Anda di halaman 1dari 3

PENDAHULUAN

Mesyuarat Agung PIBG merupakan aktiviti tahunan penting yang mesti dijalankan pada setiap
tahun. Oleh yang demikian, mesyuarat ini telah dirancang seawal mungkin bagi memastikan perjalanan
mesyuarat adalah lancar dan tenteram. Mesyuarat Agung PIBG ini juga diadakan sebagai satu usaha
pihak pentadbir untuk membincang dan mendedahkan kepada ibubapa tentang permasalahan dan
perkembangan yang berlaku di sekitar sekolah seperti isu disiplin, perkembangan pembelajaran , aktiviti
jasmani, sukan, ko-kurikulum dan sebagainya. Secara tidak langsung, majlis in dapat mengeratkan
silaturrahim antara pentadbir/guru dan ibubapa seterusnya mendorong kedua-dua pihak agar lebih
mengambil berat dan bertanggungjawab dalam memastikan hasrat murni Falsafah Pandidikan
Kebangsaan tercapai.

OBJEKTIF

Mesyuarat Agung PIBG dijalankan dengan menggariskan beberapa obektif penting. Antaranya
untuk membantu dan menambahkan usaha sekolah ini seta memenuhi kehendak dan keperluan material
murid-murid dalam kegiatan mereka. Mesyuarat ini juga bertujuan untuk membolehkan ibubapa kepada
murid-murid di sekolah ini dapat bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pelajaran anak-anak
mereka di samping memberi peluang kepada ibubapa dan guru berunding antara satu sama lain.
Mesyuarat ini juga turut bertujuan untuk memberi peluang kepada ibubapa dan guru-guru berbincang
berkaitan cara untuk memperbaiki pencapaian prestasi anak mereka.

SASARAN

Semua guru, ibubapa dan murid tahun 6.

TARIKH

Mesyuarat ini telah diadakan pada hari Sabtu, 26 Mac 2011.

1
AKTIVITI-AKTIVITI

07.30 pagi - Ketibaan para ibubapa dan penjaga

08.00 pagi - Pendaftaran

- Para jemputan mengambil tempat

08.30 pagi - Bacaan doa

- Ucapan Guru Besar

(Pn Hjh. Zaimah Bt. Abdul Rahim)

- Ucapan Yang Dipertua PIBG

(Dr. Abu Hassan B. Hasbullah)

- Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-37 dimulakan.

(Mengikut agenda yang telah ditetapkan)

- Jamuan Ringan

- Bersurai

TEMPAT

Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan di Dewan Budaya SK Batu Empat (1), Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

KEWANGAN

Penyata Kewangan berakhir 31 Mac 2011

2
STRATEGI PELAKSANAAN

Sebelum :

i) Memilih AJK induk


ii) Memilih jawatankuasa kerja
iii) Taklimat dengan semua AJK Kerja

Semasa :

i) Menjalankan aktiviti di tempat yang ditetapkan seperti dirancang


ii) Memastikan aktiviti berjalan dengan lancar

Selepas :

i) Menyediakan laporan yang lengkap

Anda mungkin juga menyukai