Anda di halaman 1dari 2

Nama: NUR HUSNIYAH NADIAH BINTI SAZALI NOMBOR MATRIK: 294364

Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=YQfbEKFz7sI

Topik 1

Jawab Semua Soalan

1. Terangkan dengan ringkas susur masa etika dan peradaban berdasarkan prakolonial,
colonial dan pascakolonial.
a. Susur Masa Etika
o Sebelum kedatangan kolonial telah wujud etika dalam masyarakat yang disebut
adab, adat istiadat dan adat resam.
o Proses migrasi dalam Kepulauan Melayu dan luar Kepulauan Melayu menjadikan
adab, adat istiadat dan adat resam bercampur baur akibat proses pinjam
meminjam dan tersulam dalam masyarakat.
b. Prakolonial
o Zaman negara ini belum dikenali sebagai Malaysia dan belum dijajah.
o Etika telah terjelma dalam tingkat laku serta kehidupan seharian, formal atau
tidak formal, disebut sebagai adab, adat resam, dan adat istiadat.
c. Kolonial
o Zaman negara dijajah.
o Etika dibawa dalam bentuk berpakaian, percakapan, pentadbiran, ketuanan dan
lain-lain.
o Contohnya, cara makan, memberi tabik hormat.
d. Pascakolonial
o Zaman era moden.
o Masyarakat telah menerima variasi dan percampuran versi etika secara langsung
atau melalui teknologi.
o Nilai etika bercampur baur wujud dalam persekitaran formal dan tidak formal
kehidupan kita.

2. Nyatakan tiga kepentingan etika dan peradaban dengan sedikit huraian.


a. kita dapat memiliki keperibadian yang tinggi, saling menghormati, dapat hidup dalam
keadaan harmoni serta membina sebuah negara bangsa yang hebat menerusi suatu
bentuk peradaban yang baik beradab dan berakhlak hebat.
b. Dapat membantu sesebuah masyarakat atau negara memperbaiki kedudukan dalam
“kitaran peradaban”.
c. dapat menjadikan kita kenal asal usul adab, adat istiadat dan adat resam kita etnik dan
masyarakat asal di Malaysia yang telah diwarisi daripada generasi terdahulu, menghayati
etika dan peradaban yang kita sulam dan adaptasi dari wilayah alam Melayu yang lain
dan zaman kolonial yang dilalui oleh negara kita.
3. Apakah yang dimaksudkan adat resam. Berikan satu contoh adat resam dalam kehidupan
masyarakat anda.
a. Adat resam dari segi Bahasa ialah adat yang menjadi kebiasaan kepada sesuatu kaum,
daerah dan lain-lain.
b. Contoh adat resam adalah berkaitan dengan perkahwinan iaitu merisik, bertunang,
majlis perkahwinan dan lain-lain.

4. Berikan pengertian etika dari segi Bahasa dan ilmu sosiologi.


a. Etika dari segi Bahasa adalah prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun)
yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia.
b. Ilmu sosiologi ialah satu standard menyeluruh mengenai benar atau salah yang
menjelaskan apa yang sebenarnya perlu dilakukan oleh manusia dalam konteks apa yang
benar, tanggungjawab, manfaat kepada masyarakat atau sifat baik.

5. Apakah yang dimaksudkan etiket. Berikan satu contoh etiket dalam kehidupan harian kita.
a. Etiket ialah adat dan peraturan bukan kesopanan (terutamanya dalam kehidupan social
atau dalam proesion tertentu).
b. Contohnya, pekerja baharu itu masih belum mahir dalam etiket membuat panggilan atau
menerima panggilan daripada pelanggan yang membuat panggilan.

Anda mungkin juga menyukai