Anda di halaman 1dari 11

Kuliah 3 – Sifat Huruf

Maksud sifat huruf

• Menurut bahasa: keadaan atau rupa sesuatu benda yang dapat


dilihat. Sifat juga membawa maksud tanda-tanda yang umum
untuk mengenali sesuatu. Selain itu, sifat juga merupakan
kelakuan atau tabiat yang dimiliki seseorang.
• Menurut istilah Ilmu Tajwid: cara menekan atau menyekat udara
ketika bunyi huruf dilafazkan, sama ada nyaring, lembut, kuat dan
sebagainya. Oleh itu, kita dapat membezakan sesetengah huruf
yang bersamaan pada makhraj.
Bahagian sifat huruf

• Sifat-sifat berlawanan. Terdapat 5 pasangan.


• Sifat-sifat tunggal. Terdapat 7 sifat bersendirian.
Sifat-sifat berlawanan.
Terdapat 5 pasangan.

• 1. Al-jahru VS Al-hamsu

Al-jahru Menahan nafas. ‫ضلقوربظذغزءجندم‬


‫طيع‬

Al-hamsu Melepaskan nafas. ‫فحثهشخصسكت‬


• 2. Ash-shiddah VS Al-rokhawah
Ash-shiddah Menahan aliran suara serta
‫ءجدقطبكت‬
menyempurnakan
kekuatan tekanan huruf.

Al-rokhawah Mengeluarkan suara beserta


‫خذغحثظفضشوصس‬
huruf keranan tekanan.
‫هزي‬
• At-tawassut (pertengahan)
Sifat huruf antara ash-shiddah dan al-rokhawah. Huruf-hurufnya
adalah:
‫لنعمر‬
• 3. Al-isti’la’ VS Al-istifal
Al-isti’la’ Meninggikan lidah ke
‫خصضغطقظ‬
lelangit.

Al-istifal Merendahkan lidah dari


‫بتعزمنيجودحرفها‬
lelangit.
‫دسلشكء‬
• 4. Al-itbaq VS Al-infitah
Al-itbaq Merapatkan lidah ke ‫صضطظ‬
lelangit secara
bertentangan.
Al-infitah Membuka ruangan antara ‫مناخذوجدسعتفزكءحقل‬
lelangit dan lidah.
‫هشربغثي‬
• 5. Al-izlaq VS Al-ismat
Al-izlaq Menyebut dengan mudah dan
‫بفرمنل‬
lancar dengan menggunakan
hujung lidah atau dua bibir
mulut.
Al-ismat Menahan atau mengawal lidah
‫جزغشساخطصدثق‬
agar tidak terangkat ke atas.
‫تءذوعظهيحضك‬
Sifat-sifat tunggal. Terdapat 7 sifat
bersendirian.

• 1. As-sofir = Bunyi desiran yang kuat keluar di antara hujung gigi atas
dengan lidah. = ‫س ز ص‬
• 2. Al-qalqalah = Bunyi lantunan yang kuat pada huruf yang bertanda
sukun atau memberhentikan bacaan dengan cara menekan dan
melepaskan bunyian pada makhraj huruf tersebut. = ‫ق ط ب ج د‬
• 3. Al-lin = Bunyi lunak atau lembut yang terhasil daripada huruf wau
atau ya berbaris sukun dan sebelum huruf tersebut berbaris di atas. =
‫وي‬
• 4. Al-inhiraf = Membunyikan huruf dengan cara melenturkan lidah
dan melencongkan makhrajnya kepada yang lain. = ‫ل ر‬
• 5. At-takrir = Menyebut huruf dengan cara menggerakkan hujung
lidah berulang-ulang dan bergetar. = ‫ر‬
• 6. At-tafashshi = Berhamburan angin terhasil antara gigi depan dan
lelangit semasa menyebut huruf. = ‫ش‬
• 7. Al-istitolah = Makhraj huruf terhasil daripada di sepanjang tepi
pangkal lidah hingga tepi hujung lidah makhraj huruf lam. = ‫ض‬
Kesimpulan
• Kesemua tujuh belas sifat yang telah dijelaskan boleh
dibahagi kepada dua bahagian:
• Kuat
1. Al-jahru 5. Al-ismat 9. At-takrir

2. Ash-shiddah 6. As-sofir 10. At-tafashshi

3. Al-isti’la’ 7. Al-qalqalah 11. Al-istitolah

4. Al-itbaq 8. Al-inhiraf

• Lemah
1. Al-hamsu 3. Al-istifal 5. Al-izlaq

2. Al-rokhawah 4. Al-infitah 6. Al-lin


Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai