Anda di halaman 1dari 3

DEFINISI PEKERJAAN - Bidang Perbidanan dan Sakit Puan (Obstetrik &

Ginekologi)

Pengamal perubatan yang bekerjaya di bidang ini akan memberikan lebih tumpuan
pengkhususan kepada kaum wanita dalam dua bahagian;

1-  Bidang Perbidanan (Obstetrik), yang melibatkan kesihatan wanita yang hamil


dengan membantu mereka agar memahami erti kandungan sihat, cara- cara penjagaan
yang berkesan dan mengenali permasalahan yang mungkin timbul ketika dalam tempoh
kandungan dan selepas bersalin. Ia bertujuan agar ibu-ibu yang diberi perhatian dapat
melalui pengalaman mereka dengan lebih baik, selamat dan mempunyai anak yang
sihat.

2- Bidang Sakit Puan (Ginekologi), yang menjurus kepada kesihatan wanita dari
peringkat umur remaja sehingga ke selepas menopos dalam semua aspek kesihatan
terutamanya yang melibatkan sistem fungsi organ reproduktif untuk membolehkan
mereka mencapai potensi sepenuhnya dalam aspek kesihatan fizikal, mental, seksual
dan sosial.

Namun tugas perkhidmatan di bidang ini sebenarnya tidak hanya terbatas kepada
merawat pesakit sahaja kerana ia juga menjangkau ke aspek perubatan yang lain
seperti menjadi tenaga pengajar kepada pelajar dan pengamal perubatan yang masih di
dalam latihan secara am nya atau khusus dalam bidang ini, melakukan kerja–kerja
penyelidikan bagi mencari langkah yang sesuai untuk memantau dan memastikan tahap
kualiti pekhidmatan yang tinggi dicapai serta  bertanggungjawab ke atas segala
permasalahan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang diberi oleh individu atau
organisasi.

BIDANG TUGAS -

Kesihatan wanita hamil sememangnya perlu dijaga dengan baik bagi memastikan ibu dan

kandungan berada dalam keadaan yang sihat. Oleh itu, pakar sakit puan merupakan doktor

pakar yang bertanggungjawab bagi hal sedemikian.

Ianya memfokuskan kepada bidang obstetrik atau perbidanan yang melibatkan kesihatan wanita

hamil. Hal ini supaya mereka peka tentang cara penjagaan dan mengenali permasalahan yang

mungkin berlaku sepanjang tempoh kehamilan.


Berapa Tahun Yang Diperlukan Untuk Menjadi Pakar Sakit Puan?

Pakar obstetrik dan ginekologi biasanya memerlukan ijazah sarjana muda, ijazah dari
sekolah perubatan, yang mengambil masa 4 tahun untuk disiapkan, dan, 3 hingga 7
tahun dalam program latihan dan residensi. Sekolah perubatan sangat berdaya
saing.

Selepas latihan, anda perlu menyelesaikan peperiksaan PG NEET untuk melakukan


pakar sakit puan obstetrik dan perlu mendapatkan ijazah sarjana di dalamnya. Jumlah ia
akan mengambil masa hampir 7.5 - 8 tahun dalam menjadi pakar sakit puan . UG
(5.5thn) +PG (2) thn.

Apakah yang perlu saya lakukan untuk menjadi pakar sakit puan?

. Dapatkan ijazah MBBS daripada institusi perubatan yang terkenal.


. Tampil ujian kemasukan untuk mengambil kemasukan dalam kursus MD/MS.
. Pilih ginekologi sebagai pengkhususan dalam MD/MS.
. P.G. …
. Doktor Perubatan (MD) dalam Ginekologi & Obstetrik - 3 tahun.
. Sarjana Pembedahan (MS) dalam Ginekologi & Obstetrik - 3 tahun.

Apakah gaji pakar sakit puan?

Pakar Obstetrik dan Ginekologi membuat gaji median sebanyak RM ?


Laluan Kerjaya dalam Bidang Perubatan dan Doktor di Malaysia

Untuk laluan kerjaya doktor seterusnya, setelah menamatkan pengajian selama 5


tahun dalam bidang perubatan, anda perlu berdaftar dengan Malaysian Medical
Council (MMC) untuk mendapatkan Sijil Pendaftaran Sementara. Kemudian anda
perlu menjalankan latihan sebagai Housemanship Officer (HO) di hospital yang
diiktiraf oleh Medical Qualifying Board.

Setelah lulus housemanship, anda perlu berdaftar dengan MMC untuk mendapatkan


sijil kelayakan berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan. Anda perlu berkhidmat selama
minimum 3 tahun sebagai Medical Officer (MO) di hospital kerajaan barulah anda
diiktiraf sebagai doktor perubatan yang bertauliah.

Bagi yang berminat untuk menjadi specialist atau doktor pakar, setelah lengkap anda
berkhidmat lebih dari 3 tahun di hospital kerajaan, anda bolehlah melanjutkan pelajaran
diperingkat master dalam bidang kepakaran yang diingini.

Bukan semua universiti menawarkan bidang kepakaran diperingkat master. Anda perlu
semak semula kos-kos yang ditawarkan di universiti pilihan. Setelah lulus pengajian di
peringkat master, anda perlu bekerja dahulu dalam bidang tersebut minimum 2 tahun,
barulah anda diiktiraf sebagai doktor pakar.

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan, sijil-sijil yang berkaitan,
anda boleh merujuk pada website MMC (http://www.mmc.gov.my/) .

 KERJAYA PAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

A p a i t u   P e r u b a t a n
Satu kerjaya dalam bidang perubatan adalah termasuk penjagaan atau rawatan
bagi sesuatu kesakitan, keuzuran dan kecederaan. 
I n i   a d a l a h   p r o f e s i o n kemanusiaan dan diklasifikasikan sebagai satu profe
sion yang mulia. Doktor memainkan peranan yang penting untuk keperluan hidup manusia
sejagat dalam meningkatkan tahap kesihatan bangsa .
Bidang Perubatan di Malaysia telah berkembang luas kepada banyak
pengkhususan dan sekarang ia telah mencapai lebih dari 40
pengkhususan.Pembahagian tersebut adalah seperti berikut :

 Obstetrik dan Ginekologi


 Fisiologi
 Patologi
 Urologi
 Neorologi
 Urologi
 Anatomi
 Kardiologi
 Andrologi dan kesuburan
 Radiologi 

Anda mungkin juga menyukai