Anda di halaman 1dari 1

1.

Nyatakan perbandingan adab dan etika serta huraikan perkembangan etika


dan peradaban dari zaman prakolonial sehingga pasca kolonial berserta
contoh.

Adab adalah budi pekerti yang halus, tingkah-laku yang baik budi Bahasa yang tinggi
manakala etika bermaksud moral, nilai akhlak atau tingkah laku yang mernjadi pegangan
seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Untuk adab, seseorang itu dianggap
beradab kecuali bila dia melakukan pekara yang tidak sopan dan tidak mengikut adat
biasa sesebuah masyarakat yang sudah menjadi kebiasaan. Sebagai contoh, bercakap
lembut dengan orang tua. Sesebuah masyarakat juga dianggap sudah mencapai
peradaban tertingginya apabila masyarakat mereka maju dari sudut social. Untuk etika,
ianya boleh bermaksud cara seseorang bergaul, bercakap, berpakaian atau perilaku
seseorang dalam sesuatu Situasi.
Pada zaman prakolonial, etika wujud sebagai adab yang sudah dipraktikkan oleh
masyarakat Tanah Melayu. Adab dan peradaban wujud dan berubah dalam kalangan
masyarakat sendiri. Pada zaman itu, etika wujud sebagai adat dan istiadat yang
dipraktikkan sebagai masyarakat Tanah Melayu. Sebagai contoh, bangsa melayu sangat
beradab namun selepas kedatangan pedagang barat, nilai moral mereka berubah
terutama ketika melakukan perdagangan dengan adanya tipu muslihat dan tidak berlaku
jujur.
Kemudian, pada zaman kolonial, etika barat telah dibawa masuk oleh penjajah
barat. Etika barat yang dicampurkan ke dalam budaya masyarakat kita disebut sebagai
etika, etos dan etiket. Sebagai contoh, etika melayu berubah dari segi pemakaian dan
percakapan formal. Orang melayu yang bekerja sebagai pegawai kerajaan persekutuan
memakai pakaian formal ketika bekerja. Mereka juga sudah mula memakai sut seperti
orang barat.
Seterusnya, etika dari zaman pasca colonial iaitu zaman selepas penjajahan. Pada
masa ini, masyarakat sudah hidup dengan etika dan peradaban moden yang berubah
seiring dengan perubahan zaman. Etika barat sudah lama menjadi acuan peradaban
zaman kini. Masyarakat sekarang pula sering terdedah dan mempraktikkan budaya
barat terutama sekali dengan pendedahan budaya barat di social media. Sebagai
contoh, Bahasa inggeris sudah menjadi Bahasa utama dalam acara tertentu seperti
silibus pendidikan dan majlis rasmi. Oleh itu, percakapan masyarakat kita juga adalah
seperti orang barat.
2. Pada pandangan anda, adakah penghayatan etika dan peradaban penting
dalam diri dan kehidupan manusia? Nyatakan sebabnya.

Pada pendapat saya, penghayatan etika dan peradaban sangat penting dalam
kehidupan manusia terutama apabila ianya difahami dengan mendalam dan betul.
Hal ini kerana apabila seseorang menghayati etika danb peradaengan betul, ianya
tekah membentuk sebuah nilai social dalam diri seseorang. Kemudian, nilai tersebut
dipraktikkan dalam keluarga sehingga ke masyarakat. Oleh itu, sesebuah
masyarakat itu boleh mencapai peradaban social yang tertinggi dan menjadi
masyarakat yang maju dari sudut peradaban termasuklah peradaban moral, social
dan fizikal.

Anda mungkin juga menyukai