Anda di halaman 1dari 35

Topik  Celik Digital

4
Prof Madya Dr Nantha Kumar Subramaniam
nanthakumar@oum.edu.my

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan maksud celik digital dan beberapa cara anda
boleh meningkatkan kecekapan penggunaan digital;
2. Menerangkan kecekapan yang diperlukan untuk membentuk
celik digital; dan
3. Menerima dan mengaplikasikan kesemua amalan baik dan
perkara-perkara yang dikehendaki dalam setiap kecekapan.

 PENGENALAN

Teknologi komputer dan komunikasi kini menjadi sebahagian


daripada kepentingan dalam kehidupan seharian kita. Kesan
daripada teknologi komputer dan komunikasi telah
mewujudkan dunia digital apabila semua maklumat boleh
didapati dengan hanya sentuhan pada skrin. Sebagai pelajar,
adakah anda cukup yakin untuk berhadapan dengan teknologi
digital dalam pembelajaran? Sebagai pelajar juga, bagaimanakah anda boleh
meningkatkan kecekapan untuk menggunakan teknologi digital dengan cara
yang berkesan?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

Kemajuan komputer dan komunikasi menjadikan perkara di sekeliling kita


bergerak dengan lebih pantas, pintar, saling berhubung dan membawa kepada
penggunaan digital yang semakin meningkat dalam apa-apa jua bidang
(contohnya perniagaan, pendidikan, hiburan dan sebagainya). Yang berikut
adalah video yang memperlihatkan bagaimana teknologi memberi impak pada
kehidupan kita (imbas kod QR di bawah dengan menggunakan telefon pintar
anda ATAU klik pada pautan).

https://www.youtube.com/watch?v=L1Dxq0cOPcs

Anda perlu celik digital atau mempunyai tahap kecekapan yang baik untuk
bertahan dalam dunia digital seperti yang digambarkan dalam video berikut.

https://youtu.be/p2k3C-iB88w

 Istilah celik digital mula-mula diperkenalkan oleh Paul Gilster pada


tahun 1997. Gilster mendefinisikan celik digital sebagai „kebolehan
memahami dan menggunakan maklumat dalam pelbagai format dari
pelbagai sumber yang luas yang dipaparkan melalui penggunaan
komputer‰ (Gilster, 1997).

 Definisi terbaharu „celik digital‰ mempunyai sedikit kelainan berbanding


definisi di atas. Contohnya, Universiti Cornell mendefinisikan celik
digital sebagai „kebolehan untuk mencari, menilai, mengguna, berkongsi
dan menghasilkan kandungan maklumat dengan menggunakan
teknologi dan Internet.‰ (https://digitalliteracy.cornell.edu/).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  69

Terdapat pelbagai definisi tentang celik digital. Sesungguhnya, kesemua definisi ini
menekankan komponen-komponen komputer dan ICT (termasuk Internet) yang
merupakan tulang belakang kepada celik digital. Menurut definisi-definisi ini juga,
celik digital melibatkan kemahiran yang pelbagai. Kemahiran-kemahiran ini
penting untuk berjaya dalam dunia digital. Pelajar yang kurang kemahiran celik
digital mempunyai kelemahan sama seperti mereka yang tidak boleh menulis
atau membaca. Sebagai pelajar, anda telah pun menggunakan teknologi digital
seperti komputer, tablet dan telefon pintar. Malah, anda telah pun mengetahui
cara-cara mengendali dan mencari maklumat di laman web dan berkongsi gambar
di Facebook (yang merupakan salah satu platform media sosial).

Perlu diingati bahawa, celik digital menjangkaui kemahiran-kemahiran asas yang


lain. Istilah „celik‰ bagi digital membawa maksud pembangunan. Oleh itu,
pemahaman tentang celik digital menurut sudut pandangan ini adalah penting
seperti yang dicadangkan dalam kerangka kerja pembangunan celik digital
(digital literacy development framework) oleh Beetham dan Sharpe (2010).
Kerangka kerja ini menerangkan celik digital sebagai „proses pembangunan
melalui kemahiran capaian dan fungsi untuk memperoleh keupayaan dan identiti
di peringkat yang lebih tinggi‰.

Rajah 4.1: Kerangka kerja pembangunan celik digital


menurut Beetham dan Sharpe (2010)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
70  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

Kerangka kerja ini mempunyai empat peringkat. Bahagian bawah hierarki


perlu dicapai terlebih dahulu sebelum seseorang individu dapat pergi ke
peringkat yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, pelajar perlu membina
kemahiran bermula dari bahagian bawah piramid dan kemudian meningkat naik
sehingga ke puncak. Anda juga boleh menganggap model pembangunan ini
seperti model „Hierarki Keperluan‰ Maslow.

Celik digital adalah keupayaan yang diperlukan untuk menjadikan seseorang


individu bertanggungjawab dan bersama-sama mengambil bahagian dalam
masyarakat digital. Celik digital tidak bergantung pada satu kecekapan sahaja;
malah, terdiri daripada beberapa set kecekapan seperti yang disenaraikan
di bawah (ulasan Llida, 2009):

(a) Celik ICT (termasuk celik komputer);

(b) Celik maklumat;

(c) Pembelajaran ditingkatkan dengan teknologi (seperti pembelajaran digital/


e-pembelajaran); dan

(d) Celik media.

Kesemua kecekapan ini akan membantu anda untuk menuju ke peringkat yang
lebih tinggi dalam kerangka kerja pembangunan celik digital (rujuk Rajah 4.1).

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Nyatakan maksud celik digital.

2. Apakah komponen-komponen yang membentuk celik digital?

3. Terangkan kesemua peringkat dalam kerangka kerja pembangunan


celik digital menurut Beetham dan Sharpe (2010).

Mari kita lihat dengan lebih lanjut kekecapan-kecekapan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  71

4.1 LITERASI ICT


Pernahkah anda mendengar istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(Information and Communication Technology, ICT)? ICT mewakili pengumpulan
pelbagai aktiviti dan teknologi yang merangkumi gabungan IT dan teknologi
komunikasi (ets.org). Perkakasan, perisian, data dan individu yang
menggunakannya membawa kepada penubuhan sistem ICT. Internet termasuk
dalam teknologi komunikasi. Anda juga perlu mengetahui bahawa komputer dan
ICT ialah dua perkara yang berbeza. Komputer merupakan perkakasan yang pada
kebiasaannya adalah sebahagian daripada sistem ICT.

Ramai yang menyalah anggap bahawa celik komputer dan celik


ICT merupakan dua perkara yang sama. Hakikatnya, celik
komputer bermaksud kebolehan individu menggunakan peranti
maklumat digital dan perisian. Sebaliknya, celik maklumat
merujuk kepada kebolehan individu untuk mencari dan menilai sumber bagi
mendapatkan maklumat yang berkualiti. Oleh itu, celik komputer ialah subset
kepada kecekapan ICT (Bruce, 1998).

Rajah 4.2: Komponen-komponen komputer

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

Anda boleh rujuk di https://view.genial.ly/5c19d9c407be570d177a727e untuk


mendapatkan penerangan bagi setiap komponen.

Dengan cara ini, adakah anda merasakan pengetahuan anda tentang cara-cara
komputer berfungsi telah cukup untuk menjadikan anda celik ICT?

Sekarang, mari kita lihat definisi celik ICT.

Celik ICT adalah kebolehan menggunakan alat digital, teknologi dan/atau


rangkaian untuk mencapai, mengurus, menilai dan menghasilkan
maklumat untuk berfungsi dalam masyarakat yang berpengetahuan
(International ICT Literacy Panel, 2007).

Keperluan untuk memperoleh maklumat melalui aplikasi teknologi dan


memanfaatkan penggunaan maklumat, akan melahirkan konsep celik ICT.
Menggunakan Internet dan aplikasinya seperti e-mel, dan World Wide Web
(WWW) terutamanya untuk memperoleh dan menyebarkan maklumat
merupakan antara komponen celik ICT (Oliver & Towers, 2000). Mencapai,
mengurus, mengintegrasikan, menilai dan mencipta maklumat adalah LIMA
komponen utama bagi celik ICT. Semua komponen ini penting kepada kita untuk
berfungsi dengan berkesan dalam masyarakat yang berpengetahuan (Rajah 4.3).

Rajah 4.3: LIMA komponen celik ICT dalam masyarakat berpengetahuan


Sumber: Digital Transformation A Framework for ICT Literacy,
A Report of the International ICT Literacy Panel

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  73

Kelima-lima komponen ini mewakili pelbagai kemahiran dan ilmu. Komponen-


komponen ini dibentangkan mengikut turutan bagi memperoleh peningkatan
kognitif yang lebih kompleks. LIMA komponen ini diterangkan seperti yang
berikut:

(a) Mencapai ă mengetahui tentang dan bagaimana untuk mencapai dan/atau


mengumpul maklumat.

(b) Mengurus ă mengaplikasikan skim aturan atau pengkelasan.

(c) Mengintegrasikan ă mentafsir dan mempersembahkan maklumat


melibatkan perbandingan, ringkasan dan perbezaan.

(d) Menilai ă membuat keputusan tentang kualiti, kegunaan, kaitan ataupun


keberkesanan maklumat.

(e) Mencipta ă menjana maklumat dengan menyesuai, mereka bentuk,


mengaplikasi, mencipta ataupun mengarang maklumat.

Komponen dalam Rajah 4.3 merupakan tugasan asas yang membawa kepada
celik ICT. Panel Celik ICT Antarabangsa (International ICT Literacy Panel ) telah
mengembangkan lagi model tersebut kepada celik ICT yang lebih kompleks
seperti yang terdapat di dalam Rajah 4.4. Rajah 4.4 menggambarkan kemahiran
dan ilmu asas celik ICT melibatkan tiga kecekapan: ICT, kognitif dan teknikal.

Rajah 4.4: Asas kemahiran dan ilmu untuk membentuk celik ICT
Sumber: Digital Transformation A Framework for ICT Literacy,
A Report of the International ICT Literacy Panel

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

TIGA kecekapan tersebut diterangkan seperti yang berikut:

(a) Kecekapan Kognitif ă kemahiran asas diperlukan di sekolah, di rumah dan


di tempat kerja. Penyelesaian masalah dan numerasi adalah contoh bagi
kecekapan kognitif. Sebagai pelajar pengajian tinggi, perolehan ilmu dalam
bidang yang anda pelajari juga merupakan kecekapan kognitif.

(b) Kecekapan Teknikal ă asas kepada celik digital. Kecekapan ini terdiri
daripada asas pengetahuan perkakasan, rangkaian, perisian dan komponen-
komponen yang terdapat pada komputer. Sebagai pelajar, anda perlu
mengetahui sekurang-kurangnya kecekapan penggunanan komputer
seperti yang berikut:

1. Kemahiran asas penggunaan komputer. Sila rujuk pautan yang


berikut untuk maklumat lanjut mengenai komputer:
https://en.wikibooks.org/wiki/Computers_for_Beginners/The_
Basics

2. Kecekapan yang baik dalam menggunakan aplikasi perisian yang


berikut:

*Jenis
Tujuan Sumber
Perisian

Microsoft Merupakan https://en.wikibooks.org/wiki/


Word program Computers_for_Beginners/The_Basics
memproses
perkataan yang
membolehkan
pengguna
menaip,
menyunting
dan
menyimpan
dokumen.

Microsoft Perisian yang https://www.tutorialspoint.com/


PowerPoint digunakan powerpoint
untuk
membuat
pembentangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  75

Microsoft Membolehkan https://www.tutorialspoint.com/


Excel pengguna excel/
mengatur,
membuat
format dan
mengira data
menggunakan
formula dalam
sistem
spreadsheet.

* Anda boleh menggunakan aplikasi lain yang sesuai selain daripada


perisian di atas. Terdapat banyak aplikasi sumber terbuka yang boleh
melakukan fungsi yang sama. Pilihan di tangan anda.

(c) Kecekapan ICT ă mengaplikasi dan mengintegrasikan kemahiran teknikal


dan kognitif dalam membentuk kecekapan ICT. Kecekapan ICT juga
membolehkan individu memaksimumkan keupayaan penggunaan
teknologi.

Kecekapan ICT akan mentransformasikan seseorang individu menjadi


lebih inovatif. Pendekatan celik ICT mengandungi kedua-dua kecekapan
kognitif dan teknikal. Sebagai contoh, untuk melakukan tugasan ICT dengan
berjaya, seperti mencari perbandingan amalan pengurusan baik di Internet,
seseorang individu perlu mengaplikasikan kemahiran membaca dan berfikir
secara kritis (kognitif) dan kemudian boleh mencapai maklumat
menggunakan enjin pencarian seperti Google, yang merupakan cara
penggunaan komputer (teknikal). Kecekapan kognitif dan teknikal
merupakan domain yang berbeza, namun kedua-duanya penting untuk
menjadikan individu celik ICT. Kedua-dua kecekapan kognitif dan teknikal
merupakan domain yang bebas namun, dengan menggunakan ilmu dan
kemahiran yang berkaitan, ia akan mempengaruhi tahap celik ICT
seseorang.

Individu yang mempunyai tahap kecekapan kognitif yang rendah tetapi ada
kecekapan teknikal yang tinggi dijangka boleh menjalankan tugasan teknikal
seperti yang telah dilatih. Walau bagaimanapun, mereka mungkin tidak
mempunyai kemahiran atau ilmu untuk bekerja dengan aplikasi dan
melaksanakan tugasan dengan pendekatan yang baharu. Berkemungkinan
besar juga, mereka tidak akan mendapat kemahiran tersebut tanpa
bimbingan secara formal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

Sebaliknya, individu yang mempunyai kecekapan kognitif yang tinggi


tetapi kecekapan teknikalnya rendah perlu mendapatkan latihan teknikal
untuk meningkatkan kecekapan ICT; setelah itu barulah dia dapat
memperoleh kemahiran dan ilmu yang baharu pada masa yang singkat dan
secara berdikari.

Adakah anda keliru? Jangan bimbang. Maklumat tentang celik ICT dan
lima komponen celik ICT yang diterangkan sebelum ini terdapat dalam
video berikut dan disertakan dengan contoh.

https://youtu.be/Io2A6dVsHVQ

SEMAK KENDIRI 4.2

1. Nyatakan definisi celik ICT.

2. Apakah LIMA komponen celik ICT?

3. Bezakan kecekapan kognitif, teknikal dan ICT. Bagaimanakah


kecekapan ini dikaitkan dengan celik ICT?

AKTIVITI 4.1

Sebahagian daripada rajah di dalam topik ini mempunyai kod QR yang


membenarkan anda menonton video dan melihat dari sumber-sumber
lain terus-menerus melalui telefon pintar anda. Sekiranya anda masih
belum mencuba lagi, anda digalakkan untuk menerokanya dengan
menggunakan telefon pintar anda. Ingat, percubaan menggunakan
kod QR melalui telefon pintar anda akan menyumbang kepada
kecekapan teknikal untuk memperoleh kemahiran celik ICT.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  77

4.2 CELIK MAKLUMAT


„Maklumat‰ ialah data yang memberi makna. Kamus New Oxford American
Dictionary mendefinisikan maklumat sebagai „fakta yang disedia atau dipelajari
tentang sesuatu atau seseorang‰. Menurut Li (2014):

(a) Maklumat merangkumi domain yang luas: Ruang lingkup maklumat adalah
sangat luas. Maklumat boleh membawa maksud yang berlainan dalam skop
yang berbeza; dan

(b) Maklumat wujud dalam pelbagai bentuk: Maklumat boleh diwakili dengan
kod, warna, peristiwa, fakta, graf, imej, huruf, cahaya, nombor, gambar,
tanda, isyarat, bunyi, statistik, jadual, teks, gelombang dan sebagainya.

Maklumat penting untuk kita mendapatkan pengalaman di dunia. Selain itu,


maklumat juga membentuk kepercayaan peribadi dan pandangan seseorang.
Maklumat boleh didapati daripada pelbagai sudut pandangan yang berbeza,
seperti:

(a) Maklumat sebagai data yang berguna;


(b) Maklumat sebagai pengetahuan yang subjektif;
(c) Maklumat sebagai sumber; dan
(d) Maklumat sebagai komoditi.

Mengapakah Celik Maklumat Penting kepada Anda sebagai Pelajar?


Perhatikan keadaan ini: Membuat penyelidikan dan penambahan bacaan
merupakan perkara penting dalam persekitaran pembelajaran di universiti.
Salah satu halangan utama yang dihadapi oleh pelajar universiti adalah untuk
mendapatkan artikel atau buku yang diperlukan. Kebolehan mencari artikel dan
buku merupakan kemahiran celik maklumat yang penting untuk berhadapan
dengan aktiviti-aktiviti akademik. Anda sudah tentu tahu jawapannya:
manfaatkan perpustakaan di universiti dengan sepenuhnya! Sebelum kita terus
ke subtopik lain, terdapat beberapa persoalan yang perlu ditangani:

(a) Alat manakah yang perlu anda gunakan untuk mengetahui sama ada
perpustakaan tersebut mempunyai artikel-artikel atau buku-buku yang
anda perlukan?

(b) Adakah anda mengetahui kaedah untuk mencari artikel-artikel?

(c) Apakah pilihan lain yang anda ada sekiranya artikel-artikel dan buku-buku
yang anda cari tidak terdapat di perpustakaan?
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
78  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

Sekiranya anda tidak mempunyai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas,


maka, anda perlu meningkatkan tahap celik maklumat anda. Celik maklumat
adalah sejenis kelancaran yang perlu anda kuasai ă bukan sahaja untuk pelajar,
malahan untuk semua orang. Jawatankuasa Presiden Persatuan Perpustakaan
Amerika (Presidential Committee of the American Library Association) (ALA;
http://www.ala.org/) menyatakan „Celik maklumat adalah kemahiran hidup di
zaman maklumat‰ (ALA, 1989). Pernyataan ini menunjukkan kepentingan celik
maklumat pada abad ke-21. Mari kita lihat definisi celik maklumat.

ALA mendefinisikan celik maklumat sebagai „set kebolehan yang diperlukan


oleh individu untuk mengetahui bila maklumat diperlukan dan
berkebolehan untuk mendapat, menilai dan menggunakan maklumat
tersebut dengan berkesan‰ (ALA, 1989).

Celik maklumat bukan sahaja berkaitan dengan maklumat yang dicetak tetapi
juga melalui percakapan, kandungan digital, imej dan data. Anda
berkemungkinan telah menggunakan kemahiran celik maklumat tanpa anda
sedari ă contohnya dengan menyemak ulasan hotel atau ulasan perjalanan di
laman web.

Terdapat LIMA komponen utama celik maklumat iaitu mengenal pasti, mencari,
menilai, mengaplikasi dan memperakui. Video berikut menghuraikan dengan
lebih lanjut komponen-komponen ini berserta contoh.

https://youtu.be/1ronp6Iue9w

Celik maklumat adalah menjangkaui kebolehan meneroka, mencapai, mentafsir,


menganalisis, mengurus, mencipta, berkomunikasi, menyimpan dan berkongsi
maklumat. Malah, celik maklumat melibatkan penggunaan kecekapan, atribut
dan keyakinan yang diperlukan untuk memanfaatkan maklumat dan
mentafsirnya dengan teliti. Celik maklumat melibatkan pemikiran kritis dan
kepekaan, serta dengan pemahaman tentang etika dan isu-isu politik yang
berkaitan dengan penggunaan maklumat tertentu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  79

Celik maklumat membentuk asas pembelajaran sepanjang hayat. Di samping itu,


celik maklumat membolehkan pelajar menguasai kandungan pelajaran,
mempunyai sikap arah-kendiri (self-directed ) dan berupaya mengurus cara
pembelajarannya sendiri. Celik maklumat juga berkaitan dengan kemahiran
teknologi maklumat. Kemahiran teknologi maklumat membolehkan individu
menggunakan komputer, aplikasi, perisian, pangkalan data dan pelbagai
teknologi lain untuk memperoleh berbagai-bagai bahan akademik dan keperluan
kerja untuk mencapai matlamat peribadi. Tambahan pula, individu yang
celik maklumat berkecenderungan untuk meningkatkan beberapa kemahiran
teknologi yang lain. Hal ini kerana aktiviti-aktiviti yang melibatkan celik
maklumat memerlukan pemahaman, pencarian, penilaian dan penggunaan
maklumat yang dapat disempurnakan dengan baik menerusi alat dan aplikasi
teknologi maklumat. Celik maklumat mencetus, mengekal dan melanjutkan
pembelajaran sepanjang hayat menerusi kebolehan memanfaatkan penggunaan
teknologi untuk pembelajaran secara berdikari.

4.2.1 Kerangka Kerja Celik Maklumat


Pada abad ke-21 ini, anda sememangnya perlu meningkatkan tahap celik
maklumat. Semakin hari tidak kira di mana anda berada, sama ada di tempat
kerja, universiti mahupun di rumah, anda perlu memenuhi tuntutan-tuntutan
berikut:

(a) Menentukan tahap maklumat yang diperlukan;

(b) Menilai secara kritis maklumat dan sumber maklumat;

(c) Mencapai maklumat yang diperlukan dengan cekap dan berkesan;

(d) Menggabungkan maklumat yang terpilih sebagai asas pengetahuan anda;

(e) Menggunakan maklumat dengan berkesan untuk menyempurnakan


tugasan atau tujuan tertentu; dan

(f) Menggunakan maklumat secara beretika selaras dengan undang-undang;


dan pada masa yang sama memahami isu-isu ekonomi, perundangan dan
sosial di sekeliling yang berkaitan dengan penggunaan dan capaian
maklumat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

Rajah 4.5: Laman web Internet yang penuh dengan maklumat

Namun, dengan hanya menggunakan maklumat di Internet, tidak menjadikan


anda seorang yang celik maklumat.

Dalam pengajian tinggi, celik maklumat bukan sahaja tentang mempelajari


cara-cara untuk menggunakan enjin carian atau pangkalan data di perpustakaan.
Sebenarnya, Kerangka Kerja Celik Maklumat untuk Pengajian Tinggi (Framework
for Information Literacy for Higher Education) yang dibangunkan oleh Persatuan
Kolej dan Perpustakaan Penyelidikan (Association of College and Research
Libraries) pada tahun 2015 menyenaraikan ENAM kerangka yang bertindak
sebagai pintu gerbang untuk para pelajar memahami, memikirkan dan
mengamalkan kemahiran celik maklumat. Kerangka ini merupakan pintu gerbang
yang kritis yang memerlukan pelajar-pelajar seperti anda untuk membina
kepakaran tersendiri dalam domain pengetahuan atau disiplin ilmu. Yang berikut
disenaraikan ENAM kerangka celik maklumat menurut Persatuan Kolej dan
Perpustakaan Penyelidikan:

(a) Kewibawaan dibina dan bersifat kontekstual;

(b) Penghasilan maklumat sebagai proses;

(c) Maklumat mempunyai nilai;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  81

(d) Penyelidikan sebagai siasatan;

(e) Pengisian ilmiah sebagai perbualan; dan

(f) Pencarian sebagai penerokaan yang strategik.

Setiap konsep ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam video pada halaman
berikut.

https://youtu.be/hbe6xBibOL4

Setiap kerangka mempunyai dua bahagian, iaitu amalan dan kecenderungan ilmu
(knowledge practices and disposition). Amalan ilmu memperlihatkan cara-cara
pelajar meningkatkan kefahaman tentang konsep celik maklumat. Sebaliknya,
kecenderungan ilmu melibatkan dimensi afektif atau penghargaan terhadap
pembelajaran. Yang berikut adalah sumber laman web yang menerangkan amalan
dan kecenderungan ilmu pada setiap kerangka tersebut.

https://view.genial.ly/5bd9148f621f1111d30d1c06

SEMAK KENDIRI 4.3

1. Nyatakan definisi celik maklumat.

2. Terangkan LIMA komponen celik maklumat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

AKTIVITI 4.2

Kenal pasti ENAM kerangka daripada kerangka kerja celik maklumat.

Sebagai pelajar, terangkan bagaimana anda boleh laksanakan kesemua


kerangka ini dengan berkesan dalam pembelajaran anda dengan
mengambil kira amalan dan kecenderungan ilmu.

Kita telah membincangkan konsep-konsep penting celik


digital, ICT dan maklumat. Berehat sebentar sebelum kita
teruskan ke bahagian selanjutnya.

4.3 PEMBELAJARAN DITINGKATKAN DENGAN


TEKNOLOGI (TECHNOLOGY-ENHANCED
LEARNING, TEL)

Rajah 4.6: Perhatikan perbezaan antara pembelajaran di dalam kelas


yang moden dan pembelajaran di dalam kelas waktu dahulu

Pendidikan abad ke-21 banyak melibatkan aplikasi teknologi dalam pengajaran


dan pembelajaran. Pengaruh teknologi terhadap pengajaran dan pembelajaran
adalah luar biasa (lihatlah di sekeliling anda!). Video di bawah akan menerangkan
dengan lebih lanjut cara-cara teknologi membentuk pengajaran dan pembelajaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  83

https://youtu.be/nA1Aqp0sPQo

Pada masa kini, pengajaran banyak disampaikan dalam format digital termasuk
pembelajaran dalam talian melalui laman web/Internet. Open University
Malaysia menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dan
anda sebagai pelajar OUM perlu mempunyai keyakinan dan motivasi untuk
terlibat dalam pembelajaran dalam talian atau kelas dalam talian.

Istilah Pembelajaran Ditingkatkan dengan Teknologi (Technology Enhanced


Learning ă TEL) juga dikenali sebagai pembelajaran digital yang digunakan
untuk menerangkan aplikasi maklumat dan komunikasi dalam persekitaran
pengajaran dan pembelajaran.

TEL dikenali sebagai e-pembelajaran atau pembelajaran digital. Apabila TEL


diaplikasikan di persekitaran laman web, maka, TEL dikenali sebagai
pembelajaran dalam talian. TEL menyediakan peluang pembelajaran tanpa
kekangan masa atau lokasi, menyokong pengalaman pembelajaran yang lebih luas
dan relevan serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengendalikan
pembelajaran mereka sendiri. Kini, TEL disampaikan terutamanya melalui
pembelajaran dalam talian. Penggunaan teknologi memberi nilai tambah kepada
pembelajaran anda dengan membenarkan:

(a) Kesinambungan penyampaian maklumat daripada satu individu kepada


yang lainnya;

(b) Pencapaian sumber maklumat pembelajaran pada bila-bila masa dan di


mana jua;

(c) Lebih banyak pilihan mengikut kelapangan masa, tempat dan kadar
pengajian;

(d) Terdapat pelbagai cara pembelajaran alternatif: pendidikan jarak jauh,


berasaskan kerja, berasaskan sebahagian dan keseluruhan kampus;

(e) Perkongsian ilmu dan pengarang bersama-sama di pelbagai lokasi;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

(f) Peluang merefleksi (reflection) dan merancang pembelajaran peribadi;

(g) Pembelajaran yang lebih aktif melalui teknologi interaktif dan sumber
multimedia;

(h) Penglibatan dalam masyarakat melalui ilmu, pertanyaan dan pembelajaran;


dan

(i) Pembangunan kemahiran untuk hidup dan bekerja dalam era digital.

Rajah 4.7 menunjukkan cara-cara pembangunan pembelajaran teknologi yang


boleh menyokong pelbagai aspek pembelajaran (learning), pengajaran (teaching)
dan penilaian (assessment) melalui TEL. Sebagai pelajar Open University
Malaysia (OUM), anda akan mula mengguna dan mengaplikasikan perkara-
perkara ini.

Rajah 4.7: Perkembangan pembelajaran teknologi


yang menyokong pelbagai aspek pembelajaran
Sumber: https://tel4dt.wordpress.com/2011/11/02/what-is-tel

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  85

Anda perlu berusaha untuk menjadi pelajar yang mampu menggunakan


teknologi dengan berkesan atau e-pelajar di OUM. Kemampuan ini akan
memudahkan anda melakukan perkara-perkara berikut:

(a) Mengambil bahagian dalam pembelajaran digital seperti e-pelajaran


mingguan;

(b) Menggunakan sumber pembelajaran digital seperti video kuliah dan kuiz
dalam talian;

(c) Menggunakan media digital untuk mengambil bahagian dalam perbualan


pembelajaran bersama dengan tenaga pengajar dan rakan sepengajian;

(d) Menggunakan peralatan digital untuk mengatur, merancang dan merefleksi


semula pembelajaran;

(e) Merakam pembelajaran/hasil dan menggunakannya untuk analisis kendiri,


merefleksi kembali dan melihat pencapaian melalui e-portfolio dan blog
pembelajaran;

(f) Menggunakan alat digital untuk mengambil nota, membuat semakan dan
mengulang kaji pelajaran;

(g) Membuat penilaian diri;

(h) Menghantar tugasan anda melalui penyerahan elektronik menggunakan


sistem pengurusan pembelajaran myINSPIRE;

(i) Mengambil bahagian dalam penilaian digital; menerima dan menjawab


persoalan seperti dalam forum langsung;

(j) Mengurus masa dan tugasan pembelajaran; mengurus perhatian,


penglibatan dan motivasi untuk mempelajari dalam tetapan digital;

(k) Bekerjasama dengan pelajar lain dengan menggunakan teknologi digital


yang sesuai; dan

(l) Berkongsi pengetahuan dan kepakaran digital bersama-sama rakan yang


lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

Pembelajaran Ditingkatkan dengan Teknologi adalah


berkaitan dengan celik ICT. Adakah anda tahu sebab-
sebabnya? Lihat kembali Rajah 4.4 sebagai rujukan. Anda
sudah pelajari bahawa celik ICT dipengaruhi oleh kecekapan
kognitif, teknikal dan ICT. Anda perlu mempunyai kecekapan
teknikal yang baik untuk menggunakan komputer dan
mempelajari aplikasinya. Anda perlu menggunakan
kecekapan teknikal untuk mempertingkatkan kecekapan kognitif. Sebagai
contoh, anda mungkin menggunakan sistem forum untuk bertanya soalan
bagi menjawab keraguan anda atau untuk mendapatkan kefahaman tentang
bahan pelajaran. Jika anda mempunyai kecekapan kognitif yang baik tentang
beberapa konsep dalam bahan pelajaran, maka anda boleh membantu rakan
sepengajian dengan terlibat dalam perbincangan. Anda boleh mewujudkan
„komuniti inkuiri‰ atau „komuniti latihan‰ untuk meningkatkan kecekapan
kognitif anda dan rakan sepengajian anda.

4.3.1 Alat yang Digunakan untuk Persekitaran TEL


dalam Konteks OUM
Yang berikut adalah alat-alat utama yang digunakan di OUM untuk menyokong
komponen pembelajaran dalam talian.

Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System, LMS)


Sistem pengurusan pembelajaran (LMS) adalah aplikasi perisian untuk
pentadbiran, dokumentasi, pengesanan, pelaporan dan penyampaian kursus
pembelajaran. LMS boleh diibaratkan sebagai sebuah bekas yang mengandungi
kesemua alatan pengajaran dan pembelajaran di dalamnya. Di OUM, myINSPIRE
LMS (Rajah 4.8) adalah versi yang telah ditambah baik daripada sumber terbuka
Moodle LMS yang digunakan untuk menyokong pengalaman pembelajaran
digital anda. Struktur umum laman kursus myINSPIRE ditunjukkan di dalam
Rajah 4.9.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  87

Rajah 4.8: Laman utama myINSPIRE LMS di OUM (inspire.oum.edu.my)

Rajah 4.9: Struktur laman kursus myINSPIRE

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

Kelebihan disediakan oleh myINSPIRE LMS ditunjukkan di dalam Rajah 4.10.

Rajah 4.10: Kelebihan menggunakan myINSPIRE

Panduan lebih lanjut tentang myINSPIRE terdapat di laman utama myINSPIRE


(misalnya di papan pemuka atau dashboard ).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  89

Forum
Forum adalah „papan‰ perbincangan (discussion board) yang membolehkan
perbualan dalam bentuk mesej yang dikirim (posting). Forum perbincangan
berbentuk hierarki atau berstruktur seperti pokok (tree-like); forum boleh
mengandungi beberapa subforum, dan di setiap subforum mungkin mempunyai
beberapa topik berbeza untuk dibincangkan. Dalam topik forum, setiap
perbincangan baharu yang dibuat atau dimulakan dipanggil jalur (thread ) yang
boleh dijawab oleh orang ramai. Forum berada dalam format tidak segerak iaitu
bukan pada masa sebenar (asynchronous), yang membolehkan pengguna
menyemak dan mengambil bahagian dalam perbincangan mengikut kelapangan
masa mereka. myINSPIRE di OUM mempunyai sistem forum tersendiri yang
boleh anda gunakan untuk berinteraksi bersama rakan sepengajian dan tenaga
pengajar secara dalam talian.

Rajah 4.11: Sistem forum di dalam myINSPIRE LMS, OUM

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

e-buku
Buku elektronik atau e-buku atau eBuku ialah buku yang diterbitkan dan terdapat
dalam bentuk digital, mengandungi teks, imej atau kedua-duanya sekali, boleh
dibaca di paparan panel komputer yang rata atau peranti elektronik yang lain
seperti iPad atau tablet. Di OUM, e-buku disediakan dalam bentuk e-modul
melalui format dokumen mudah alih (portable document format, pdf) dan boleh
dicapai menggunakan pelbagai peranti. E-modul boleh dibaca di dalam talian atau
dimuat turun ke dalam peranti anda untuk dibaca dan dicetak ketika di luar talian
(offline).

Rajah 4.12: E-module boleh dicapai dan dimuat turun daripada myINSPIRE LMS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  91

Video Kuliah
Video kuliah merupakan rakaman kuliah pendidikan dan dimuat naik ke dalam
laman kursus myINSPIRE. Pelajar boleh menonton kuliah secara dalam talian
pada bila-bila masa mengikut kelapangan mereka.

Rajah 4.13: Video kuliah yang disampaikan melalui myINSPIRE LMS, OUM

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

4.3.2 Pembelajaran Bergerak (Mobile Learning )

Rajah 4.14: Pembelajaran secara bergerak menjadi


elemen yang penting dalam pengajian tinggi

Istilah „M-pembelajaran dan „Pembelajaran Bergerak‰ merujuk kepada


pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih. Akhir-akhir
ini, pembelajaran bergerak menjadi semakin dikenali dalam pengajaran dan
pembelajaran di institut pengajian tinggi.

OÊMalley et al. (2003) mendefinisikan pembelajaran bergerak sebagai


pembelajaran yang berlaku apabila pelajar tidak berada di lokasi yang tetap,
lokasi yang ditentukan sebelumnya, atau pelajar memanfaatkan peluang
pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih.

Perkataan „bergerak/mudah alih (mobile)‰ mempunyai dua maksud:

(a) Pelajar yang bergerak: Pelajar terlibat dengan aktiviti pendidikan tanpa
kekangan seperti lokasi yang telah ditetapkan. Cara pembelajaran ini dapat
memotivasikan pelajar untuk belajar apabila mempunyai peluang ă dari
buku, sumber elektronik, tempat dan daripada orang; dan

(b) Peranti mudah alih: Peranti mudah alih, ringan dan ada antaranya cukup
kecil untuk dimasukkan ke dalam poket ataupun diletakkan di telapak
tangan. Contohnya, telefon bimbit, telefon pintar, komputer yang boleh
dipegang seperti iPad atau PDA (Pembantu Digital Peribadi).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  93

Yang berikut adalah beberapa faktor yang menyumbang kepada keberkesanan


pembelajaran bergerak:

(a) Mudah ă kesemua pembelajaran yang diperlukan berada di hujung jari;

(b) Tempoh masa ă kursus yang pendek dan ringkas membolehkan penyertaan
pelajar yang lebih ramai;

(c) Fokus ă kursus direka bentuk berdasarkan hasil pembelajaran atau objektif
kursus;

(d) Pembelajaran mikro ă pembelajaran ringkas yang tertumpu dan boleh


dipelajari dengan mudah; dan

(e) Kandungan ă kandungan yang menarik dan interaktif.

Pembelajaran Bergerak Menerusi myINSPIRE


Pembelajaran bergerak menerusi myINSPIRE disokong dalam pelayar Internet
(Internet browser) seperti Google Chrome dan Mozilla menggunakan telefon
pintar anda seperti pada rajah di bawah.

Rajah 4.15: myINSPIRE dilihat dari pelayar dalam telefon anda

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

Secara alternatifnya, anda boleh memuat turun aplikasi mudah alih myINSPIRE
(diperkasa oleh Moodle) dari Play Store (telefon Android) atau App Store (telefon
iPhone) dan memasangnya dalam telefon pintar anda. Pautan untuk memasang
aplikasi ini terdapat pada muka depan myINSPIRE.

Rajah 4.16: Aplikasi mudah alih myINSPIRE


yang disokong oleh platform iOS dan Android

Pembelajaran bergerak menerusi myINSPIRE menyokong „pelajar yang


bergerak‰ melalui peranti mudah alih yang dimiliki para pelajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  95

SEMAK KENDIRI 4.4

1. Terangkan maksud pembelajaran ditingkatkan dengan teknologi


(TEL).

2. Terangkan cara-cara TEL membantu meningkatkan pembelajaran


anda.

3. Apakah kesan terhadap pengalaman pembelajaran digital


sekiranya pelajar mempunyai:

(a) Tahap kecekapan teknikal dan kognitif yang rendah.

(b) Tahap kecekapan teknikal yang rendah tetapi tahap


kecekapan kognitif yang tinggi.

Apakah inisiatif yang boleh diambil oleh pelajar untuk menangani


masalah/isu di atas?

AKTIVITI 4.3

Lawati myINSPIRE LMS (inspire.oum.edu.my). Akses ke salah satu


laman kursus yang anda daftar. Bincangkan bagaimanakah anda akan
menggunakan myINSPIRE untuk memaksimumkan pembelajaran
dalam talian anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

4.4 CELIK MEDIA

Rajah 4.17: Media dalam pelbagai format

Celik media adalah pendekatan pembelajaran abad ke-21. Celik media


menyediakan kerangka kerja untuk mencapai, menganalisis, menghasil dan
menyertakan mesej dalam pelbagai bentuk ă daripada mesej bercetak kepada
video dan Internet. Pengaruh media tidak boleh dipandang rendah. Kita
meluangkan banyak masa dengan melayari Internet, menonton video, mendengar
muzik di radio dan menonton wayang. Ini jelas memperlihatkan kesan media
dalam kehidupan kita.

Celik media didefinisikan sebagai kebolehan mencapai, menganalisis dan


menghasilkan media dalam berbagai-bagai bentuk (https://www.medialit.
org/media-literacy-definition-and-more).

Suruhanjaya Eropah (2007) mendefinisikan celik media sebagai kebolehan


untuk mencapai media, untuk memahami dan menilai secara kritis tentang
pelbagai aspek media dan kandungannya dan untuk mewujudkan
komunikasi media dalam pelbagai konteks (https://bit.ly/3j05zP7).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  97

Walaupun terdapat pelbagai definisi media, namun matlamat utama celik media
adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang pelbagai bentuk mesej yang
disampaikan melalui media yang terdapat dalam kehidupan kita. Celik media
memberi kesedaran kepada kita beberapa cara bahawa media mampu
mempengaruhi persepsi dan kepercayaan, membentuk budaya popular dan
pilihan peribadi. Kita memerlukan kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian
masalah yang kreatif dan menjadi pengguna dan pengeluar maklumat yang bijak.
Celik media membantu dalam:

(a) Menggalak pemikiran kritis;

(b) Memahami cara-cara kandungan media memberi kesan terhadap budaya


dan masyarakat;

(c) Mengenal pasti strategi komunikasi;

(d) Mengecam tujuan pengeluar kandungan media;

(e) Mengecam maklumat yang salah dan dimanipulasi; dan

(f) Mewujud dan berkongsi kandungan media kepunyaan anda.

Terdapat EMPAT kemahiran penting yang akan membantu penonton dan


pembaca untuk memahami makna celik media:

(a) Mencapai media;

(b) Menganalisis kandungan;

(c) Mampu untuk menilai mesej; dan

(d) Mampu mencipta media untuk mengekspresi diri dan berkomunikasi.

Celik media mempunyai makna lebih mendalam yang melibatkan analisis,


dan bukan semata-mata untuk memahami fakta yang dibentangkan. Celik media
juga adalah kebolehan mencapai, menganalisis, menghasil dan menyertakan
mesej dalam pelbagai bentuk. Mengapakah celik media penting? Tonton video
berikut untuk mendapatkan jawapannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

https://youtu.be/ZaMzYDe0taY

Pembelajaran Media di dalam Kelas


Kita belajar melalui perbuatan. Terdapat pelbagai bentuk media yang
membolehkan anda untuk memahami dan mengungkap idea dalam apa-apa jua
bidang yang anda pelajari. Filem, radio, Internet, fotografi, media cetak dan
pelbagai lagi bentuk komunikasi yang tersedia bukan sahaja sebagai sumber
maklumat dan hiburan, malah sebagai alat untuk menghasilkan penyelesaian
pendidikan yang kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, dengan menggunakan
telefon pintar, anda boleh merakam dan memuat naik pembentangan anda ke
dalam myINSPIRE LMS untuk tenaga pengajar dalam talian menontonnya dan
memberikan markah.

Pembelajaran di dalam kelas (secara fizikal atau dalam talian) merupakan tempat
pengeluaran media untuk tujuan pembelajaran. Pembelajaran di dalam kelas
merupakan tempat pelajar menyelesaikan masalah yang bukan sahaja melalui
pembacaan dan penulisan tetapi juga melalui pembikinan kandungan media
secara digital. Dunia masa kini memerlukan kecekapan yang baharu dalam
kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran dalam menggabungkan pelbagai
bentuk media.

SEMAK KENDIRI 4.5

1. Terangkan maksud celik media.

2. Bincangkan kepentingan celik media.

3. Pada hari ini, media sosial kerap dibanjiri dengan „berita palsu‰.
Apakah sebab-sebab perkara ini terjadi dan bagaimanakah kita
boleh mengurangkannya daripada berterusan?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  99

AKTIVITI 4.4

Rakam ucapan anda yang tidak melebihi tiga minit tentang kepentingan
„celik media‰. Anda boleh menggunakan apa-apa peranti untuk
merakam sama ada menggunakan telefon pintar, komputer meja
ataupun komputer riba. Kongsikan video tersebut bersama-sama rakan-
rakan sekelas anda dalam myINSPIRE.

AKTIVITI 4.5

Anda telah mempelajari kecekapan celik digital termasuk ICT,


maklumat, pembelajaran digital dan kecekapan media. Dengan kesemua
pengetahuan yang anda telah peroleh, terangkan bagaimanakah anda
boleh mencapai ke peringkat yang lebih tinggi dalam kerangka kerja
pembangunan celik digital (rujuk Rajah 4.1)?

 Teknologi komputer dan komunikasi kini menjadi semakin penting dalam


kehidupan seharian kita.

 Keadaan ini mewujudkan dunia digital dengan kesemua maklumat tersedia


dengan hanya sentuhan pada skrin.

 Dunia digital telah mewujudkan keperluan kepada celik digital.

 Celik digital termasuk celik ICT, celik maklumat, celik media dan
pembelajaran digital atau pembelajaran ditingkatkan dengan teknologi (TEL).

 Setiap kecekapan mempunyai keperluan dan kehendak tersendiri dan anda


sebagai pelajar perlu memahami dan menerima pakai amalan baik tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 4 CELIK DIGITAL

Celik digital Kerangka kerja pembangunan celik


digital
Celik ICT
Pembelajaran bergerak
Celik maklumat
Pembelajaran ditingkatkan dengan
Celik media teknologi

American Library Association. Presidential Committee on Information Literacy.


Final Report. (Chicago: American Library Association, 1989).

Association of College and Research Libraries http://www.ala.org/acrl/

Beetham, H., & Sharpe, R. (2010). Digital literacy framework. JISC ă The Design
Studio. Dicapai dari
https://www.jisc.ac.uk/guides/developing-digital-literacies

Bruce, C. (1998). The phenomenon of information literacy. Higher Education and


Development, 17, 25ă43.

Gilster, P. (1997). Digital literacy. New York: Wiley Computer Publications.


Jenkins, H. (1992), Textual poachers: Television fans and participatory
culture. New York: Routledge.

Information Literacy is a survival skill in the Information Age. (ALA, 1989:


http://www.ala.org/acrl/publications/whitepapers/presidential

International ICT Literacy Panel. (2007).


https://www.ets.org/Media/Research/pdf/ICTREPORT.pdf

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 CELIK DIGITAL  101

Li, LiLi. (2014). Scholarly Information Discovery in the Networked Academic


Learning Environment. Chandos Publishing.

Llida Review. (2009). Thriving in the 21st century: Learning Literacies for the
Digital Age. The Caledonian Academy, Glasgow Caledonian University for
JISC.
http://www.jisc.ac.uk/media/documents/projects/llidaexecsumjune2009.
pdf

Oliver, R., & Towers, S. (2000). Benchmarking ICT literacy in tertiary learning
settings. In R. Sims, M. OÊReilly & S. Sawkins (Eds). Learning to choose:
Choosing to learn. Proceedings of the 17th Annual ASCILITE Conference
(pp 381ă390). Lismore, NSW: Southern Cross University Press.

OÊMalley, C., Vavoula, G., Glew, J. P., Taylor, J., & Sharples, M. (2005). Guidelines
for Learning/Teaching/Tutoring in a Mobile Environment.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai