepentingan pelaburan British di Sarawak
- Pejabat tanah jajahan British mengutus surat kepada Vyner Brooke
- Vyner Brooke bersetuju menyerahkan Sarawak kepada British
- Masalah kewangan
- Vyner Brooke tidak mampu untuk memulihkan Sarawak selepas PDII
- ekonomi sarawak terjejas
- lombong minyak musnah
- kemudahan pendidikan perlu diperbaiki

2. Penyerahan Sarawak kepada British


- Pejabat Tanah Jajahan mengutus surah kepada Vyner Brooke
- Meminta beliau menandatangani surat perjanjian dengan George Henry Hall
- Vyner Brooke bersetuju menyerahkan Sarawak kepada British
- Vyner brooke menghantar setiausaha peribadinya, Mac Bryan
- untuk mendapatkan persetujuan daripada ketua tempatan
- Mac Bryan pulang ke England bersama-sama dengan dokumen yang
ditandatangani ketua tempatan Sarawak
- Penyerahan dibuat tanpa pengetahuan rakyat Sarawak
- Kerajaan British mengarahkan Vyner Brooke supaya mendapatkan kelulusan
Majlis Negeri
- dan persetujuan rakyat Sarawak
- Kerjaan British menghantar dua orang ahli parlimen
- Gammans/Ress William
- Hasil tinjauan mendapati sebahagian besar peribumi menentang penyerahan
Sarawak
- Orang Cina menyokong penyerahan Sarawak
- Terdapat penduduk Sarawak yang tidak memahami maksud penyerahan Sarawak
- Laporan Gammans dan Rees Williams dibawa ke Majlis Negeri untuk diundi
- Majlis Negeri mengeluarkan Rang Undang-undang penyerahan (Cession Bill)
- taraf Sarawak sebagai naungan British dimansuhkan
- Sarawak disahkan sebagai tanah jajahan British
- Hasil penyerahan Sarawak diisytiharkan di Kuching

3. Mengapakan penduduk tempatan menentang?


- tindakan Vyner brooke bertentangan dengan Perlembagaan 1941
- Prinsip kelapan Perlembagaan 1941 mengatakan pemenrintahan sendiri akan
diberikan kepada Sarawak
- Sarawak sepatutnya dibimbing untuk mentadbir negara mereka sendiri
- Vyner Brooke menafikan hak rakyat untuk mendapatkan pemerintahan sendiri
- Vyner Brooke mengetepikan surat wasiat Charles Brooke
- Vyner brooke membuat keputusan tanpa berbincang
- Dengan Raja Muda
- Mac Bryan menggunakan muslihat
- desakan untuk mendapatkan persetujuan ketua tempatan

4. Bentuk penentangan rakyat tempatan


- mengadakan persidangan (1 Julai)
- contohnya, pertubuhan yang menyertai persidangan PMM, BPS dan PKMS
- mengadakan demonstrasi (ketika kedatangan Gabenor pertama )
- meletakkan jawatan beramai-ramai ( pekeliling No.9/1946)
- 409 orang kakitangan kerajaan meletakkan jawatan
- bantahan golongan wanita ( Cikgu lily) - mengadakan kempen kesedaran
- menggunakan akhbar (utusan Sarawak)
- menyebarkan tentangan mereka terhadap penyerahan Sarawak
- menulis surat bantahan (BPS)
- menubuhkan kumpulan Rukun 13
- menghapuskan pegawai tinggi British di Sibu, Sarawak
- Satu mesyuarat sulit diadakan untuk membunuh Duncan Stewart

5. wajarkan tindakan Rosli Dhoby membunuh Duncan Stewart?


- wajar
- melambangkan keberanian perjuangan masyarakat tempatan
- tidak takut dengan penjajah British
- Rakyat Sarawak benar-benar mahu mendapatkan kemerdekaan
- setelah pelbagai strategi tidak mendatangkan hasil
- menyemarakan semangat penduduk Sarawak agar jangan meneyah
- supaya lebih ramai yang akan berani ke hadapan
- mempertahankan Sarawak daripada diserahkan kepada British
- kedaulatan Sarawak dapat dikekalkan

F4 BAB10 (KEMERDEKAAN)

1. kesan kemerdekaan dari aspek :


i. politik
politik peringkat negara:
F1: pengamalan sistem raja berperlembagaan
H1: YDPA menjadi ketua utama negara

F2: Demokrasi berparlimen


H1: rakyat mempunyai kuasa memilih kerajaan
H2: pelaksanaan pilihan raya memberi rakyat hak bersuara
H3: memilih wakil menentukan hala tuju masa depan
h4: Parlimen berkuasa menggubal undang-undang pada peringkat persekutuan
h5: Dewan undangan negeri berkuasa menggubal undang-undang negeri
h6: menjadikan undang-undang lebih berkesan
h7: mampu memakmurkan negara
F3: Pentadbiran negara
H1: Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Perdana Menteri
H2: mengekalkan ahli kabinet yang ada
H3: melantik Dato abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri
H4: PTM mempunyai seorang Menteri Luar buat kali pertama
H5: tanda kebebasan negara menjalankan dasar luar negara
H6: disandang oleh Tunku abdul Rahman

F4: Cabaran Kerajaan Persekutuan


H1: menggantikan pegawai eropah dengan rakyat tempatan
H2: bidang profesional/pertahanan
H3: Tunku Abdul Rahman memberikan komitmen tinggi
H4: melaksanakan penggantian ini secara berperingkat
H5: melantik rakyat tempatan dalam pelbagai bidang

Politik peringkat antarabangsa


F1: dasar luar
H1: kerajaan mengukuhkan kementerian luar
H2: menghantar pegawai kumpulan pertama ke Britain untuk mendapatkan latihan

F2: Menganggotai Komanwel


H1: PTM diterima untuk menyertai pertubuhan komanwel
H2: Pertubuhan Komanwel bermanfaat untuk merapatkan hubungan
sosioekonomi
H3: menjadi medan mempamerkan komitmen terhadap isu negara anggota

F3: Pertahanan Negara


H1: hubungan baik dengan Britain
H2: memerlukan bantuan daripada Britain melalui perjanjian pertahanan

F4: Penyertaan dalam Blok Sterling


H1: menjadi negara berpendapatan tinggi
H2: hasil getah dan bijih timah nengukuh mata wang Pound Sterling
H3: memperkukuh ekonomi ahlinya

F5: diiktiraf sebagai PBB


H1: negara kita menjadi ahli PBB KE- 82
H2: bendera negara dikibarkan di ibu pejabat PBB di New York
H3: menjunjung prinsip PBB untuk melindungi hak asasi manusia

F6: misi pengaman PBB


h1: negara terlibat dalam misi pasukan PBB di Congo
H2: memperoleh kepercayaan dari PBB
H3: dalam pengurusan konflik antarabangsa

ii. Ekonomi
F1: Rancangan Malaysia Pertama
- bertujuan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara
- beri tumpuan pada sektor luar bandar
- pelbagaikan jenis pertanian agar tidak bergantung pada getah
- menambah peluang pekerjaan untuk kurangkan kemiskinan

F2: FELDA
- memajukan tanah baharu bagi pertanian dan penempatan
- rakyat luar dipindahkan untuk menanam getah
- kemudahan asas disediakan untuk peneroka

F3: Institusi kewangan Tempatan


- Malay National Bank diwujudkan untuk orang Melayu
- Bank Negara beroperasi bagi menggalakkan kestabilan kewangan

F4: Pembangunan luar bandar untuk menyediakan kemudahan asas


- Kementerian pembangunan luar bandar dari segi infrastruktur/sosial/ekonomi
- Majlis pembangunan luar bandar ditubuhkan pada peringkat negeri/daerah
- merancang pelaksanaan projek pembangunan

F5: Pelaksanaan Buku Merah


- mengandungi projek berkaitan dengan kemudahan asas
- rekod pemantauan diletakkan di Bilik Gerakan Kemajuan Negara
- Contoh, Jalan/jambatan

iii. Sosial
F1: pendidikan
- wadah untuk membina bangsa dan negara yang bersatu
- kerajaan mengeluarkan Penyata Rahman Talib
- memberikan penekanan kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
sekolah

F2: Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka


- menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
- Dewan bahasa dan pustaka ditubuhkan pada 22Jun 1956

F3: Jabatan Penerangan


- menyampaikan maklumat tentang peristiwa di dalam/luar negara
- lidah rasmi kerajaan
- menerangkan kepada rakyat berkaitan dengan falsafah
- menjelang kemerdekaan negara merdeka

F4: kesihatan
- pusat kesihatan ditubuhkan untuk meningkatkan sosioekonomi penduduk luar
bandar
- Kementerian kesihatan penting dalam pemulihan isu sosial
- Pembangunan masyarakat demi kesejahteraan rakyat

F5: Kemudahan asas


- kemudahan bekalan elektrik demi keselesaan penduduk
- meningkatkan taraf hidup
- merapatkan jurang antara penduduk luar bandar dengan bandar

F5 BAB 7 ( SUKAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN)

1. Maksud perpaduan kaum


- keadaan rakyat daripada pelbagai etnik, agama dan wilayah
- hidup dengan aman dalam masyarakat yang bersatu

2. Maksud integrasi nasional


- merupakan satu proses dinamik
- hubungan masyarakat antara negeri dan wilayah

3. contoh kejayaan pasukan negara dalam pertandingan sukan peringkat


antarabangsa
- Pasukan badminton Malaysia menjuarai Piala Thomas pada tahun 1967/1992
- kejohanan olahraga paralimpik dunia
- penyertaan pasukan hoki kebangsaan dalam Hoki Piala Dunia 1975

4. bagaimana pengurusan sukan yang cekap dan teratur mampu memberikan


kejayaan dalam bidang sukan di negara kita
- agensi diberi tanggungjawab untuk meningkatkan kecemerlangan sukan
- Majlis sukan Negara
- Penglibatan daripada pelbagai kaum dengan kepakaran masing-masing
- ketokohan pemimpin persatuan sukan
- penglibatan kerabat diraja sebagai penaung
- bekas atlet menjadi pengurus/ jurulatih pasukan

5. Kejayaan atlet telah menyemarakkan semangat perpaduan kaum melalui sukan.


Jelaskan
(sukan sebagai alat perpaduan)
- Percampuran rakan-rakan atlet yang pelbagai bangsa dan kaum di dalam satu
pasukan
- penglibatan pegawai pasukan tanpa mengira kaum dan agama dengan kepakaran
masing-masing
- dasar menggalakan setiap pelajar mengambil satu sukan mampu melibatkan lebih
ramai anak muda terlibat dalam sukan
- tiada lagi kaum dan jantina ditetapkan untuk mana-mana sukan
- kegiatan sukan yang melibatkan pelbagai etnik dapat memupuk semangat
kesukanan yang kuat
- memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat
pelbagai etnik
- Contohnya, sepak takraw
- masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama yang berkongsi minat yang
sama pada setiap perlawanan
- memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa,
budaya dan darjat

6. usaha untuk meningkatkan mutu sukan di negara kita


- memastikan infrastruktur sukan yang lengkap
- penyediaan infrastruktur sukan yang lengkap akan menyumbang kepada
kemajuan sukan negara
- kerajaan boleh bekerjasama dengan syarikat swasta bagi memastikan
infrastruktur sukan dalam komuniti sentiasa ditambah baik dan diselenggara
- mendedahkan atlet-atlet negara di peringkat antarabangsa
- dimulakan sejak usia muda agar mereka tidak mengalami kejutan
- menubuhkan sekolah sukan malaysia bagi mencungkil bakat
- menghasilkan atlet profesional bertaraf antrabangsa
- membina institusi sukan negara khusus untuk sukan tertentu
- menawarkan insentif yang lumayan kepada atlet
- kemenangan dibayar mengikut jumlah pingat

F5 BAB 9 (ASEAN)

1. negara anggota ASEAN


- Singapura
- Thailand
- Indonesia

2. Penglibatan Malaysia dalam ASEAN


F1: Deklarasi zon aman, bebas dan berkecuali
- diumumkan pada tahun 1971 di KL
- malaysia menjalinkan hubungan dengan China
- ASEAN sebagai platform terpenting untuk mengisytiharkan dasar luar negara
peringkat global
- mendapatkan pengiktirafan kuasa besar

F2: Penyelesaian Konflik serantau


- Malaysia terlibat secara aktif dalam konflik politik yang berlaku di Vietnam
- Konflik di Vietnam berkaitan dengan ancaman komunis
- Malaysia menyeru agar kuasa besar tidak campur tangan dalam isu di Vietnam
- Isu di kemboja turut berjaya diselesaikan melalui pilihan raya
- malaysia turut menghantar pasukan pengaman di bawah PBB

F3: Kerjasama ekonomi


- projek industri ASEAN
- projek pengeluaran baja urea
- pengeluaran baja fosfat
- penghasilan serbuk soda di Thailand
- Malaysia menyokong konsep integrasi ekonomi ASEAN
- bagi mewujudkan pasaran tunggal ASEAN yang bebas
- Malaysia menawarkan pemotongan cukai ke atas pelbagai produk keluaran negara
anggota ASEAN
- di bawah SKP

F4: Pendidikan
- melalui penubuhan SEAMEO
- kerjasama dalam bidang pendidikan
- pertukaran pelajar
- penubuhan pusat serantau pendidikan
- Pusat serantau pendidikan untuk Sains dan Matematik di Pulau Pinang

F5: kebudayaan
- festival kebudayaan
- penubuhan tabung kebudayaan ASEAN

F6: Sukan
- Sukan SEA menjalinkan kerjasama dalam sukan

3. usaha dilakukan oleh pemimpin negara ASEAN untuk menjadi pertubuhan


serantau yang berjaya dari segi ekonomi
- menggunakan mata wang yang sama dalam urusan perdagangan
- mengurangkan cukai dan tariff perdagangan
- mempromosikan bahan dagangan keluaran ASEAN secara bersama di peringkat
antrabangsa
- memberi bantuan dalam memajukan infrastruktur negara anggota
- menjalankan R&D secara bnersusun

Anda mungkin juga menyukai