Anda di halaman 1dari 5

PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH

TAHAP 1
BIDANG KOAKADEMIK (BAHASA MELAYU)
SEMPENA KARNIVAL KOKURIKULUM SECARA
ATAS TALIAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2021
(KARNIVAL EMAS 2.0)

Tajuk :

Nakhoda Tanggang Anak Derhaka

Nama Peserta :

Mohammad Irfan Fadli bin Fadilah

Kelas :

Tahun 3

Sekolah:

SK Luagan, Lawas
SK LUAGAN, LAWAS

“NAKHODA TANGGANG, ANAK DERHAKA”

Semarak kasih, sekalung budi kepada para hakim, barisan pendidik, teman-teman

dan seluruh warga dewan yang dihormati.

Adanya saya di sini akan menceritakan sebuah kisah yang bertajuk “Nakhoda

Tanggang Anak Derhaka”.

Pada zaman dahulu kala, tinggal Mak Umpit dan anak tunggalnya yang bernama Si

Tanggang. Kehidupan mereka seharian umpama kais pagi, makannya petang, kais

petang belum pasti makannya ke malam.

Pada suatu pagi yang hening, termenung Si Tanggang di tepi tangga. Rupa-rupanya

Si Tanggang ingin beristeri. Anak Tok Demak pilihan hati. Lantas Si Tanggang

menyatakan hasrat hatinya kepada ibunya, Mak Umpit.

Mak Umpit berasa sangat bimbang apabila mendengar hasrat anak kesayangannya

itu

“Tanggang, ukurlah baju di badanmu nak. Belum ditanya lagi, mak dah tahu

jawapannya. Kita ni pipit, mereka tu enggang. Pipit dan enggang tidak mungkin

terbang sama,” kata ibunya.

“Ah… mak jangan berkata lagi. Jika hati ini tidak dituruti. Meninggalkan kampung

Tanggang berjanji.”

Dengan berat hati, pergilah Mak Umpit ke rumah Tok Demak. Rumah Orang Kaya

Kampung Semarak. Seperti diduga… pinangan itu ditolak. Mak Umpit dihina, dicaci

dan dihalau seperti anjing kurap.


Berita tersebut disampaikan kepada Si Tanggang. Hatinya luluh bagai disentap.

Dalam hati Si Tanggang bersumpah akan mencari harta, pangkat dan kekayaan

untuk membuktikan kepada Tok Demak bahawa hidup ini bukan untuk dihina.

Keesokan harinya, keluarlah Si Tanggang meninggalkan ibunya yang tua dan miskin

di kampung bersendirian.

Pada suatu hari, kapal Si Tanggang telah berlabuh di pantai berhampiran

kampungnya. Berita tersebut disampaikan kepada orang-orang kampung. Ibu Si

Tanggang sangat gembira. Dia ingin berjumpa dengan anak kesayangannya itu.

Oii… orang kampung… Anak aku sudah balik 2x

Senangnya dalam hati, Anakku sudah balik,

Tanggang datang membawa isteri, Cantik sekali.

Mak Umpit cuba naik ke atas kapal. Malang nasib Mak Umpit dihalang anak kapal.

Akibat kekecohan, Nakhoda Tanggang muncul secara tiba-tiba.

Alangkah terkejutnya Si Tanggang dengan kedatangan seorang perempuan tua

yang miskin di hadapan matanya. Dia berasa malu, untuk mengaku bahawa

perempuan tua itu ibu kandungnya.

“Hei… Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku.

Ibuku tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini.”

“Pengawal, halau perempuan tua ini. Hamba benci melihatnya. Si Tanggang terus

memukul dan menendang ibunya, lalu ibunya jatuh dari atas kapal.

Hati Si Ibu sungguh hampa. Dia dicaci sedemikian rupa. Adakah kemiskinan punca

utama? Ibu kandungnya enggan diterima.


Ha.. Sebaik tiba di pantai, Mak Umpit terus menadah tangan ke langit dan berseru

kepada Tuhan.

“Ohh Tuhan! Kalau dia benar anakku… yang ku kandung 9 bulan 9 hari… yang ku

lahirkan… yang ku susui dari kecil hingga dewasa. Oh Tuhan! Kau tunjukkanlah…

kau tunjukkanlah.. Balasan atas anak yang tidak mengenang jasa, yang tidak

mengaku aku ibunya…oh tuhan!..kau tunjukkanlah. Kau tunjukkanlah.”

Tiba-tiba, petir berdentum, angin bertiup kencang, cuaca yang cerah bertukar rupa,

lautan yang tenang mula bergelora. Seakan mengutuk anak derhaka. Ketika itulah Si

Tanggang berasa kesal dan menyesal. Dia sedar bahawa Tuhan telah

memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasan kerana menderhaka.

“Ibu… Ibu… Ampunkan Tanggang bu.. Tanggang ini anak ibu.. Ibu.. Ibu…” Teriak Si

Tanggang.

Malangnya, sesal Si Tanggang sudah terlewat apabila ribut sudah reda, Tanggang,

isteri dan seluruh anak kapalnya menjadi semakin lesu, kaku dan akhirnya menjadi

batu. Sesal kemudian tiada gunanya.

Ibu bergenang airmata ku,

Terbayang wajah mu yang redup sayu.

Ha.. Kawan-kawan. Kita tidak boleh menderhaka kepada kedua ibu bapa kita. Buruk

padahnya. Tak cium bau Syurga.

Tak Tumbuh Tak Melata,

Tak Sungguh Saya Tak Kata,

Sayangilah ibu bapa kita,


Sementara mereka masih ada.

Saya Sayang Ibu!!

Betul tak kawan-kawan?.. Betul (3x)

Kembang Semangkuk Biji Selasih,

Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai