Anda di halaman 1dari 7

SJK T LADANG BATANG BENAR

71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

KERTAS KERJA

HARI KEUSAHAWANAN &


06 NOVEMBER 2019
RABU

ANJURAN :

UNIT KANTIN & HEM


1.0 Pengenalan

Hari Keusahawanan adalah satu acara tahunan yang diadakan bagi memantapkan
lagi minda murid dengan ilmu yang tidak didapati secara langsung melalui pengajaran dan
pembelajaran (PDPC) dalam kelas. Selain itu, ianya juga dapat memberi kesedaran kepada
murid-murid supaya aktif, bukan sahaja dalam bidang kokurikulum, tetapi juga
menggalakkan mereka aktif dalam bidang kemasyarakatan. Beberapa gerai jualan yang
akan diuruskan oleh guru-guru dari beberapa unit yang mengadakan jualan pelbagai jenis
makanan, buah-buahan dan sebagainya dibantu oleh murid-murid tahap 2. Aktiviti-aktiviti
yang akan diadakan bukan sahaja memberi peluang dan keseronokan kepada murid yang
terlibat tetapi juga menguji dan memantapkan lagi kemahiran dan pengalaman murid dalam
kerja berkumpulan. Para murid akan dibantu oleh guru-guru penasihat yang
berpengalaman. Mereka akan diberi peluang untuk menjalankan aktiviti dan memberi
sokongan dalam pertandingan yang dipertandingkan. Ini dapat menyemai minat mereka
untuk menyertai bergiat aktif dalam sebarang aktiviti pada tahun akan datang.

2.0 Rasional

Hari Keusahawanan ini bertujuan untuk membentuk perpaduan, kerjasama dan


kesefahaman dalam sekumpulan masyarakat, berkumpul dan menjalankan aktiviti secara
bersama-sama. Semakin kerap masyarakat itu bekerja bersama, semakin eratlah hubungan
dan persefahaman di antara mereka. Oleh itu, aktiviti yang dijalankan merupakan salah
satu aktiviti yang dapat membentuk murid menjadi insan yang bertolak-ansur, tolong-
menolong, peka dan sebagainya. Aktiviti ini juga dapat membentuk dan melahirkan murid
yang cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai
insan yang seimbang dan harmonis dan menghargai alam sekitar.

3.0 Objektif

Matlamat Hari Keusahawanan pada tahun ini adalah bertujuan bagi mencapai
beberapa sasaran :
3.1 Menanam sifat bekerjasama, bertolak ansur dan ikatan perpaduan dalam
kalangan murid dan guru.
3.2 Melahirkan bakal pemimpin pada masa depan dalam kalangan murid.
3.3 Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan mengembirakan
murid-murid dalam usaha melahirkan Budaya Sekolah yang unggul.
3.4 Mendapat pengetahuan dan pengalaman baru dalam bidang perniagaan dan
keusahawanan.
3.5 Menggalakkan sikap positif dalam diri pelajar di samping memastikan
komunikasi antara pelajar dan masyarakat berjalan dengan lancar dan
berkesan.
4.0 Anjuran

Unit HEM SJK T Ladang Batang Benar, Nilai

5.0 Tarikh
Program ini akan diadakan pada 06 November 2019 (Rabu)

6.0 Tempat
Program ini akan diadakan di Keusahawanan Sekolah

7.0 Sasaran

Program ini mensasarkan murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah sahaja.

8.0 Sumber Kewangan

Sumbangan PIBG

9.0 Jawatankuasa Induk Program

Penasihat : (Guru Besar)

Pengerusi : (GPK HEM)

Naib Pengerusi : (GPK Pentadbiran)


(GPK Kokurikulum)

Penyelaras :
Bendahari :
AJK :
10.0 Jawatankuasa Kerja Program

BIL JAWATANKUASA NAMA PERINCIAN TUGAS


1. Penyediaan Kupon  Menyediakan kupon jualan RM5
Jualan untuk setiap murid (59 orang) – 3
keping RM1 dan 4 keping RM0.50
 Menyediakan kupon jualan RM15
untuk setiap guru dan kakitangan
serta pekerja swasta (15 orang) – 5
keping RM2, 3 keping RM1 dan 4
keping RM0.50
 Dibantu oleh murid tahun 6
2. Persediaan Dewan/  Mengadakan tayangan video untuk
Tapak Gerai / semua murid di dalam dewan semasa
Peralatan / PA Sistem guru membuat persiapan jualan.
 Menyediakan tempat / tapak gerai
 Menyediakan PA sistem yang akan
digunakan semasa majlis perasmian
penutup.
 Menyediakan peralatan di tempat
jualan kupon
 Dibantu oleh Pengawas Sekolah dan
pekerja sekolah.

3. Buku Program  Menyediakan buku program untuk


guru
4. Juru Havoc /  Menjadi juru hebah semasa jualan
Pengacara Majlis / gerai-gerai berlangsung
Kaunter Permintaan  Memilih lagu-lagu yang sesuai
Lagu sepanjang aktiviti berlangsung
Dibantu Oleh
i. J. Ranjith
ii. R. Devamani
5. Dokumentasi dan  Mengambil gambar sepanjang
laporan program berlangsung
 Menyediakan laporan
6. Gerai Jualan 1  Mengenal pasti dan menentukan
menu yang akan dijual semasa
pelaksanaan Hari Keusahawanan
 Membuat poster pameran gerai
jualan
 Dibantu oleh
i- G. Rishibarathan
ii- R. Moganeshwari
iii- M. Ebeneson
iv- K. Hesottha

7. Gerai Jualan 2  Mengenal pasti dan menentukan


menu yang akan dijual semasa
pelaksanaan Hari Keusahawanan
 Membuat poster pameran gerai
jualan
 Dibantu oleh
i- R. Eela Tami
ii- Kishen Raj
iii- S. Sathia Lethchumi
iv- M. Kuhaneshwari

8. Gerai Jualan 3  Mengenal pasti dan menentukan


menu yang akan dijual semasa
pelaksanaan Hari Keusahawanan
 Membuat poster pameran gerai
jualan
 Dibantu oleh
i- N. Gothiswari
ii- R. Jemuel Raj
iii- R. Roseshini Bala
iv- B. Tharvinkumar

9. Gerai Jualan 4  Mengenal pasti dan menentukan


menu yang akan dijual semasa
pelaksanaan Hari Keusahawanan
 Membuat poster pameran gerai
jualan
 Dibantu oleh
i- P. Danizha
ii- J. Yuvaraj
iii- R. Darshini
iv- C. Vaanmathi

10. Kawalan Semua Guru  Memastikan disiplin pelajar terkawal


Keselamatan dan sepanjang program berlangsung
Kebersihan  Dibantu oleh semua pengawas
sekolah
11.0 Tentatif Program
26 Mei 2017 | Jumaat
1
BIL AKTIVITI MASA
1. Senamrobik 7:30 – 8:30 pagi
2. Persiapan Gerai Jualan 9:00 – 9:45 pagi
3. Jualan Gerai 10:00 – 11:45 pagi
4. Majlis Perasmian Penutup 12:00 t/hari
 Ucapan (GPK Kurikulum)
 Pengumuman keuntungan gerai jualan terbanyak.
5. Gotong royong mengemas gerai 12:.30 t/hari
Bersurai 1:00 petang

12.0 Anggaran Belanjawan

BIL. AKTIVITI BAHAN KEPERLUAN/ PERALATAN KOS


1. Publisiti Kertas A4 – Putih (Print warna untuk RM 11.00
promosi jualan)

2. Penyediaan kupon Kertas warna A4 (Hijau, pink, kuning) RM 11.00

Stamp Pad (Dakwat merah) RM 5.00

3. Hadiah Hadiah Utama RM 50.00

Hadiah Pertama RM 40.00

Hadiah Kedua RM 30.00

Hadiah Ketiga RM 30.00

Cabutan Bertuah RM 15.00


4. Persediaan Tapak Meja & alas RM 15.00
Niaga
5. Kebersihan Plastik sampah besar RM 15.00
RM 5.00 x 3 pek

Sarung tangan plastic RM 5.00


RM 5.00 x 1kotak
JUMLAH RM 227.00
13.0 Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga program dapat ini dilaksanakan dengan jayanya
dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang seiring dengan
Falsafah Pendidikan. Selain dari itu, program ini juga diharapkan akan menjadi titik tolak
kepada peningkatan integriti pelajar dan memberikan pengalaman yang berguna kepada
guru-guru.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................................... ...............................................................

Penyelaras Hari Keusahawanan 2019 GPK HEM

Disahkan oleh,

...............................................................

GPK Kurikulum

Anda mungkin juga menyukai