Anda di halaman 1dari 1

TAJUK : BERHENTI MEROKOK, MULAKAN SEKARANG

Merokok merupakan tabiat yang tidak baik untuk kesihatan. Ia bukan sahaja
menjejaskan kesihatan perokok malah orang lain disekelilingnya. Oleh demikian,
setiap perokok mestilah berazam untuk berhenti merokok.

Langkah mula yang perlu dilakukan oleh perokok adalah berazam untuk
berhenti merokok. Perokok juga perlu meletakkan satu target jangka masa tertentu
untuk berhenti merokok sepenuhnya.

Selain itu, amalan berpuasa juga dapat mengurangkan ketagihan merokok.


Perokok boleh mengambil kesempatan dibulan Ramadhan dan mengamalkan
puasa-puasa sunat sebagai langkah awal untuk berhenti merokok.

Dengan menghadiri ceramah-ceramah kesedaran bahaya merokok juga akan


dapat memotivasikan diri perokok untuk berhenti merokok selain dapat bergaul
dengan peserta yang mempunyai matlamat yang sama.

Kesimpulannya, semua perokok haruslah mula langkah pertama untuk


berhenti merokok. Katakan ‘tidak’ kepada rokok, demi kesihatan yang berpanjangan.

(120 patah perkataan)

DAMIA ZULAIKHA BINTI MUHAMAT RAJIS


6 TAKWA
SK SUNGAI RAYA (ABA2001)

Anda mungkin juga menyukai