Anda di halaman 1dari 2

Petani modern dan penerimaannya

Bila kita berbicara tentang pertanian sudah tentu segelintir masyarakat membayangkan

aktiviti bercucuk tanam di bawah terik matahari, berhujan berpanas dan penat bermain sebatang

cangkul. Menjadi seorang petani sering dipadang serong kerana tugasnya yang agak berat dan

memenatkan. Oleh yang demikian, mindset seperti ini perlulah kita ubah dengan melihat kearah

yang boleh membuka minda selari dengan dunia moden ini.

Dunia pertanian telah mengalami banyak perubahan yang mana para petani cuba untuk

mencari solusi apabila timbul masalah tentang tanah yang kurang sesuai dan tidak subur,

serangga perosak dan kawasan yang tidak mengizinkan. Pertanian moden sekarang mutakhir ini

lebih ke arah berkebun tanpa tanah atau lebih dikenali sebagai “soil-less farming”. Di antara

innovasi yang telah diperkenalkan adalah seperti Sistem Hidroponik, Sistem Aquaponik, Sistem

Fertigasi dan Sistem Aeroponik.

Sebenarnya, banyak faedah dengan menggunakan method moden ini. Salah satu

daripadanya, petani tidak perlu menyuburkan tanahnya dengan teknik membakar dan tidak perlu

lagi sibuk menyiram pagi dan petang. Tambahan lagi, penggunaan tanah tidak diperlukan lagi

namun tetapi menginovasikan ditukar kepada penggunaan span, rockwoll rock wool ataupun

coco peat. cocopit. Kaedah moden ini menggunakan sistem air yang berputar dan ditapis

menggunakan pam air. Air tersebut akan disalurkan pada tanaman. Apa yang perlu adalah

diperlukan cuma baja dan pencahayaan matahari yang cukup.

Sistem ini amat sesuai untuk menanam tanaman jenis sayuran seperti sawi, daun salad,

daun pudina, bayam dan sebagainya. Kaedah seperti ini sangat berkesan digunapakai kerana
ianya menjimatkan masa dan tenaga serta meningkatkan produktiviti. yang mana Petani tidak

perlu berpanas dan tidak memerlukan tenaga buruh kasar. Bukan itu sahaja, sistem moden ini

bukan hanya boleh digunakan oleh petani bahkan orang biasa juga boleh bercucuk tanam

dirumah sendiri sebagai hobi sampingan. Disebabkan sistem ini mudah untuk difahami tidak

mustahil suatu hari nanti setiap rumah akan mendapatkan satu sistem untuk menanam sayur-

sayuran bagi keperluan sendiri.

Kebelakangan ini, alhamdulillah sedikit demi sedikit masyarakat kita menerima dan

mempratikkan sistem moden ini dan ada sesetengah sebahagian belia yang cuba menceburkan

diri dalam bidang pertanian moden. Bahkan Lebih membanggakan lagi, ada dalam kalangan

mereka yang berjaya sehingga menjadi membuat sebuah nama yang dikenali. Selain itu, krusus

kursus dan mata pelajaran yang berkaitan dengan pertanian moden juga mula diberi perhatian

dan diajarkan kepada murid-murid. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

InsyaAllah di lain kesempatan kita akan membincangkan dengan lebih dekat tentang jenis

kaedah penanaman moden ini.

Anda mungkin juga menyukai