Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN MAJLIS MESYUARAT PENUTUPAN

PRA AUDIT DALAMAN BIL. 1/2023

AGENDA PERKARA

Kata Aluan
Yang Berbahagia…...............PENGARAH IPGKDA
MERANGKAP TIMBALAN WAKIL PENGURUSAN.
Yang dihormati.................TIMBALAN PENGARAH IPGKDA
MERANGKAP PENGERUSI PELAKSANA MS ISO.
Yang dihormati……............TIMBALAN PENGERUSI PASUKAN
PELAKSANA, merangkap Ketua Pegawai Audit Dalaman,
KETUA-KETUA JABATAN, SELAKU
PEMEGANG-PEMEGANG DOKUMEN,Para
AUDITOR dan AUDITI, STAF-STAF
SOKONGAN DAN WARGA DEWAN yang Budiman

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang.......
Awal bismillah pembuka bicara.
Assalammualaikum, salam sejahtera,
dan salam perpaduan...

Selamat Datang ke Majlis Penutupan


Pra Audit
Bilangan 1 Tahun 2023.

Bacaan Doa

Warga Dewan yang dihormati

Tetak buluh panjang sepuluh


Buat menjolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa dipohon mendapat berkat
Dengan itu, majlis menjemput
USTAZ ................ untuk
menyempurnakan bacaan doa.
Dipersilakan.....
******************************************
**********
Terima kasih diucapkan kepada
USTAZ _______________________________
atas bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya
Laporan Ketua Pegawai Audit Dalaman
Agenda kita pada pagi ini diteruskan dengan menjemput...............selaku Ketua
Pegawai Audit Dalaman untuk melaporkan penemuan hasil pengauditan
MS ISO. Dipersilakan dengan hormatnya
*************************************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ........... di atas laporan yang
dibentangkan sebentar tadi.
Bersama-samalah kita akur dan patuh atas segala teguran seperti kata pepatah
Melayu ada berbunyi;

”siapa yang melupakan tunjuk ajar,


Alamat menjadi fasik dan mungkar”
”siapa yang melupakan tunjuk ajar,
Alamat hidup akan bertengkar”

Ucapan Pengarah

Untuk meneruskanacara kita pada pagi ini majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan ..................(pengarah) untuk menyampaikan ucapan
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada, Yang Berbahagia .............(pengarah) Harapan dan hasrat Tuan Pengarah
haruslah kita ingat.

Kata pepatah Melayu ada berbunyi;


” kalau hendak disayangi orang,
Tunjuk ajar ditimang-timang”
” kalau hendak hidup terpuji ,
Tunjuk ajar pakaian diri”

Penutup

Selesailah sudah majlis kita pada pagi ini.


Majlis merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih,
kepada semua yang hadir.
Akhir kata Hayatilah....
pepatah Melayu ini sebagai renungan,

” Pantang bercakap membuang adap,


Pantang berbual membuang akal,
Pantang berkata nista menista,
Pantang berbisik kurang selidik”
”anak beruk di tepi pantai,
Pandai melompat pandai menari,
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi”

Sekian, terima kasih

Sekian...wabilahhitaufiq walhidayah
asalammualaikum warahmatullah
hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai