Anda di halaman 1dari 21

INSTITUT KEMAHIRAN MARA

KOTA KINABALU

CCB10022 - BUILDING CONSTRUCTION 1

TUGASAN TEORI/ T3 (A)

SESI JAN - JUN 2022

SEMESTER 1

PENSYARAH : DANIEL HAMIZ HILMI BIN SAMAN

BUTIRAN PELAJAR :

NO Nama No. Kad Pengenalan No. Telefon


1. Susana Binti Kahar 020918-12-1526 013-7271759
ISI KANDUNGAN

1.0 Kenal pasti papan tanda keselamatan

2.0 Terangkan cara-cara pengendalian pertolongan cemas


mengikut situasi mangsa

3.0 Terangkan peringkat penyiasatan tapak

4.0 Terangkan prosedur/ kaedah untuk menjalankan penyiasatan


tapak

5.0 Rujukan

6.0 Lampiran
1.0 KENAL PASTI PAPAN TANDA KESELAMATAN

Nama Gambar Huraian


1. Dilarang Kawasan tersebut tidak
merokok. dibenarkan sama sekali untuk
merokok.

2. Alat Jika tidak memakai alat


pelindung mata. pelindung mata, mereka tidak
akan dibenarkan memasuki
kawasan tersebut.

3. Bahan mudah Berhati - hati ketika


terbakar. mengendalikan peralatan
tersebut.

4. Laluan keluar. Sekiranya berlaku perkara yang


tidak diingini maka papan tanda
ini akan membantu untuk
memberi maklumat kepada
pihak yang sedang berada dalam
situasi yang merbahaya.

5. Alat pemadam Dapat mencegah api daripada


api. terus merebak, dapat
menyelamatkan diri jika berlaku
kebakaran dan pelbagai lagi.
Nama Gambar Huraian
6. Papan tanda amaran. Papan tanda
menunjukkan untuk
sentiasa berhati-hati atau
kawasan yang
merbahaya.

7. Kanak-kanak Kawasan persekolahan


melintas jalan. dimana banyak kanak-
kanak melintas di jalan
raya dan pemandu kena
sentiasa berhati-hati
ketika memandu di
kawasan tersebut.
8. Matikan handphone. Telefon tidak dibenarkan
aktif semasa berada di
kawasan seperi di stesen
isi minyak.

9. Risiko kejutan Berhati-hati di kawasan


elektrik. tersebut dan tidak boleh
memegang sembarangan
tanpa kebenaran atau
kemahiran
mengendalikannya.

10. Dilarang masuk. Dilarang masuk kecuali


khusus untuk petugas di
tempat tersebut, orang
luar dilarang masuk.
2.0 TERANGKAN CARA-CARA PENGENDALIAN
PERTOLONGAN CEMAS MENGIKUT SITUASI
MANGSA
Keadaan 1: Mangsa mengalami luka yang berdarah banyak.

Keluar darah daripada saluran darah yang tercedera. Ia boleh berlaku di bahagian luar
atau dalam tubuh:

Jenis-jenis pendarahan:
Pendarahan boleh dikatakan berpunca daripada arteri dan vena kapilari.
 Arteri memancut ( merah terang ).
 Kapilari menitis ( merah ).
 Vena meleleh perlahan ( merah tua ).

Berikut ini cara menghentikan pendarahan pada luka yang dapat dilakukan:
1. Cuci tangan terlebih dahulu.
 Sebelum menghentikan pendarahan, hal pertama yang harus dilakukan adalah
mencuci tangan. Mencuci tangan dapat mencegah luka mengalami infeksi akibat
kontaminasi kuman dari tangan yang kotor.

2. Lakukan penekanan pada area luka.


 Setelah mencuci tangan, hal selanjutnya yang dapat anda lakukan adalah
menekan area luka dengan kain bersih, tisu atau kasa untuk menghentikan
pendarahan. Namun, hindari menekan luka terlalu keras.

3. Angkat area luka sedikit ke atas.


 Jika kemungkinan, angkat area luka yang mengalami pendarahan sedikit ke atas,
lebih tinggi dari dadah, untuk memperlambat pendarahan.

4. Bersihkan luka.
 Setelah menekan luka untuk menghentikan pendarahan, anda bisa membersihkan
area luka dengan air dan sabun untuk menghilangkan kotoran yang masih
menempel. Hindari penggunaan bahan antiseptik, seperti hidrogen peroksida,
kerana dapat menyebabkan iritasi serta mempeparah luka.

5. Tutup luka dengan perban atau kain kasa.


 Jika luka berada di area yang mudah kotor, seperti tangan atau mudah terkena
gesekan pakaian, seperti area lutut, tutup luka dengan perban kedap air. Lakukan
penggantian perban setiap hari dan segera ketika kotor atau basah, untuk menjaga
luka tetap bersih dan kering.
6. Sapukan ubat antibiotik
 Sapukan sedikit atibiotik jika luka terlihat kotor , untuk mencegah infeksi dan
mempercepat proses penyembuhan luka. Pada beberapa orang penggunaan
antibiotik dapat memicu ruam dan reaksi alergik. Oleh itu, lakukan pemeriksaan
doktor sebelum menggunaknnya.

Jika pendarahan yang dialami tidak berhenti mesti telah melakukan cara
menghentikan pendarahan di atas, apalagi bila terdapat tanda infeksi seperti merah,
bengkak dan bernanah, segera membuat pemeriksaan ke doktor untuk mendapatkan
rawatan yang tepat.

Hentikan secara langsung:


 Bahagian ibu jari/ jari-jari tekan dengan kuat di bahagian yang cedera ke atas
pelapik atau kain kasa selama 10minit. Kemudian tutuplah pelapik dengan lapisan
kapas dan ikat dengan pembalut yang ketat. Ia biasanya akan menahan darah itu
daripada mengalir luar. Jika pendarahan berjalan terus, jangan cabut pelapik
tetapi letakkan pelapik tambahan dan balut skali lagi .

Secara tidak langsung:


 Jika pendarahan tidak dapat dikawal dengan tekanan secara langsung ke atas luka
atau dalam keadaan dimana tekanan secara tidak langsung tidak boleh digunakan,
anda boleh gunakan tekanan secara tidak langsung pada titik tekanan.
 Titik tekanan adalah satu tempat dimana saluran darah arteri boleh ditekan ke
tulang dengan rapat untuk menghalang mengaliran darah dikawasan itu.
Keadaan 2: Mangsa pengsan.

Pengsan atau syncope terjadi apabila seseorang itu hilang kesedaran tahap separa atau
penuh disebabkan oleh penyusutan sementara bekalan darah beroksigen ke otak.

Rawatan di tempat kejadian:


1. Sekiranya sebelum pengsan mangsa kelihatan pucat dan mengadu berasa pening,
mual dan merasa seperti hendak pengsan, perawat hendaklah membawa mangsa
ke tempat yang lebih selamat serta betulkan saluran pernafasan.
2. Tenangkan mangsa, sekiranya mangsa terus pengsan alihkan benda disekeliling
yang berbahaya, baringkan mangsa dan tinggikan kaki untuk memastikan bekalan
darah mengalir ke otak.
3. Longgarkan pakaian mangsa.
4. Jangan bersesak-sesak dan beri bantuan udara segar menggunakan kipas.
5. Jika mangsa sedar selepas beberapa minit, biarkan sehingga mangsa betul-betul
selesa dengan keadaannya sendiri.
6. Sekiranya masih pengsan, periksa pernafasan dan denyutan nadi dan bersedia
untuk menjalankan CPR sekiranya tahu.
7. Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital
berdekatan, hubungi talian 999:
 Mangsa mengalami kecederaan di kepala semasa pengsan.
 Pengsan lebih dari sekali dalam sebulan.
 Mangsa wanita mengandung atau menghidap sakit jantung atau penyakit kronik.
 Sebelum pengsan mangsa mengadu sakit dada, sukar bernafas, kecelaruan, kabur
pandangan atau susah bertutur.

Rawatan di hospital:
1. Mangsa akan diperiksa kadar denyutan nadi, tekanan darah, kadar pernafasan dan
tahap kesedaran.
2. Sekiranya mangsa mengalami renjatan, rawatan khusus akan diberikan.
3. Penyiasatan darah akan dilakukan jika ada keperluan.

Rehabilitasi:
1. Amalkan pemakanan sihat dan seimbang.
2. Ambil ubat yang telah diarahkan oleh doktor dan patuhi rawatan susulan.
3.0 TERANGKAN PERINGKAT PENYIASATAN TAPAK
Peringkat 1: Kajian meja.

 Kajian meja ialah kajian yang dilakukan di peringkat awal dalam


pembangunan sesuatu projek. Kajian ini dilakukan berdasarkan segala maklumat yang
sedia ada. Maklumat tersebut perlu dicari dan dikumpulkan sebanyak yang mungkin
dan semua maklumat tersebut akan diteliti di pejabat sebelum penyiasatan seterusnya
dijalankan.

Antara maklumat yang dapat diperolehi ialah:


 Peta ukur ordinan.
 Rekod.
 Peta geologi.
 Maklumat projek yang terdahulu.
 Maklumat tapak bersebelahan.

Maklumat yang diambil


1. Maklumat mengenai struktur bangunan:
 Jenis, dimensi dan kegunaan struktur.
 Beban yang dihantar oleh superstruktur ke asas.

- Struktur boleh ditafsirkan sebagai anggota-anggota yang dipasang antara satu sama
lain dengan penyambungan yang sesuai dan selamat bagi menghasilkan suatu
kerangka yang berupaya menanggung beban yang dijangkakan.
- Struktur atas suatu bangunan adalah seluruh bahagian struktur bangunan yang
berada di atas muka tanah. Struktur atas ini terdiri atas tiang, plat, rasuk, dan
bumbung yang masing-masing mempunyai peranan yang sangat penting.
2. Maklumat aras bawah ( tanah/ lantai ):
 Keadaan geologi tanah ( lapisan tanah asal, paras air, banjir, lembut ).
 Sejarah penggunaan tapak ( bekas kuari, kawasan pertanian ).

- Pengetahuan tentang geologi kawasan dan sekitar penting kerana ia berkait rapat
dengan keadaan geologi setempat bagi kerja penyiasatan tapak.
- Kelembapan memainkan peranan penting dalam masalah tanah oleh itu data-data
perubahan iklim yang ketara boleh amat penting diketahui.
- Kerja-kerja yang melibatkan kawasan pantai, laut, sungai dan tasik perlulah ada
maklumat pasang surut air bagi membolehkan perangangan kerja berjalan lancar.
- Sejarah penggunaan tapak, bagi kawasan yang terdapat aktiviti perlombongan perlu
mendapatkan rekod-rekod perlombongan semasa, masa lalu dan akan datang.
Peringkat 2: Kajian lawatan.

Kajian lawatan tapak dilakukan dengan melawat tapak binaan itu sendiri. Tujuan
utama lawatan adalah untuk mendapatkan gambaran secara umum tentang keadaan
topografi dan geologi tapak. Keadaan topografi perlu diperiksa dan dibandingkan
dengan rekod dan peta geologi yang ada. Fotografi udara dapat digunakan sebagai
maklumat tambahan kepada maklumat di atas. Selain itu, perkara-perkara lain yang
dapat dilihat dan dikesan ditapak juga perlu dicatatkan.

Kepentingan lawatan tapak:


1. Stratifikasi tanah.
- Pemotongan terlalu dalam seperti yang dibuat untuk pembinaan lebuh raya
berdekatan atau projek lain.

2. Slope.
- Tanda ketidakstabilan cerun merangkumi pokok bengkok, retakan penyusutan di
tanah dan pagar terlantar.

3. Struktur.
- Jenis bangunan di kawasan tersebut dan adanya keretakan di dinding atau masalah
lain.
Lawatan / tinjauan tapak
Dalam melaksanakan sesebuah projek binaan, seseorang jurutera merupakan orang
yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk dan merancang asas bangunan. Asas
bangunan merupakan satu struktur bangunan yang disokong oleh tanah. Pihak jurutera
tidak boleh menukar atau merubah keadaan tanah yang sebenar tetapi sebaliknya
mereka harus mengetahui keadaan tanah yang sebenar sebelum merekabentuk asas
bangunan.

Kepentingan
Lawatan tapak hendaklah dilakukan ke tempat dimana sesuatu projek itu akan
dilaksanakan. Ia bertujuan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap
keadaan sekeliling yang mungkin boleh mempengaruhi kerja pembinaan. Lawatan
tapak ini boleh dilakukan oleh penganggar atau wakil pihak pengurusan atau kedua-
duanya.

Satu laporan tapak perlu dibuat untuk mengkaji keadaan muka bumi dan keadaan
sekeliling di kawasan tapak projek serta dijadikan sebagai sumber maklumat untuk
melakukan anggaran kos pembinaan.
Laporan yang lengkap perlulah disediakan berhubung dengan semua perkara yang
melibatkan kos, cara pembinaan dan kedudukan tapak serta keadaan sekeliling.

Perkara utama yang perlu diperhatikan semasa lawatan tapak dijalankan:


 Kedudukan tapak, berhubung dengan pengangkutan.
 Nama pihak berkuasa tempatan.
 Keterangan mengenai topografi di tapak.
 Kerja meruntuh dan menjaga persekitaran.
 Jalan masuk dan kemungkinan susulan tapak.
 Kaedah tanah berkait dengan kerja-kerja penggalian.
 Keselamatan.
 Keadaan tenaga kerja setempat.
 Kemudahan mendapat bahan-bahan.
 Keadaan cuaca.
 Peraturan-peraturan pihak penguasa seperti polis, bomba dan majlis tempatan.

Lakaran kasar keadaan di tapak perlu juga dibuat untuk menunjukkan keadaan tapak
dan kemungkinan susunannya.

Pemeriksaan juga perlu dibuat ke atas perkara-perkara tertentu di tapak dengan


mengambil ukuran dan direkodkan bagi membantu untuk pengiraan anggaran kos.
4.0 TERANGKAN PROSEDUR/ KAEDAH UNTUK
MENJALANKAN PENYIASATAN TAPAK
Kaedah penyiasatan tapak:
1. Trial pits ( lubang ujian ).
2. Gerekan gerimit mekanik dan tangan ( Hand auger ).
3. Probe mackintosh.
4. Standard penetration test.

Trial pits ( lubang ujian )


- kaedah penyiasatan tanah yang paling mudah dan murah.

Kaedah:
 Lubang cetek dapat digali dengan tangan pada tanah yang lembut.
 Lapisan tanah dapat diperiksa terus disitu dan sampel tanah boleh diambil
daripada sisi lubang.
 Sekiranya pengorekan dengan tangan ini melebihi kedalaman 1.2 meter,
sokongan kayu yang sesuai untuk menyokong sisi lubang diperlukan.
 Pengorekan pada tanah yang keras boleh dibuat dengan bantuan peralatan/ jentera.

Lubang ujian adalah lubang yang digali di dalam tanah sekadar untuk memasukkan
tangga. Biasanya kedalaman maksimum dihadkan kepada 4 meter. Tepian lubang
hendaklah diperiksa dengan teliti. Melalui kaedah ini keadaan air tanah dapat
ditetapkan dengan tepat sampel tanah tidak terganggu diperolehi dengan mudah. Di
bawah kedalaman 4 meter, penjermangan perlu dilakukan dan ini menyebabkan kos
pengorekan tinggi.

Objektif ujian:
 Untuk mengenal pasti sama ada tapak itu sesuai bagi kerja-kerja yang di
cadangkan.
 Untuk membolehkan satu rekabentuk yang selamat dan ekonomi.
 Untuk meramal dan mengambil langkah yang sesuai bagi mengatasi sebarang
kerumitan yang mungkin timbul semasa pembinaan yang disebabkan oleh
keadaan tanah dan keadaan tempatan yang lain.
 Untuk menyiasat kejadian atau sebab berlakunya perubahan keadaan sama ada
secara semulajadi atau disebabkan oleh perkara lain.
Kelebihan dan kekurangan
Lubang ujian.

Kelebihan Kekurangan
 Dalam mempamerkan strata tanah  Kedalaman terhad ( 2-3 m ).
bagi pemeriksaan secara kasar.  Pengorekan yang lebih dalam
memerlukan tenaga manusia.
 Bahagian tepi lubang mestilah di
tupang dengan kayu secukupnya.
Gerekan gerimit mekanik dan tangan ( Hand auger )
- Gerimit tangan atau juga dikenali dengan nama ‘Hand auger’ ini digunakan untuk
tanah-tanah yang sederhana, basah dan senang digali.
- Gerakan gerimit tangan dapat digunakan bagi kedalaman sehingga 6.0 meter.

- Terdapat 2 jenis gerimit yang biasa digunakan iaitu:


 Gerimit heliks ( post hole auger ).
 Gerimit lubang tiang ( helical auger ).

Kaedah:
 Penggunaan gerimit tangan pada tanah yang kering memerlukan air untuk
memudahkan kerja pengorekan.
 Gerimit ditekan dan dimasukkan ke dalam tanah sehingga sampai pada
kedalaman yang tertentu, tanah yang dikorek dikeluarkan dan tanah yang melekat
pada gerekan gerimit diambil untuk pemeriksaan.
 Selepas itu gerekan gerimit dimasukkan ke dalam lubang dan pengorekan
dijalankan lagi untuk mendapatkan contoh sampel pada paras yang lebih dalam.

1. Gerimit heliks
- Gerimit heliks sama seperti gerudi dan digunakan pada tanah jeleket.
- Tanah dikeluarkan melalui rekatan pada ram gerimit.
- Mempunyai diameter lebih kurang 50 mm.

Kaedah ini merupakan kaedah konvesional yang digunakan pada zaman dahulu.
Gerimit ini ringan dan mudah dibawa ke tapak pembinaan untuk melakukan kajian
terhadap tanah di kawasan tersebut. Ketinggian alat tidak melebihi paras dada
pengkaji. Kedalaman yang boleh dibuat menggunakan gerimit ini ialah sekurangnya
6.0 meter. Gerimit diputar dan di tekan ke dalam tanah dengan menggunakan gagang-
T di bahagian atas rod.
Gerimit lubang tiang
- Gerimit lubang tiang boleh digunakan pada tanah berbutir.
- Mempunyai diameter 200mm.
- Tekanan ke bawah pada gerimit memaksa tanah memasuki ruang antara dua kepak
dan terus terkumpul disitu apabila gerimit dikeluarkan.
- Kedua-dua alatan tersebut dapat dipasangkan pada hujung gerudi dan dipusing
secara mekanik untuk jangkauan yang lebih dalam.

Cara penggunaan:
 Tanah dikorek dengan gerimit sedalam 1 meter.
 Tiub contoh disambung pada alat pencontoh.
 Alat pencontoh diturunkan sampai ke bawah lubang dan kemudian di tekankan ke
dalam tanah.
 Selepas tiga contoh tidak terusik dari lubang itu didapati, dapatkan lebih kurang
5kg tanah sebagai contoh terusik. Simpan contoh tanah terusik dalam beg dan di
bawa ke makmal.

Kebaikan dan keburukan

Kebaikan Keburukan
 Mudah untuk dibawa.  Alat ini mudah berkarat sekiranya
 Tidak memerlukan kos yang tinggi. cara penyimpanan tidak sempurna.
 Tidak memerlukan tenaga buruh  Menggunakan tenaga mahir.
yang ramai.  Tidak sehebat jentera-jentera moden.
 Mudah disimpan kerana tidak  Tidak bersesuaian pada masa kini.
memerlukan ruang yang besar.  Hanya sesuai pada jenis tanah yang
 Boleh ditukar kepada beberapa mata tertentu sahaja.
gerimit.  Ia mengambil masa yang agak lama.
Probe mackintosh

 Merupakan kaedah yang tahan lasak dan sesuai digunakan di kebanyakan tanah.

Kaedah: Untuk menguji daya rintangan tanah secara tusukan.


- Tukul ( hammer ) seberat 5kg dijatuhkan dengan kadar ketinggian 280mm.
- Kon akan tertekan masuk ke dalam tanah.
- Tahap maksima adalah mengikut kawasan dan bangunan yang akan dibina,
Contoh: bangunan 2 tingkat = 10 meter dalam/ 300 hentakan.

 Hanya sesuai untuk membuat anggaran beban pada projek kecil saja.

Ujian proba mankistosh ini sangat penting dijalankan untuk mengetahui kedalaman
asas tapak yang patut dibina. Kebanyakan kontrakor sekarang tidak menjalankan ujian
ini dan ini boleh menyebabkan berlakunya mendapan, dinding pecah, lantai crack dan
sebagainya.

Perlaksanaanya adalah dengan cara menekan kun yang bergari pusat 25mm ke dalam
tanah, dengan menggunakan tukul seberat 5kg, ia kemudiannya dijatuhkan pada
ketinggian yang ditetapkan iaitu 0.28 meter, pada setiap kali hentakan kun akan
terbenam masuk ke dalam tanah. Dari itu rintangan-rintangan ke atas tanag hendaklah
dicatatkan dengan mengira bilangan pukulan bagi setiap kemasukan 0.3 meter dalam.

Biasanya 6 lubang korekan proba diperlukan bagi setiap bangunan, 4 daripadanya di


penjuru dan 2 lagi dibahagian tiang tengah, walau bagaimanapun bilangan dan
lokasinya boleh diubahsuai mengikut saiz bangunan. Proba mackintosh mengandungi
satu deretan batang-batang keluli bergaris pusat 12mm disambungkan dengan
pengganding, tiap-tiap satu rod keluli mempunyai 1.2 meter di bahagian hujungnya
terdapat satu besi pepejal berbentuk kun bergaris pusat 25mm.
Kerja dimulakan dengan penggunaan sebatang rod sahaja yang dipasangkan kepada
kun keluli tajam dan penukul. Pada rod keluli ditandakan setiap jarak 0.3 meter. Cara
membenamkannya dilakukan dengan menjatuhkan penukul seberat 5kg, pada kadar
ketinggian 0.28 meter. Penukul tersebut akan menggelongsor paa satu andas terlekap
di dalamnya yang diskrukan pada bahagian atas batang besi tadi. Ini akan menghalang
penukul tersebut daripada tercabut dari rod serta memaksa penukul untuk
enggelongsor pada satu paras yang tetap. Dalam kendaliannya jumlah bilangan
penukul yang dikenakan untuk mencapai ke dalam 0.3 meter dicatatkan dan diambil
sebagai ukuran darjah ketekalan bagi sesuatu jenis tanah. Kerja proba ini dihentikan
apabila nilai rintangan yang telah ditetapkan didapati.

Hasil ujian ditafsirkan dalam bentuk kekuatan galas tanah. Nilai kajian ini diperlukan
untuk mengetahui kedalaman asas tapak yang perlu di bina.

 Ketukan kurang daripada 10


- Tanah sangat lemah.

 Ketukan antara 10-40


- Masalah endapan.

 Ketukan lebih 40
- Tanah agak kuat untuk asas rumah.
Standard penetration test

 Ujian penetrasi standard adalah ujian in-situ yang paling biasa digunakan di
Malaysia.
 Berat tukul adalah 65kg, dengan kejatuhan 760mm.
 Sampler didorong penembusan total 450mm ke dalam tanah dan jumlah pukulan
untuk penembusan 300mm terakhir adalah nilai spt.
 Sampel tanah yang terganggu dapat dikumpukan dari sampler sudut terbelah.
Unuk tanah yang mengandungi banyak kerikil atau batu lembut, kasut pemacu
harus diganti dengan kon 60 darjah yang padat dalam batu lembut, ujian
ditamatkan setelah 100 pukulan jika penembusan 300mm belum dicapai.

Ujian penembusan standard ialah ujian in-situ yang berada di kategori ujian
penetrometer. Ujian penembusan standard dijalankan di dalam lubang gerudi. Ujian
tersebut akan mengukur rintangan lapisan tanah terhadap penembusan yang dilalui.
Korelasi empiris penembusan diperoleh antara sifat tanah dan rintangan penembusan.

Ujian ini amat berguna untuk menentukan ketempatan relatif dan sudut rintangan ricih
bagi tanah tidak berpadu. Ia juga boleh digunakan untuk menentukan kekuatan
mampatan tak terkurung bagi tanah padu.
Kelebihan Kelemahan
 Relatif cepat, sederhana, murah dan  Biasanya tidak memberikan data
sesuai untuk kebanyakan tanah. berterusan.
 Korelasi yang baik antara spt dan  Kebolehlaksanaan terhad kepada
sifat tanah. tanah yang mengandungi bat.
 Sediakan sampel tanah yang  Sampel yang diperoleh dari spt
representatif untuk ujian selanjutnya. terganggu.
 Pukulan spt memerlukan
pembetulan.
5.0 RUJUKAN
 Nota unit 2.
 Nota unit 3.
 https://www.slideshare.net/amirulafiq71/chapter-2-soil-investigation
 https://akvopedia.org/wiki/hand_auger_-general
 http://qjegh.lyellcolection.org/content/39/2/189
 https://www.nexagate.com/security-
testing?gclid=EAlalQobChMlzsajzbbF9glVUSUrCh1lCADjEAAYASAAEgLC
U_DBwE
6.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai