Anda di halaman 1dari 1

BIL .

0 5 /2 0 2 0 13 N O V 2020 Edaran Dalaman Sahaja


Kemalangan Bukan Elektrik - Tertimbus Semasa Berada di dalam Peparit/Lubang Korekan
GAMBAR KEMALANGAN
MAKLUMAT KEMALANGAN

1. Tarikh/Masa : 19 Julai 2020, jam 03.45 pagi.


2. Tempat : Tapak bina projek PMU Matrade.
3. Mangsa : Pekerja sub-kontraktor.
4. Jawatan : Pekerja Am.
5. Kecederaan : Maut.

SINOPSIS KEMALANGAN

Mangsa telah ditugaskan untuk bekerja di dalam peparit/lubang korekan yang melebihi kedalaman 1.5 meter untuk persediaan kerja-
kerja merentang paip kabel.
Semasa bekerja, mangsa tertimbus tanah sama ada (1) tebing runtuh atau (2) longgokkan tanah korekan jatuh dan menghempap mangsa
yang sedang berada di dalam peparit/lubang korekan.
Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan meninggal pada jam 0415hrs pada 19 Julai 2020.

UNSAFE ACT UNSAFE CONDITION

1. Bekerja di dalam lubang korekan tanpa kawalan risiko. 1. Kedalaman lubang korekan melebihi 1.5 meter yang berisiko
2. Bekerja tanpa semakan dan seliaan. tinggi.
3. Kerja-kerja korekan diteruskan selepas hujan tanpa diperiksa 2. Meletakkan tanah di tebing atau longgokan korekan
terlebih dahulu oleh penyelia tapak/SSS. berhampiran lubang korekan.
4. Tidak mematuhi Standard Operating Procedures (SOP) kerja
pengorekan.

PUNCA UTAMA KEMALANGAN (ROOT CAUSE)

1. Perancangan kerja yang tidak dikoordinasi dengan baik.


2. Penyeliaan dan kawalan yang lemah.
3. Komunikasi hazad dan kawalan yang tidak efektif.
4. Pengurusan kontraktor-sub kontraktor yang lemah.
5. Kompetensi penyelia kontraktor tapak yang lemah

IMPLIKASI

1. Seorang pekerja sub-kontraktor maut.


2. Kelewatan tempoh siap kerja (project completion).

TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN

1. Arahan Head (Grid Development) memperingatkan pasukan projek untuk menguatkuasakan Jadual Aktiviti Harian, Mensyuarat Kerja
Mingguan dan Jadual Kerja Bulanan.
2. Perlaksanaan Construction Work Permit (CWP) akan memastikan penyeliaan dan kawalan kerja di tapak lebih efektif.
3. Penambahbaikan ke atas Safe Working Procedure (SWP) dan HIRADC sedia ada untuk kerja korekan.
4. Memastikan setiap kumpulan pekerja kontraktor di setiap lokasi kerja perlu diketuai oleh seorang Penyelia Tapak kontraktor yang
faham sepenuhnya SWP dan HIRADC yang digunakan.

#StaySafe
#GetHomeSafe
#NampakDengarRasaSelamat …To Achieve Zero Accident Through Developing A Generative HSE Culture…
Diterbitkan oleh: Jabatan Health, Safety & Environment (HSE), TNB, Aras 10, Bangunan Dua Sentral, No. 8, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur.
email: HSECare@tnb.com.my

Anda mungkin juga menyukai