Anda di halaman 1dari 8

Seminar ICT Wilayah 2008

Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

LATIHAN ICT DALAM SEKTOR AWAM

Oleh
Disney E. Lai
Bahagian Latihan dan Penyelidikan
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

Pengenalan

Tujuan utama sesuatu aktiviti latihan dalam sesebuah organisasi adalah untuk
melengkapkan seseorang dengan kecekapan yang sesuai untuk melakukan kerjanya.
Disamping itu, latihan juga membantu dalam meletakkan seseorang itu pada suatu
pembudayaan yang dikehendaki oleh organisasi tersebut. Sebagai contoh, untuk
melahirkan kakitangan yang berbudaya kerja berintegriti, program latihan yang
mempunyai unsur integriti dilaksanakan.

Dalam konteks pembudayaan ICT dalam budaya kerja, para penjawat awam juga perlu
melengkapkan diri dengan keupayaan untuk menggunakan ICT. Satu cara yang
berkesan adalah melalui latihan ICT. Latihan ICT bukan sahaja menggalak budaya
ICT di kalangan penjawat awam tetapi juga ia menggalak peningkatan dalam literasi
ICT setiap individu yang berkenaan di dalam atau di luar pejabat. Peningkatan literasi
ICT memperkasakan seseorang untuk berdaya saing dalam dunia yang semakin pesat
membangun dalam era globalisasi.

Jurang Digital dan Jurang Literasi ICT

Sebelum kita boleh memahami secara mendalam tentang jurang literasi ICT yang
wujud, kita dahulu perlu memahami isu-isu yang diutarakan dalam permasalahan
jurang digital. Ini adalah kerana akar kepada permasalahan jurang literasi ICT adalah
berpunca daripada jurang digital yang wujud di semua peringkat masyarakat.

Dalam Persidangan ICT Sedunia (WCIT) 2008 yang telah diadakan pada julung
kalinya di Malaysia pada bulan Mei yang lalui, salah satu daripada tema utama adalah
memperkasakan masyarakat (empowering society). Tema ini menggambarkan
betapa pentingnya semua lapisan masyarakat mendapat capaian dan penggunaan
yang saksama dalam konteks dunia yang semakin bergantung kepada teknologi ICT.
Ini adalah disebabkan ICT dilihat sebagai sesuatu yang dapat melangkau batasan
seperti persempadanan, keadaan geografi fizikal, jantina, keupayaan, kaum dan
agama.

1/8
Seminar ICT Wilayah 2008
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

Istilah jurang digital telah mula digunapakai sejak tahun 2001 yang secara ringkasnya
menerangkan jurang yang wujud di kalangan masyarakat yang berinformasi dan tidak
berinformasi (the information-haves and have-nots). Namun pada masa kini,
penggunaan istilah tersebut perlu dikaji semula untuk menentukan isu-isu sebenar
yang dikaitkan dengan jurang digital.

Kajian telah dilakukan oleh beberapa pihak yang masing-masing mengemukakan


tafsiran yang berlainan mengenai isu jurang digital. Ada pihak yang mengemukakan
isu jurang teknologi yang wujud di antara negara. Laporan International
Telecommunications Union (ITU) pada 2002 telah mentakrifkan jurang digital sebagai
kekurangan akses kepada perkhidmatan komunikasi seperti telefon. Takrif
tersebut juga merangkumi kekurangan akses kepada ICT.

Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) pada 2001 telah
menakrif jurang digital sebagai jurang yang wujud di antara individu, isi rumah,
perniagaan dan kawasan geografi pada tahap sosio-ekonomi yang berbeza untuk
mendapat peluang mengakses ICT dan mengunakan Internet untuk tujuan pelbagai
aktiviti. Dalam konteks ini jurang digital yang wujud adalah berbeza di antara negara.

Terdapat 4 kategori halangan yang wujud berkenaan dengan akses kepada


perkhidmatan digital/ICT:-

1. Akses Mental: Akses ini menerangkan kekurangan pengalaman asas


digital yang wujud disebabkan kurangnya minat dan teknologi baru yang
tidak menarik.

2. Akses Material: Akses ini menerangkan kekurangan akses yang


disebabkan oleh kekurangan kelengkapan peralatan dan perkhidmatan
seperti perkakasan komputer dan rangkaian.

3. Akses Kemahiran: Kekurangan kemahiran digital disebabkan oleh


teknologi yang tidak mesra pengguna dan kekurangan pendidikan/latihan
atau sokongan sosial.

4. Akses Penggunaan: Kekurangan peluang pengunaan memberi


halangan dalam akses ini.

Takrif tersebut memberi gambaran bahawa jurang digital bukan sahaja wujud dari segi
teknologi dan kos yang tinggi tetapi juga mempunyai kaitan sosio-ekonomi. (Van
Dijk,2003; ITU,2002)

Rumusan dalam bahagian ini, jurang digital mengaitkan isu kepenggunaan, keupayaan
dan ketersediaan teknologi digital seperti ICT. Ketiga-tiga isu yang diutarakan
mempunyai implikasi langsung kepada tahap literasi ICT seseorang. Dalam konteks

2/8
Seminar ICT Wilayah 2008
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

perkhidmatan awam di Sabah dan masyarakat Sabah, isu-isu ini masih wujud dan
perlu ditangani.

ICT Sebagai Alat Transformasi

ICT dianggap sebagai pemangkin utama dalam proses transformasi. Ini berpunca
daripada anggapan bahawa ICT adalah penggalak kepada peningkatan dalam
kecekapan, ketelusan, integriti dan kebolehpercayaan sesebuah organisasi.
Namun, ramai yang tidak menyangka bahawa ICT tidak boleh berfungsi secara kendiri.
Satu komponen utama yang perlu ada ialah campur tangan manusia.

Kaitan secara total manusia dengan komponen ICT yang lain dapat digambarkan
melalui rajah berikut:

PROSES/INFOSTRUKTUR

ICT
MANUSIA PRASARANA ICT

Dalam konteks pelaksanaan Kerajaan Elektronik di perkhidmatan awam Sabah, faktor


kejayaan utama adalah penjawat awam yang membangun dan menyampaikan
perkhidmatan dan pengguna atau pelanggan yang mengguna dan mendapat faedah
daripada perkhidmatan yang diterima. Isu latihan dan pembudayaan ICT perlu
ditekankan disini untuk memastikan jurang digital dan jurang literasi ICT yang wujud
dapat dihapuskan atau dirapatkan.

Literasi ICT yang mantap boleh meningkatkan dan memudahkan aktiviti transformasi
perkhidmatan awam. Oleh itu, usaha untuk meningkatkan literasi ICT melalui kaedah
latihan harus dipertingkatkan lagi supaya objektif untuk meningkatkan keberkesanan
(efficiency), ketelusan (transparency), integriti (Integrity), dan kebolehpercayaan
(Reliability) dalam perkhidmatan awam.

3/8
Seminar ICT Wilayah 2008
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

Kerangka (framework) Literasi ICT

International ICT Literacy Panel (ETS,2007) telah mentakrifkan literasi ICT sebagai:

ICT Literacy is using digital technology, communication tools, and/or


networks to access, manage, integrate, evaluate, and create information in
order to function in a knowledge society.

Panel tersebut juga menekankan peranan kemahiran asas seperti kemahiran kognitif
dan kemahiran teknikal dalam konteks literasi ICT. Takrif literasi ICT oleh panel
tersebut menyenaraikan lima aktiviti sebagai komponen:

1. Access: Pengetahuan dan kemahiran untuk mengumpul dan mendapatkan


maklumat.
2. Manage: Kebolehan untuk menyusun atau mengklasifikasikan maklumat.
3. Integrate: Mentafsir dan mewakilkan maklumat. Melibatkan aktiviti
merumuskan, membandingkan dan membezakan maklumat.
4. Evaluate: Melakukan penilaian terhadap maklumat dari segi kualiti, perkaitan,
kegunaan atau keberkesanan maklumat.
5. Create: Menjana maklumat melalui proses adaptasi, aplikasi, reka bentuk,
ciptaan atau karangan maklumat.

ICT LITERACY
ACCESS MANAGE INTEGRATE EVALUATE CREATE

Peringkat kerumitan untuk pengetahuan dan kemahiran

Kerangka ringkas ini hanya mengambarkan literasi ICT dalam satu dimensi. Kerangka
tersebut tidak menggambarkan kepentingan kemahiran kognitif dan kemahiran
teknikal. Oleh yang demikian, kerangka literasi perlu digambarkan seperti berikut:
ICT LITERACY
ICT PROFICIENCY

ACCESS MANAGE INTEGRATE EVALUATE CREATE

COGNITIVE PROFICIENCY TECHNICAL PROFICIENCY

4/8
Seminar ICT Wilayah 2008
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

Kemahiran Kognitif (Cognitive Proficiency) : Menerangkan kemahiran mental asas


yang membolehkan seseorang itu dapat melaksanakan kehidupan seharian;
keupayaan untuk memahami sesuatu atau persekitaran; keupayaan untuk
menyelesaikan masalah; dan keupayaan untuk melakukan pemerhatian dan
memahami persekitaran.

Kemahiran Teknikal (Technical Proficiency): Merupakan kemahiran asas dalam


daya kecelikan digital. Ia merangkumi pengetahuan asas mengenai perkakasan,
perisian aplikasi, rangkaian komunikasi dan elemen teknologi digital

Kemahiran ICT (ICT Proficiency): Gabungan dan aplikasi kemahiran teknikal dan
kemahiran kognitif. Kemahiran ICT dianggap sebagai pemangkin kepada individu
untuk memaksimakan keupayaan teknologi digital. Pada peringkat tertinggi,
kemahiran ICT dapat menggalak dan melahirkan inovasi, transformasi individu dan
perubahan masyarakat.

Peningkatan Kemahiran ICT dalam Konteks Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

Dalam konteks JPKN, kemahiran ICT dilihat sebagai satu keperluan kritikal. Ini adalah
disebabkan perkhidmatan JPKN itu sendiri merangkumi semua bidang perkhidmatan
ICT. Cabaran yang dihadapi oleh Bahagian Latihan dan Penyelidikan JPKN adalah
untuk menentukan suatu strategi untuk memastikan kemahiran ICT tersedia dan
sentiasa mutakhir di kalangan warga JPKN.

Pendekatan yang diambil adalah melalui Kerangka Pembangunan Kecekapan JPKN


(JPKN Competency Development Framework - JPKNCDF). Kerangka tersebut adalah
selari dengan halatuju pembangunan modal insan JPKN yang tertumpu kepada
transformasi SIKAP (Skill, Interest, Knowledge, Attitude, Procedure). Transformasi
SIKAP adalah penting dalam langkah JPKN mencapai matlamatnya.

JPKNCDF mempunyai lima komponen utama yang perlu disemai atau diwujudkan.
Lima komponen tersebut adalah:

1. Spesifikasi Tugas (Job Specification)


2. Kecekapan Teras (Core Competency)
3. Kemahiran Soft-Skills (Soft-Skills)
4. Peningkatan Kendiri ( Self-Help)
5. Kemahiran Khas (Special Skills)

5/8
Seminar ICT Wilayah 2008
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

Terdapat 2 aktiviti yang terlibat untuk memastikan lima komponen ini sentiasa mutakhir
– Semak (Review) dan Kemaskini (Update). Untuk menilai keberkesanan program
latihan yang diberikan kepada kakitangan, aktiviti penilaian dilaksanakan dalam dua
peringkat iaitu – Penilaian Dalaman (Internal Assessment) dan Penilaian Luaran
(External Assessment). Penilaian Luaran melibatkan impak peningkatan SIKAP
kepada pelanggan JPKN.

Pendekatan dalaman JPKN mempunyai potensi untuk digunapakai dalam konteks


perkhidmatan awam. Ini adalah kerana JPKN adalah sebuah agensi kerajaan negeri
yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan agensi kerajaan yang lain melainkan
fungsi utamanya.

Di Sektor Awam, agensi yang menerajui latihan adalah Institut Latihan Sektor Awam
Negeri (INSAN). INSAN mempunyai kerjasama rapat dengan JPKN dalam hal program
latihan ICT. Isu dan aktiviti peningkatan literasi ICT di kalangan penjawat awam di
perkhidmatan awam Sabah adalah dikongsi bersama.

Keperluan untuk meningkatkan tahap literasi ICT perlu disedari oleh setiap penjawat
awam. Ini adalah suatu keperluan wajib kerana, kerajaan kini berada dalam proses
transformasi untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dengan
menggunakan teknologi ICT. Secara tidak langsung, tahap literasi ICT yang tinggi
dapat meningkatkan daya saing penjawat awam dan juga melahirkan kakitangan
berinformasi – Knowledge Worker.

6/8
Seminar ICT Wilayah 2008
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

Sumber Latihan ICT

Sumber latihan perlu dilihat dari aspek peningkatan literasi ICT secara keseluruhan.
Literasi ICT perlu dilihat sebagai satu kontinum. Ia adalah hasil daripada latarbelakang
dan pengalaman yang diperolehi sejak kita mula berfikiran secara kognitif. Sistem
pendidikan dari rendah kepada tahap tertinggi kini diterapkan dengan pembelajaran
ICT. Ini adalah untuk memastikan tahap literasi ICT yang secukupnya dapat dicapai
apabila individu mula bekerja. Namun, ianya tidak seharusnya berhenti disitu.

Literasi ICT adalah satu kontinum, maka dengan itu latihan dan pembudayaan ICT
perlu diteruskan sewaktu dalam perkhidmatan. Apabila seseorang penjawat awam
telah bersara atau tidak lagi berkhidmat, segala kemahiran ICT yang diperolehi juga
akan berguna pada ketika beliau ingin mendapat khidmat daripada kerajaan melalui
pelaksanaan Kerajaan Elektronik.

Sumber latihan ICT dalam perkhidmatan awam boleh dikategorikan dalam 4 kaedah
seperti berikut:

1. Institusi Latihan Sektor Awam – INSAN dan INTAN yang biasanya


menawarkan kursus-kursus seperti perisian produktiviti pejabat, penggunaan
emel dan internet dan sebagainya.

2. Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri – kursus khusus untuk sistem


aplikasi yang dibangunkan untuk kerajaan negeri.

3. Institusi Swasta – menawarkan pelbagai jenis latihan ICT dalam pelbagai


bidang. Kursus yang ditawarkan juga mempunyai tahap yang berlainan dan
disesuaikan untuk keupayaan dan kemampuan peserta. Peserta yang
memerlukan kemahiran profesional yang khusus, boleh memperolehinya
daripada institusi latihan swasta.

4. Latihan Kendiri – daripada inisiatif sendiri. Sumber yang dapat diperolehi


adalah melalui rujukan ICT seperti buku dan Internet. Individu perlu mempunyai
kemahiran asas dalam pengendalian komputer dan juga Internet.

7/8
Seminar ICT Wilayah 2008
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

Rumusan

Latihan ICT perlu dilihat dalam konteks keseluruhan iaitu melalui tahap literasi ICT.
Latihan ICT adalah suatu keperluan untuk menangani isu jurang literasi ICT yang
wujud. Jurang literasi ICT adalah disebabkan daripada isu-isu yang berkaitan dengan
jurang digital. Dalam konteks perkhidmatan awam, jurang digital dan jurang literasi
ICT juga wujud dan perlu ditangani untuk memastikan pelaksanaan transformasi
pentadbiran dan matlamat Kerajaan Elektronik tercapai.

Kerangka literasi ICT menerangkan komponen yang diperlukan untuk mencapai literasi
ICT. Pendekatan yang perlu diambil adalah untuk memastikan komponen-komponen
literasi ICT diliputi dalam apa jua program latihan ICT. Hakikatnya, penjawat awam
juga perlu sedar akan keperluan untuk meningkatkan tahap literasi ICT masing-masing
demi keperluan perkhidmatan dan juga kebaikan secara peribadi.

Rujukan

Educational Testing Service.2007. A Digital Transformation A Framework For ICT


Literacy (White Paper). International ICT Literacy Panel.

Centre for Science, Development and Media Studies (CSDMS).2007. digitalLearning


(Monthly Magazine) – Volume III,Issue 12 December 2007.

Lai, Disney.2008. JPKN Competency Development Framework (draft). Bahagian


Latihan dan Penyelidikan, JPKN.

Lai, Disney.2008. Halatuju Pembangunan Modal Insan Jabatan Perkhidmatan


Komputer Negeri . Bahagian Latihan dan Penyelidikan,JPKN.

8/8

Anda mungkin juga menyukai