Anda di halaman 1dari 1

Jiran Saya

Encik Ng ialah jiran yang tinggal di sebelah rumah saya.


Keluarga saya dan keluarga Encik Ng sudah berjiran selama
sepuluh tahun.

Encik Ng dan keluarganya sangat peramah. Mereka sering


bertegur sapa dengan jiran tetangga. Keluarga Encik Ng juga
akan menjaga keselamatan rumah saya apabila saya dan
keluarga pulang ke kampung. Oleh itu, semua jiran suka bergaul
dengan mereka.

Encik Ng bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah


rendah. Isterinya, iaitu Puan Ong bekerja sebagai seorang
doktor di Hospital Batu Pahat. Encik Ng selalu membantu jiran
yang menghadapi masalah. Oleh itu, beliau dihormati oleh jiran
tetangga.

Encik Ng dan Puan Ong mempunyai seorang cahaya mata,


iaitu Alex. Umur Alex sebaya dengan saya. Setiap hari, kami
pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah yang sama. Kami
selalu berbual-bual di dalam bas dengan gembira. Pada waktu
rehat, kami akan makan bersama-sama di kantin sekolah.

Pada hujung minggu, keluarga saya akan bermain badminton


bersama-sama keluarga Encik Ng dia taman untuk mencergaskan
badan dan mencerdaskan otak. Kami juga saling mengunjungi
pada musim perayaan seperti Tahun Baharu Cina dan Hari
Krisma. Hubungan kami sangat rapat bagai isi dengan kuku.

Saya amat bersyukur kerana mempunyai jiran yang baik


seperti keluarga Encik Ng. Saya berharap agar mereka sentiasa
sihat dan hubungan kami akan terus kekal sampai bila-bila.

Anda mungkin juga menyukai