Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN MINGGU 10 KOKO (FUTSAL)

Nama: Noor Ashiqin Bt Nor Azli

No Matrik: B012110162

1. Huraikan prestasi semasa pasukan futsal Malaysia.

“Pada perlawanan Sukan SEA 2022, perjuangan skuad futsal lelaki kebangsaan
memburu pingat berakhir selepas tewas 0-3 kepada Indonesia di Kompleks Sukan Ha
Nam. Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut skuad bimbingan Chiew Chun
Yong dalam saingan liga sepusingan temasya sukan dwitahunan itu, selepas dibelasah
Thailand dan Vietnam sebelum ini.” Ini membuktikan bahawa prestasi pasukan futsal
Malaysia tidak terlalu baik dan semakin merosot terutamanya di barisan pertahanan
dan barisan serangan. Dari penilitian saya, barisan pertahanan kurang kata sepakat
dan kurang memahami strategi yang diatur oleh seseorang semasa perlawanan.
Kebanyakan serangan yang diberi oleh pihak lawan tidak mendapat tekanan dari
barisan pertahanan negara, ini bermaksud barisan pertahanan kelihatan cepat
mengalah dan hanya mebiarkan pasukan lawan menjaringkan gol. Tambahan lagi,
serangan dari pasukan futsal Malaysia tidak terlalu kukuh dan mudah dibaca oleh
pihak lawan sekaligus menutup ruang untuk pasukan negara menjaringkan gol.
Strategi yang digunakan untuk mengatur serangan tidak terlalu kemas dan kurang
berkesan.
2. Apakah penambah baikan yang perlu dibuat?

Pada pendapat saya, penambahbaikan yang perlu dibuat oleh pasukan futsal
Malaysia antaranya adalah:

 Memperbanyakkan lagi latihan untuk mewujudkan keserasian dalam pasukan.


 Terus mengasah bakat-bakat baru yang mungkin dapat memberikan sesuatu yang
baru dan hebat pada masa yang terbaik.
 Mengatur strategi yang lebih berkesan pada masa yang tepat untuk dilakukan
(memilih waktu yang terbaik untuk melaksanakan sesuatu strategi).
 Memperbanyakkan latihan fizikal supaya mental pemain sentiasa dalam keadaan
baik walaupun dalam waktu-waktu yang sukar dan membahayakan.
 Pemain-pemain perlu memainkan posisi masing-masing dengan baik.
 Memastikan keadaan fizikal telah bersedia sebelum memasuki gelanggan
perlawanan.
 Menguatkan setiap barisan supaya tidak mudah dicerobohi oleh pihak lawan,
sebagai contoh barisan pertahanan yang kukuh akan menyekatkan pergerakan
lawan untuk melakukan serangan sekaligus memberi ruang pasukan lawan
menjaringkan gol.
 Tidak mudah melakukan kesilapan terutamanya kesilapan kecil yang mampu
dihidu oleh pasukan lawan.
 Mengetahui kekuatan pemain-pemain supaya dapat dimasukkan ke dalam
gelanggang mengikut keadaan tertentu.
 Memberi tempoh persiapan yang cukup buat pemain untuk menghadapi sesebuah
pertandingan.
 Sentiasa tampil yakin dan tetap fokus supaya dapat memberikan cabaran kepada
pihak lawan sedikit sebanyak memberikan sedikit kesukaran kepada pihak lawan
untuk menentang pasukan negara.
3. Berikan cadangan bagi meningkatkan level pasukan futsal di

Malaysia.

Cadangan bagi meningkatkan level pasukan futsal di malaysia antaranya ialah


menghantar pasukan negara memasuki lebih banyak pertandingan supaya dapat
mengasah bakat dan kekuatan untuk menjadikan pasukan negara sebuah pasukan yang
kuat dan kukuh. Hal ini juga dapat membantu melayakkan pasukan negara tersenarai
di dalam senarai pasukan yang aktif dalam pertandingan antara negara. Selain itu,
memperbanyakkan latihan mengikut posisi pemain masing-masing supaya mereka
lebih selesa menjalankan peranan di posisi mereka. Seterusnya, memberi
kejurulatihan dan kaedah latihan yang berkesa, nutrisi sukan yang boleh
meningkatkan prestasi atlet, pencegahan kecederaan dan rehabilitasi sukan,
kemudahan peralatan sukan.

Pencarian bakat pemain futsal baru juga merupakan salah satu komponen penting
dalam menentukan kejayaan pasukan futsal Malaysia. Akhir sekali, setiap pemain
mestilah menanamkan keyakinan dan tampil hebat walau dlam apa jua keadaan.
Memberikan permainan yang terbaik haruslah menjadi misi setiap pemain dan
tanggungjawab setiap pemain di posisi masing-masing mestilah digalas dengan penuh
yakin kerana salah satu rahsia kejayaan adalah keyakinan dalam diri pemain.

Anda mungkin juga menyukai