Anda di halaman 1dari 4

Tema Subtema Peserta kajian

GK Jumlah
GK1 GK3 GK4 GK5
2
1. Amalan
guru dalam 1. Bahan bantu
penggunaa mengajar
/ / / 3
n bahan sebagai
bantu pemudah cara.
mengajar.
2. Kesediaan
guru sebelum
sesi
pengajaran

I. Perancangan
Rapi Sebelum / / / / / 5

Kelas Bermula

II. Dokumen
/ x / / x 3
Standard
Kurikulum
dan
Pentaksiran
(DSKP)

III. Rancangan / / / / / 5

Pengajaran
Tahunan
(RPT) dan
Rancangan
Pengajaran
Harian (RPH)

3. Tahap / / / / / 5
penguasaan
murid

Tema Subtema Peserta kajian


GK Jumlah
GK1 GK3 GK4 GK5
2
1. Jenis
bahan 1. Bahan Maujud / / / 3
bantu
mengajar 2. Bahan Peranti
yang Elektronik
digunakan
oleh guru 3. Bahan Peranti
/ / / / / 5
Bukan Elektronik

Terdapat perbezaan format RPH yang perlu disediakan oleh Guru Pelatih dengan guru terlatih. Guru pelatih
menggunakan format RPH yang lebih mendalam. Setiap institusi latihan perguruan mempunyai format yang tertentu bagi
penyediaan RPH oleh guru pelatih masing-masing.

Kepentingan RPH

Penyediaan RPH dalam kalangan guru dapat mengelakkan penyelewengan atau terkeluar daripada
topik atau sub topik semasa pengajaran dilakukan. Oleh kerana pengalaman dan penguasaan isi
kandungan guru adalah berbeza antara satu sama lain maka dengan adanya RPH, persamaan
daripada segi maklumat yang disampaikan akan dapat dilakukan. Guru dapat menggunakan
kreativiti masing-masing semasa merancang aktiviti pembelajaran yang akan dilaksanakan. Siri
aktiviti yang dirancang ini akan membolehkan perubahan tingkah laku dan penguasaan isi
kandungan mata pelajaran yang disampaikan. Objektif atau hasil pembelajaran yang telah
dirancang dalam RPH menjadikan pengajaran dan pembelajaran sentiasa tertumpu dan guru dapat
melaksanakan penyampaian maklumat dan isi kandungan dengan lebih tersusun dan berfokus.

Pengurusan masa menjadi faktor yang penting dalam aktiviti pengajaran sebab jadual waktu
pengajaran bagi setiap mata pelajaran adalah begitu terhad dan ketat. Oleh itu RPH akan
membantu guru menguruskan masa dengan lebih cekap.

Aktiviti pengajaran yang telah disusun dalam RPH membantu guru menyampaikan isi kandunag
pelajaran dengan mudah. Penyusunan sub topik daripada mudah ke sukar membolehkan murid
menguasai pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan dengan mudah dan jelas.
Penggunaan teknologi pendidikan juga dapat dimanfaat dengan optimum apabila perancangan
dilakukan dengan baik. Guru boleh memikirkan apakah teknologi yang akan diintegrasikan dalam
pengajaran semasa mereka menyediakan RPH. Guru boleh memeriksa sama ada media yang
sesuai dapat diintegrasikan dalam pengajaran terdapat di Pusat Sumber Sekolah (PSS).

RPT

RPH

-Mengikut kategori keupayaan murid

-Emosi murid

“Saya akan gunakan BBM mengikut kelas yang diajar, sekiranya


kelas aras rendah BBM yang digunakan tidak boleh
membahayakan murid. Penggunaan BBM yang mudah diperolehi,
ceria digunakan seperti contoh blok kayu berwarna serta interaktif
dan menarik lebih kepada penglibatan deria sentuhan, penglihatan,
dan pendengaran.”. (PKG 5)

Bagi GK3, menggunakan teknik mengkaji beberapa cara sebelum melakukan


pengajaran dijadikan sebagai penentuan bagi penggunaan BBM yang sesuai untuk
sesuatu pengajaran.

“Sebelum menjalankan sesi pengajaran, saya akan mengkaji


beberapa cara bagi murid faham pengajaran saya terutama dalam
operasi darab. Saya akan ajar mereka cara yang mudah ingat
operasi darab. Murid sudah faham pada pengajaran atau tidak.
Kita perlu berusaha mencari formula mudah supaya murid tidak
takut apabila mendengar sifir atau darab.”. (GK3)
Kajian yang dijalankan oleh Norfarizah dan Mohd Zazril (2019), Noor Azimah
(2019), menyokong penggunaan bahan bantu mengajar sebagai bahan atau alat
pemudah cara. Selain daripada bahan pemudah cara, BBM yang bersesuaian juga
dapat menarik minat murid khususnya Murid Berkeperluan Khas (MBK) untuk
belajar serta membantu mereka mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih berkesan dan berfokus. Seterusnya memudahkankan guru untuk
menyampaikan isi pembelajaran dengan lebih baik. Penggunaan bahan bantu
mengajar bagi pembelajaran MBK menghasilkan kesan yang sangat baik dalam
memahami sesuatu perkara.

RPT yang telah disediakan oleh guru merupakan satu dokumen lengkap
berdasarkan takwim tahunan persekolahan. RPT yang disediakan sebagai panduan
perlaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran. Kebiasaanya RPT dibuat
berdasarkan tempoh setahun bagi setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru
mata pelajaran. Penyediaan RPT yang lengkap dan jelas dapat memudahkan guru
menyemak topik yang telah diajar serta memudahkan guru lain untuk meneruskan
pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu juga, RPT juga bertujuan untuk
memastikan topik-topik yang diajar mengikut susunan dan teratur berdasarkan
perkembangan dan kebolehan seseorang murid. Selain daripada RPT, RPH juga
sama penting dalam kesediaan guru sebelum memulakan sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. RPH yang baik akan menjadi panduan,
supaya guru mampu menyampaikan pengajaran yang sistematik dan efektif
seterusnya mencapai objektif yang telah dirancang. Selain daripada itu, RPH juga
merupakan bukti sebagai rekod khas persediaan guru yang telah disediakan awal
sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 3/1999).

Anda mungkin juga menyukai