Anda di halaman 1dari 2

Pelajaran 3

Minggu Lepas
1. Tuhan akan datang buat kali kedua sebagai anak
manusia (Yesus) untuk menuai.
2. Kita harus membuat pilihan sama ada dituai sebagai
gandum emas atau anggur masam.
3. Pilihan kita hari ini menentukan nasib kita kelak.

Minggu Ini
Tema:
Apakah injil yang kekal sebelum kedatangan Yesus?
Mengapakah iya dipanggil kekal? Mengapakah manusia
perlu diberikan peluang untuk respon kepadanya?

1. Apakah tanggapan kita tentang buku wahyu?


2. Kenapa dikatakan buku yang menakutkan?
3. Baca Wahyu 1:1. Tentang siapa wahyu ini? Apakah
yang terkandung dalam buku ini?
4. Siapa yang menulis buku ini dan siapa yang memberi
ilham? Baca Wahyu 1:2.
5. Baca Wahyu 1:3. Kepada siapa diberikan berkat?
6. Ada disebut dalam Wahyu 1:3 bahawa waktu sudah
dekat. Waktu apakah itu?
7. Baca Wahyu 1:5. Apakah perkhabaran/injil yang
dinyatakan buku wahyu?
8. Baca Wahyu 1:6. Adakah injil ini kekal?
9. Mari kita lihat pandangan Rasul Paul tentang injil itu.
Kita baca dalam 1 Kor. 15:1-4. Apakah mesej di sini?
10. Yesus perlu mati untuk menebus dosa kita.
Baca Rom. 3:23-25. Apakah yang menyelamatkan kita?
Kematian Yesus atau kasih karunianya?
11. Apakah pula pandangan Rasul Petrus, orang yang
paling dekat dengan Yesus. Baca 1 Pet. 1:18-20. Ada
sesuatu yang dia katakan, seolah-olah Yesus ada
berkongsi dengannya, di ayat 20. Bilakah Tuhan Bapa
telah merancang injil ini?
12. Kenapakah Tuhan perlu membuat perancangan seperti
ini? - Cadangan jawapan: Dia telah memberikan
manusia keupayaan memilih, dan dia tahu ada risiko
kita salah pilih. Oleh itu, dia menyediakan rancangan
keselamatan. (Wahyu 1:8 - Tuhan Alpha & Omega)
13. Jadi, apakah yang kita boleh katakan tentang injil kekal
ini? Kalau ada rakan/orang bukan Advent tanya, apakah
itu injil kekal secara keseluruhannya?
14. Sudah jelas bukan? Mengenai injil kekal. Apakah yang
Tuhan lakukan tentangnya? Baca Wahyu 14:6.
15. Mengapakah malaikat perlu terbang? Apakah mesej di
sini? (Tindakan segera/mendesak)
16. Siapakah yang harus mendengar injil ini dalam ayat 6?
17. Kalau injil ini untuk semua orang, maksudnya untuk
semua agama/bangsa. Tidakkah ianya macam mustahil
untuk dilakukan?
18. Baca Mat. 28:19-20. Apakah janji Tuhan kepada kita?
19. Baca juga Kis. 1:8. Apakah mesej di sini?
20. Bagaimanakah cara, kalau kita disuruh untuk
memberitakan injil ke seluruh dunia? Ada tak cara
untuk terbang seperti malaikat?
- Facebook, Whatsapp, You Tube
- Hope Sabbath School
21. Baca Mat. 24:14. Bilakah Yesus akan datang?
22. Pencapaian mission kita sekarang adalah 210/235 buah
negara di bawah PBB. Maknanya adalah lebih kurang
90% dunia telah menerima injil kekal ini. Tinggal 10%
lagi.

Anda mungkin juga menyukai