Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

HARI KEUSAHAWANAN
SKBS 2022

ANJURAN :

UNIT KOKURIKULUM SK. BULU SILOU


1.0 Pengenalan

Hari Kantin adalah satu acara tahunan yang diadakan bagi memantapkan lagi
minda murid dengan ilmu yang tidak didapati secara langsung melalui pengajaran dan
pembelajaran (PDPC) dalam kelas. Selain itu, ianya juga dapat memberi kesedaran
kepada murid-murid supaya aktif, bukan sahaja dalam bidang kokurikulum, tetapi juga
menggalakkan mereka aktif dalam bidang kemasyarakatan. Beberapa gerai jualan yang
akan diuruskan oleh guru-guru dari beberapa unit yang mengadakan jualan seperti nasi
ayam, makanan ringan, buah-buahan dan sebagainya dibantu oleh ahli-ahli dari unit
Uniform Pengakap, BBSM dan Puteri Islam. Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan bukan
sahaja memberi peluang dan keseronokan kepada murid yang terlibat tetapi juga menguji
dan memantapkan lagi kemahiran dan pengalaman murid dalam kerja berkumpulan. Para
murid akan dibantu oleh guru-guru penasihat yang berpengalaman daripada Persatuan /
Kelab, Sukan & Permainan dan Badan Beruniform masing-masing. Mereka akan diberi
peluang untuk melihat sendiri badan-badan beruniform menjalankan aktiviti dan memberi
sokongan dalam pertandingan yang dipertandingkan. Ini dapat menyemai minat mereka
untuk menyertai segala aktiviti unit uniform pada tahun akan datang.

2.0 Rasional
Hari Kantin ini bertujuan untuk membentuk perpaduan, kerjasama dan
kesefahaman dalam sekumpulan masyarakat, berkumpul dan menjalankan aktiviti secara
bersama-sama. Semakin kerap masyarakat itu bekerja bersama, semakin eratlah
hubungan dan persefahaman di antara mereka. Oleh itu, aktiviti yang dijalankan
merupakan salah satu aktiviti yang dapat membentuk murid menjadi insan yang bertolak-
ansur, tolong-menolong, peka dan sebagainya. Aktiviti ini juga dapat membentuk dan
melahirkan murid yang cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan
kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang dan harmonis dan menghargai alam
sekitar.

3.0 Objektif
Matlamat Hari Kantin pada tahun ini adalah bertujuan bagi mencapai beberapa
sasaran :
3.1 Menanam sifat bekerjasama, bertolak ansur dan ikatan perpaduan dalam
kalangan murid dan guru.
3.2 Melahirkan bakal pemimpin pada masa depan dalam kalangan murid.
3.3 Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan mengembirakan
murid-murid dalam usaha melahirkan Budaya Sekolah yang unggul.
3.4 Mendapat pengetahuan dan pengalaman baru dalam bidang perniagaan dan
keusahawanan.
3.5 Menggalakkan sikap positif dalam diri pelajar di samping memastikan
komunikasi antara pelajar dan masyarakat berjalan dengan lancar dan
berkesan.
4.0 Anjuran
Unit Kokurikulum SK. Bulu Silou

5.0 Tarikh
Program ini akan diadakan pada 1 Dis 2022 (Jumaat)

6.0 Tempat
Program ini akan diadakan di SK. Bulu Silou

7.0 Sasaran

Program ini mensasarkan murid-murid, guru-guru, kakitangan SK. Bulu Silou di


samping penduduk setempat yang berhampiran.

8.0 Wang
Sumber Kewangan
Kokurikulum (BKK)
Kewangan PSKPP SKBS

9.0 Jadual Kerja Pelaksanaan Program

Bil Aktiviti Tindakan Catatan


1. Menyediakan kertas kerja program Hari PK Kokurikulum
Kantin
2. Menghantar kertas kerja program Hari PK Kokurikulum
Kantin kepada Guru Besar untuk
diluluskan
3. Mengeluarkan notis pemberitahuan Setiausaha
mesyuarat Bil 1/2017 kepada AJK Kokurikulum
program
4. Mengadakan mesyuarat Bil 1 /2017 dan Guru Besar /
mengagihkan kewangan kepada guru PK
yang menguruskan gerai-gerai yang Kokurikulum /
terlibat SU
Kokurikulum /
5. Mengedarkan minit mesyuarat Bil Setiausaha
1/2017 kepada AJK yang terlibat Kokurikulum
6. Pelaksanaan Porgram Hari Kantin SK Setiusaha
Nenasi Kokurikulum
7. Mengeluarkan notis pemberitahuan Setiusaha
mesyuarat Bil 2/2016 kepada AJK Kokurikulum
program
8. Mengadakan mesyuarat Bil 2 /2016 : Guru Besar /
Postmoterm Kekuatan dan Kelemahan PK
Program Kokurikulum /
SU
Kokurikulum /
Guru-guru

12.0 Jawatankuasa Induk Program

Penasihat :
Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Pengerusi Bersama / SU :
Kokurikulum
Bendahari :
Penyelaras :
Pen. Penyelaras :

13.0 Jawatankuasa Kerja Program

BI JAWATANKUASA NAMA PERINCIAN TUGAS


L
1. Penyediaan Kupon  Menyediakan kupon jualan RM5
Jualan untuk setiap murid (391 orang) – 3
keping RM1 dan 4 keping RM0.50
 Menyediakan kupon jualan RM15
untuk setiap guru dan kakitangan
serta pekerja swasta (45 orang) – 5
keping RM2, 3 keping RM1 dan 4
keping RM0.50

2. Persediaan Dewan /  Mengadakan tayangan video untuk


Tapak Gerai / semua murid di dalam dewan semasa
Peralatan / PA Sistem guru membuat persiapan jualan.
 Menyediakan tempat / tapak gerai
 Menyediakan PA sistem yang akan
digunakan semasa majlis perasmian
penutup.
 Menyediakan peralatan di tempat
jualan kupon
 Dibantu oleh Pengawas Sekolah

3. Buku Program  Menyediakan buku program untuk


guru
4. Juru Havoc /  Menjadi juru hebah semasa jualan
Pengacara Majlis / gerai-gerai berlangsung
Kaunter Permintaan  Memilih lagu-lagu yang sesuai
Lagu sepanjang aktiviti berlangsung
5. Dokumentasi dan  Mengambil gambar sepanjang
laporan program berlangsung
 Menyediakan laporan mengikut
format SPSK
6. Kaunter Jualan  Mengadakan jualan Kupon kepada
Kupon murid-murid, guru-guru dan ibu bapa
atau penjaga.
7. Gerai Jualan  Mengenal pasti dan menentukan
Pengakap (Sate Ikan / menu yang akan dijual semasa
Sate Ayam / Nasi pelaksanaan Hari Kantin
Impit)  Membuat poster pameran gerai
jualan
 Dibantu oleh Ahli Pengakap Kanak-
kanak
i- Muhammad Hanif Farhan
ii- Nurul Syamimi Atikah

8. Gerai Jualan BBSM  Mengenal pasti dan menentukan


(Mi Goreng / Mihun menu yang akan dijual semasa
Goreng / Mi Kari) pelaksanaan Hari Kantin
 Membuat poster pameran gerai
jualan
 Dibantu oleh Ahli BBSM
i- Ahmad Syakirul Imran
ii- Nadzrina

9. Gerai Jualan Puteri  Mengenal pasti dan menentukan


Islam (Nasi Ayam / menu yang akan dijual semasa
Nasi Lemak / Nasi pelaksanaan Hari Kantin
Goreng)  Membuat poster pameran gerai
jualan
 Dibantu oleh Ahli PPIM
i- Nazatul Safiah
ii- Nur Auni Nadhirah

10. Gerai Jualan Pra  Mengenal pasti dan menentukan


Sekolah (Air menu yang akan dijual semasa
Minuman) pelaksanaan Hari Kantin
 Membuat poster pameran gerai
jualan
 Dibantu oleh
i- Tn. Muhammad Azim
ii- Nor Amira Umairah

11. Gerai Jualan PPKI  Mengenal pasti dan menentukan


(Burger / Hot Dog / menu yang akan dijual semasa
Nugget / Sosej) pelaksanaan Hari Kantin
 Membuat poster pameran gerai
jualan
 Dibantu oleh
i- Muhammad Adam Haiqal
ii- Nurul Fazlieyana

12. Gerai Jualan PSKPP  Mengenal pasti dan menentukan


(Buah-buahan potong menu yang akan dijual semasa
/ air kotak / makanan pelaksanaan Hari Kantin
ringan yang  Membuat poster pameran gerai
bersesuaian) jualan
 Dibantu oleh
i- Muhammad Hafiz Haikal
ii- Norrhasrina

13. Gerai Jualan GPK &  Mengenal pasti dan menentukan


Kaunselor (Keropok menu yang akan dijual semasa
Goreng / Kuih-muih) pelaksanaan Hari Kantin
 Membuat poster pameran gerai
jualan
 Dibantu oleh
i- Firas Wajdi
ii- Intan Ainnul Solehah

14. Kawalan  Memastikan disiplin pelajar terkawal


Keselamatan dan sepanjang program berlangsung
Kebersihan  Dibantu oleh semua pengawas
sekolah

14.0 26Tentatif
Mei 2017Program
| Jumaat

BI AKTIVITI MASA
L
1. Persiapan Gerai Jualan 7.00 - 7.30 pagi
2. Jualan Gerai 7.30 - 10.30 pagi
3. Majlis Perasmian Penutup 10.45 pagi
 Ucapan Pn. Ruslinah bt. Mohamed Kaseh, Guru Besar SK
Nenasi
 Pengumuman keuntungan gerai jualan terbanyak.
4. Gotong royong mengemas gerai 11.30 pagi
5. Bersurai 12.00 tengah hari
15.0 Anggaran Belanjawan

Bil PERKARA JUMLAH


(RM)
1. Gerai Jualan Pengakap (Sate Ikan) 150.00

2. Gerai Jualan BBSM (Mi Goreng / Mihun Goreng / Mi Kari) 100.00


3. Gerai Jualan Puteri Islam (Nasi Ayam / Nasi Lemak / Nasi Goreng) 100.00
4. Gerai Jualan Pra Sekolah (Air Minuman) 179.00
5. Gerai Jualan PPKI (Burger / Hot Dog / Nugget / Sosej) 175.00
6. Gerai Jualan PSKPP (Buah-buahan potong / air kotak / makanan ringan 129.50
yang bersesuaian)
7. Gerai Jualan GPK & Kaunselor (Goreng Keropok / Kuih-muih) 120.00
8. Hamper Gerai Jualan Terbanyak 50.00
Jumlah Besar 1003.50

16.0 Sumber Kewangan

Bil PERKARA JUMLAH


(RM)
1. Kewangan PSKPP SKN (I’mSKN) 1003.50
JUMLAH KESELURUHAN 1003.50
17.0 Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga program dapat ini dilaksanakan dengan jayanya
dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang seiring dengan
Falsafah Pendidikan Khas. Selain dari itu, program ini juga diharapkan akan menjadi titik
tolak kepada peningkatan integriti pelajar dan memberikan pengalaman yang berguna
kepada guru-guru.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.............................................................. ...............................................................
. (Pn. Norhidawati bt. Ramli)
(En. Tan Mohd Romaino b. Tan GPK Kokurikulum
Deraman)
SU Kokurikulum / Pengerusi PSKPP

Diluluskan oleh,

...............................................................
(Pn. Ruslinah bt. Mohamed Kaseh)
Guru Besar SK Nenasi

Anda mungkin juga menyukai