Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Kertas adalah salah satu kegunaan dalam kehidupan seharian manusia. Kertas
dapat dilihat penggunaannya dalam menulis, melukis, mencetak dan juga sebagai
pembalut barang. Bahan dan cara pembuatan kertas juga berlainan mengikut
kegunaannya. Sebagai contoh, dapat kita lihat permukaan kertas untuk melukis, menulis
dan membalut barang adalah berlainan. Walaupun dalam era moden ini, pelbagai
teknologi dan aplikasi seperti  email  dapat mengantikan kertas untuk menulis namun
tidak dapat dinafikan kertas masih lagi penting. Hal ini kerana dapat dilihat kertas masih
digunakan sebagai resit pembayaran, kotak dan juga beg membeli-belah. Umumnya
kertas diperbuat daripada serat kayu. Oleh itu, banyak pokok telah ditebang setiap tahun
untuk mendapatkan serat kayu tersebut dan akhirnya memberi kesan kepada alam sekitar
seperti banjir dan tanah runtuh.
Kewujudan pokok amat penting dalam keseimbangan kehidupan bukan sahaja kepada
manusia tetapi juga haiwan. Haiwan menjadikan pokok dan hutan sebagai habitat
mereka dan disebabkan musnahnya habitat, mereka hilang tempat tinggal dan memasuki
kawasan manusia.

Sebelum wujudnya kertas, manusia telah menulis atau mencatat di atas permukaan
kulit kayu, kulit haiwan dan batu. Sumber sejarah China purba menyatakan kertas
dicipta oleh seorang sida mahkamah yang bernama Cai Lun dan mempersembahkan
kertas ciptaannya kepada Maharaja Dinasti Han Timur. Pada zaman purba di China,
kertas diperbuat daripada serat rami atau ganja. Serat direndam di dalam air dan
ditumbuk menggunakan sebatang kayu besar. Setelah ditumbuk, serat dituang dalam
acuan yang mempunyai kain tenunan yang longgar bagi membolehkan air menitis keluar
dari bawah kain dan dibiarkan kering untuk menghasilkan kertas. Lama-kelamaan,
pelbagai serat kayu telah dijadikan bahan utama dalam proses penghasilan kertas.
Di sekeliling kita, kertas dilihat bukan sahaja untuk menulis dan mencetak tetapi
juga dalam pembungkusan barang atau makanan. Walau bagaimanapun, penyediaan
kertas secara manual tidak dapat menampung kualiti kertas yang yang diperlukan di
pasaran. Pembuatan kertas dengan bantuan mesin dapat menghasilkan kuantiti kertas
yang lebih banyak dan lebih berkualiti selain ketahanan yang pelbagai mengikut
kegunaannya di pasaran.Seperti pembuatan kertas secara manual, pokok ditebang untuk
diambil serat kayunya. Kulit kayu dibuang dan kayu dipotong secara kecil-kecilan
menjadi serpihan kayu menggunakan mesin. Pulpa diproses oleh mesin-mesin besar
untuk dipotong, dicuci dan dihancurkan. Kemudian, Pulpa kayu dicampurkan dengan
bahan mentah yang seperti jenis serat kayu yang lain untuk menghasilkan kualiti kertas
yang lebih baik. Proses kraft pula, melibatkan pulpa direbus dalam alkali yang kuat
seperti natrium sulfida atau natrium hiroksida untuk menghasilkan serat.
Sebagai kesimpulan, pokok adalah bahan utama dalam pembuatan kertas.
Perbezaan ciri dalam sesuatu pokok memberi kelainan penggunaannya dalam pasaran.
Tidak dapat dinafikan serat kayu mempunyai ketahanan yang kuat dalam menghasilkan
kertas yang berkualiti namun kertas yang diperbuat daripada bahan lain seperti serat
pisang, nanas atau jagung giat dihasilkan bagi mengurangkan kadar penebangan pokok
di hutan. Langkah ini haruslah dipuji bagi memastikan kelestarian alam dapat dicapai
tanpa merendahkan martabat alam itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai