Anda di halaman 1dari 5

DRAFT SKRIP REMAN

IO Dengan izin Puan Majistret saya Inspektor Yasmin, bersama


sama dengan Inspektor Ara, dari Balai Polis cawangan
Seksyen 2 Shah Alam, ingin membuat satu permohonan
tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur
Jenayah. Saspek dalam kes ini yang bernama Siti Mastura
Bt Azman (No KP: 901213-10-5648) disyaki terlibat dalam
satu kes dengan sengaja menyebabkan cedera di bawah
Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

OYDS telah ditahan jam 3 pagi tadi Puan di rumah beliau.

Oleh kerana siasatan pihak Polis tidak dapat disiapkan dalam


tempoh 24 jam, maka saya mohon jasa baik Puan Majistret
supaya suspek dapat ditahan Reman dibawah Sek.117 (KPJ)
selama (4) hari, mulai (31/05/2020) hingga 3/06/2020)

Majisret Apakah alasan kamu untuk menahan saspek selama 4 hari?

Pihak polis ingin menahan saspek selama 4 hari untuk


IO
1.1 merakam percakapan saksi
1.2 menjalankan kawad cam
1.3 membuat siasatan lanjutan di tempat kejadian
1.4 melengkapkan kertas siasatan
1.5 menyiasat penglibatan suspek dalam kes yang diadu

Majistret Ada apa-apa lagi yang kamu ingin tambah?

IO Itu sahaja Puan. Ini diari siasatan,Puan. - IO menyerahkan


Diari Siasatan

Majistret Bagaimana keadaan OYDS kamu pagi ini? Kamu sudah


sarapan ke?

Alhamdulillah, saya baik sahaja Puan. Dah sarapan Puan


OYDS pagi tadi. Makan nasi lemak
Majistret Bagaimana layanan yang kamu terima ketika dalam tahanan?
Ada apa-apa yang berlaku yang kamu nak beritahu saya?

OYDS Semua baik baik Puan. Polis layan saya dengan baik.

Majistret Kamu dah bagitahu keluarga kamu dan juga majikan kamu
tentang keberadaan kamu di sini?

OYDS Belum Puan

Majistret IO, kenapa keluarga dan majikan OYDS tak diberitahu apa –
apa?

IO Maaf Puan, kami akan maklumkan kepada mereka selepas


ini.

Majistret OYDS, semasa dalam tahanan kamu ada sakit tak?

OYDS Saya selsema dan batuk sedikit Puan.

Majistret IO, pastikan OYDS dapatkan rawatan selepas ini.

IO Baik Puan.

Majistret Counsel, sebelum IO memulakan hujahan, ada apa-apa yang


kamu ingin tahu?

Peguam Ya Puan, boleh kami tahu bilakah pengadu membuat laporan


polis?

Majistret Silakan OI.


Pengadu telah membuat laporan polis sebagaimana Shah
IO Alam report 1633/2020 selepas beliau ke hospital untuk
mendapatkan rawatan, kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

Peguam Selain itu, Puan, sudahkah IO memeriksa tempat kejadian?

Majistret IO sila jelaskan.

IO Belum Puan. Kami baru menahan suspek jam 3 pagi tadi.


Jadi kami masih tidak dapat ke tempat kejadian. Jika
permohonan reman ini di luluskan, kami akan ke tempat
kejadian sebentar lagi Puan.

Baiklah, Puan. Boleh kami tahu apakah yang telah dilakukan


Peguam oleh IO sepanjang tempoh tahanan ke atas OYDS sehingga
permohonan reman dibuat?

Disebabkan tangkapan dibuat jam 2 pagi semalam, jadi,


IO pihak polis hanya sempat mendapatkan beberapa maklumat
tentang OYDS. Masih ada beberapa perkara yang belum
sempat dilakukan kerana kesuntukan masa, Puan.

Pihak peguam, kamu ada apa-apa lagi soalan yang kamu


Majistret ingin tanya sebelum kamu mulakan hujahan?

Peguam Tiada Puan. Terima kasih.

Peguam Dengan izin Puan, sebelum kami memulakan hujahan, kami


dari YBGK ditugaskan untuk mewakili OYDS, dengan ini
kami membantah reman selama 4 hari yang disarankan oleh
IO. Saya Muhammad Asyraf akan mengemukakan hujah-
hujah untuk membantah alasan-alasan yang telah diberikan
oleh IO.

Hal ini demikian kerana pertama sekali, Puan Majistret,


untuk makluman Mahkamah yang Mulia, setelah bercakap
dengan OKT sebentar tadi, saya dapat tahu bahawa OKT
bekerja sebagai seorang pencuci pinggan di kedai makan dan
menerima gaji RM 35 setiap hari. Dengan duit gaji harian
beliau, OKT menanggung ibu bapa yang tua dan seorang
adik yang masih belajar. Penahanan OKT sepanjang 4 hari
akan menyebabkan keluarga OKT hilang punca pendapatan.

Kedua, ibu OKT, seorang pesakit buah pinggang yang harus


menjalani rawatan haemodialysis di hospital 3 kali
seminggu. Sepatutnya hari ini OKT dijadualkan untuk
membawa ibunya ke hospital tetapi atas sebab OKT ditahan,
tiada sesiapa yang boleh membawa ibu OKT ke hospital.

Peguam Dengan izin Puan, saya Nur Syafiqah , juga mewakili OYDS
membantah tempoh reman yang diminta oleh IO, Puan.
Puan, hal ini adalah kerana tempoh reman yang diminta
adalah terlalu panjang dimana perkara-perkara seperti untuk
menjalankan kawad cam ke atas OYDS, saya percaya Puan,
ianya boleh dilakukan dalam masa beberapa jam sahaja

Selain itu, alasan yang diberikan oleh IO iaitu pihak polis


tidak dapat menyelesaikan siasatan dalam tempoh 24 jam
merupakan alasan yang tidak munasabah ini kerana sebarang
siasatan yang diperkatakan oleh IO seperti untuk merekod
pernyataan saksi boleh sahaja dilakukan tanpa OYDS
ditahan reman.

Mahkamah juga perlulah mengambil kira kerjasama yang


pernah diberikan oleh OYDS kepada pihak polis semasa
OYDS ditahan sebelum ini, dimana OYDS hadir setiap kali
dipanggil untuk memberi kenyataan dan tiada sebarang bukti
yang kukuh yang menunjukkan OYDS tidak akan
berkerjasama..

Sekian, itu sahaja hujahan kami. Oleh itu kami meminta


untuk Puan meneliti segala hujahan yang telah diberikan
serta mengambil kira keadaan OYDS untuk tidak
membenarkan reman yang dimohon oleh IO.

Majistret Baiklah, setelah meneliti semua hujahan daripada kedua-dua


belah pihak, saya memerintahkan agar OYDS direman
selama 1 hari.
IO Baik, terima kasih Puan.

Peguam Terima Kasih Puan

Anda mungkin juga menyukai