Anda di halaman 1dari 1

Tuan Pengerusi bangkit daripada kerusinya,’Pengakhiran yang baik?

Adakah kamu pasti


kamu memikirkan tentang The Heart of the Matter? Pegawai polis yang berbangsa Eropah
itu bunuh diri.’
‘Barangkali pengakhiran yang baik itu adalah terlalu hebat, tetapi tidak ada acara lain lagi
saya dapat menjelaskannya. Pegawai polis itu berasa koyak antara cintanya terhadap
seorang wanita dan cintanya kepada Tuhan, lantas dia bunuh diri. Ia adalah terlalu mudah.
Namun, tragedi bukanlah seperti itu langsung. Saya teringat akan seorang lelaki tua di
kampung saya yang merupakan seorang mualaf Kristian, yang menderita dengan satu
bencana selepas satu bencana lain. Dia bilang bahawa hidup ini bagaikan semangkuk
maung atau kepahitan, yang di mana kamu menghirupkannya sedikit demi sedikit sehingga
bila-bila. Dia memahami hakikat sebuah tragedi.’
‘Kamu merasakan bahawa bunuh diri akan merosakkan suatu tragedi,’ kata Pengerusi.’Ya.
Tragedi yang sebenarnya tidak akan ada penyudahnya. Ia akan berlarutan buat selamanya
tanpa sebarang harapan. Tragedi yang lazim adalah terlalu mudah.Adiwira akan mati dan
kami akan merasakan suatu penyingkiran perasaan. Tragedi yang sebenarnya akan
bermula di suatu sudut yang tidak teratur, bagi memetik W. H. Auden. Seluruh dunia tidak
sedar akan perkara itu. Bagaikan lelaki dalam A Handful of Dust yang membacakan Dicken
kepada Encik Todd. Tidak ada kebebasan untuknya. Apabila cerita itu berakhir dia masih
akan tetap membaca. Tidak akan ada sebarang penyingkiran perasaan untuk kita
disebabkan kita tidak ada di situ pun.’
‘Itu sangat menarik,’ kata Pengerusi. Lalu dia melihat keliling meja dan bertanya kepada
ahli-ahli lain sekiranya mereka ada sebrang persoalan untuk Encik Okonkwo. Mereka semua
berkata tidak, kecuali orang yang sedang tidur.
‘Kenapa kamu mahu kerja dalam Perkhidmatan Awam? Supaya kamu dapat ambil rasuah
ke?’ tanyanya.
Obi teragak-agak. Gerak hati pertamanya ingin mengatakan bahawa itu merupakan satu
soalan yang bodoh. Sebaliknya dia berkata:’Saya tidak tahu bagaimana kamu mahu saya
menjawab persoalan itu. Walaupun jika benar sebab saya adalah untuk mengambil rasuah,
kamu tidak akan jangka saya untuk mengaku akan perkara itu di hadapan lembaga ini. Jadi
saya tidak merasakan itu adalah soalan yang berguna.’
‘Itu bukan bergantung kepada kamu untuk menentukan soalan apa yang berguna, Encik
Okonkwo,’ kata Pengerusi, yang juga gagal untuk kelihatan keras.’Walau bagaimanapun,
kamu akan dimaklumkan oleh pihak kami dalam waktu yang bertepatan. Selamat pagi.’

Anda mungkin juga menyukai