Anda di halaman 1dari 2

Asslmualikum dan salm sejahtera semua , sy RAJA INTAN dari kelas 1B.

Pagi in saya nak kongsi satu cerita dari buku yg saya baca iaitu tentang IBNU
SINA

Ibnu Sina atau nama sebenarnya Abū ʿAlī al-Ḥusayn ibn ʿAbdullāh ibn al-
Ḥasan ibn ʿAlī ibn Sīnā dilahirkan di Afshana, sebuah perkampungan di
pinggir Bukhara, Uzbekistan pada tahun 980 M.Sejak dari kecil lagi, Ibnu Sina
sudah menunjukkan minat mendalam terhadap ilmu. Pada usia seawal 10
tahun, beliau mampu menghafal alquran kawan-kawan.

Selain itu, Ibnu Sina juga turut mempelajari matematik fiqah dan juga
falsaafah .Semasa berusia 16 tahun, Ibnu Sina beralih ke dunia perubatan
pula . Menjelang usia 18 tahun, kariernya sebagai pakar perubatan bermula
selepas berjaya merawat Sultan Bukhara dari Dinasti Samanian, bernama
Nuh II. Ceritaanya begini, baginda jatuh gering dek penyakit dalam perut.
Bukan sedikit para tabib dipanggil termasuk yang bertaraf tabib diraja tetapi
kesemuanya gagal merawat penyakit yang dialaminya. Justeru, apabila
kepakaran Ibnu Sina dalam dunia perubatan tersebar di Bukhara, Nuh II
memanggilnya menghadap untuk merawat penyakit baginda.dengan izin
Allah s.w.t tetapi mengejutkan orang ramai, baginda kembali pulih. Untuk
membalas jasa anak muda yang mempunyai pemikiran berpandangan jauh
itu, Nuh II bukan saja melantik Ibnu Sina sebagai tabib diraja tetapi
memberinya akses kepada perpustakaan diraja yang mengandungi 30,000
kitab dalam pelbagai disiplin ilmu.

Ibnu Sina merupakan seorang penulis tegar. Justeru, tidak hairanlah wujud
dakwaan beliau telah menghasilkan 450 karya

Karya agungnya, al-Qanun fi al-Tibb, merupakan sebuah ensiklopedia


perubatan yang paling lengkap terdiri daripada lima buah buku dan sebuah
kod bagi perubatan Tamadun Islam. al-Qanun fi al-Tibb bukan saja menjadi
sumber rujukan perubatan utama dunia Islam ketika itu tetapi juga di Barat.

Populariti buku ini amat hebat sehinggakan versi terjemahan Latin yang
dibuat oleh Gerard of Cremona diterbitkan semula sebanyak 16 kali antara
1470 hingga 1500 dan 20 kali antara 1500 hingga 1600 dalam Bahasa Latin
dan Bahasa Ibrani. Qanun ini boleh dibahagikan kepada 5 jilid besar iaitu:

1. Buku yang membicarakan perkara-perkara asas dan umum.


2. Buku ubat-ubatan ringkas.
3. Buku penyakit organ-organ.
4. Buku penyakit yang boleh merebak ke seluruh badan.
5. Buku ubat-ubatan kompoun.

Walaupun lebih dikenali sebagai pakar perubatan berbanding sebagai pakar


bedah, Ibnu Sina sebenarnya turut mempunyai kemahiran sebagai pakar
bedah.

.Dalam bidang muzik pula, beliau turut memberi impak besar dari segi teknik
muzik. Ibnu Sina menulis secara panjang lebar elemen harmoni dan mensura
muzik di mana setiap not diberi nilai istimewa dan kadar tetap dibuat antara
setiap not. Beliau juga turut menunjukkan minat bagaimana muzik boleh
menjadi alat rawatan terapeutik dan bagaimana ia mempengaruhi emosi
manusia.

Sehingga ke akhir hayatnya, Ibnu Sina tidak putus membaca al-Quran setiap
tiga hari. Akhirnya pada Ramadan/Jun 1037 semasa berusia 56 tahun, beliau
kembali ke hadrat Ilahi buat selama-lamanya.

Itu sahaja perkongsian saya kawan-kawan semoga bermanfaat untuk semua


terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai