Anda di halaman 1dari 3

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dapat menjalani kehidupan dalam keadaan yang aman dan

harmoni di negara tercinta, Malaysia. Oleh itu, saya dengan berbekalkan semangat patriotisme
mahu mengajak anda untuk terus menyemarakkan keharmonian yang dikecapi selama ini demi
Negara yang tercinta dan sekali gus memartabat agenda untuk membina negara. Selamat
Menyambut Hari Kebangsaan 2021, Merdeka! Merdeka! Merdeka.

Erti Kemerdekaan Pada Zaman Masa Kini

Generasi muda pasti menganggap merdeka itu adalah bebas daripada cengkaman penjajahan dan
menghayatinya dengan sekadar melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Erti kemerdekaan
sebenar pada generasi kini adalah membabitkan kemerdekaan jiwa dan minda dipupuk menerusi
pembinaan jati diri yang dibentuk melalui empat aspek utama, iaitu agama, akhlak, pendidikan dan
bahasa kerana generasi muda berhadapan ancaman penjajahan dari segi bentuk baharu, terutama
pemikiran dan budaya seiring dengan kepesatan teknologi masa kini.

Dari Kelantan Ke Negeri Melaka,


Singgah Berehat di Pekan Kuantan,
Sudah 64 Tahun Malaysia Merdeka,
Hidup Aman Tiada Keperitan.

Saya ingin lihat semangat patriotisme sentiasa mekar dalam hati


kita. Setiap tahun, semangat ini akan kita perkukuhkan lagi di
sepanjang Sambutan Bulan Kebangsaan. Mudah-mudahan dengan
cara ini rasa cinta kita kepada negara tidak akan kunjung padam
sampai bila-bila. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2021,
Sahabatk

Dari Kelantan Ke Negeri Melaka, Singgah Berehat di Pekan


Kuantan, Sudah 64 Tahun Malaysia Merdeka, Hidup Aman Tiada
Keperitan.
Jalur gemilang Bendera Malaysia,
Megah Berkibar Setiap Hari,
Selalulah Kita Berdoa PadaNya,
Supaya Malaysia Terus Aman Harmoni. kepada negara tidak akan
kunjung padam sampai bila-bila. Selamat Menyambut Hari
Kemerdekaan 2021, Sahabatku.
Bunga Raya Di Dalam Dulang,
Daunnya Pula Di Makan Ulat,
Rakyat Dibela Pemimpin Dijulang,
Malaysia Merdeka Kekal Berdaulat.
Apa yang ingin kita suburkan dalam kalangan rakyat Malaysia ialah
semangat patriotisme iaitu perasaan cinta yang mendalam dalam
diri kita kepada negara tanah tumpah darah kita ini.
Burung Bangau Di Sawah Padi,
Luka Berdarah Diikat Tali,
Jika Patriotisme Kurang Disemadi,
Mungkin Sejarah Lampau Berulang Kembali.
Saya percaya perasaan cinta kepada negara inilah yang boleh
menjadi tali pengikat utama kepada perpaduan bangsa di negara
ini. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-64.
Terbang Tinggi Si Burung Merpati,
Hinggap Sebentar Di Atas Dahan,
Sudah 64 Tahun Kemerdekaan Dirai,
Negara Sejahtera Penuh Kenangan.
Bersyukur Kita Menjadi Rakyat Malaysia, Bumi Bertuah Indah
Permai, 64 Tahun Kita Merdeka, Rakyat Hidup Aman Damai.

31 Ogos Tarikh Keramat,


Bersama kita Menyambut Merdeka,
Bersatu Berazam Penuh Semangat,
Mari Pertahankan Kemerdekaan Kita.

Setiap Tahun Kita Menyambut Merdeka, Jalur Gemilang Berkibar


Megah, Sejarah Malaysia Jangan Pula Dilupa, Beratus Tahun Kita
Dijajah. Bulan Kemerdekaan Disambut Penuh Semangat, Sambil
Mengharap Malaysia Terus Berjaya, 31 Ogos Tarikh Keramat,
Bersama Kita Menyambut Merdeka.
Meredah Hujan Untuk Kembara,
Rehat Sebentar Menjamu Juadah,
Hargai Merdeka Yang Kita Rasa,
Hilang Ia Sesal Tak Sudah,

Sambutlah Hari Kemerdekaan tahun ini lebih bersemangat dengan


jiwa yang penuh semangat patriotisme! Selamat Menyambut Hari
Kemerdekaan Ke-64!

Ⓒ Sumber Artikel Di : https://www.infosentral.my/ucapan-


kemerdekaan/

Anda mungkin juga menyukai