Anda di halaman 1dari 14

TEKS PERUTUSAN

AMANAT TAHUN BARU 2017

KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN

oleh

YBHG DATO’ SR HASAN BIN JAMIL

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia

16 Januari 2017

1
Terima kasih saudara Pengacara Majlis

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
ALHAMDULILLAHHIR RABBIL A’ALAMIN
WASSALATUWASSALAM MUALA ASHRAFIL AMBIA IWALMURSALIN
WA’ALA ALIHI WASAHBIHI AJMAIN

YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor Bin Isa


Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan

Pengarah-Pengarah Bahagian

Pengarah-Pengarah Ukur Negeri

Pegawai-pegawai Kader

Encik Mohd Shaman bin Jaes, Naib Pengerusi MBJ JUPEM yang juga
Timbalan Presiden I CUEPACS dan Ahli-Ahli MBJ JUPEM

Pegawai-pegawai Yang Diraikan Pesara- Pesara Warga JUPEM

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan


Salam 1Malaysia

2
1. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T., kerana dengan
limpah keizinanNYA kita dapat bersama-sama berada di Dewan Ukur pada
pagi ini di Majlis Amanat Tahun 2017.

2. Terlebih dahulu, saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih


kepada semua yang hadir demi menjayakan majlis kita pada pagi ini.
Sukacita juga saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
Selamat Tahun Baru 2017 semoga permulaan tahun 2017 ini akan
memberi keazaman, kesungguhan dan semangat yang lebih kental kepada
kita semua.

3. Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama berdoa supaya


sepanjang tahun 2017 ini kita diberkati dengan kekuatan fizikal dan mental
serta kebijaksanaan dan kesihatan bagi menyempurnakan tanggungjawab
dan amanah pada tahun ini. Dan semoga kita sama-sama dapat bergerak
dengan penuh iltizam untuk mencorak dan memajukan negara dalam apa
jua bidang yang kita lakukan.

Anugerah/ Pengiktirafan Tahun 2016

Hadirin yang dihormati sekalian,

4. Walaupun kita sudah meninggalkan tahun 2016, eloklah juga kita


mengimbau kembali pencapaian JUPEM sepanjang tahun 2016, yang
boleh menjadi pendorong untuk terus maju di tahun 2017.

3
5. JUPEM telah berjaya meraih lima anugerah sempena sambutan Hari
Inovasi 1NRE yang diadakan pada bulan Oktober 2016. Anugerah-
anugerah tersebut adalah:
a. Pertama, Kumpulan Poligon daripada Bahagian Pemetaan
Topografi Sabah menjadi Johan KIK Kategori Teknikal;
b. Kedua, Kumpulan Geliga daripada JUPEM Terengganu
mendapat tempat Kedua KIK Kategori Pengurusan;
c. Ketiga, Kumpulan Sinar daripada JUPEM Kelantan mendapat
tempat Ketiga KIK Kategori Pengurusan;
d. Keempat, Kumpulan Mutiara Millenium daripada JUPEM Pulau
Pinang mendapat tempat Ketiga Pertandingan Inovasi 1NRE;
dan
e. Kemenangan Kelima adalah bagi kategori Pertandingan Filem
Pendek, Bahagian Kartografi dan GIS mendapat tempat
ketiga.

6. Pencapaian ini amat bermakna bagi kita dan ianya memberi maksud
warga JUPEM sentiasa berusaha bagi mengeluarkan idea-idea inovatif dan
kreatif yang baru. Tahniah dan syabas saya ucapkan. Teruskan usaha
untuk meraih kejayaan yang lebih besar pada tahun 2017 ini.

7. Selain daripada itu, pada tahun 2016 juga, JUPEM telah menerima
beberapa pengiktirafan:
i. Pertama: Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat
(ISMS) ISO/IEC 27001:2013 bagi Pengurusan dan Pengesahan
Data Pengguna Sistem MyRTKNet Ibu Pejabat JUPEM;

4
ii. Kedua, anugerah Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S bagi Ibu
Pejabat JUPEM dan JUPEM Johor dan anugerah Persijilan
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi JUPEM Kedah,
JUPEM Labuan, JUPEM Pulau Pinang, JUPEM Negeri Sembilan,
JUPEM Pahang, JUPEM Perak, JUPEM Perlis, JUPEM Selangor,
JUPEM Terengganu dan JUPEM WPKL ;

iii. Ketiga, anugerah Sijil Mematuhi Penganjuran Mesyuarat MBJ


mengikut suku tahunan yang ditetapkan.

8. Sekali lagi saya ucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang
terlibat. Semoga kejayaan sebegini akan menjadi pendorong kepada kita
semua bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di masa-masa akan
datang.

National Blue Ocean Strategy

Hadirin yang dihormati sekalian

9. Selaras dengan hasrat Kerajaan, supaya penggunaan sumber data


dan maklumat di semua agensi Kerajaan dioptimumkan, di samping
menjimatkan kos dalam perlaksanaan sesuatu projek, JUPEM juga telah
mengambil inisiatif untuk mengadakan kerjasama dengan Pihak Berkuasa
Tempatan yang dilaksanakan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan
atau National Blue Ocean Strategy.

5
10. Alhamdulillah, setakat ini JUPEM telah pun menandatangani
Memorandum Persefahaman dengan Perbadanan Putrajaya pada 20 Julai
2016 dan dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada 1 November
2016. Insya Allah, kita akan menandatangani MOU dengan Majlis
Perbandaran Seremban dalam masa terdekat ini, dan seterusnya dengan
PBT-PBT lain di seluruh negara secara berperingkat.

11. Strategi NBOS ini membolehkan kita memperoleh data as-built


daripada mereka dan ianya dapat digunakan dalam mengemaskini
pangkalan data pemetaan di Jabatan. Pada masa yang sama, mereka juga
boleh mendapat manfaat daripada data geospatial JUPEM yang terkini
yang boleh dibekalkan kepada mereka dalam perkongsian strategik ini.
Saya yakin dengan pendekatan ini akan dapat membantu kerja-kerja
pengemaskinian peta secara lebih berkesan dan cost effective.

12. Saya berharap JUPEM dapat mengadakan kolaborasi dengan lebih


banyak agensi serta mewar-warkan produk-produk kita seperti data-data
melalui projek Smart Kadaster dan lain-lain agar data-data ini dapat
digunakan dengan lebih meluas dalam pelbagai aplikasi. Begitu juga
dengan penerbitan Atlas Kebangsaan yang telah dilancarkan pada 13
Oktober 2016 yang amat berguna bagi tujuan pembelajaran.

6
Pemantapan Sistem Penyampaian

Hadirin yang dihormati sekalian

13. Bagi tahun 2017 ini, sebagaimana saranan YAB Perdana Menteri
dalam ucapannya di Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri pada
awal tahun 2017 ini, beliau telah menekankan bahawa tahun 2017 adalah
tahun penyampaian untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

14. Penyampaian bukan hanya dari segi fizikal tetapi juga perlu
dipastikan ianya mempunyai nilai kepada rakyat. Oleh yang demikian, kita
perlu pastikan semua projek yang dijalankan sampai kepada rakyat. Ini
memerlukan perubahan cara pemikiran, fokus kepada menambah nilai bagi
tujuan kebajikan rakyat.

15. Sebagaimana kita sedia maklum, aktiviti dan peranan JUPEM adalah
berkaitan ukuran kadaster, penyediaan infrastruktur geodetik, penyediaan
peta dan data geospatial, pemetaan utiliti bawah tanah, geospatial
pertahanan serta penandaan dan pengukuran sempadan antarabangsa
dan negeri. Selain itu, JUPEM juga mempunyai kader dipelbagai agensi
yang membantu agensi-agensi berkaitan menjalankan fungsi yang
ditetapkan secara berkesan.

16. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memastikan semua


kerja-kerja yang dijalankan dapat disiapkan dengan cepat dan teratur
dalam tempoh yang dijanjikan. Sebagai contoh, perlu dipastikan ukuran
hakmilik tanah disiapkan mengikut tempoh yang dijanjikan, begitu juga
dengan semakan kerja jurukur tanah berlesen, maklumat peta dan data

7
geospatial adaah betul, tepat dan kemaskini, perkhidmatan UAV dapat
membantu pemantauan yang diperlukan serta bagi tujuan pengemaskinian
peta, sistem MyRTKNet, JUPEM2U dan lain-lain sistem berfungsi dengan
baik dan pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan.

17. Sebagaimana saranan YAB PM, delivery, delivery, delivery. Kalau


kita belum mencapai sebagaimana janji dalam Piagam Pelanggan, kita
perlu terus berusaha agar sistem penyampaian kita dipertingkatkan. Selain
itu, rekod-rekod seperti Fail Meja, Manual Prosedur Kerja, rekod-rekod aset
perlu dipastikan sentiasa kemaskini.

Bajet Tahun 2017

Hadirin yang dihormati sekalian

18. Menyentuh tentang bajet pula, saya ingin menarik perhatian tuan
puan berkenaan dengan bajet yang diluluskan untuk tahun 2017.
Peruntukan Belanja Mengurus yang diluluskan kepada jabatan adalah
berkurangan daripada tahun 2016.

19. Sehubungan dengan itu, Bahagian-Bahagian dan JUPEM Negeri


perlu bijak dalam memberikan keutamaan ke atas perbelanjaan bagi tahun
2017 dan melaksanakan perbelanjaan berhemat. Langkah-langkah
perbelanjaan berhemat seperti tahun 2016 perlu diteruskan dan
diperketatkan lagi. Strategi perlu diatur untuk memastikan pengurusan
jabatan dapat berjalan lancar dengan bajet yang terhad ini.

8
20. Sepertimana semua sedia maklum, tahun 2017 ini merupakan tahun
kedua kepada RMKe-11, di mana Jabatan telah diluluskan peruntukan
pembangunan yang merangkumi beberapa projek induk seperti :

i. Projek E-Pemetaan 2.0;


ii. Projek eKadaster dan Smart Kadaster
iii. Projek Sistem Pemetaan Utiliti
iv. Sistem Pangkalan Data Geodetik (SPDG);
v. Projek Peningkatan Sistem Enterprise JUPEM ; dan
vi. Projek Transformasi Geospatial Pertahanan.

Daripada 6 projek induk di atas terdapat 16 sub-projek keseluruhannnya


untuk dilaksanakan pada tahun 2017.

21. Manakala, satu lagi projek dibawah peruntukan pembangunan


JUPEM iaitu Penentuan dan Pengukuran Sempadan Antarabangsa (Darat
dan Maritim) Malaysia Dengan Negara-negara Jiran telah diluluskan
secara one-off bagi tahun 2017 dengan menggunakan peruntukan sedia
ada. Usaha sedang giat dijalankan supaya kelancaran projek yang
melibatkan kepentingan dan kedaulatan negara ini tidak terjejas.

22. Seperti mana tahun-tahun sebelumnya, saya mohon kerjasama


daripada semua Bahagian yang terlibat untuk mengambil tindakan secara
pro-aktif di dalam melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan itu.
Bermula di peringkat awal persediaan seperti penyediaan spesifikasi
teknikal, kelulusan beberapa Jawatankuasa ICT, proses tender dan
sebagainya perlu disegerakan. Jangan ambil sikap last-minute atau

9
menunggu arahan daripada peringkat atasan baru nak bergerak, bak kata
pepatah:

“Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan”

23. Seterusnya Bahagian-bahagian yang menguruskan projek-projek


perlu membuat pemantauan ke atas projek masing-masing bagi kemajuan
pelaksanaan dan juga pembayaran. Sila patuhi jadual pembayaran yang
telah ditetapkan.

Etika dan Integriti

Hadirin yang dihormati sekalian,

24. Dalam Majlis Amanat Tahun 2017 ini, saya hendak menyentuh
mengenai etika dan integriti kita sebagai penjawat awam. Kebelakangan ini
banyak diperkatakan mengenai isu yang melibatkan integriti terutamanya di
kalangan penjawat awam seperti isu penyalahgunaan kuasa, pecah
amanah, rasuah, penyelewengan, salah laku dan tatatertib. Walaupun
dilakukan oleh segelintir individu penjawat awam, namun tempiasnya tetap
terkena kepada keseluruhan penjawat awam yang lain, termasuk kita
semua.

25. Dalam hal ini, Kerajaan telah lama memperkenalkan beberapa dasar
dan polisi yang berkaitan bagi mencegah penularan isu integriti ini.
Antaranya ialah kempen Bersih, Cekap dan Amanah pada 1982, kempen
Kepimpinan Melalui Teladan pada 1983, Dasar Penerapan Nilai-Nilai
Islam pada 1985, Etika Kerja pada 1987 dan beberapa pendekatan lain

10
yang berkaitan termasuklah penubuhan Unit Integriti di semua Agensi
Awam.

26. Segala usaha kerajaan dalam pembentukan dasar dan kempen ini
seharusnya diamalkan oleh semua penjawat awam dengan sepenuh hati
supaya kita dapat melakukan tugas yang diamanahkan dengan baik, cekap
dan sempurna.

27. Tuan-tuan dan puan-puan, saya juga ingin tekankan isu yang
berkaitan dengan tatatertib di kalangan pegawai dan kakitangan kita, baik
di Ibu Pejabat atau pun di JUPEM Negeri. Untuk makluman, Jabatan
menerima sebanyak 23 kes tatatertib baru pada tahun 2016. Majoriti
bentuk kesalahan adalah dari segi tidak hadir bertugas.

28. Dalam hal ini saya meminta Pengarah Bahagian dan Pengarah Ukur
Negeri mengambil serius tentang perkara ini. Prosedur berkaitan tindakan
yang perlu dibuat bagi kes tidak hadir kerja ini telah jelas, tindakan dan
laporan yang berkaitan perlu dibuat seawal mungkin, dan jangan tunggu
terlalu lama. Jika kita membiarkan isu ketidakhadiran kerja ini berterusan,
seolah-olah kesalahan ini dianggap remeh oleh pegawai dan kakitangan
yang terlibat, selain daripada menyulitkan pihak pengurusan dalam
menyelesaikan kes yang terlibat.

29. Selain daripada kesalahan tidak hadir bertugas ini, terdapat juga
beberapa isu lain yang perlu di ambil perhatian. Antaranya adalah yang
melibatkan tuntutan palsu, sijil sakit palsu, keluar pejabat tanpa
kebenaran, tidak mematuhi waktu bekerja, berada dikantin pada waktu
berkerja, mengetik Kad Perakam Waktu bagi pihak individu lain,

11
menjalankan perniagaan semasa waktu bekerja, membuat kerja-kerja di
luar tanpa kebenaran, penyalahgunaan dadah, bermain judi atas talian,
penyalahgunaan media sosial seperti facebook, twitter, Instagram dan lain-
lain lagi.

30. Sehubungan dengan itu, tuan-tuan dan puan-puan, khususnya


Pengarah Bahagian dan Pengarah Ukur Negeri perlulah sentiasa
memantau dan kerap mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai di
bawah seliaan masing-masing, supaya dapat diberikan penerangan dan
kesedaran terhadap integriti dan tatatertib ini.

31. Justeru, marilah kita sama-sama melaksanakan segala tugas dan


amanah yang diberikan dengan sebaiknya supaya kepercayaan
masyarakat umum terhadap penjawat awam tidak terjejas sehingga boleh
mengganggu kelancaran tugas kita di Jabatan khususnya dan kestabilan
serta keharmonian negara amnya.

Penghargaan

Hadirin yang dihormati sekelian,

32. Pada majlis ini juga, kita ada menjemput warga JUPEM yang telah
bersara bagi tujuan menghargai segala sumbangan dan khidmat bakti
sepanjang perkhidmatan dengan JUPEM dan perkhidmatan awam. Saya
bagi pihak JUPEM dan Kerajaan Malaysia mengucapkan berbanyak terima
kasih kepada semua yang berkenaan.

12
33. Semoga Tuan/ Puan terus memberi sumbangan kepada masyarakat
dan negara , beroleh kesihatan yang baik dan Selamat Maju Jaya dalam
apa perkara yang dilaksanakan.

34. Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi


penghargaan dan terima kasih kepada semua warga JUPEM di semua
peringkat daripada peringkat Pengurusan Tertinggi sehinggalah ke
peringkat Kumpulan Sokongan di atas segala kerjasama serta
tanggungjawab yang telah ditunaikan, yang menyumbang kepada
kecemerlangan JUPEM.

35. Saya juga ingin menyeru kepada semua warga JUPEM supaya
sentiasa bertenaga, dinamik dan bekerjasama dalam satu pasukan agar
dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan Jabatan dengan semangat
yang kental di dalam menghadapi segala cabaran pada tahun 2017 ini.

36. Kepada semua pegawai ukur dan geospatial, yang berkhidmat


secara kader di NRE, MaCGDI, INSTUN, JKR, MKN, dan KPKT, saya
berharap tuan puan akan memberi perkhidmatan yang terbaik dan juga
menjaga nama baik JUPEM.

37. Kepada pegawai-pegawai yang baru bertukar ke JUPEM saya


mengalu-galukan kehadiran Tuan/ Puan dan kepada pegawai-pegawai
yang telah bertukar dari JUPEM diucapkan berbanyak terima kasih diatas
segala khidmat bakti yang telah diberikan.

13
38. Terima kasih juga kepada pihak urus setia serta semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan Majlis Amanat tahun ini. Semoga setiap langkah
yang kita ambil adalah langkah ke arah kejayaan dan kecemerlangan. Dan
semoga segala usaha murni kita untuk memartabatkan perkhidmatan
khususnya dalam bidang ukur dan pemetaan ini diberkati Allah SWT dan
mencapai matlamat dengan jayanya.

Mengambil air dari perigi,

Air diletak didalam tempayan

Terus berusaha meningkatkan prestasi,

Penyampaian kepada rakyat perlu dipastikan

Wabillahitaufik walhidayah wassallamualaikum warahmatullah hi


wabarakatuh.

Terima kasih.

14

Anda mungkin juga menyukai