Anda di halaman 1dari 15

Terbit edisi e-buku, September 2020

© Angkatan Belia Islam Malaysia

Judul Asal: Are We Educating Muslims or Cowards?


Pengarang: Alija Izetbegovic (1925-2003)
Penterjemah Bahasa Inggeris: Ermin Sinanovic
Penterjemah Bahasa Melayu: Mohammad Syafiq Ismail
Penyunting dan transliterasi: Mohd Khairul Anwar Ismail
Reka Bentuk Kulit: Ainatunnadiah Azizan
Reka Bentuk Huruf: Muhammad Fateh

ABIM PRESS PLT (LLP0012799-LGN)


No. 6, Jalan TC 2A/2
Taman Cemerlang
53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

No. Telefon (P): +603-4108 4500


No. Telefon (HP/Whatsapp): +6013 3916299
No. Faks: +603-41082400
Emel: abimpressmy@gmail.com
Laman Sesawang: www.abimpress.com
FB: www.facebook.com/abimpressmy

Lihat juga pelbagai judul E-Buku yang lain yang boleh


dimuatturun secara percuma di halaman FB Abim Press:

ABIM PRESS
MUKADIMAH
PENTERJEMAH

Atas nama Yang Kasih, daku menulis.


Selawat dan salam, buat kekasih.

Gita puji sesempurnanya bagi Allāh, selama-lamanya,


atas kurniaNya dan izinNya, sesuai ketetapanNya yang
tersurat, kita selesai melaksanakan khidmat kepada salah
satu karya Alija Izetbegovic raḥimahullāh (w. 2003M),
seorang pemimpin dan pemikir Islam yang berjiwa Islam,
presiden pertama Kerajaan Bosnia & Herzegovina.

Di dalam karyanya ini, yang pada asalnya merupakan


sebuah karya yang disiarkannya pada Oktober 1971
dalam akhbar Preporod, 1 beliau dengan kejernihan
pemikirannya dan ketajaman mata penanya, telah

1 Kita merujuk terjemahan Inggerisnya untuk karya ini, boleh diakses pada
pautan berikut: https://bit.ly/35TzS3B

3
menukilkan krisis atau malaise sebenar yang menimpa
belia Muslimin pada zamannya: diasuh menjadi pak
turut dan taat tanpa mempersoalkan kezaliman. Bahkan
mesej itulah yang bergema hingga ke zaman sekarang
ini, yang masih perlu direnungkan – berapakah sudah
kita ini berbeza dengan zaman penulisan karyanya
ini, atau, ia masih sama bahkan adakah bertambah
parah? Adakah kita sudah mendidik belia muslim kita
untuk menjadi pemberani dan pemberontak melawan
kezaliman, sepertimana yang ditegaskan oleh beliau
dalam penghujung karyanya ini?

Karya ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris


oleh Ermin Sinanovic, dan nota penterjemahannya telah
kita terjemahkan sekali di dalam karya ini.

Untuk makluman, Alija Izetbegovic merupakan


salah seorang tokoh yang dimuatkan dalam redaksi
Dr. Mukhtār al-Shinqīṭī – yang telah diterjemahkan ke
dalam bahasa melayu oleh kita dengan judul “Intelektual
Muslim Terbaik Abad Ke-20” (terb. ABIM Press 2020)
yang baru sahaja diluncurkan.

Terima kasih kita ucapkan buat pihak ABIM PRESS


atas kesudian menerbitkan dan menyebarkannya secara
gratis nan online. Tiada hakcipta yang kita tuntut di balik
terbitan ini, ia bebas diulangcetak dan disebarkan oleh
sesiapa saja, dan digunakan dalam kajian-kajian.

Sesungguhnya tiada apa yang kita miliki melainkan


kesalahan dan kesilapan. Sementara seluruh kebaikan

4
itu hanyalah milik Allāh. Sekiranya terdapat sebarang
kekurangan dan kesilapan dalam terjemahan ini, mohon
segera dimaklumkan agar segera diperbetulkan, kerana
tiada kitab yang sempurna melainkan al-Qur’ān.

Allāh Maha Mengetahui.

Syafiq atTauhidi (Mohammad Syafiq Ismail)

4 Safar 1442H / 21 September 2020M

Maktabah atTauhidi,

negeri Sabah alMahmiyah billah.

***

Nota penterjemah (Inggeris): Esei ringkas ini, dikarang


oleh Presiden Pertama negara Bosnia & Herzegovina yang
merdeka, dan seorang pemikir Muslim yang masyhur. Ia
tetaplah relevan pada hari ini, sama sepertimana ketika ia
pertama kali diterbitkan. Meskipun ia membawa kesan
(semangat pemikiran) pada zamannya, pada zaman
Kebangkitan Islam di permulaan kurun ke-20M – ia
tetaplah menyentuh juga banyak permasalahan yang masih
wujud di dalam pendidikan Islam (Islamic education).

Pendidikan agama, di bawah pemerintahan komunis


Yugoslavia, sepertimana juga di bawah pemerintahan rejim
yang menindas dalam kebanyakan negara majoriti-muslim

5
dinihari, – sekiranyapun dibenarkan – hanyalah bermaksud
nan bertujuan untuk menanam ‘ketaatan’ kepada pihak
berkuasa. Ia (sistem pendidikan agama begini) telah
mencipta generasi Muslim yang tunduk, yang taat, dan
yang tidak mampu untuk mengubah kondisi buruk yang
dihidupi oleh kebanyakan mereka pada hari ini.

Esei ini, adalah seruan kebangkitan bagi ibubapa Muslim,


guru-guru, dan sesiapa sahaja yang berharap untuk melihat
Muslimin membebaskan diri mereka daripada belenggu
penindasan.

ERMIN SINANOVIC

6
ADAKAH KITA SEDANG
MENDIDIK MUSLIM MENJADI
PENGECUT?
Oleh:
Alija Izetbegovic (1925-2003)

Saya membayangkan artikel ini sebagai satu perbualan


ringkas dengan para ibu bapa kita dan guru-guru agama.
Tak lama dahulu, saya bertemu dengan seorang sahabat
karib saya, seorang Muslim yang baik dan bersemangat. Dia
menulis sebuah artikel berkenaan pendidikan belia Muslim.
Saya membaca artikel yang belum siap itu, akan tetapi, idea
asasnya telah diperikan.

Menegaskan perihal pendidikan berdasarkan semangat


keimanan, sahabat saya itu menyeru kepada ibu bapa untuk
menanam sifat-sifat kebaikan, akhlak yang baik, kerendahan
jiwa, sikap malu, sikap kasih, sikap suka memaafkan,

7
menerima takdir, kesabaran dan lain-lainnya di dalam (jiwa)
anak-anak mereka.

Dia secara khusus memberikan amaran kepada ibu bapa


untuk melindungi anak-anak daripada jalan (yakni daripada
melepak dan bergaul dengan orang-orang jahat di jalan-jalan),
daripada wayang barat dan wayang seram, penerbitan yang
tidak bermanfaat, sukan yang menyebabkan sikap agresif
dan berlaga-laga, dan seterusnya.

Perkataan yang selalu digunakan di dalam artikel sahabat


saya itu, ialah, perkataan ‘ketaatan.’ Di rumah, seorang
kanak-kanak harus taat kepada ibu bapanya. Di dalam
sekolah agama, kepada Imam pula. Di dalam sekolah,
kepada guru. Di jalan-jalan, kepada polis. Dan di masa akan
datang, (taat) kepada bosnya, pengarahnya, atau atasannya.

Untuk menggambarkan ‘ideal’ ini, penulis itu


menggunakan contoh, seorang budak lelaki yang
menjauhkan diri daripada segala benda buruk, yang tidak
pernah bergaduh di jalan-jalan, yang tidak menonton wayang
barat – sebagai ganti, dia ambil kelas piano –, tidak bermain
bola sepak, tidak berambut panjang, tidak ber‘dating’ – ibu
bapanya akan mengkahwinkannya ‘bila masanya sudah
tiba’ –. Budak lelaki itu tidak pernah berteriak, suaranya
tak pernah kedengaran – ‘seumpamanya dia tidak hidup’
–. Dia sentiasa bersyukur, dan dalam keadaan berdakwah,
mana saja dia berada.

Penulis itu tidak menuliskannya, tetapi kita boleh


menyambung: Apabila budak lelaki itu dijahati, dia diam

8
saja. Apabila dia dipukul, dia tidak membalasnya, akan
tetapi, (cuba) meyakinkan orang lain bahawa perbuatan
itu ‘tidak bagus.’ Ringkasnya, dia ini tergolong daripada
kalangan mereka yang tidak akan tergamak untuk ‘memijak
semut.’

Ketika membaca artikel ini, saya benar-benarlah


memahami makna kata-kata, ‘Jalan ke neraka berturap
dengan niat-niat baik.’ Tidak hanya itu, saya kira, saya
sudah memahami salah satu daripada punca kemunduran
kita pada kurun-kurun kebelakangan ini: pendidikan/
asuhan yang salah.

Bahkan, sejak berkurun lamanya, sebagai akibat daripada


salah faham akan inti pemikiran Islam yang asli, kita telah
mendidik belia kita dengan cara yang salah. Ketikamana
musuh-musuh, yang berpendidikan dan tidak pula memiliki
sebarang belas kasihan, telah menundukkan negara-negara
Muslim satu persatu, kita pula mendidik belia kita untuk
menjadi baik, untuk ‘tidak bersangka buruk meskipun
kepada lalat,’ untuk menerima takdir mereka, untuk
tunduk, dan taat kepada setiap bentuk pemerintahan, atas
alasan, ‘setiap pemerintahan itu adalah daripada Tuhan.’

Falsafah ‘ketaatan’ yang menyedihkan ini, yang asal-


muasalnya pun tidak saya ketahui – dan yang pastinya ia
tidak berasal daripada Islam – memiliki dua fungsi yang
saling mencukupkan antara satu sama lain, dan tidak
menggembirakan pula. Di satu sisi, ia menukar orang yang
hidup menjadi mati. Di sisi yang lain, ia menonjolkan
ideal yang salah, atas nama keimanan. Ia menghimpunkan

9
idea ‘Islam’ bagi orang-orang yang ‘mati’ sebelum mereka
memulakan hidup. Ia mencipta orang-orang yang tidak
berkeyakinan daripada manusia yang normal, yang dijarah
dengan perasaan ‘menyalahkan diri sendiri’ dan dosa.

Falsafah (ketaatan) ini menarik perhatian bagi makhluk-


makhluk yang gagal, yang cuba lari daripada realiti dan
berlindung di dalam kepasifan dan ketenangan (tidak mahu
buat apa-apa perubahan).

Dengan inilah, kita dapat menjelaskan faktanya, yang


hinggakan ke hari ini, era kebangkitan, para pembawa
pemikiran Islam, ataupun mereka yang mendakwa
diri mereka sedemikian, sentiasa kalah pada setiap kali
(pertempuran). Tangan mereka diikat dengan falsafah
‘pantang-larang’ dan ‘dilema’ – orang-orang ini yang pada
umumnya bermoral tinggi, berakhir menjadi rendah diri,
atau tidak berkemampuan untuk (menyelesaikan) konflik
dengan mereka yang tidak soleh, yang tidak berpendidikan,
tetapi mereka tetaplah musuh yang tegas dan tidak gentar,
yang tahu apa yang mereka inginkan, dan tidak peduli
untuk melakukan apa cara sekalipun untuk mencapai tujuan
mereka.

Tiadakah perkara yang lebih normal, berbanding kaum


Muslimin dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang
berpendidikan Islam dan diinspirasikan oleh pemikiran
Islam? Akan tetapi, mereka tidak berjaya, kerana satu sebab
yang mudah: mereka dididik bukan untuk memimpin,
tapi untuk dipimpin.

10
Tiadakah perkara yang lebih normal, berbanding kaum
Muslimin, di tanah Muslimin, untuk menjadi pemimpin
revolusi melawan pemerintahan orang asing, idea mereka,
dan keganasan politik dan ekonomi mereka? Akan tetapi,
mereka tidak mampu untuk melakukan demikian, kerana,
satu sebab yang mudah: mereka tidak diajar untuk bersuara,
akan tetapi untuk taat.

Kita (pada hakikatnya) telah mendidik – dan


menghimpunkan – bukanlah Muslimin, akan tetapi
pengecut, dan hampir saja menjadi hamba-hamba.

Di dalam dunia yang diisi dengan kejahatan, perhambaan,


dan ketidakadilan; untuk mengajar anak muda untuk
menjauhkan diri, menjadi pasif, menjadi taat – bukankah itu
satu kerjasama kepada penundukan penindasan kaumnya
sendiri?

Psikologi yang kita karangkan tentangnya ini, memiliki


beberapa aspeknya. Salah satunya ialah, kisah yang sentiasa
berulang berkenaan masa lalu. Belia kita tidak diajar
tentang bagaimanakah Islam harus menjadi (yakni
masa depan Islam). Tetapi, mereka diajar tentang
bagaimanakah ia pernah jadi.

Mereka tahu tentang Alhambra dan penaklukan-


penaklukan yang terdahulu, tentang bandar ‘Seribu
satu malam,’ tentang perpustakaan di Samarqand dan
Cordoba. Semangat mereka sentiasa bertumpu kepada
masa lalu yang gemilang, dan mereka hidup bercukupan
dengannya. Masa lalu itu tentunya penting. Akan tetapi,

11
sudah tentulah pula lebih bermanfaat untuk memperbaiki
atap usang sebuah masjid kecil di satu lorong, berbanding
daripada, menghitung semua masjid-masjid yang
tersergam indah yang dibina oleh para sesepuh kita yang
terbilang.

Sepertinya, lebih baik saja kita bakar semua sejarah yang


hebat itu, sekiranya ia dijadikan sandaran untuk mengeluh
dan hidup berdasarkan memori lalu. Lebih baiklah untuk
kita musnahkan semua monumen itu, sekiranya ia menjadi
prasyarat untuk akhirnya memahami bahawa kita tidak
boleh hidup dengan bersandarkan kepada kisah silam,
dan apa yang diperlukan ialah kita melakukan sesuatu –
berkenaan zaman kita ini.

Ironinya, pedagogi ‘ketaatan’ dan ‘tidak melawan’


yang membunuh ini, merujuk kepada al-Qur’ān, di
mana prinsip mujāhadah dan perlawanan disebutkan
di dalamnya paling kurang 50 kali. Sebagai satu kitab
rujukan, al-Qur’ān telah menghapuskan segala konsep
ketaatan (yang salah). Menggantikan ketaatan kepada
pelbagai autoriti dan kekuasaan yang palsu, al-Qur’ān
mengajarkan ketaatan yang tunggal – yakni kepada
Tuhan. Berdasarkan ketaatan kepada Tuhan ini, al-
Qur’ān membina (konsep) kebebasan manusia, dan
pembebasan manusia daripada segala bentuk ketaatan
dan ketakutan.

Lalu apakah yang kita boleh nasihatkan kepada ibu bapa


kita dan para guru kita?

12
Yang terutamanya, kita boleh beritahu kepada mereka,
untuk tidak membunuh tenaga (dan semangat) yang ada
pada anak muda. Yang lebih baik, ialah benarkan mereka
memberikan tunjuk ajar dan membentuk anak-anak muda
kita. Para sida yang mereka telah cipta melalui pendidikan
mereka itu bukanlah Muslim, dan tidak adalah caranya pula
untuk memimpin orang mati kepada Islam.

Untuk mendidik Muslim, biarkan mereka mendidik


manusia, secara sepenuhnya dan secara komprehensifnya.
Benarkan para guru untuk berbicara kepada belia tentang
kebanggaan diri (keyakinan diri) berbanding ketundukan
jiwa, tentang keberanian berbanding ketaatan, tentang
keadilan berbanding kasih-sayang.

Benarkan mereka untuk membangunkan sebuah


generasi yang bermaruah, yang tahu bahawa tak perlulah
untuk meminta keizinan sesiapapun untuk hidup dan
untuk menjadi apanya mereka.

Hendaklah kita ingat – kemajuan Islam – sepertimana


bentuk kemajuan yang lainnya, tidak akan muncul
daripada mereka yang tunduk dan taat, akan tetapi
daripada mereka yang pemberani dan memberontak
(melawan kezaliman).

****

13
Alḥamdulillāh, segala puji bagi Allāh, dahulu, kini dan
selamanya, atas penyempurnaan terjemahan bagi karangan
Alija Izetbegovic ini, yang dijudulkan sebagai ‘Adakah kita
Sedang Mendidik Muslim Menjadi Pengecut,’ pada Ḍuḥā
4 Ṣafar 1442H, bersamaan Isnin 21.9.2020M, di Maktabah
atTauhidi, negeri Sabah alMahmiyah billah, di tangan
empunya segala dosa dan kesilapan Syafiq atTauhidi.
Semoga Allāh yang baik menerimanya dan mengumumkan
manfaatnya kepada seluruh umat.

14

Anda mungkin juga menyukai