Anda di halaman 1dari 2

BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU

Mencabar kudrat dan akal diri melalui pengorbanan masa yang tak terhingga
sabar dan tegarnya dalam memperkasa ilmu yang padu
selayaknya gagah membina dirinya selayak pendidik yang punyai karisma
menempatkan nilai profesionalisme dan kualiti ilmunya di tempat yang tinggi
harus seiring dengan permintaan globalisasi pendidikan terkini.

Tak akan pernah penat lelah kerana bekerja melebihi masa


tidak pernah jemu memperlengkapkan dirinya dengan nilai penambahbaikan
dia insan biasa harus bersedia dengan amanah dan etika semasa
perlu lengkap dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran pendidikan
nilai yang sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat.

Begitu besar tanggungjawab dan nilai yang harus dipikulnya


perlu memahat kepakaran atau kemahiran yang autentik sesuai dengan citarasa
sumber pendidikannya perlu berasaskan sumber yang betul, sahih dan berwibawa
biarpun dengan kekangan, halangan dan rintangan yang melanda jiwa
dirinya perlu meneruskan perjuangan murni tanpa rasa sesal di dada.

Ingatlah anak-anak bangsaku yang merdeka daripada buta baca dan kira
generasi baharuku yang tidak sesat ilmu baharu lagi maju
anak-anak inilah yang perlu dahagakan ilmu daripada seorang guru
para pelajar inilah yang perlu menginsafi kehadiran insan bergelar `Cikgu’
Para pelajar yang memastikan sejarah dan ketamadunan bangsa dapat dilestarikan.

Betapa bangga dan bahagianya wahai semua insan yang bergelar guru
kesinambungan kejayaan generasi ini dapat diteruskan dengan segedung ilmu
kebaikan dan jasamu yang tidak akan dilupakan sepanjang zaman
namamu sememangnya sentiasa akan terpahat di sanubari ingatan
kerana engkaulah guru yang meninggikan nilai bangsa yang berjaya di mata dunia.

FRANCO MORROW
Kota Kinabalu, Sabah.
DENAI-DENAI KEJAYAAN

Pepohon Beringin ini telah menjadi tanda mula


terpahat nostalgia lama mengusik jiwa para pemuda
dari tebingan sungai sehinggalah ke padang hijau
redup dahannya sebagai tempat pondok baca dan kira
ikatan akar besarnya menjalarkan zat-zat pengharapan.

Dalam kesempitan dan ketinggalan arus pemodenan


kukesan di permulaan denai-denai ini semakin luas
lalu-lalang yang bersahutan dengan bangga menerpa kita
jalan yang kita tebas bersama keringat duka
tanah-tanah bukit ini kita jadikan tangga bahagia.

Jangan jadikan belukar kesukaran itu sebagai alasan


dirimu perlu merdeka dari palungan kemiskinan
harus tabah dan pulang membawa kejayaan
dan kamu harus kembali untuk membina legasi diri yang bererti
agar jalan denai-denai ini terang dengan kebahagiaan yang berpanjangan.

Telah kudirikan segunung ilmu sebagai bekalan akhiratmu


laman mimpi para anak bangsaku nanti akan menjadi realiti
jangan pernah menunda kekalahan melalui jalan denai yang menyukarkan
jalanlah dengan tenang dan damai melalui petunjuk arah kebaikan
bergandinglah tangan untuk menjadikan kampung ini penuh cahaya kegemilangan.

Pada waktu beginilah aku mengingati mimpi bupala senja


jelang usia seorang pendidik yang telah menamatkan amanah di dada
denai-denai keriangan ini telah menyambut para pendidik muda
pepohon Beringin ini telah menyaksikan seorang doktor dan wakil rakyat yang setia
tebingan sungai ini turut menyambut para pegawai kerajaan yang berjaya
semuanya bermula daripada usaha seorang guru biasa tanpa kenal putus asa.

FRANCO MORROW
Kota Kinabalu, Sabah.

Anda mungkin juga menyukai