Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN

Kanak-kanak dapat didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun.


Kanak-kanak ialah golongan yang naif, masih muda dan perlu belajar dari kecil sama ada dari
tadika atau sekolah rendah sehingga sekolah menengah dan seterusnya melanjutkan pelajaran
di peringkat yang lebih tinggi iaitu universiti awam atau swasta. Selepas tamat pengajian,
mereka akan masuk dalam dunia pekerjaan dan inilah kitaran hidup seorang kanak-kanak
seperti yang kita tahu.

Walaupun mereka masih kecil dan kelihatan tidak mengetahui apa-apa, percayalah
mereka ialah orang kecil yang bijak dan kreatif. Apabila ditanyakan sesuatu soalan, mereka
akan selalu dapat menjawabnya walaupun mungkin bukan secara teori tetapi mereka jujur
dalam percakapan mereka. Namun, setiap kanak-kanak mempunyai personaliti yang berbeza
antara satu sama lain, ada yang pemberani dan ada juga yang pemalu. Kita sebagai orang
dewasa harus mengakui bahawa setiap kanak-kanak memiliki karakter yang tersendiri dan
juga unik berdasarkan personaliti mereka masing-masing.

Berdasarkan situasi yang dinyatakan, Haikal ialah contoh seorang kanak-kanak yang
pemalu. Persoalannya adalah apakah punca atau faktor yang mendorong sikap pemalu atau
pendiam Haikal? Dan sebagai guru di kelas Haikal, bagaimanakah cara mengatasi atau
menangani sikap pemalu Haikal?

2.0 PUNCA ATAU FAKTOR

Individu kanak-kanak yang bersikap pemalu ini sudah tentu berpunca daripada
pelbagai aspek dan sebab. Sebelum saya membincangkan lebih tentang punca atau faktor
sikap pemalu Haikal, saya akan menerangkan ciri-ciri seorang kanak-kanak yang pemalu atau
pendiam. Individu kanak-kanak yang pemalu selalunya kurang atau tidak mahu bercakap di
dalam kelas tidak kira siapa pun dan hanya bercakap dengan ibu kandungnya sahaja. Anak
yang pemalu juga kebiasaanya tidak suka bersosial dengan kawan-kawannya walaupun dalam
aktiviti berkumpulan di sekolah dan mereka lebih suka bersendirian dan selalunya tidak
mempunyai kawan-kawan yang rapat.

Salah satu punca sikap pemalu Haikal ialah personaliti Haikal sendiri yang lebih
kepada sifat introvert. Seseorang individu yang bersifat introvert lebih fokus kepada dirinya
sendiri. Biasanya, orang-orang yang introvert tidak memerlukan banyak teman atau kenalan

1
kerana mereka lebih suka menyendiri. Hal seperti ini akan menyebabkan Haikal mempunyai
sedikit kesukaran untuk berkomunikasi dengan orang lain. Haikal mungkin akan memerlukan
lebih masa untuk membiasakan diri di tempat atau persekitaran baru berbanding dengan
mereka yang bersikap extrovert. Kemungkinan besar hal seperti ini yang mendorong Haikal
untuk terus menyendiri di dalam kelas kerana lebih selesa bersendirian berbanding bersama
dengan rakan sekelasnya yang lain. Tuntasnya, Haikal bersikap pemalu disebabkan
personalitinya yang introvert.

Seterusnya, Haikal bersikap pemalu disebabkan oleh faktor harga diri. Sekiranya
Haikal menganggap dirinya tidak sebaik orang lain atau rakannya yang lain, dia mungkin
akan mengetepikan keinginannya untuk bergaul dengan yang lain kerana malu dengan
dirinya. Hal ini mungkin juga akan mengurangkan keyakinan diri Haikal sendiri. Apabila
kurangnya keyakinan diri, secara tidak langsung ini akan mendorong seseorang individu itu
mempunyai sikap malu yang lebih mendalam. Oleh itu, keyakinan diri dan harga diri juga
mempengaruhi sikap pemalu Haikal.

Selain itu, Haikal bersikap pemalu mungkin juga disebabkan oleh penjagaan ibu bapa
yang terlalu ketat. Ibu bapa Haikal mungkin juga terlalu mengongkong pergaulan sosial
Haikal sehingga menyebabkan Haikal menghadapi kesukaran untuk bergaul atau
berkomunikasi dengan rakan sekelasnya. Ibu bapa Haikal mungkin juga terlalu menjaga
persekitaran Haikal sehingga pergaulan sosial Haikal amatlah terhad dan mendorong sikap
pemalu dalam diri Haikal kerana kurangnya interaksi dengan orang lain selain daripada ibu
bapanya sendiri.

Kesimpulannya, sikap pemalu Haikal mungin berpunca daripada beberapa perkara


iaitu personaliti Haikal yang introvert, faktor harga diri dan keyakinan diri serta penjagaan
ketat ibu bapa Haikal. Namun, apakah Tindakan atau Langkah yang perlu dilakukan untuk
mengatasi atau menangani sikap pemalu Haikal?

3.0 TINDAKAN ATAU LANGKAH

Berdasarkan perbincangan di atas, Haikal memang seorang yang bersikap pemalu.


Hal ini mungkin berpunca daripada personaliti Haikal yang introvert, pengawasan ibu bapa
yang terlalu ketat atau faktor harga diri dan tahap keyakinan diri Haikal sendiri. Walaupun

2
demikian, sebagai salah seorang guru di kelas Haikal, saya berpendapat bahawa terdapat
beberapa langkah atau cara untuk mengatasi sikap pemalu Haikal.

Pertama sekali, saya sebagai guru Haikal perlu menerima sikap Haikal yang pemalu.
Saya juga haruslah terus menyokong Haikal dengan memberikan kata-kata semangat dan
dorongan sehingga Haikal mulai memberanikan diri untuk keluar dari zon selesanya yang
pemalu. Sebagai contoh, saya akan mengajar Haikal untuk berkomunikasi dengan rakan
sekelasnya dengan memberikan tugasan berkumpulan atau aktiviti secara berkumpulan di
dalam kelas yang membolehkan mereka memberikan idea atau pendapat antara satu sama
lain. Ini akan membantu Haikal untuk menutarakan ideanya kepada rakan-rakanya di kelas.

Selain itu, sebagai guru juga, saya akan berusaha membantu Haikal untuk
mengembangkan kemahiran atau kelebihan dirinya. Sebagai contoh, sekiranya Haikal
seorang yang gemar dan mempunyai bakat dalam seni lukisan, saya akan mengadakan
pertandingan atau ujian melukis di dalam kelas mereka. Ini akan membantu Haikal untuk
meningkatkan keyakinan dirinya dan seterusnya perlahan-lahan mengatasi sikapnya yang
pemalu. Secara ringkasnya, saya akan konsisten untuk fokus pada perkara-perkara yang
Haikal dapat lakukan dengan baik.

Seterusnya, saya juga akan terus berusaha mendengar keluhan atau isi hati Haikal.
Saya akan cuba untuk mengupas sebab pemalu Haikal di dalam kelas dan membantunya
untuk menjadi lebih berani dan percaya diri. Apabila Haikal mulai bercakap sebab sikap
pemalunya, saya sebagai guru akan berusaha menolongnya untuk memperbaiki sebarang
kekurangan dalam kelasnya.

Kesimpulannya, sebagai guru di kelas Haikal, saya akan melakukan beberapa perkara
untuk mengatasi sikap pemalu Haikal iaitu dengan menerima sikap pemalu Haikal, mengajar
Haikal berkomunikasi dengan rakan-rakannya, membantu Haikal mengembangkan
kemahiran atau kelebihan dirinya dan mendengar keluhan Haikal dengan ssabar dan mencari
penyelesaian masalahnya yang tertentu.

3
4.0 KESIMPULAN

Sebagai guru di kelas Haikal, saya mendapati bahawa sikap pemalu Haikal berpunca
daripada beberapa sebab iaitu personaliti Haikal yang introvert, faktor harga diri dan tahap
keyakinan diri yang rendah dan pengawasan atau penjagaan ibu bapa Haikal yang terlalu
ketat. Namun, terdapat juga beberapa cara unutk mengatasi sikap pemalu Haikal sebagai
gurunya di sekolah iaitu menerima sikap pemalu Haikal, mengajar Haikal berkomunikasi
dengan rakan-rakannya, membantu Haikal mengembangkan kemahiran atau kelebihan
dirinya dan mendengar keluhan Haikal dengan konsisten dan menolongnya mencari solusi
untuk setiap persoalannya. Tuntasnya, kanak-kanak yang bersikap pemalu sudah tentu
mempunyai sebabnya yang tersendiri. Saya percaya bahawa bagi menangani sikap pemalu di
kalangan kanak-kanak, semua pihak sepeti ibu bapa, guru di sekolah dan masyakarakat harus
bekerjasama untuk membantu individu kanak-kanak yang bersikap sedemikian.

4
5

Anda mungkin juga menyukai