Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG MUTIARA, KAHANG

RUKUN ISLAM : PUASA

Pengertian puasa : Menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang
membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga
terbenam matahari pada bulan ramadhan.

Kelebihan bulan Ramadhan : Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan
keberkatan. Di dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang
lebih baik dariapada seribu bulan iaitu Lailatul Qadar atau
Malam al-Qadar. Lailatul Qadar atau Malam Qadar ialah satu
malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000
bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama
seperti beramal selama 1,000 bulan,

Lafaz niat puasa : َّ ‫ضا َن َه ِذ ِه‬


‫السنَ ِة‬ ِ ‫ص ْو َم َغ ٍد َع ْن ََأد ِاء َف ْر‬
َ ‫ض َش ْه ِر َر َم‬ َ ‫ت‬ ُ ْ‫َن َوي‬
‫لِلَّ ِه َت َعاىَل‬
(nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi shahri ramadana hazihis sanati lillahi taala)

Niatnya : Sahaja aku puasa esok hari bagi menunaikan puasa bulan
Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Perkara yang membatalkan puasa :

 Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang


sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah
gigi dan lain-lain lagi.
 Muntah dengan sengaja
 Bersetubuh
 Mengeluarkan air mani dengan sengaja
 Keluar darah haid atau nifas
 Hilang akal (seperti gila)
 Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
 Murtad (keluar dari Islam)
 Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi
atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan
air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan
kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak
diminum atau ditelan dengan sengaja).

Anda mungkin juga menyukai