Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih pengacara majlis

Salam sejahtera dan selamat pagi

Yang diraikan ………………………………………..,


……………………………………………….Penolong-penolong Kanan,
guru-guru kanan, guru-guru, seterusnya pelajar yang dikasihi sekalian.

Saya sangat bersyukur kerana pada hari ini saya diberi ruang dan peluang
untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh
bermakna ini. Terima kasih kerana sudi hadir dalam majlis ini yang
diadakan khusus untuk meraikan persaraan dua orang guru senior, guru
pakar dan guru dedikasi.

Perkenalan saya dengan …………………… bukanlah baru, sejak saya


bertugas sebagai guru, PK Petang, PK Pentadbiran dan Pengetua. Saya
berpendapat bahawa mereka merupakan Guru Adiwira dalam subjek
masing-masing kerana berjaya melaksanakan segala tugas keguruan,
akademik, koakademik dan pentadbiran dengan cemerlang.

Segala penat lelah dan tunjuk ajar mereka telah membawa SMJK PT ke
tahap yang lebih baik. Dalam hal ini, kita amat terhutang budi dengan
perkhidmatan , pengorbanan dan kejayaan yang telah disumbangkan oleh
………………….. sepanjang berkhidmat di sini.

Percayalah, kesungguhan dan dedikasi mereka sebagai guru akan menjadi


dorongan kepada guru-guru muda yang untuk terus mengejar kejayaan
dan seterusnya meningkatkan ketahanan serta kecekalan untuk
mengharungi dunia pendidikan yang semakin mencabar. Dunia
Pendidikan bersifat dinamik, sentiasa berubah dari masa ke masa. Setiap
kebaikan yang ditinggalkan pastinya akan menjadi ikutan dan pendorong
semangat  kepada kita.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, dan perpisahan itu berakhir


dengan persaraan. Apabila mengenangkan kembali saat-saat ketika di
SMJK PHOR TAY, pasti akan menjadi nostalgia dan memorabilia yang
tidak dapat dilupakan. Hari ini kita akan berasa terharu kerana perpisahan
…………………. yang kita sayangi. Berat sungguh bagi kita untuk
melepaskan pemergian ……………, sepanjang tempoh perkhidmatan
telah banyak menyumbangkan jasa terhadap kemajuan dan
perkembangan SMJK PHOR TAY.
….………..bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan
tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan
pelajar melebihi dirinya sendiri. …………….juga dikenali sebagai
seorang yang sangat pemurah, berhati murni dan senantiasa memberikan
yang terbaik buat para pelajarnya bersesuaian dengan moto hidupnya,
memberi lebih baik daripada menerima . ……………….sangat
mengambil berat akan hal murid, terutamanya hal-hal yang berkaitan
dengan pelajaran.

Sebagai ketua jabatan saya doakan ……………….agar dikurniakan


kesejahteraan dalam menjalani kehidupan tanpa memikirkan bebanan
kerja di samping keluarga tercinta. Berehatlah dan nikmatilah hidup ini
dengan gembira.
SELAMAT BERSARA …………………………………………
SELAMAT BERSARA ………………………………………..
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai