Anda di halaman 1dari 20

Radziah Ibrahim lwn.

[2009] 1 CLJ (Sya) Peter Rudolph Gottschalk 465

A RADZIAH IBRAHIM

lwn.

PETER RUDOLPH GOTTSCHALK


B MAHKAMAH TINGGI SYARIAH, SEREMBAN
MOHD NADZRI ABDUL RAHMAN H
[KES MAL NO: 05100-038-0168-2007]
24 APRIL 2007

C HADHANAH: Kanak-kanak - Anak perempuan berumur 12 tahun -


Perintah jagaan interim ex parte, permohonan untuk - Syarat-syarat -
Permohonan berasaskan alegasi si anak akan dibawa lari ke Jerman
untuk dibesarkan dalam suasana yang menyanggahi hukum syarak -
Sama ada bermerit - Sama ada wujud alasan-alasan khas - Sama ada
D wujud keadaan yang mendesak - Sama ada perintah interim ex parte
harus dibenarkan - Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri
Sembilan) 2003, ss. 200, 201

PROSEDUR MAL: Injunksi - Hadhanah - Perintah injunksi interim -


Permohonan untuk - Sama ada boleh dibuat secara ex parte - Enakmen
E
Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003, ss. 200, 201

Pemohon telah berkahwin dengan responden, seorang warganegara


Jerman yang menetap di Malaysia, dan hasil perkahwinan
mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 12 tahun
F (‘anak tersebut’). Ekoran perselisihan faham di antara mereka,
pemohon dan responden telah tidak tinggal bersama sejak beberapa
tahun kebelakangan. Pemohon bimbang bahawa responden akan
melarikan anak tersebut balik ke Jerman, yang sekaligus akan
menjejaskan akidah Islamiyyah anak tersebut, dan atas alasan
G tersebut telah memfailkan permohonan ex parte di sini memohon
perintah-perintah interim berikut: (i) hak jagaan sementara ke atas
anak tersebut; (ii) perintah menegah responden dari mengganggu
atau mengacau pemohon dan anak tersebut; dan (iii) perintah
menegah responden dari membawa anak tersebut keluar dari
H Semenjung Malaysia. Di hadapan yang arif hakim, antara isu yang
berbangkit adalah sama ada mahkamah berbidangkuasa untuk
mendengar permohonan, dan jika begitu sama ada perintah seperti
yang dipohon patut dibenarkan.

I
466 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

Diputuskan (membenarkan permohonan): A

(1) Walaupun Syariat Islam mengkehendaki setiap kes diputuskan


dengan kehadiran kedua belah pihak, terdapat pengecualian yang
membolehkan permohonan ex-parte dibuat (dan didengar)
berdasarkan prinsip “dharurat”. Selain peruntukan syarak ini, B
s. 201 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri
Sembilan) 2003 (‘Enakmen Tatacara 2003’) memperuntukkan
bahawa perintah hadhanah interim boleh dikeluarkan oleh
mahkamah dengan syarat-syarat tertentu. (perenggan 12 - 15)
C
(2) Dalam perundangan Islam, injunksi bukan sesuatu yang asing.
Berdasarkan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah dan Ibnu
Abbas (lihat Sunan Abu Daud; Bukhari; dan al Nasa’i),
perintah injunksi pernah dikeluarkan oleh Rasulullah s.a.w
dalam bentuk suruhan bagi mengelakkan berlakunya dharar
D
kepada isteri. Persoalan injunksi juga ada diperuntukkan oleh
ss. 200 dan 201 Enakmen Tatacara, serta Arahan Amalan
No. 11/2003. Oleh yang demikian, mahkamah berbidangkuasa
untuk mendengar permohonan perintah interim mengenai
hadhanah dan injunksi terhadap responden secara ex parte.
E
(perenggan 22 - 29)

(3) Suatu perintah interim ex parte boleh dikeluarkan oleh


mahkamah jika terdapat alasan-alasan khas seperti keadaan yang
mendesak, demi kepentingan keadilan atau perlindungan kanak-
kanak atau pemohon (lihat s. 201(2) Enakmen Tatacara 2003). F
Apapun, persoalan ini perlu dipertimbang secara ketat sebelum
perintah yang dipohon dikeluarkan. (perenggan 31, 33 & 34)

(4) Dalam kes ini, kebimbangan pemohon bahawa anak tersebut


akan dilarikan oleh responden dan dibawa pulang ke Jerman G
oleh responden telah menyebabkan si anak terpaksa
meninggalkan persekolahan selama beberapa hari. Kebimbangan
ini adalah berasas kerana responden pernah mengugut akan
membawa keluar anak tersebut dari Malaysia ke Negara asalnya
Jerman. Pada masa yang sama, responden digambarkan sebagai H
seorang yang tidak mengamalkan ajaran Islam, seorang yang
suka minum arak, makan babi, tidak berpuasa dan tidak
sembahyang. Oleh itu, adalah dikhuatiri bahawa anak tersebut
akan terjejas akidahnya jika dia diambil dan seterusnya dibawa
keluar dari Malaysia, dibesar, dididik dan dijaga oleh responden I
dalam suasana yang tidak sihat di sisi hukum syarak.
Mahkamah beranggapan wujudnya faktor keterdesakan yang
membolehkan mahkamah campur tangan serta merta bagi
menyelamatkan anak tersebut. (perenggan 38)
Radziah Ibrahim lwn.
[2009] 1 CLJ (Sya) Peter Rudolph Gottschalk 467

A English Translation Of Headnotes

HADHANAH: Children - 12-year-old daughter - Ex parte interim custody


order, application for - Preconditions - Application premised on allegation
that daughter would be taken away to live in Germany in circumstances
B repugnant to hukum syarak - Whether having merit - Whether special
circumstances existed - Whether case of urgency proved - Whether ex parte
interim order to be issued - Syariah Court Civil Procedure (Negeri
Sembilan) Enactment 2003, ss. 200, 201

CIVIL PROCEDURE: Injunction - Hadhanah - Interim custody order -


C
Application for - Whether could be made ex parte - Syariah Court Civil
Procedure (Negeri Sembilan) Enactment 2003, ss. 200, 201

The applicant was married to the respondent, a German citizen


residing in Malaysia, and had a 12-year-old daughter from the
D marriage (‘the daughter’). Their marital disputes had taken the
better of them, the applicant and the respondent had been living
apart and under different roofs for the past few years. The applicant
was worried that the respondent would abscond to Germany with
their daughter, and thereby endangering her Islamic faith, and in the
E upshot, applied, vide the ex parte application herein, for the
following interim injunctive orders, viz: (i) interim custodial right
over the daughter; (ii) an order restraining the respondent from
disturbing or harassing the applicant and the daughter; and (iii) an
order restraining the respondent from taking the daughter out of
F West Malaysia. Before the learned judge, issues inter alia arose as to
whether the court had the necessary jurisdiction to hear the
application, and if so whether the orders thus sought for ought to
be allowed.

G Held (allowing application):

(1) Although Islamic Law requires that each and every case must
be decided in the presence of both parties, an ex parte
application could as a matter of exception be made (and heard)
upon the principle of “necessity”. This provision of the syarak
H
apart, s. 201 of the Syariah Court Civil Procedure (Negeri
Sembilan) Enactment 2003 (‘Procedure Enactment 2003’)
provides that an interim custody order may be issued by the
court upon certain terms and conditions.
I (2) An injunction is not alien to Islamic jurisprudence. Based on
the hadiths as narrated by Aisyah and Ibnu Abbas (see Sunan
Abu Daud; Bukhari; and al-Nasaa’i), an injunction in the form
468 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

of an instructive order had been issued by the Prophet p.b.u.h A


in order to thwart any harm on a wife. The matter of
jurisdiction had also been spelt out in ss. 200 and 201 of the
Procedure Enactment, as well as Practice Direction No.
11/2003. In the circumstances, the court had the jurisdiction to
hear ex parte an interim application for hadhanah and B
injunctions against the respondent.

(3) An interim ex parte order may be issued by the court if there


exists special circumstances such as in a case of urgency, in the
interest of justice or for the protection of the child or the C
applicant (see s. 201(2) of the Procedure Enactment 2003).
However, the issue has to be subjected to strict consideration
before the order sought for should be allowed.

(4) In the instant case, the applicant’s anxiety about the daughter
D
being snatched away and taken to Germany by the respondent
had caused the daughter to skip school for a number of days.
This anxiety was not without merit since the respondent had
actually threatened to abscond with the girl to Germany.
Allegations had also been levelled that the respondent was not
E
a practicing Muslim, that he enjoyed taking alcohol and pork,
and that he had not been fasting or praying. In the event, it
was possible that the girl’s faith would be adversely affected
should she be taken out of Malaysia, and made to live with and
be taken care of by the respondent in conditions and
F
circumstances repugnant to the hukum syarak. Hence, the court
would take the view that there existed a case of urgency to
enable the court to intervene forthwith in order to protect the
child.
Hadis-hadis yang dirujuk: G
Abu Daud
Bukhari dan al-Nasa’i
Ibnu Abbas

Kes-kes yang dirujuk:


H
Haslinda Alias lwn. Johdi Mathew Byrne [1999] 13 JH 47 (dirujuk)
Wan Puziah Wan Awang lwn. Wan Abdullah Muda dan Satu Lagi [2004]
CLJ (Sya) 604 (dirujuk)

Perundangan yang dirujuk:


Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003,
I
ss. 200, 201(1), (2), (3)
Radziah Ibrahim lwn.
[2009] 1 CLJ (Sya) Peter Rudolph Gottschalk 469

A Kitab-kitab yang dirujuk:


al-Ashbah wa al-Nazair fi Qawaid al-Fiqhiyyah
al-Nafaqah
al-Aqdiyyah

B Bagi pihak pemohon - Dr Rafie Mohd Shafie; T/n Rafie Mohd Shafie & Assoc

Dilaporkan oleh Wan Sharif Wan Ahmad

C PENGHAKIMAN

[1] Kes ini merupakan satu permohonan yang dibuat oleh


pemohon untuk mendapatkan keizinan mahkamah bagi mendengar
permohonan beliau secara ex parte untuk mendapatkan perintah-
perintah berikut:
D
i) hak penjagaan sementara terhadap anak bernama Julia Aida binti
Peter Rudolph Gottschalk @ Yusuff bin Abdullah (12 tahun)
demi menjaga akidah dan kebajikan anak tersebut;

E ii) satu perintah tegahan sementara bagi mencegah responden,


keluarganya, ejennya (wakil), atau sesiapa sahaja yang berkenaan
dari mengambil atau mengganggu anak tersebut dengan apa
cara sekalipun, dan menegah responden, keluarganya, ejennya
(wakil) atau sesiapa sahaja yang berkenaan menahan diri
F daripada mengganggu, mengacau dan menceroboh ke atas diri
pemohon dan anak tersebut dengan apa cara sekalipun;

iii) menegah anak tersebut daripada dibawa keluar dari Semenanjung


Malaysia;
G iv) memohon kerjasama daripada pihak Polis Diraja Malaysia,
Jabatan Imigresen Malaysia untuk menyenarai hitamkan
perjalanan anak tersebut dan Jabatan Agama Islam Negeri
Sembilan, Wilayah Persekutuan dan Selangor dengan kerjasama
Bahagian Penguatkuasaan Agama agensi-agensi tersebut untuk
H membantu dan memberi kerjasama apabila diperlukan; dan

v) lain-lain relief yang difikirkan dan adil dan suai manfaat oleh
mahkamah.

I
470 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

[2] Bagi tujuan ini, pemohon melalui peguam syarienya, telah A


memfailkan satu permohonan secara sebelah pihak (ex parte) dengan
memasukkannya ke mahkamah ini pada 23 April 2007 beserta
affidavit sokongan yang diikrarkan oleh pemohon pada hari yang
sama. Permohonan tersebut juga disertakan dengan permohonan
perakuan segera yang ditandatangani oleh peguam syarie pemohon B
pada tarikh yang sama iaitu 23 April 2007. Pada tarikh yang sama
juga pemohon telah memfailkan satu permohonan cerai secara
fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seremban dan
permohonan induk mengenai hadhanah beberapa hari kemudian.
C
[3] Pemohon melalui peguam syarienya memohon kes ini
didengar seberapa segera kerana bimbangkan responden akan
melarikan anak bernama Julia Aida bt Peter Rudolph Gottschalk @
Yusuff bin Abdullah berdasarkan ugutan-ugutan yang dikemukakan
oleh responden sebelum ini. D

[4] Berdasarkan perakuan segera tersebut, dan kepercayaan


mahkamah akan risiko yang kuat berlakunya sesuatu yang tidak
diingini jika pendengaran kes ini dilambatkan, maka kes ini
ditetapkan untuk didengar secara sebelah pihak pada 24 April 2007.
E
[5] Fakta-fakta yang dibentangkan dalam affidavit yang diikrarkan
oleh pemohon dan penjelasan lisan yang dikemukakan oleh peguam
syarie pemohon dihadapan mahkamah ini ialah seperti berikut:

(1) Bahawa pemohon, Radziah binti Ibrahim, kad pengenalan F


no. 550829-08-5250 beralamat di No. 6, Jalan 1/6, Taman
Tuanku Jaafar, 71450 Seremban mengaku dan berikrar sebagai
pembuat affidavit tersebut dan masih seorang isteri yang sah
kepada responden;
G
(2) Responden, Peter Rudolph Gottschalk @ Yusuff bin Abdullah
adalah warganegara Jerman dan alamat kekalnya ialah
Rheinstrasse 19, Ransbach Baumbach, 56235 Germany
memegang passport No. 3326026972 & 2117011588 dan
menggunakan visa pemohon untuk terus menetap di Malaysia;
H

(3) Responden tinggal dan menetap di Malaysia di alamat No. 18,


Jalan Polo Air 13/568A, Seksyen 13, Shah Alam Selangor;

(4) Pemohon dan responden telah berkahwin pada 11 Jun 1994 di


Kuala Lumpur; I
Radziah Ibrahim lwn.
[2009] 1 CLJ (Sya) Peter Rudolph Gottschalk 471

A (5) Hasil daripada perkahwinan tersebut, pemohon dan responden


telah dikurniakan seorang anak perempuan berusia 12 tahun
bernama Julia Aida binti Peter Rudolph Gottschalk @ Yusuff
bin Abdullah yang lahir pada 27 November 1995;

B (6) Pemohon memohon perintah interim hadhanah bagi menjaga


anak tersebut demi keselamatan dan kebajikan anak
terutamanya dari segi akidah Islamiyyah dan perintah interim
injunksi bagi menghalang responden dari mengganggu dan
melarikan anak tersebut keluar dari Malaysia;
C
(7) Anak tersebut setakat ini masih tinggal bersama pemohon di
alamat tempat tinggal pemohon dan telah tidak bersekolah
sejak beberapa hari yang lalu; anak tersebut adalah seorang
warganegara Malaysia yang lahir di Malaysia telah tidak pergi
ke sekolah sejak beberapa hari lalu kerana bimbang dilarikan
D
oleh responden;

(8) Pemohon bimbang dan khuatir jika responden yang menjaga


anak tersebut, akan memberikan impak yang negatif kepada
anak dari sudut fizikal dan mental;
E
(9) Pemohon beralasan perintah interim tersebut perlu dikeluarkan
kerana bimbangkan akidah anak akan tergugat jika dijaga oleh
responden yang telah tidak mengamalkan ajaran Islam, minum
arak, berperangai keji, makan babi, tidak berpuasa dan tidak
F bersembahyang;

(10) Wujudnya kebimbangan oleh pemohon bahawa responden akan


membawa anak tersebut keluar dari Malaysia berdasarkan
terdapatnya ugutan oleh responden untuk berbuat demikian
dengan membawa anak ke Jerman.
G

[6] Isu pokok yang perlu diputuskan oleh mahkamah ini adalah:

1) Adakah mahkamah mempunyai bidangkuasa untuk memutuskan


kes ini secara ex parte;
H
2) Jika mahkamah ini berbidangkuasa, apakah wajar perintah
interim dalam kes ini diberikan secara ex parte?

3) Jika wajar, apakah kriteria-kriteria yang perlu diambil kira; dan

I 4) Sejauhmanakah piawaian atau standard kriteria tersebut perlu


dipertimbangkan oleh mahkamah untuk mengeluarkan perintah
interim.
472 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

Bidangkuasa Mahkamah A

[7] Sebelum mengulas mengenai perkara ini, eloklah mahkamah


ini mengambil peluang untuk menyentuh mengenai ex parte dan
konsepnya secara ringkas, seterusnya menyentuh mengenai perintah
interim hadhanah secara ex parte dan sedikit mengenai injunksi serta B
sejauh mana mahkamah ini berbidangkuasa memutuskannya.

[8] Permohonan ex parte atau permohonan satu pihak merupakan


satu permohonan di mana mahkamah membuat sesuatu keputusan
setelah mendengar keterangan sebelah pihak sahaja. Lazimnya
C
perintah atau keputusan yang dikeluarkan dalam permohonan ex
parte tersebut adalah bersifat sementara atau interim.

[9] Pada dasarnya, semua sistem perundangan menetapkan bahawa


segala pertikaian hendaklah diputuskan setelah kedua-dua belah
pihak diberi peluang untuk memberi keterangan masing-masing. D
Peraturan ini dibuat bagi menjamin keadilan kepada semua pihak.
Islam amat menitik beratkan peraturan ini, sehinggalah terdapat
banyak sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. yang juga merupakan
sumber kedua perundangan Islam menyatakan betapa penting dan
perlunya seseorang hakim mendengar keterangan kedua-dua belah E
pihak. Sebagai contoh, satu riwayat daripada Abu Daud bahawa
Saidina Ali berkata kepada Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Ya Rasulullah, tuan mengutuskan aku ke Yaman untuk menjadi
Qadi sedangkan aku masih muda dan tidak mengetahui tentang F
kehakiman.” Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah akan
memberikan hidayah-Nya kepada hati engkau dan menetapkan lidah
mu. Jika datang 2 orang yang bertikai duduk di hadapan kamu,
maka janganlah engkau menjatuhkan hukuman sehinggalah engkau
mendengar hujah dan keterangan pihak kedua seperti engkau
mendengar pihak pertama, kerana itulah yang lebih layak dilakukan G
agar jelas bagi kamu untuk menjatuhkan hukuman.

[10] Prinsip ini dapat dilihat di dalam kes Haslinda binti Alias lwn.
Johdi Mathew Byrne @ Yahya bin Abdullah [1999] 13(i) JH 47.
Dalam memutuskan sama ada mahkamah boleh memberi keizinan H
kes ini didengar secara sebelah pihak (ex parte) dan seterusnya
mengeluarkan perintah ex parte, YA Hakim Bicara telah merujuk
kepada hadis di atas dan menyatakan bahawa:
Hadis tersebut dengan jelas memberikan panduan kepada seseorang
hakim dalam mengendalikan proses perbicaraan iaitu hukuman tidak I
boleh dijatuhkan dan penghakiman tidak boleh diberikan melainkan
semua pihak telah diberi peluang yang sama untuk membela diri
Radziah Ibrahim lwn.
[2009] 1 CLJ (Sya) Peter Rudolph Gottschalk 473

A dan mengemukakan keterangan dan hujahnya, kerana hukuman yang


adil tidak dapat ditegakkan jika keterangan dan hujah semua pihak
tidak diberikan dengan jelas dan memuaskan dan mereka diberikan
peluang secara adil.

[11] Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, hukum


B
Syarak pada asasnya tidak menggalakkan permohonan ex parte, yang
cuma mendengar hujah sebelah pihak sahaja.

[12] Walaupun syariat Islam menghendaki setiap kes itu


diputuskan dengan kehadiran kedua-dua belah pihak, terdapat
C pengecualian yang membolehkan permohonan ex parte ini dibuat.
Berdasarkan prinsip ‘dharurat’ yang mengharuskan perkara yang
dilarang jika terdapat keperluan dan keterdesakan dan prinsip
‘Mashaqqah’ yang membenarkan sesuatu kewajipan itu
dipermudahkan dalam keadaan tertentu. (Lihat Majallah al-Ahkam
D al-Adliyyah, perkara 21, 22 dan 27 untuk keterangan lanjut). Imam
Jalaluddin Abdul Rahman di dalam Kitabnya al-Ashbah wa al-Nazair
fi Qawaid al-Fiqhiyyah, pula menyebut   
(kemudaratan
hendaklah dihilangkan). Maka bagi menghilangkan kesukaran itu,
adalah harus untuk tidak menggunakan kaedah asal.
E
[13] Selain dari itu, terdapat satu hadis yang diriwayatkan di dalam
Sahih Muslim di mana Hindun telah mengadu kepada Rasulullah
s.a.w. akan suaminya yang kedekut sehingga beliau tidak mendapat
nafkah yang sewajarnya untuk diri sendiri dan anak-anak kecuali ia
F mengambil nafkah tersebut tanpa diketahui oleh suaminya.
Rasulullah s.a.w. lalu membenarkannya mengambil daripada harta
suaminya sekadar bagi memenuhi keperluan diri dan anak-anak.
(lihat juga al-Shaukani, Nail al Authar, Kitab al-Nafaqah, 1997,
hlm. 870). Hadis ini juga adalah sebagai satu sandaran kepada
G mahkamah ini untuk membenarkan permohonan dibuat secara ex
parte.

[14] Selain daripada Hukum Syarak, Enakmen Tatacara Mal


Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 menyatakan secara
nyata bahawa suatu perintah interim dan ex parte dibolehkan apabila
H
wujudnya keperluan kepada perkara tersebut demi keadilan kepada
pihak-pihak yang memerlukannya. Seksyen 201(1) dan (2) Enakmen
Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003
memperuntukkan berkenaan dengan perintah interim tentang
hadhanah. Seksyen tersebut menyebutkan:
I
(1) Tertakluk kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
(Negeri Sembilan) 2003, jika Mahkamah berpuas hati, atas
permohonan mana-mana pihak untuk mendapatkan hadhanah
474 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

seseorang kanak-kanak dalam apa-apa kausa atau perkara, A


bahawa hal keadaan memerlukan dibuat suatu perintah interim
tentang hadhanah kanak-kanak itu, maka Mahkamah boleh
membuat perintah sedemikian yang hendaklah berkuat kuasa
serta-merta dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga
Mahkamah membuat keputusan atas kausa atau perkara itu. B
(2) Permohonan di bawah seksyen ini tidak boleh dibuat sebelum
tindakan dimulakan kecuali dalam hal yang mendesak dan demi
kepentingan keadilan atau perlindungan pemohon atau kanak-
kanak itu didapati bahawa campur tangan serta-merta
Mahkamah perlu. C

[15] Berdasarkan kepada s. 201(1), sesuatu perintah interim


tersebut boleh dikeluarkan oleh mahkamah jika mahkamah berpuas
hati, atas permohonan mana-mana pihak yang memerlukan dibuat
suatu perintah interim tentang hadhanah terhadap kanak-kanak itu,
D
dan perintah interim tersebut berkuat kuasa serta-merta sehinggalah
mahkamah membuat keputusan atau memberikan satu perintah
kekal terhadap kes tersebut.

[16] Mengenai perintah interim secara ex parte pula, mahkamah ini


merujuk kepada s. 201(3) Enakmen yang sama yang memperuntukkan: E

(3) Jika pemohon ialah plaintif dan kes itu suatu kes yang
mendesak, permohonan itu boleh dibuat secara ex parte yang
hendaklah disokong dengan affidavit dan affidavit itu hendaklah
mengandungi suatu pernyataan yang jelas dan ringkas lagi
F
padat:

(a) tentang fakta-fakta yang membawa kepada tuntutan


terhadap defendan dalam prosiding itu;

(b) tentang fakta-fakta yang membawa kepada tuntutan untuk


G
mendapatkan perintah interim itu;

(c) tentang fakta-fakta yang menjadi sandaran bagi mewajarkan


permohonan secara ex parte itu;

(d) tentang apa-apa fakta yang diketahui oleh pemohon yang


H
mungkin menyebabkan Mahkamah tidak memberikan
perintah interim itu;

(e) tentang sama ada mana-mana permohonan ex parte


terdahulu yang seumpamanya telah dibuat kepada mana-
mana Hakim dan, jika demikian, perintah yang dibuat
I
dalam permohonan terdahulu itu; dan

(f) tentang relief yang sebenarnya dipohon.


Radziah Ibrahim lwn.
[2009] 1 CLJ (Sya) Peter Rudolph Gottschalk 475

A [17] Seksyen ini membenarkan mahkamah mengeluarkan suatu


perintah interim secara ex parte di mana permohonan ke arah itu
hendaklah dibuat dengan mengemukakan suatu permohonan berserta
dengan affidavit sokongan yang mengandungi fakta-fakta di atas.

B [18] Arahan Amalan No. 2 Tahun 2002 pula menyebut mengenai


permohonan ex parte yang hendaklah dimulakan prosidingnya di
Mahkamah Tinggi Syariah. Arahan Amalan tersebut menyebut;

... berhubung kes-kes yang melibatkan tuntutan Hadhanah, Harta


Sepencarian tak alih dan permohonan ex parte hendaklah dimulakan
C
prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah.

[19] Arahan Amalan tersebut diperkukuhkan lagi dengan Arahan


Amalan No. 11 Tahun 2003 yang berbunyi:
Permohonan ex parte bagi apa-apa perintah sementara boleh
D
difailkan dalam mana-mana keadaan yang memerlukan perintah
segera dengan syarat sekiranya kes induk belum difailkan pada masa
permohonan ex parte itu difailkan, Pemohon itu hendaklah
memfailkan kes induknya dalam tempoh 14 hari dari tarikh
permohonan itu difailkan.
E
[20] Manakala mengenai injuksi atau tegahan pula, dari segi
definisinya injuksi ialah satu remedi atau relief (judicial remedy)
yang boleh dipohon di mahkamah dalam semua aspek perundangan.
Secara pratikalnya dipakai dalam undang-undang harta, tort,
F
pensyarikatan, perkahwinan dan perceraian dan lain-lain lagi
termasuklah undang-undang prosedur. Secara umumnya injuksi ini
ialah perintah untuk menghalang seseorang daripada melakukan
sesuatu perbuatan yang boleh membawa kecederaan atau kerosakan
kepada orang lain (injuksi prohibitori) atau menyuruh seseorang
G
melakukan perbuatan tersebut bagi mengelakkan berlakunya
kerosakan yang lebih serius kepada orang lain (injuksi mandatori).
Injuksi ini juga boleh berlaku dalam dua bentuk, iaitu injuksi
sementara (interlocutory or interim) dan injuksi secara kekal. (Roger
Bird, Osborn’s Concise Law Dictionary, edisi 7, London: Sweet and
H
Maxwell, 1983, hlm. 710-714, lihat juga Dr Najibah Mohd Zain
dalam Injuksi Dalam Undang-Undang Islam dan Pemakaian di
Mahkamah Syariah, dalam Harta Sepencarian, Prosiding Ex Parte,
Perintah Injuksi, UIAM, hlm. 106).

[21] Di dalam perundangan Islam, injuksi ini adalah tidak asing


I
lagi, menurut Harith Suleiman Faruqi di dalam Mu’jam al-Qanuni,
injuksi disebut sebagai satu perintah (kehakiman) yang melarang
atau menegah (mengikat seseorang daripada melakukan sesuatu
476 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

yang bersalahan dengan undang-undang): perintah ini terbentuk A


berdasarkan kepada sesuatu tuntutan terhadap sesuatu perkara
terhadap seseorang yang lazimnya akan terhalang daripada
melakukan perkara tertentu yang mudharat dan boleh dijangka atau
yang tidak boleh dijangkakan kerana perbuatannya atau apa yang
diniatkannya pada kebiasaannya dengan melihat kepada kezaliman B
yang akan dilakukannya atau kezaliman yang terdahulu. (Lihat
Harith Suleiman Faruqi di dalam Mu’jam al Qanuni, Beirut,
Maktabah Lubnan (Librairie Du Liban) 2000, hlm. 366). Menurut
Muhammad Sidqi bin Ahmad bin Muhammad al Burno di dalam al
Wafiz Fi Idhah Qawaid al-Fiqh al Kulliyyah, 1997, hlm. 265, pula C
injuksi di dalam perundangan Islam adalah berdasarkan kaedah fiqh
iaitu menolak kerosakan didahulukan dari mengambil kemaslahatan
(dar al mafasid muqaddam ‘alajalbi al-Masalih). Kaedah ini
didasarkan daripada Hadis Rasulullah s.a.w daripada Samurah bin
Jundab yang mempunyai sepohon tamar yang mana dahannya D
condong ke kawasan rumah seorang lelaki Ansar. Samurah masuk
ke kawasan rumah tersebut untuk mengambil buah tamarnya.
Keadaannya ini telah mengganggu ketenteraman lelaki Ansar dan
keluarganya dan dia telah meminta supaya Samurah menjual pokok
tamarnya tetapi Samurah enggan. Lelaki Ansar itu berjumpa dengan E
Rasulullah s.a.w dan baginda telah meminta Samurah menjual
tamarnya tetapi Samurah masih enggan. Rasulullah s.a.w
kemudiannya bersabda “hadiahkanlah pokok tersebut kepadanya dan
kamu akan mendapat ganjaran sekian atau diberi sekian” untuk
mengelakkan Samurah mengalihkan pokok itu, Samurah masih F
enggan memindahkan pokok tersebut dan Rasulullah s.a.w berkata
“kamu menyebabkan mudharat” dan bersabda kepada lelaki Ansar
itu “pergilah dan potonglah pokok tamarnya”. Perintah yang
diberikan oleh Rasulullah s.a.w itu adalah merupakan injuksi dalam
bentuk suruhan untuk menghalang kerosakan dalam bentuk G
gangguan (nuisance) kepada tuan tanah yang juga mempunyai hak
ke atas tanahnya dari diganggu. (Sunan Abu Dawud, Kitab al-
Aqdiyyah ulasan lanjut sila lihat juga Dr. Najibah Mohd Zain, ibid,
hlm. 110).
H
[22] Selain daripada hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aishah mengenai
Hindun isteri kepada Abu Sufyan yang diberi kebenaran oleh
Rasullah s.a.w mengambil harta sekadar keperluannya, terdapat satu
lagi hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas yang bermaksud:
I
Radziah Ibrahim lwn.
[2009] 1 CLJ (Sya) Peter Rudolph Gottschalk 477

A [23] Sesungguhnya isteri Thabit bin Qais datang kepada Rasulullah


s.a.w dan berkata: (“Wahai Rasulullah s.a.w sesungguhnya saya tidak
mengaibkan akhlak dan agama (suami saya Qais), tetapi saya tidak
menyukainya dan tidak mahu hidup bersamanya menyebabkan saya
melakukan maksiat (atau kerana kebencian yang bersangatan akan
B mendorongnya menzahirkan kekufuran supaya terfasakh
perkakwinan,”) maka Rasulullah s.a.w bersabda, “Mahukah kamu
kembalikan kepadanya kebun (yang dijadikan maharmu)”, isteri Qais
menjawab, “ya”, Kemudian Baginda Rasulullah s.a.w bersabda
(kepada suaminya), “terimalah kembali kebun itu, dan cerailah dia
C satu talaq. (hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan al-Nasa’i, lihat al-
Shaukani, Nail al-Authar, Jld. 4, hlm. 246)

[24] Kedua-dua nas ini menunjukkan perintah injunksi dikeluarkan


oleh Baginda Rasulullah s.a.w dalam bentuk suruhan bagi
D mengelakkan berlakunya dharar kepada pihak isteri.

[25] Di Mahkamah Syariah, peruntukan mengenai injunksi ini ada


disentuh dan diperuntukkan dalam s. 200 Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003. Seksyen tersebut
memperuntukkan:
E
200. (1) Atas permohonan mana-mana pihak dalam mana-mana
kausa atau perkara, sebelum atau selepas pendengaran
kausa atau perkara itu, Mahkamah boleh memberikan
injunksi, sama ada atau tidak tuntutan untuk mendapatkan
F injunksi itu telah dimasukkan dalam saman, tuntutan balas
atau notis pihak ketiga, mengikut mana-mana yang
berkenaan.

(2) Permohonan di bawah seksyen ini tidak boleh dibuat


sebelum tindakan dimulakan kecuali dalam keadaan yang
G mendesak.

(3) Jika pemohon ialah plaintif dan kes itu suatu kes yang
mendesak, permohonan itu boleh dibuat secara ex parte
yang disokong dengan affidavit dan affidavit itu hendaklah
mengandungi suatu pernyataan yang jelas dan ringkas lagi
H padat:

(a) tentang fakta-fakta yang membawa kepada tuntutan


terhadap defendan dalam prosiding itu;

(b) tentang fakta-fakta yang membawa kepada tuntutan


I untuk mendapatkan injunksi itu;
478 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

(c) tentang fakta-fakta yang menjadi sandaran bagi A


mewajarkan permohonan secara ex parte itu, termasuk
butir-butir terperinci mengenai apa-apa notis yang
diberikan kepada defendan atau, jika butir-butir itu tidak
diberikan, sebab butir-butir itu diberikan;
B
(d) tentang apa-apa jawapan yang ditegaskan oleh defendan,
atau yang dalam tindakan itu atau kepada tuntutan bagi
injunksi itu;

(e) tentang apa-apa fakta yang diketahui oleh pemohon yang


mungkin menyebabkan Mahkamah tidak memberikan
C
injunksi secara ex parte;

(f) tentang sama ada mana-mana permohonan secara ex


parte terdahulu yang seumpamanya telah dibuat kepada
mana-mana Hakim dan, jika demikian, perintah yang
dibuat dalam permohonan terdahulu itu; dan D

(e) tentang relief yang sebenarnya dipohon.

[26] Selain daripada peruntukan seksyen tersebut, amalan injunksi


ini diperkukuhkan lagi dengan arahan amalan yang dikeluarkan oleh
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia melalui Arahan Amalan No. 4 E
Tahun 2000 yang menyebut:
Permohonan Injunksi boleh difailkan dengan syarat dalam tempoh
14 hari dari tarikh permohonan itu pemohon/plaintif mestilah
memfailkan kes induknya. Sebarang perintah yang dikeluarkan
F
berhubung permohonan Injunksi ini hanya berkuatkuasa selama
30 hari dari tarikh perintah tersebut dimeteraikan oleh Mahkamah.

[27] Bagaimana pun Arahan Amalan ini telah dibatalkan dengan


Arahan Amalan yang dikeluarkan kemudiannya, iaitu Arahan
Amalan No. 11 Tahun 2003, Arahan Amalan itu berbunyi: G

Permohonan ex parte bagi apa-apa perintah sementara boleh


difailkan dalam mana-mana keadaan yang memerlukan perintah
segera dengan syarat sekiranya kes induk belum difailkan pada masa
permohonan ex parte itu difailkan, Pemohon itu hendaklah
mernfailkan kes induknya dalam tempoh 14 hari dari tarikh H
permohonan itu difailkan.

[28] Permohonan ex parte dan perintah sementara di sini


termasuklah permohonan untuk mendapatkan perintah injunksi
kerana kebiasaannya injunksi adalah dibuat secara ex parte dan secara I
sementara.
Radziah Ibrahim lwn.
[2009] 1 CLJ (Sya) Peter Rudolph Gottschalk 479

A [29] Dari penjelasan tersebut, saya berpuashati bahawa mahkamah


ini berbidangkuasa untuk mendengar permohonan perintah interim
mengenai hadhanah dan injuksi atau tegahan terhadap responden
yang dibuat oleh pemohon secara ex parte. Pada hemat saya, dalam
kes ini, permohonan pemohon untuk mendapatkan perintah interim
B hadhanah dan injunksi terhadap responden adalah tidak menyalahi
Hukum Syarak dan selaras dengan kehendak peruntukan undang-
undang yang berkuatkuasa.

[30] Apakah wajar perintah interim ini dikeluarkan secara ex parte?


C Jika wajar, apakah kriteria-kriteria yang perlu diambil kira; dan
sejauhmanakah piawaian atau standard kriteria tersebut perlu
dipertimbangkan oleh mahkamah untuk mengeluarkan sesuatu
perintah interim.

[31] Bagi menjawab persoalan ini, secara peribadi saya menyatakan


D
bahawa kebanyakan perintah interim secara ex parte adalah sesuatu
yang tidak adil, tidak munasabah dan diputuskan berdasarkan fakta
zahir yang tidak jelas pembuktiannya, ianya juga menimbulkan
prejudis kepada satu pihak lagi yang tidak berpeluang untuk
membela diri. Bagaimanapun ianya boleh dibenarkan jika terdapat
E
alasan-alasan khas yang munasabah pada pertimbangan mahkamah
demi kepentingan keadilan, perkara-perkara yang mendesak dan
perlindungan kepada pemohon dan kanak-kanak. Ringkasnya
perintah interim secara ex parte ini tidak wajar untuk diamalkan oleh
Mahkamah dan ianya tidak patut dibenarkan jika tidak wujudnya
F
kriteria-kriteria yang disebutkan tadi. Ianya perlulah dipertimbangkan
secara ketat sebelum kebenaran dikeluarkan. Pandangan ini adalah
disandarkan kepada Arahan Amalan No. 10 Tahun 2006 yang
berbunyi:
G bahawa permohonan Hak Jagaan Sementara Secara ex parte tidak
dibenarkan kecuali atas alasan-alasan khas. Pihak-pihak boleh
mengemukakan permohonan hak jagaan sementara semasa prosiding
kes induk hak jagaan kepada Mahkamah.

[32] Manakala s. 201(2) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah


H
Syariah (Negeri Sembilan) 2003 pula memperuntukkan:

Permohonan di bawah seksyen ini tidak boleh dibuat sebelum


tindakan dimulakan kecuali dalam hal yang mendesak dan demi
kepentingan keadilan atau perlindungan pemohon atau kanak-kanak
I itu didapati bahawa campur tangan serta-merta Mahkamah perlu.
480 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

[33] Walaupun peruntukan-peruntukan ini menghalang sesuatu A


permohonan secara ex parte itu dibuat, tetapi secara tersiratnya ianya
adalah dibenarkan jika terdapat kriteria-kriteria yang dibenarkan, iaitu
alasan-alasan khas yang mendesak dan demi kepentingan keadilan
atau bagi memberikan perlindungan kepada pemohon atau kanak-
kanak. B

[34] Seksyen 201(2) ini menggariskan halangan kepada sesuatu


perintah interim yang dipohon tersebut. Seksyen tersebut
menyatakan bahawa permohonan interim tersebut tidaklah boleh
dibuat sebelum tindakan dimulakan (kes induk difailkan) kecuali C
dalam hal keadaan yang mendesak dan demi keadilan atau untuk
perlindungan pemohon atau kanak-kanak. Boleh difahami daripada
seksyen ini, terdapat dua elemen yang membolehkan sesuatu
perintah interim tersebut dikeluarkan oleh mahkamah, iaitu:
D
i. berlakunya hal keadaan yang mendesak; dan

ii. demi kepentingan keadilan atau perlindungan kepada pemohon


atau kanak-kanak.

[35] Bolehlah difahami secara literal bahawa semua peruntukan E


yang dinyatakan tadi pada dasarnya tidak membenarkan sesuatu
perintah interim itu dikeluarkan secara sebelah pihak atau sebelum
tindakan sebenar mengenai kes tersebut dimulakan. Bagaimanapun
perintah interim tersebut boleh dikeluarkan oleh mahkamah jika
terdapat alasan-alasan khas yang pada pendapat mahkamah wajar F
perintah tersebut dikeluarkan. Persoalannya, apakah alasan-alasan
khas tersebut? Apakah degree atau tahap sesuatu alasan tersebut
boleh disifatkan sebagai khas hingga membolehkan mahkamah
mengeluarkan perintah interim tersebut? Bagi menjawab persoalan
ini, tidak terdapat peraturan yang jelas untuk mengukur apakah G
sebenarnya alasan khas sehingga mahkamah boleh membenarkan
sesuatu perintah interim tersebut dikeluarkan. Bagaimanapun
s. 201(2) memberikan sedikit panduan dalam mengukur standard
atau piawaian sesuatu alasan tersebut yang dianggap istimewa
sehingga mahkamah boleh mengeluarkan perintah tanpa mendengar H
keterangan pihak satu lagi, iaitu berlakunya hal keadaan yang
mendesak; dan demi kepentingan keadilan atau perlindungan kepada
pemohon atau kanak-kanak.

I
Radziah Ibrahim lwn.
[2009] 1 CLJ (Sya) Peter Rudolph Gottschalk 481

A [36] Dalam menjelaskan mengenai alasan-alasan khas ini, faktor


keterdesakan dan perlindungan adalah asas utama yang perlu diambil
kira. Prinsip ini boleh dilihat di dalam satu kes Haslinda binti Alias
lwn. Johdi Mathew Byrne @ Yahya bin Abdullah [1999] 13(i) JH 47.
Dalam kes ini:
B
Mahkamah telah meluluskan permohonan plaintif untuk
mendapatkan perintah sementara mengenai hadhanah, menegah dan
melarang defendan dari mengganggu, menceroboh, mengugut dan
mengancam plaintif dan menegah defendan daripada membawa
anak-anak keluar dari Malaysia.
C
Asas kepada permohonan ini adalah terdapat risiko yang kuat
bahawa defendan (Responden) akan melarikan anak ke luar Negara
sebelum proses perceraian dan tuntutan penjagaan anak-anak
diputuskan oleh Mahkamah. Defendan dalam kes ini adalah berasal
dari Filipina dan terdapat kebimbangan yang nyata bahawa anak-
D
anak akan dibawa kembali ke Filipina oleh Responden berdasarkan
tindakan Responden yang pernah mengugut Plaintif akan demikian
sebelum ini. Berdasarkan risiko yang ada, perlu ada satu tindakan
yang segera dan pantas diambil untuk menghalang hasrat Responden
tersebut. Jika kaedah asal iaitu dengan mendengar keterangan kedua-
E dua belah pihak, maka Responden berkemungkinan akan melarikan
anak tersebut sebaik sahaja menerima saman. Dalam situasi
sebegini, perlaksanaan kaedah asal akan menimbulkan kesukaran
(mashaqqah) kepada pemohon. Keterdesakan pemohon untuk
mendapatkan perintah menegah Responden dari membawa anak
keluar dari Malaysia adalah satu bentuk darurat yang perlu ditangani
F
segera.

[37] Dalam satu kes lain yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi
Syariah Terengganu, iaitu Wan Puziah Wan Awang lwn. Wan
Abdullah Muda dan Satu Lagi [2004] CLJ (Sya) 604;
G
unsur keterdesakan dan perlindungan ini boleh dilihat apabila YA
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu meluluskan
permohonan ex parte pemohon dengan mengeluarkan satu perintah
sementara yang melibatkan wang simpanan di Lembaga Urusan
Tabung Haji bagi menghalang Responden daripada memindahmilik
H harta pusaka yang menjadi pertikaian sebelum kes tersebut
diputuskan. Perintah interim tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah
bagi menyelamatkan mana-mana harta yang menjadi persoalan, atau
menjaga hak-hak kepentingan mana-mana pihak. Tindakan tersebut
adalah berpaksikan kepentingan keadilan kepada semua pihak.
I Unsur keterdesakan dan perlindungan kepada pemohon (atau kanak-
kanak dalam kes hadhanah) adalah jelas dan boleh diukur
berdasarkan kes-kes yang dinyatakan tadi.
482 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

[38] Di dalam kes di hadapan saya ini wujudnya kebimbangan A


oleh pemohon bahawa anak bernama Julia Aida akan dibawa
pulang ke Jerman oleh responden pada bila-bila masa.
Kebimbangan yang kuat tersebut menyebabkan anak itu terpaksa
meninggalkan persekolahan selama beberapa hari kerana dikhuatiri
akan dibawa lari oleh responden. Kebimbangan ini adalah berasas B
kerana responden pernah mengugut akan membawa keluar anak
tersebut dari Malaysia ke negara asalnya di Jerman. Pada masa
yang sama, responden digambarkan sebagai seorang yang tidak
mengamalkan ajaran Islam, seorang yang suka minum arak, makan
babi, tidak berpuasa dan tidak sembahyang. Dikhuatiri anak C
tersebut akan terjejas akidahnya jika ia diambil dan seterusnya
dibawa keluar dari Malaysia, dibesar, dididik dan dijaga oleh
responden dalam suasana dan persekitaran yang tidak sihat dari
sudut hukum syarak. Mahkamah beranggapan wujudnya faktor
keterdesakan yang membolehkan mahkamah campur tangan serta- D
merta bagi menyelamatkan keadaan anak tersebut. Mahkamah tidak
perlu menunggu lebih lama untuk membuat sebarang keputusan
yang boleh menjejaskan anak tersebut di dalam pelajarannya atau
akidahnya. Walaupun elemen keterdesakan di dalam kes ini tidaklah
sampai ke tahap yang benar-benar meruncing dan ianya masih E
belum berlaku atau dibuktikan akan berlaku, tetapi saya
berpendapat standard atau piawaian alasan-alasan khas itu telah
pun dipenuhi. Dengan kata lain, piawaian alasan-alasan khas
cukuplah memadai dengan “kebimbangan yang kuat bahawa
mudharat akan berlaku” dan ianya disokong oleh faktor F
keterdesakan yang boleh diukur dengan masa yang suntuk dan
perlukan kesegeraan serta perlindungan kepada kanak-kanak, dalam
kes ini kanak-kanak itu ialah Julia Aida untuk diselamatkan
akidahnya.
G
[39] Berdasarkan prinsip inilah, mahkamah meluluskan dan
membenarkan permohonan ex parte yang dibuat oleh pemohon.
Prinsip ini dikukuhkan lagi dengan peruntukan s. 201(1) Enakmen
Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 yang
membenarkan suatu perintah interim dikeluarkan. Seksyen tersebut H
memperuntukkan:
201. (1) Tertakluk kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam (Negeri Sembilan) 2003, jika Mahkamah berpuas
hati, atas permohonan mana-mana pihak untuk
mendapatkan hadhanah seseorang kanak-kanak dalam apa- I
apa kausa atau perkara, bahawa hal keadaan memerlukan
dibuat suatu perintah interim tentang hadhanah kanak-
kanak itu, maka Mahkamah boleh membuat perintah
sedemikian yang hendaklah berkuat kuasa serta-merta dan
hendaklah terus berkuat kuasa sehingga Mahkamah
Radziah Ibrahim lwn.
[2009] 1 CLJ (Sya) Peter Rudolph Gottschalk 483

A membuat keputusan atas kausa atau perkara itu.

Keputusan

[40] Setelah mahkamah meneliti permohonan pemohon yang


disokong oleh afidavitnya dan eksibit-eksibit yang dirujuk secara
B
sebelah pihak, maka mahkamah berpuas hati dan memerintahkan
seperti berikut:

1. Permohonan pemohon untuk mendapatkan perintah ex parte hak


jagaan anak sementara dibenarkan;
C
2. Bahawa pemohon Radziah binti Ibrahim No. K/P. 550829-08-
5250 diberikan hak jagaan sementara terhadap anak bernama
Julia Aida binti Peter R. Gottschalk @ Yusuff bin Abdullah;

3. Bahawa responden, keluarganya, ejennya (wakil) atau sesiapa saja


D
yang berkenaan adalah dihalang daripada mengganggu anak
bernama Julia Aida binti Peter Rudolph Gottschalk @ Yusuff
bin Abdullah dengan apa cara sekali pun, dan menegah
respoden, keluarganya, ejennya (wakil) atau sesiapa sahaja yang
berkenaan menahan diri daripada mengganggu, mengacau dan
E
menceroboh ke atas diri pemohon dan anak tersebut dengan apa
cara sekali pun;

4. Bahawa anak tersebut, Julia Aida binti Peter Rudolph


Gottschalk @ Yusuff bin Abdullah tidak dibenarkan dibawa
F keluar daripada Semenanjung Malaysia;

5. Bahawa Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia,


Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, Kuala Lumpur (Wilayah
Persekutuan) dan Selangor dan penguatkuasa Agama Islam
G negeri-negeri tersebut untuk menyenarai hitamkan perjalanan
responden dan anak tersebut, dan agensi-agensi tersebut
hendaklah membantu pemohon sekiranya keadaan memerlukan
untuk menguatkuasakan perintah mahkamah;

6. Bahawa mana-mana pihak yang terlibat (affected) oleh perintah


H
sementara ini berhak memohon secara inter parte bagi
membatalkan atau mengubah perintah sementara ini atau
pemohon tidak menzahirkan atau salah nyatakan mana- mana
fakta yang berkaitan;
I 7. Selanjutnya pemohon memberi akujanji akan membayar apa-apa
gantirugi yang ditaksirkan atas kerugian kepada mana-mana
pihak akibat memperolehi perintah sementara ini yang tidak
484 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

sepatutnya dikeluarkan; A

8. Pemohon hendaklah menyerahkan perintah ini bersama-sama


salinan permohonan, affidavit dan perakuan segera yang
difailkan kepada semua pihak yang terlibat oleh perintah
sementara ini dan hendaklah memfailkan tuntutan induk secara B
inter partes dalam masa 14 hari;

9. Perintah ini hendaklah berkuatkuasa selama tiga puluh hari


daripada tarikh perintah ini dikeluarkan dan boleh dilanjutkan
atau diubah berdasarkan permohonan pihak-pihak.
C

Anda mungkin juga menyukai