Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN

PENGHANTARAN PASUKAN KELAB PELAYANG SMK SKUDAI


KE PERTANDINGAN FESTIVAL LAYANG-LAYANG ANTARABANGSA KALI KE 24
BERTEMPAT DI PADANG BOLA MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG
TAHUN 2019

1.0 Pengenalan
Kelab Pelayang SMK Skudai ditubuhkan untuk melahirkan pelajar yang cintakan permainan
tradisional (Wau dan Layang-Layang), berjiwa seni, berdisiplin, berdedikasi, berkepimpinan,
berdaya saing, dan sihat dari segi fizikal dan mental. Festival Layang-Layang Antarabangsa
diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kepentingan pengetahuan kesenian
dan warisan budaya rakyat Malaysia dan menggamit pengalaman bertanding kepada pelajar
sekolah. Tambahan pula, pertandingan ini membolehkan pelajar menunjukkan bakat,
kemahiran dan semangat juang di kalangan pelajar serta memupuk semangat kerjasama
pelajar sebagai kerja sepasukan.

2.0 Matlamat
a. Membuka minda pelajar tentang kepentingan permainan tradisional tidak boleh
dilupakan.
b. Mencungkil bakat seni dan kemahiran pelajar dalam permainan tradisional (wau dan
layang-layang).
c. Memupuk semangat kerjasama pelajar sebagai satu pasukan.

3.0 Tarikh : 27 Februari 2019 – 3 Mac 2019 (Rabu - Ahad)


4.0 Masa : 7.00 pagi – 7.00 malam
5.0 Tempat : Padang Stadium Bola Sepak MPPG

6.0 Senarai Nama Guru Pengiring :


1. En. Ahmad Zainal Bin Mohamad
2. En. Mohd Hishamuddin Bin Che Seman
7.0 Senarai Nama Peserta
Bil Nama Kad Pengenalan Tingkatan
1.
2.
3.
4.
5.
6.

8.0 Anggaran Perbelanjaan


Bil Perkara Harga 1 unit Harga
.
1. Wau Bulan Siap Sobek (Hias) 2 unit RM500 RM1000.00
2. Kain Rokaku 10 meter RM50 RM500.00
3. Tangsi 2 Gulung RM25 RM50.00
4. Tali Naylon 2 Gulung RM60 RM120.00
5. Kertas Wau 50 helai RM2 RM100.00
6. Buluh siap raut- Train Kite (2set) RM40 RM80
7. Gam 1 Botol 1liter RM15 RM15.00
8. Cat Pelaka 5 Botol RM25 RM125.00
9. Rod Tetulang Rokaku (2 Set) RM100 RM200.00
10. Gam Gajah 4 botol RM2.50 RM10.00
Jumlah RM2100.00

9.0 Penutup
Kelab Pelayang SMK Skudai mengharapkan agar aktiviti yang dirancang dapat dijalankan
dengan selamat dan sempurna. Kerjasama dari semua pihak amat dihargai agar matlamat
pertandingan ini tercapai.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


……………………………….. …………………………………
( En. Ahmad Zainal Bin Mohamad) (En. Razali Bin Tamadi)
Pengurus Pengetua
Pasukan Kelab Pelayang SMK Skudai SMK Skudai

Anda mungkin juga menyukai