Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN MENGAJAR

TAJUK KURSUS : PEMPROSESAN DATA BALISTIK KELAS 2

Tajuk Pelajaran: PENYELENGARAAN SILIKA GEL

No Objektif Pengajaran: 1I52 – Mengaplikasikan Senggraan Bulanan

Rujukan: Alat Bantuan: a. Papan Putih, LCD

Kaedah: Teori Lokasi: Bilik Darjah Tarikh/Masa:

Langkah Keselamatan: Susun Cara:

Dalam Kelas
Butir-Butir Tambahan: O
Pakaian No 3 xx xx xx
xx xx xx
xx xx xx

PENDAHULUAN

Pengetahuan Sedia Ada:


Berikan destinasi disiplin tembakan ?
(5 Minit)
JAWAPAN:
Disiplin tembakan adalah satu bahasa untuk mengawal tembakan dan mesti diketahui oleh
semua yang bersangkut paut dengan penyedaran perintah dan laporan.

Pendekatan: (Sebab mempelajari)


Pos perrintah ialah satu tempat untuk menyampaikan perintah-perintah tembakan kepada
meriam-meriam, pengenalan terhadap pos perintah dan alatan yang ada didalamnya adalah penting
untuk menambahkan pengetahuan terhadap pos perintah.

Objektif Pengajaran:

Diakhir pelajaran penuntut dapat mengenali apa itu pos perintah dan peralatan yang ada serta
dapat memudahkan pekerjaan di pos perintah.
PERINGKAT BUTIR-BUTIR PENGAJARAN PERLAKSANAAN
PENGENALAN

Silika Gel atau Absorbent chemicals. adalah butiran


seperti kaca berbentuk bulat dan diolah menjadi bentuk
butiran atau manik. Silika Gel dibuat secara sintetis
dari natrium silikat yang dihasilkan melalui penggumpalan
sol natrium silikat (NaSiO2). Silika Gel memiliki nilai
fungsi sangat penting sebagai agen pengering, ia memiliki
ukuran pori rata-rata 2.4 Nanometer dan memiliki afinitas
yang kuat untuk memerangkap molekul air.

Fungsi dan Kegunaan Silika Gel

Berikut fungsi dan kegunaannya:

1. Silika Gel mencegah terbentuknya kelembapan yang


berlebihan sebelum terjadi. Silica merupakan produk yang
selamat digunakan untuk menjaga kelembapan makanan,
ubat-ubatan, bahan sensitif, elektronik dan sebagainya.

2. Silika Gel adalah anti pelembap dan menyerap


cairan partikel dari ruang yang berudara/bersuhu tanpa
merubah kondisi zatnya. Secara tidak langsung ianya juga
membantu untuk menahan kerosakan pada makanan, ubat-
ubatan dan peralatan yang disebabkan oleh kelembapan.

3. Silika Gel ini juga berfungsi untuk mencegah


terjadinya pembentukan karat pada logam, mencegah risiko
hubungan arus pendek Listrik Mikro, serta mencegah
reaksi penghasilan oksida dan komposisi bahan kimia
disebabkan kelembaban udara.

Jenis-jenis Silika Gel

Silika Gel Biru

Silika Gel biru merupakan jenis silica berbahaya bagi


kesihatan manusia kerana kandungan bahannya iaitu
Cobalt Chloride, Produk ini tidak boleh digunakan

PERINGKAT BUTIR-BUTIR PENGAJARAN PERLAKSANAAN


pada kemasan ubat - ubatan, makanan ataupun produk
yang sering digunakan oleh manusia, seperti pakaian,
kamera, kasut, beg, dan berbagai keperluan seharian yang
lainnya. Silika Gel biru hanya digunakan di dalam industri
permesinan dan listrik.

Silika Gel biru ini adalah penyerap kelembapan yang


sangat baik, ia akan berubah warnanya menjadi merah
jambu jika kapasiti penyerapan Silika Gel biru ini
mencukupi hadnya, pada ketika ini Silika Gel biru ini perlu
dineutralkan semula dengan menghangatkannya di dalam
oven untuk mengeluarkan kelembapan dan mengembalikan
warna asalnya iaitu biru.

Silika Gel Putih

Silika Gel putih adalah jenis silica biasa digunakan.


Produk ini dibuat dari sodium silikat yang memiliki
berjuta-juta nanoporous berukuran 24 nanometer. Silika
Gel Putih ini memiliki sifat hydrophilic yang aktif
menyerap molekul air di udara dan tidak beracun, tidak
berbau, tidak berasa, dan tidak berwarna. Selain itu, ianya
juga tidak reaktif dan tidak mudah terbakar.

Pada umumnya, produk ini digunakan sebagai bahan


pengawet dalam kemasan. Kerusakan akibat pertumbuhan
bakteria, kulat dan sebagainya. Ianya boleh mencegah
hubungan arus pendek. Silika gel Putih ini sering
digunakan dalam kemasan industri farmasi, industri
makanan kering, industri kertas, tekstil, kulit, alat-alat
elektronik dan mainan kanak-kanak.

PERINGKAT BUTIR-BUTIR PENGAJARAN PERLAKSANAAN


Silika Gel Putih ini sesuai digunakan dan efektif pada
kemasan produk, membantu menjaga kelembaban udara di
dalam kotak penyimpanan contoh seperti di dalam gudang,
ruang makmal, ruang dokumen, ruang produksi, bilik,
almari pakaian, dan sebagainya.

Silika Gel Natural

Silika Gel Neutral yang diperbuat daripada bahan-


bahan mineral semulajadi dan Hydrophilic Active dan
dibungkuskan ke dalam kertas jenis Semi Permeable. Silika
Gel Neutral ini dikategorikan sebagai Food Grade. Silika
Gel Neutral ini, tidak berbau dan tidak berasa,

Secara umumnya, ianya amat sesuai untuk menyerap


kelembaban atau menjaga kekeringan udara di dalam ruang
yang tertutup, ianya amat sesuai untuk industri farmasi
dalam bentuk serbuk, pil atau kapsul, makanan kering,
elektronik Micro Conductor dan penyimpanan produk-
produk kosmetik
PERINGKAT BUTIR-BUTIR PENGAJARAN PERLAKSANAAN
Cara dan Kaedah Penggunaan Silika Gel.

1. Silika Gel sebagai bahan pengawet dalam kemasan


Gunakan Silika gel Putih yang masih aktif dalam ukuran
bungkusan (Sachet) sesuai dengan jumlah barang. Letakan
di dalam kotak bersama barang dan tutup rapat, pastikan
tidak ada udara luar masuk ke dalam.

2. Silika Gel Untuk Menjaga Kelembaban Udara Ruang


Penyimpanan gunakan Silika Gel Putih atau Silika Gel
Neutral yang masih aktif dalam jumlah yang cukup dan
letakkan di sudut-sudut ruang pemyimpanan. Untuk ruang
tertutup, minimakan kemasukan udara lembap dari luar.
Tambahkan jumlah Silika Gel jika kelembapan udara
masih tinggi.

Sifat Silika Gel.

1. Secara ilmiahnya Silika Gel Putih dan Silika Gel Biru


memiliki kapasiti daya serap kelembapan sehingga 55%
dari beratnya sendiri.

2. Silika Gel Neutral mampu menyerap hingga 35% dari


beratnya sendiri. Jika sudah mencapai kapasiti daya
penyerapan maksima maka Silika Gel tersebut sudah tidak
aktif.

3. Pada iklim tropika, secara umum jumlah Silika Gel


yang diperlukan untuk menyerap kelembaban udara di
bawah 20% adalah 500gr/m3 ruang.

Penyelenggaraan Silika Gel

1. Keluarkan Silika Gel dari bungkusan dan timbang.


Catatkan bacaan berat Silika Gel tersebut.

2. Letakkan Silika Gel dalam dulang aluminium dan


masukkan dulang yang berisi Silika Gel kedalam ketuhar
(Oven) pada suhu 140 darjah celcius hingga 145 darjah
celcius selama 4 jam hingga 6 jam.

PERINGKAT BUTIR-BUTIR PENGAJARAN PERLAKSANAAN


3. Semasa pemanasan Silika Gel di dalam ketuhar
hendaklah dibalikkan tiga atau empat kali selama tempoh
pemanasan.

4. Setelah selesai pemanasan pertama selama 4 jam hingga


6 jam, keluarkan silika gel dan biarkan sejuk. Setelah sejuk
timbang Silika Gel dan catat bacaan berat Silika Gel
tersebut.

5. Setelah ditimbang panaskan semula Silika Gel pada suhu


140 darjah celcius hingga 145 darjah celcius selama 1 jam.

6. Setelah selesai pemanasan kedua selama 1 jam,


keluarkan silika gel dan timbang, catat bacaan berat Silika
Gel tersebut. Jika bacaan timbangan sama seperti
timbangan yang pertama bermakna Silika Gel tersebut
telah betul-betul kering.

Jadual Rawatan dan Pemanasan Silika Gel


Berat Berat
Berat
Cara Masa Lepas Masa Lepas Tandatanagan
Tarikh Sebelum Catatan
Pemanasan (Jam) Panas (Jam) Panas Pemeriksa
Dipanaskan
1 2
15 Sep 19 800 gm oven 5 750 gm 1 750 gm
Jemur
30 Sep 19 800 gm 5 770 gm 1 750 gm
Matahari

Nota:
Silika Gel boleh berfungsi maksima selama 12 bulan sahaja.

PENUTUP
UJIAN OBJEKTIF :

Soalan: Pada suhu berapakah pemanasan bagi silika gel?

Jawapan: 140 darjah celcius hingga 145 darjah celcius.

RUMUSAN:
Silika Gel perlu di selengara untuk mengekalkan fungsinya menyerap kelembapan untuk
pemyimpanan peralatan optik..

KENYATAAN BERKAIT:

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN (JIKA ADA): Tiada

JANGKA WAKTU SUBJEK YANG SAMA SELEPAS INI :


Diwaktu yang sama di minggu hadapan tuan-tuan akan dapat mempelajari satu lagi pelajaran
iaitu ………………………………………………………………………………………………..

MATA PELAJARAN SETERUSNYA :


Pelajaran seterusnya ialah ………………………………………………………………

Anda mungkin juga menyukai