Anda di halaman 1dari 33

KERTAS KERJA

CTU 152
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN I
UiTM CAWANGAN PERLIS
SEMESTER 2

PERANAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM


MNEJAGA ALAM SEKITAR

NAMA PENSYARAH : USTAZAH SOLIHAH HAJI YAHYA ZIKRI

MARKAH ARTIKEL REVIEW


Pengenalan (2%)
Susunan Isi / Idea (4%)
Analisa dan Perbincangan (12%) Markah Diperolehi

Rumusan dan Kesimpulan (4%)


Etika Penulisan (4%)
Bibliografi / Rujukan (4%)
JUMLAH MARKAH (30%)
30

Maklumat Ahli Kumpulan


Nama Nombor Kumpulan Kod
Pelajar Program
1 NURSYUHADAH BINTI LIZAD 2022497306 RCDCS1432D CTU152

2 NURKHALISHA NAJWA BINTI MOHD 2022449084 RCDCS1432D CTU152


ZULHIZAM
3 NURHANIS AFIQAH BINTI SHAHRIZAN 2022854282 RCDCS1432D CTU152

4 NUR HUSNA MARDHIAH BINTI 2022619992 RCDCS1432D CTU152


HAFISHAM
No Telefon Bimbit (Ketua Sahaja) 011-24771018
NURSYUHADAH BINTI LIZAD 2022497306

NURKHALISHA NAJWA BINTI MOHD ZULHIZAM 2022449084

NURHANIS AFIQAH BINTI SHAHRIZAN 2022854282

NUR HUSNA MARDHIAH BINTI HAFISHAM 2022619992

Kertas kerja ini dikemukakan untuk memenuhi keperluan bagi Penilaian Sepanjang Semester bagi
Kod Kursus CTU152 – Penghayatan Etika dan Peradaban I kursus wajib pelajar dari Diploma,
Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Kampus Arau.

Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang diserahkan
adalah hasil kerja kami sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana sumber, atau
mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Kami sedar
bahawa mana-mana pelajar yang melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada
Jawatankuasa Tatatertib Fakulti masing-masing.

Nama Ketua Kumpulan : NURSYUHADAH BINTI LIZAD


No Pelajar : 2022497306
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang usaha-usaha yang boleh diterapkan berdasarkan
peranan etika dan peradaban dalam menjaga alam sekitar dalam kalangan rakyat di negara ini..
Pelbagai kaedah yang digunakan dalam kajian ini seperti melalui dapatan dari pencarian atas talian
iaitu melalui artikel, jurnal, buku atas talian dan sebagainya. Negara ini iaitu Malaysia telah
menghadapi pelagai isu berkaitan dengan alam sekitar. Contohnya ialah isu pencemaran air dan
udara, isu pembuangan sampah merata-rata tanpa henti dan lain-lain. Oleh itu, daripada kajian ini
kami telah mendapat beberapa usaha-usaha berdasarkan peranan dan etika peradaban dalam
penjagaan alam sekitar di negara ini dan juga di bumi ini. Antara usaha-usaha tersebut ialah
membentuk individu yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Jika kita tidak mempunyai
tanggungjawab, isu alam sekitar ini akan berlanjutan hingga ke masa hadapan. Seterusnya, usaha-
usaha yang perlu diterapkan ialah setiap individu wajiblah memainkan peranan dalam
mengekalkan keseimbangan antara alam sekitar dan manusia. Hal ini berkaitan dengan kesedaran
dalam diri masing-masing. Tambahan pula, usaha-usaha yang dapat dikaji adalah pembentukan
individu yang mempunyai adab dan akidah yang tinggi agar setiap individu memiliki akidah untuk
tidak membuat kerosakan kepada bumi. Akhir sekali, kajian ini juga mengkaji pembentukan nilai-
nilai murni dalam diri seseorang berdasarkan nilai murni islam. Oleh yang demikian, setiap usaha-
usaha yang kami bentangkan, ia juga berunsurkan ilmu Al-Quran dan As-Sunnah. Secara
konklusinya, daripada kajian ini, kami dapati usaha-usaha penjagaan alam sekitar adalah bukan
hanya kerjasama antara sesetengah individu tetapi ia memerlukan kerjasama semua rakyat di negara
ini untuk menjaga alam sekitar.
KANDUNGAN

ABSTRAK
KANDUNGAN
PENGHARGAAN
PENGAKUAN PELAJAR
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Objektif Kajian 2
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
2.1 Literatur
2.1.1 Kajian Terdahulu Pertama 3
2.1.2 Kajian Terdahulu Kedua 4
2.1.3 Kajian Terdahulu Ketiga 5
2.1.4 Kajian Terdahulu Keempat 7
2.2 Pendahuluan 9
2.3 Perbincangan Objektif
2.3.1 Memainkan Peranan Dalam Mengekalkan Keseimbangan 12
Antara Alam Sekitar Dan Manusia
2.3.2 Membentuk Individu Yang Bertanggungjawab Terhadap Alam 14
Sekitar
2.3.3 Membentuk Individu Yang Mempunyai Nilai Murni Terhadap 17
Alam Sekitar
2.3.4 Membentuk Individu Yang Mempunyai Adab Dan Akidah 20
Yang Tinggi Terhadap Alam Sekitar
KESIMPULAN 23
RUJUKAN/BIBLIOGRAFI 25
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim...
Alhamdulillah, bersyukyur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa
dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami. Hal ini kerana kami dapat juga menyelesaikan
tugasan kertas kerja bagi subjek Penghayatan Etika dan Peradaban I (CTU152) ini bersama-sama
dengan jayanya.

Di samping itu, kami bersyukur kerana segala permasalahan dan kekangan sepanjang
menyempurnakan tugasan ini dapat kami atasi dengan kerjasama yang padu oleh setiap ahli
kumpulan. Hal ini mengajar kami tentang kepentingan bekerjasama serta sabar semasa melakukan
tugasan ini. Selain itu, kami juga dapat memperoleh ilmu tentang peranan etika dan peradaban
dalam menjaga alam sekitar.

Dengan kesempatan yang ada ini, kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan
terima kasih kepada pensyarah kami, Puan Solihah Haji Yahya Zikri kerana telah meletakkan
sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan tugasan ini. Segala tunjuk ajar serta
bimbingan yang diberikan kepada kami telah membuka hati kami untuk menyiapkan tugasan ini
dengan suksesnya.

Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kami
kerana telah memberi sokongan yang tidak terhingga untuk menyiapkan tugasan ini. Bukan itu
sahaja, mereka juga memberi kemudahan kepada kami seperti komputer riba untuk lebih
memudahkan kami mencari maklumat tentang tugasan ini.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka
sumbangkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka, semua tugasan ini
mungkin tidak dapat dilaksanakan.

Sekian, terima kasih


PENGAKUAN PELAJAR

“Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil
tugasan yang kami serahkan adalah hasil kerja kami sendiri, tidak meniru dan plagiat
daripada mana-mana sumber atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak
tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Kami sedar bahawa mana-mana
pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar perakuan
yang dibuat boleh dikenakan tindakan tatatertib.”

…………………………………………… ……………………………………………
Nursyuhadah binti Lizad Nurkhalisha Najwa binti Mohd Zulhizam
2022497306 2022449084
Tarikh: 17 Mei 2023 Tarikh: 17 Mei 2023

…………………………………………… ……………………………………………
Nurhanis Afiqah binti Shahrizan Nur Husna Mardhiah binti Hafisham
2022854282 2022619992
Tarikh: 17 Mei 2023 Tarikh: 17 Mei 2023
PEGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Alam sekitar merujuk kepada persekitaran semula jadi di sekeliling kita, yang terdiri
daripada unsur-unsur dan makhluk hidup di atas bumi yang telah Allah SWT ciptakan. Alam sekitar
merangkumi pelbagai elemen seperti tanah, air, udara, tumbuhan, haiwan, dan manusia.

Tanah adalah lapisan permukaan Bumi yang memberikan nutrien dan tempat kepada
tumbuhan dan haiwan. Air, sama ada dalam bentuk sungai, tasik, laut, atau air bawah tanah, sangat
penting untuk kehidupan semua makhluk hidup. Tumbuhan adalah organisma yang menggunakan
tenaga matahari untuk menghasilkan oksigen dan makanan bagi kehidupan lain. Haiwan adalah
makhluk hidup yang bergerak, memiliki keupayaan berfikir, dan mendapatkan makanan daripada
tumbuhan atau haiwan lain.

Alam sekitar juga melibatkan konsep ekosistem, iaitu satu sistem yang terdiri
daripada komuniti organisma hidup yang berinteraksi antara satu sama lain dan dengan
persekitarannya. Keseimbangan ekosistem sangat penting untuk kelangsungan hidup semua
makhluk di Bumi.

Menjaga alam sekitar bermaksud melindungi kepelbagaian biologi, memelihara


sumber alam, dan mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Ia penting bagi kita untuk
berperanan secara aktif dalam menjaga alam sekitar agar kita boleh hidup secara mampan dan
memastikan warisan semula jadi yang berharga ini dapat dinikmati oleh generasi masa depan.

Menurut pandangan Islam terhadap alam semesta bukan hanya berdasarkan kepada
akal semata-mata. Alam semesta ini difungsikan untuk menggerakkan emosi dan perasaan manusia
terhadap keagungan Al-Khaliq, kekerdilan manusia di hadapan-Nya, dan pentingnya ketundukan
kepada-Nya. Dalam erti yang lain, alam semesta dipandang sebagai dalil Qath’i yang menunjukkan
keesaan dan ketuhanan Allah.

1
1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

1. Kajian ini dijalankan untuk memahami apakah peranan atau usaha-usaha yang dapat
dilakukan dalam menjaga alam sekitar.
2. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti adakah adab berkait dengan penjagaan alam
sekitar.
3. Kajian ini dijalankan untuk memartabatkan alam sekitar demi menjaga kesejahteraaan dan
keharmonian bumi sehinggan berkekalan.

2
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

2.1 LITERATUR
2.1.1 Kajian Terdahulu Pertama

Etika alam sekitar merupakan salah satu cabang falsafah yang mengkaji konsep nilai alam
sekitar yang dijelaskan oleh Husna (2023). Takrifan yang sama turut diterangkan oleh Khalisha
(2023), menyatakan bahawa melindungi alam sekitar merupakan tanggungjawab manusia yang
penting.

Penerapan nilai etika alam sekitar juga penting untuk meningkatkan kesedaran mengekalkan
keseimbangan ekosistem semula jadi. Ekosistem adalah suatu sistem ekologi yang timbul daripada
perkaitan antara manusia, haiwan, tumbuhan, dan alam sekitar. Hubungan yang wujud dalam
ekosistem ini membentuk rantaian dan saling melengkapi secara harmoni. Ekosistem yang stabil
adalah sangat penting untuk memastikan kemandirian semua entiti dalam ekosistem. Namun begitu,
kerakusan manusia dan kedangkalan nilai etika dalam budaya hidup manusia membawa kepada
kepupusan kewujudan dalam ekosistem semula jadi.

Sebagai contoh, penebangan hutan menimbulkan ancaman kepada haiwan liar dan pelbagai
tumbuhan yang mendiaminya, dan haiwan liar seperti gajah, rusa, dan babi hutan berkeliaran dan
menimbulkan masalah kepada orang yang tinggal berhampiran hutan. . Kemusnahan hutan, bukit
dan gunung juga membawa kepada bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh. Ini disebabkan
oleh fungsinya sebagai pokok penggenggam tanah, dan tumbuh-tumbuhan yang menutupi tanah ini
telah musnah dan tidak lagi dapat mengekalkan kestabilan struktur tanah.

Tambahan pula, penerapan nilai etika juga penting dalam menggalakkan tindakan
pemuliharaan yang bertujuan memulihkan keseimbangan ekosistem semula jadi. Sebagai contoh,
di Malaysia adalah sangat penting untuk mengambil langkah-langkah penghutanan semula dengan
serius. Ini kerana usaha penghutanan semula dapat membendung kepupusan tumbuhan dan haiwan
serta membawa banyak manfaat kepada manusia dan alam semesta. Sebagai contoh, tumbuhan
hijau sangat penting untuk mengekalkan tahap oksigen atmosfera yang diperlukan untuk pernafasan
oleh haiwan dan manusia. Tumbuhan hutan hujan adalah kawasan tadahan yang kritikal untuk
mengisi empangan dan membekalkan air kepada manusia. Oleh itu, keseimbangan alam sangat
penting untuk di pelihara. Melalui penerapan pengamalan nilai etika alam sekitar, maka manusia
akan bertindak dengan lebih bijak sebelum melaksanakan sesuatu terhadap alam sekitarnya.

3
2.1.2 Kajian Terdahulu Kedua

Etika alam sekitar adalah prinsip moral yang ditekankan dalam ajaran semua agama (A.
Sonny Keraf, 2010). Tuntutan menjaga alam sekitar jelas termaktub dalam setiap kitab suci setiap
ajaran di dunia. Sebagai contoh, Al-Quran, kitab paling suci yang disimpan oleh umat Islam,
mengandungi banyak amaran dan larangan terhadap kekejaman terhadap alam sekitar. Misalnya
di dalam Al-Quran Allah S.W.T. telah berfirman bahawa:
ِ ‫ط َم ًع ۗا ا َِّن َرحْ َمتَ ه‬
َ‫ّٰللا قَ ِريْبٌ ِ ِّمنَ ْال ُمحْ ِسنِيْن‬ َ ‫ص ََلحِ َها َوادْع ُْوهُ خ َْوفًا َّو‬
ْ ِ‫ض َب ْعدَ ا‬ َ ْ ‫َو ََل ت ُ ْف ِسد ُْوا فِى‬
ِ ‫اَل ْر‬
“Dan janganlah kamu berbuat kerusakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Berdoalah
kepada-Nya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada
orang yang berbuat kebaikan.”
(Surah al-A’raf 7:56)

Menurut ajaran Islam, hamba itu wajib berjiwa mesra alam. Alam juga adalah makhluk bernyawa
yang tunduk kepada undang-undang Yang Maha Esa dan bergerak mengikut syarat dan peraturan
yang ditetapkan oleh Tuhan. Oleh itu, atas tuntutan agama, nilai etika alam sekitar wajib diamalkan
oleh manusia. Keperluan ini juga membawa perkara yang baik kepada orang di seluruh dunia.
Undang-undang alam yang telah ditetapkan tidak boleh diubah atau dikompromi. Oleh itu, Islam
menggalakkan manusia melakukan kebaikan dan mewajarkan orang yang beriman untuk menjaga
dan menjaga keharmonian alam sekitar.

4
2.1.3 Kajian Terdahulu Ketiga

Salah satu cabaran negara ini untuk menjadi pemimpin menjelang 2020 ialah membina
masyarakat yang bermoral dan beretika. Kemantapan dan integriti sistem pendidikan sesebuah
negara adalah asas penting untuk mencapai matlamat negara.Hasrat ini terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
jasmani, ernosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kcpada Tuhan (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2005).

Menurut Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin (1988) sewaktu merancang penggubalan
kurikulum peringkat menengah, persoalan penerapan nilai-nilai murni menjadi mauduk atau tajuk
utama khususnya dalam menyediakan anak bangsa yang mempunyai ketahanan diri yang teguh.
Hasrat ini hanya dapat direalisasikan sekiranya anak-anak bangsa diperlengkapkan untuk
memastikan keperibadian dan keperibadian yang kukuh, serta menghormati nilai-nilai murni.
Untuk mencapai hasrat tersebut beliau menjelaskan Kementerian Pendidikan mengambil strategi
untuk menerapkan nilai-nilai mumi merentasi kurikulum, iaitu: nilai-nilai murni akan disisipkan
melalui semua mata pelajaran dan ia diperkukuhkan pula melalui kegiatan-kegiatan kokurikulum
dan pembentukan budaya sekolah yang positif. Ringkasnya, kedua-dua bentuk kurikulum, formal
dan tidak formal, di dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dan secara
bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan. (Wan Mohd
Zahid Mohd. Noordin, 1988, hlm. 9)

Hal ini menunjukkan pemantapan nilai-nilai murni dalam diri seawal usia belasan tahun
sangat penting dalam membentuk sebuah masyarakat yang mempunyai etika terhadap alam sekitar.
Malah, kepentingan ini seiring dengan nilai alam sekitar dan prinsip etika dalam membangunkan
budaya yang menghormati alam sekitar. Sikap menghormati alam sekitar wujud dalam diri setiap
manusia hanya jika mereka mempunyai pengetahuan tentang alam sekitar dan menyedari masalah
alam sekitar yang berlaku pada masa kini. Konsep ekologi dalam mempunyai implikasi yang
konsisten dengan prinsip membangunkan budaya menghormati alam semula jadi. Dengan kata lain,
alam mempunyai haknya sendiri dan wajib menghormatinya. Bukan kerana kita memerlukan alam
untuk kehidupan manusia, tetapi kerana ontologi bahawa manusia adalah sebahagian daripada alam
(Hasan Basri, Sofiah 'Atiqah, Tuan Pah Rokiah, 2012). Seperti yang dijelaskan di atas, ini boleh
dicapai melalui saluran pendidikan kerana pelajar menghabiskan banyak masa di sekolah. Oleh itu,

5
ia boleh digunakan sebagai landasan pembentukan nilai etika alam sekitar di kalangan warga
sekolah. Contohnya, Pendidikan Alam Sekitar.

Seterusnya, dalam buku Pendidikan Alam Sekitar tulisan Mohammad Zohir Ahmad @
Shaari (2012), Gayford (1998) dan Wilke (1985) berpendapat bahawa guru dan pendidikan alam
sekitarlah yang berada di barisan hadapan dalam kejayaan pendidikan alam sekitar ini. yang
menjayakan sekolah. Kualiti pendidikan alam sekitar untuk murid sekolah. Geografi dianggap
sebagai mata pelajaran yang ideal untuk pelajar memperoleh pengetahuan alam sekitar kerana ia
melibatkan kajian interaksi manusia-persekitaran. Dalam buku yang sama, Salita (1976)
menjelaskan bahawa subjek geografi itu sendiri berorientasikan alam sekitar, meringkaskan semua
aspek kehidupan manusia. Geografi secara tradisinya telah dianggap sebagai mata pelajaran
pendidikan lanjutan yang menyediakan pelajar dengan maklumat tentang alam sekitar. Berdasarkan
pendapat orang-orang di atas, menjadi jelas bahawa subjek geografi itu sendiri pada asasnya saling
berkaitan dan dengan itu boleh menjadi platform untuk mengajar nilai dan etika alam sekitar kepada
pelajar. Pendekatan dan kaedah guru merupakan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada
mata pelajaran tersebut boleh dijadikan sebagai wadah untuk menerapkan nilai dan etika alam
sekitar kepada setiap murid agar dapat menghayati keindahan alam dengan cara yang lebih selamat
dan selesa.

6
2.1.4 Kajian Terdahulu Keempat

Menerapkan nilai etika alam semula jadi kepada alam sekitar juga penting dalam
menggalakkan masyarakat yang mementingkan alam sekitar. Pengguna utama alam sekitar ialah
masyarakat. Individu dalam masyarakat mempunyai keupayaan untuk menentukan sama ada
persekitaran mereka selesa dan selamat, atau tercemar dan terancam. Oleh itu, keputusan positif
berada di tangan masyarakat yang menganggap kepentingan melindungi alam sekitar. Terdapat
pelbagai tindakan dan usaha yang boleh dilakukan oleh individu dan komuniti untuk menunjukkan
nilai etika untuk alam sekitar.

Antara contoh tingkah laku yang menunjukkan keprihatinan masyarakat terhadap alam
termasuk penggunaan sisa pepejal secara bijak. Pengurusan sisa yang betul mengurangkan
pencemaran tanah dan mengurangkan kos pelupusan. Oleh itu, masyarakat tidak seharusnya
mengabaikan pengurusan sisa pepejal, kerana perlindungan alam sekitar bermula dari rumah.
(Khaliza Abdul Rahman, 2014). Disebabkan amalan mencampurkan sisa pepejal kering dan basah,
sisa pepejal domestik adalah lembap dan sangat mencemarkan bau, menyukarkan pihak berkuasa
untuk merawatnya. Selain itu, masyarakat perlu disedarkan tentang kepentingan kitar semula.
Botol, kaca, tin, kertas dan sebagainya boleh dikumpul secara berasingan dan dijual atau dihantar
ke pusat kitar semula. Langkah ini secara tidak langsung membawa kepada kejayaan projek kitar
semula dan boleh menggalakkan lagi usaha perlindungan alam sekitar.

Bagi mewujudkan masyarakat yang peka terhadap masalah pencemaran seperti pencemaran
air dan pencemaran udara, nilai etika alam sekitar juga perlu diterapkan. Individu boleh mengambil
pelbagai langkah untuk mengurangkan risiko pencemaran air dan udara. Contohnya, berhenti
merokok untuk melindungi udara daripada gas toksik seperti karbon monoksida. Di samping itu,
majlis perbandaran boleh menjimatkan penggunaan bahan api kenderaan dan mengurangkan
pelepasan gas karbon monoksida ke atmosfera. Pengangkutan awam seperti LRT dan bas
menjadikannya cepat dan mudah untuk ke tempat kerja atau kawasan tertentu. Selain itu, berkongsi
kereta untuk pergi ke destinasi yang sama menjimatkan gas dan memulihara sumber asli negara.
Langkah-langkah lain, seperti menamatkan amalan membakar sampah secara terbuka, juga sangat
penting untuk mengelakkan pencemaran udara.

7
Oleh itu, tindakan komuniti yang mengamalkan nilai alam sekitar dan etika adalah penting
untuk mengurangkan risiko pencemaran udara dan jerebu daripada pelepasan sisa kenderaan,
pembakaran terbuka, asap rokok dan pembakaran hutan.

Selain daripada pencemaran udara, masyarakat yang bersih juga penting untuk melindungi
alam daripada pencemaran air. Terdapat beberapa amalan yang boleh membawa kepada
pencemaran air sekiranya masyarakat setempat tidak mementingkan alam sekitar. Sebagai contoh,
jika anda membuang sampah rumah ke dalam sungai, oksigen dalam air sungai akan menyebabkan
bahan organik terurai dan terurai. Ini menyebabkan air kehilangan oksigen dan membahayakan
hidupan akuatik. Penggunaan baja kimia dan racun serangga secara berlebihan dalam aktiviti
pertanian juga boleh mengakibatkan pencemaran air. Sebagai contoh, menggunakan baja nitrogen
sintetik mengasidkan tanah, menjadikannya subur. Penggunaan pestisid dan insektisid atau racun
perosak juga menyebabkan keracunan tanah. Akibatnya, bahan kimia dalam tanah mengalir ke
sumber air seperti sungai, parit, dan lautan bersama-sama dengan saliran semasa musim hujan.

Selain menjaga ketenteraman alam melalui aktiviti harian kita, penerapan nilai-nilai etika
juga penting untuk membina masyarakat yang bertanggungjawab terhadap undang-undang alam
sekitar. Kesan kesedaran masyarakat terhadap nilai etika alam sekitar secara tidak langsung dapat
mengurangkan jenayah alam sekitar seperti membuang sampah sarap, pembalakan haram,
pemburuan haram dan pembakaran terbuka di merata tempat. Oleh itu, tingkah laku alam sekitar
yang positif adalah hasil daripada menjaga alam sekitar dan tidak boleh dipandang ringan.
Tindakan-tindakan kecil setiap hari ini, diambil bersama-sama, mempunyai kesan yang besar
terhadap kualiti alam sekitar kita.

8
2.2 PENDAHULUAN

Pelbagai isu berkaitan alam sekitar sedang dibincangkan dewasa ini seperti kepentingan
alam sekitar, kemusnahan alam sekitar dan cara mengatasi kemerosotan alam sekitar. Ia
mengandungi perbincangan dari perspektif tradisional dan Islam. Kemusnahan alam sekitar hari ini
menjadi semakin serius akibat daripada eksploitasi sumber alam yang tidak terkawal oleh manusia
untuk mendapatkan keuntungan. Melihat kepada kemajuan teknologi yang ada di Malaysia pada
masa ini, perkara itu tidak sepatutnya berlaku sekiranya manusia menggunakan akal mereka dengan
sebaiknya berdasarkan kepercayaan mereka. Manusia dapat membezakan antara kelebihan dan
kekurangan dalam penggunaan sumber alam yang rakus. Tetapi, ketamakan yang berleluasa
membutakan sesetengah orang tanpa memikirkan implikasi untuk masa depan. Sememangnya dari
sudut Islam, kemusnahan alam sekitar boleh dielakkan sekiranya al-Quran menjadi rujukan mutlak,
dan sekiranya setiap individu sedar akan amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah di muka
bumi ini. Persoalannya adakah al-Quran mempunyai ayat khusus yang menerangkan perlindungan
alam sekitar. Mungkinkah ajaran al-Quran menjadi penyelesaian kepada krisis alam sekitar
Malaysia? Perbincangan ini akan menjawab persoalan-persoalan ini berdasarkan tinjauan literatur
dan analisis kandungan. Perbincangan berdasarkan tafsiran ayat-ayat terpilih berkaitan
perlindungan alam sekitar mendedahkan terdapat pelbagai ayat al-Quran yang menekankan etika
dan peradaban dalam menjaga alam sekitar.

Berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling Malaysia, alam sekitar atau persekitaran
bermaksud faktor-faktor fizikal yang menyelubungi kehidupan manusia. Ini termasuk tanah, air,
udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor-faktor biologi dan juga fakta-fakta sosial.

Alam sekitar merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan manusia, dan
sesungguhnya ia berkaitan dengan semua makhluk hidup yang diciptakan oleh Allah SWT. Semua
makhluk hidup di bumi memerlukan alam sebagai tempat tinggal dan untuk mendapatkan makanan.
Keselesaan hidup manusia bergantung kepada kualiti persekitaran yang mengelilinginya.
Contohnya, udara bersih diperlukan untuk haiwan dan tumbuhan bernafas. Sebarang kesan
berbahaya dari alam sekitar memberi kesan kepada organisma lain juga. Oleh itu, perhatian yang
lebih harus diberikan kepada perlindungan alam sekitar agar kehidupan seharian manusia tidak
terjejas atau terjejas oleh pencemaran alam sekitar dan kemusnahan alam sekitar.

9
Penjagaan alam sekitar juga merupakan keutamaan dalam Islam. Al -Quran
penuh dengan ayat-ayat yang menyeru manusia untuk menjaga alam sekitar. Walaupun
al-Quran tidak mengandungi ayat-ayat khusus tentang cara dan kaedah penjagaan alam
sekitar, namun terdapat banyak juga ayat al -Quran yang menggariskan keperluan
kebajikan alam secara umum. Antaranya termasuklah firman Allah SWT:

‫َّللا َ َم ا ل َ ك ُم ِم ْن إ ِ ٰل َ ٍه غَ ي ْ ُر ه ُ ۖ ه ُ َو‬
‫ح ا ۚ ق َ ا لَ ي َ ا ق َ ْو ِم ا عْ ب ُ دُوا ه‬ َ ‫َو إ ِ ل َ ٰى ث َ ُم و دَ أ َ َخ ا ه ُ ْم‬
ً ِ‫ص ا ل‬
ٌ ‫ض َو ا سْ ت َع ْ َم َر ك ُ ْم ف ِ ي هَ ا ف َ ا سْ ت َغ ْ فِ ُر و ه ُ ث ُمه ت ُو ب ُ وا إ ِ ل َ ي ْ ِه ۚ إ ِ هن َر ب ِ ي ق َ ِر ي‬
‫ب‬ ِ ‫اْل َ ْر‬ْ ‫أ َن شَأ َك ُم ِم َن‬
‫ب‬
ٌ ‫ُّم ِج ي‬

Maksudnya: “Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka iaitu Nabi
Soleh. Dia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada
Tuhan bagi kamu selain daripada -Nya. Dialah yang menjadikan kamu daripada
bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah
ampun kepada Allah daripada perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepada -Nya
dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa
memperkenankan permohonan hamba -Nya.” Surah Hud (61)

Imam al-Qurtubi ada menukilkan tafsiran Ibn al -‘Arabi terhadap ayat ini, beliau
menyatakan bahawa sebahagian ulama mazhab Syafie meletakkan tuntutan
memakmurkan bumi sebagai suatu kewajipan daripada Allah SWT[4]. Bukan itu sahaja,
tuntutan menjaga alam ini juga boleh dilihat melalui larangan Allah SWT ke atas sekalian
manusia daripada melakukan kerosakan ke atas muka bumi. Allah SWT berfirman:

ۚ ‫ص ََل ِح هَ ا َو ا ْد ع ُو ه ُ َخ ْو ف ً ا َو طَ َم ع ً ا‬ ِ ‫اْل َ ْر‬


ْ ِ ‫ض ب َ ع ْ دَ إ‬ ِ ْ ‫َو ََل ت ُف‬
ْ ‫س دُوا ف ِ ي‬

‫س ن ِ ي َن‬ ٌ ‫َّللا ِ ق َ ِر ي‬
ِ ‫ب ِم َن ا ل ْ ُم ْح‬ ‫ت ه‬ َ ‫إ ِ هن َر ْح َم‬

Maksudnya: “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah


menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepada -Nya
dengan perasaan bimbang (kalau -kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan
terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada
orang yang memperbaiki amalannya.” Surah al-A‘raf (56)

10
Allah SWT berfirman lagi:

ِ ْ ‫ب ا ل ْ ُم ف‬
‫س ِد ي َن‬ ُّ ‫َّللا َ ََل ي ُ ِح‬ ِ ‫اْل َ ْر‬
‫ض ۖ إ ِ هن ه‬ ْ ‫َو ََل ت َب ْ غ ِ ا ل ْ ف َ سَ ا دَ ف ِ ي‬

Maksudnya: “Dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi;


sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan .”

Surah al-Qasas (77)

Apa sahaja bentuk kemudaratan yang berlaku di muka bumi ini, ia termasuk
dalam perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan dibenci oleh -Nya. Lebih-lebih lagi,
sebagai individu Muslim, kita mesti mengikut arahannya dan menjauhi segala
larangannya.

11
2.3 PERBINCANGAN OBJEKTIF
2.3.1 Memainkan Peranan Dalam Mengekalkan Keseimbangan Antara Alam Sekitar Dan
Manusia

Antara isu utama dalam kehidupan manusia ialah isu alam sekitar. Masalah ini termasuk
pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran tanah, penebangan hutan yang tidak terkawal, dan
kepupusan pelbagai jenis spesies tumbuhan dan haiwan. Cara merancang dan mengurus
pembangunan mesra alam adalah isu yang wajar diberi perhatian. Projek pembangunan yang
mengabaikan pemuliharaan alam sekitar boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti hakisan
tanah dan pencemaran sungai. Ini bermakna kita perlu mempertimbangkan keseimbangan antara
pembangunan dan alam sekitar.

Kesedaran untuk terus melindungi dan mengekalkan alam sekitar harus bermula dengan diri
kita sendiri. Setiap hari kita dihujani dengan berita tentang jenayah alam sekitar yang boleh
dikatakan semakin teruk. Mungkin ini satu risiko, cukai yang perlu kita bayar jika kita ingin menjadi
negara maju. Tetapi alam tidak boleh sewenang-wenangnya dikorbankan. Kita tidak boleh bersikap
acuh tak acuh terhadap masalah pencemaran alam sekitar yang berterusan.

Sebenarnya, hubungan manusia dengan persekitarannya sebenarnya rapat, dan


kedua-duanya sebenarnya memerlukan antara satu sama lain. Jika satu musnah, satu
lagi akan menderita. Oleh itu manusia d iberi tanggungjawab untuk menjaga
kemaslahatan bumi dan memupuknya mengikut ajaran Islam. Dalam sebuah hadis Nabi
SAW yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al -Khudri R.A, Baginda bersabda:

َ ْ ‫ ف َ ي َ ن ْ ظ ُ ُر كَ ي‬،‫س ت َ ْخ لِ ف ُ ك ُ ْم ف ِ ي َه ا‬
، ‫ف ت َع ْ َم ل ُ و َن‬ ِ ‫ح ل ْ َو ة ٌ َخ‬
ْ ‫ َو إ ِ هن هللا َ ُم‬،ٌ ‫ض َر ة‬ ُ ‫إ ِ هن ال دُّ ن ْ ي َ ا‬

‫ ف َ إِ هن أ َ هو لَ ف ِ ت ْ ن َ ِة ب َ ن ِ ي إ ِ سْ َر ا ئ ِ ي لَ كَا ن َ تْ ف ِ ي الن ِ سَ ا ِء‬، َ‫ف َ ا ت هق ُ وا ال دُّ ن ْ ي َ ا َو ا ت هق ُ وا الن ِ سَ ا ء‬

Maksudnya: “Sesungguhnya dunia ini manis lagi menghijau dan sesungguhnya Allah
SWT menyerahkan urusan dunia ini kepada kamu semua. Lalu Dia akan melihat
bagaimana kamu melakukannya. Berhati-hatilah dengan dunia dan juga wanita.
Sesungguhnya ujian pertama yang berlaku ke atas Bani Israel adalah berkaitan
wanita.” Riwayat Muslim (2742)

12
Syeikh Fuad ‘Abd al-Baqi mengulas berkenaan hadis ini, beliau menyatakan
bahawa Allah SWT menjadikan umat manusia sebagai khalifah atau pentadbir atas
muka bumi ini, dan Dia juga memerhatikan umat-Nya adakah mereka mentadbirnya
mengikut arahan-Nya atau dengan kemaksiatan terhadap -Nya.

Bertitik tolak daripada keperluan menjaga alam sekitar daripada segala sifat
rakus dan tamak manusia atau sesetengah pihak yang tidak bertanggungja wab daripada
mencemari bumi Malaysia dengan melakukan kerosakan atau pelbagai lagi bentuk
kemudaratan, maka perlunya wujud kebersamaan dan kerjasama semua pihak dalam
usaha menanganinya dan melaksanakannya. Perkara ini juga bertepatan dan juga selari
dengan tema Hari Alam Sekitar Negara (HASN) pada tahun ini, iaitu “Alam Sekitar
Tanggungjawab Bersama.”

Pelaksanaan pelbagai projek, kempen dan amalan yang diterapkan oleh pelbagai
pihak bertujuan membantu ke arah penjagaan kelestarian alam sekitar merupakan satu
usaha baik yang perlu disokong dan dilaksanakan secara berterusan agar ia tidak hanya
terhenti pada satu-satu masa atau di satu-satu tempat sahaja, malah usaha ini kekal
sebolehnya sehingga ia menjadi sebati dalam kalangan masyarakat agar kita dapat
membantu mengekalkan keseimbangan dan keharmonian alam sekitar. Seterusnya,
apabila alam dapat dijaga dengan baik, maka secara tidak langsung masyarakat
bersama-sama melaksanakan perintah Allah SWT dengan sebaiknya iaitu menjaga
alam dan memakmurkan bumi, m alah persekitaran yang baik juga dapat membantu
masyarakat Muslim menjaga Maqasid Syariah yang lima iaitu tuntutan menjaga agama,
nyawa, akal, keturunan dan juga harta.

Kesimpulannya, kita sangat perlu bersama-sama menyambut baik usaha ini


dengan turut serta menjalankan kewajipan sebagai seorang individu Muslim dan juga
rakyat di bumi Malaysia ini dengan menjaga alam persekitaran daripada sebarang
bentuk penyelewengan, penyalahgunaan dan pelbagai kesan buruk yang lain. Usaha
ini termasuk dalam amal kebajikan terhadap agama kita yang diterima Allah
seterusnya dapat mendapat ganjaran di akhirat kelak.

13
2.3.2 Membentuk Individu Yang Bertanggungjawab Terhadap Alam Sekitar

Tanggungjawab merupakan satu prinsip yang hendaklah kita jalankan dalam kehidupan
seharian tidak kira pada masa atau tempat. Tanggungjawab membawa maksud kewajipan yang
dipikul seseorang. Setiap individu mempunyai tanggungjawab tersendiri yang merangkumi
pelbagai bentuk. Tidak lupa juga tanggungjawab kita dalam menjalankan ibadah yang wajib seperti
solat lima waktu, berpuasa di bulan puasa dan menjalankan haji serta umrah dengan ikhlas kerana
Allah SWT. Dalam pada itu, setiap individu hendaklah bertanggungjawab dalam menjaga alam
sekitar yang telah Allah SWT ciptakan kepada kita.

Allah SWT telah menciptakan alam sekitar sewajarnya dalam dua kategori iaitu
kuantitatif dan kualitatif. Firman Allah SWT:

‫ِإنَّا ُك َّل ش َْىءٍ َخلَ ْقنَ ٰـهُ ِبقَد ٍَر‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang


ditentukan).” (Surah al-Qamar, ayat 49)

Islam juga telah menasihati untuk menjaga alam sekitar dengan meminta umat islam untuk
tidak menebang pokok, mencemarkan sungai dan udara. Nabi Muhammad SAW juga telah
mengajar umatnya untuk sentiasa melindungi haiwan serta tumbuhan. Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak ada seorang Muslim pun yang menanam pokok atau mengusahakan pertanian lalu burung,
manusia atau binatang memakan daripadanya kecuali akan menjadi sedekah untuknya. (Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim)

Manusia perlulah bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar. Setiap individu perlu
memainkan peranan bagi memastikan alam sekitar terpelihara malah memulihkan lagi agar dapat
mengekalkan kehijauan dan keindahan dunia yang telah diciptakan Allah SWT. Setiap individu
memiliki peranan dalam menjaga alam sekitar. Kita boleh memberikan manfaat serta sumbangan
dengan tindakan harian seperti mengurangkan penggunaan plastik, berjimat menggunakan elektrik
dan mempraktikkan penggunaan bahan secara berhemah.

14
Tanggungjawab pengurusan merupakan satu elemen yang telah diamalkan sejak zaman
Nabi Adam. Sejarah awal menunjukkan bahawa kepercayaan, moral, dan syariah merupakan
elemen-elemen yang digunakan dalam menentukan arah pengurusan atau penjagaan, termasuk
penjagaan alam sekitar. Kita mengakui Islam yang terkandung dalam syariah dengan pelbagai
bidang pengetahuan dan peraturannya sendiri. Satu aspek yang diperbincangkan adalah ciri-ciri
istimewa yang Allah SWT ciptakan pada manusia sebagai penjaga alam sekitar. Ini melibatkan
bukan hanya kebolehan intelektual dan fizikal untuk manfaat manusia, tetapi juga untuk
pembangunan pengetahuan yang membawa kepada kemakmuran alam semesta. Oleh itu,
penggunaan kaedah fiqh (Qawa'id Fiqhiyyah) dalam pengurusan alam sekitar dan penyelesaian
masalah alam sekitar berdasarkan kaedah-kaedah tersebut. Kebanyakan sarjana memahami dan
mengaplikasikan kaedah-kaedah ini hanya dalam konteks tindakan ibadah yang khusus.
Pemahaman terhadap kaedah-kaedah fiqhiyyah dan relevansinya dalam pengurusan alam sekitar
dapat memberikan sumbangan kepada pemeliharaan alam sekitar.

Menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab penting bagi manusia. Sebagai umat
yang bertanggungjawab, manusia memiliki peranan utama dalam memulihara dan
mempertahankan keharmonian alam sekitar. Berikut adalah beberapa tanggungjawab manusia
dalam menjaga alam sekitar. Antaranya ialah mengurangi pencemaran. Kita perlu mengurangkan
kesan negatif terhadap alam sekitar dengan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, sisa kilang,
sisa plastik, dan pencemaran lain. Untuk mencapainya, kita boleh menggunakan teknologi yang
mesra alam, mengharamkan penggunaan bahan berbahaya, dan memilih cara pengangkutan yang
lebih berkesan. Selain itu, pendidikan dan kesedaran perlulah disampaikan kepada masyarakat
sekeliling. Manusia harus bertanggungjawab dalam menyebarkan kesadaran akan pentingnya
menjaga alam sekitar. Pendidikan lingkungan yang tepat kepada generasi muda dan masyarakat
umum dapat membantu mengubah perilaku dan mendorong tindakan yang lebih berkelanjutan.

Kerusakan alam sekitar, pencemaran, dan pengekangan sumber daya alam memiliki
potensi yang sangat berbahaya bagi kehidupan manusia. Sebagai contoh, tindakan haram seperti
penebangan pokok dan perosak struktur tanah dan menyebabkan tanah runtuh yang mengancam
nyawa manusia. Pencemaran air sungai akibat pembuangan bahan berbahaya dapat menyebabkan
keracunan air yang memberi impak negatif pada kesihatan manusia. Penyalahgunaan dan kerosakan
terhadap lingkungan, seperti eksploitasi berlebihan terhadap sumber daya alam, mengancam
kelangsungan hidup generasi mendatang. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra
Jamalullail bertitah:

15
“Sesungguhnya, kita adalah khalifah yang akan memimpin perubahan ke arah kelestarian alam
sekitar. Kita mampu memainkan peranan sebagai individu untuk memastikan alam sekitar sentiasa
terpelihara. Sewajarnya apabila aktiviti-aktiviti rekreasi, sukan dan sebagainya dibenarkan
kembali seperti sekarang, kita lebih menghargai dan menikmati keindahan alam ini dengan
memastikan kawalan kendiri ke atas sisa-sisa atau bahan buangan untuk dibawa keluar dari
kawasan tersebut,”

Jika berlakunya kerosakan, pencemaran atau kemusnahan alam sekitar, ianya akan
menjadikan kita jenayah atau pendosa yang mungkar kerana kita telah mengganggu kesejahteraan
yang telah Allah SWT berikan. Sebagai hamba-NYA kita tidak berhak merosakkan ciptaan-NYA
kerana bumi ini ialah milik Allah SWT. Firman Allah SWT:

ًۭ ‫ٱَّلل قَ ِر‬
ِ ْ‫يب ِمنَ ٱ ْل ُمح‬
َ‫سنِين‬ َ ‫صلَ ٰـ ِح َها َوٱ ْدعُوهُ َخ ْو ًۭفًا َو‬
ِ َّ َ‫ط َمعًا ۚ ِإنَّ َرحْ َمت‬ ْ ‫ض بَ ْع َد ِإ‬ ۟ ‫سد‬
ِ ‫ُوا فِى ْٱْل َ ْر‬ ِ ‫َو ََل ت ُ ْف‬

Maksudnya: “Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi setelah Allah
memperbaikinya, dan berdoalah kepada-Nya dgn rasa takut (Hdak akan diterima) & harapan
(akan dimakbulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kpd orang2 yang berbuat baik”
(Surah al-A’raaf, 7: 56)

Sebagai seorang muslim yang beriman dan bertaqwa, kita memiliki tanggungjawab
untuk aktif dalam menjalankan program-program kesadaran, pendidikan, dan membentuk moral
serta akhlak generasi mendatang. Tujuan kita adalah menciptakan masyarakat yang
bertanggungjawab dan mampu melawan segala tindakan yang merosakkan akhlak. Akhir kata, kita
berperanan dalam membentuk tanggungjawab setiap individu bagi memelihara alam sekitar.

16
2.3.3 Membentuk individu yang mempunyai nilai murni terhadap alam sekitar

Menurut wikipedia, nilai murni bermaksud sifat baik seperti hormat-menghormati dan
beradab mulia sesama manusia. Malahan, nilai murni ini bukanlah diterapkan hanya untuk
berhadapan dengan manusia, tetapi ia juga digunakan terhadap semua makhluk Allah SWT.
Sebagai contoh tumbuh-tumbuhan, haiwan, tanah dan sebagainya. Ia tergolong dalam kategori alam
sekitar.

Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa
sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh itu, manusia memainkan
peranan penting untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar. Pemupukan nilai-nilai murni dalam
diri seseorang terhadap pemeliharaan dan pemulihaarn alam sekitar adalah sangat penting.

Manusia walaupun sering tidak disengajakan, meninggalkan kesan buruk terhadap alam
sekitar. Walaubagaimanapun, terdapat banyak cara di mana kita membantu alam sekitar juga.
Maksudnya kesan itu boleh menjadi dua iaitu positif atau negatif. Alam memberi kita semua
perkara yang indah dan bermanfaat. Dari pemandangan indah, makanan dan tempat tinggal hingga
menjaga keseimbangan yang diperlukan untuk mengekalkan kehidupan di planet ini. Oleh itu,
sangatlah penting untuk kita memainkan peranan yang tinggi dalam penjagaan alam sekitar.

Seperti yang kita ketahui, di muka bumi ini telah mengalami perlbagai isu alam sekitar.
Contoh yang boleh dikatakan ialah isu pencemaran. Antaranya pencemaran air, udara dan tanah.
Seterusnya, isu penebangan hutan yang berlaku di banyak lokasi seperti Hulu Terengganu Hidro
Projek, Bukit Cherakah dan sebagainya. Isu penebangan hutan ini telah mengancam flora dan fauna
di negara ini. Oleh itu, daripada isu isu yang negara ini hadapi, perlulah kita mengambil iktibar dan
kesedaran untuk menjaga alam sekitar dengan lebih baik dan mencitainya sepenuh hati.

Penerapan nilai-nilai murni dalam diri adalah satu cara untuk memelihara alam sekitar.
Antara nilai-nilai yang digariskan dalam islam adalah taawun. Taawun bermaksud sikap
kebersamaan, sikap saling memiliki dan saling memerlukan antara satu sama lain. Menurut buku
Akidah Akhlak Madrasah Tsanawiyah oleh Harjan Syuhada dan Fida ‘Abdilah, bahasa taawun
bermaksud saling membantu. Sikap saling membantu ini hanya bertujuan untuk melakukan
kebaikan, bukan untuk membantu satu sama lain dalam melakukan perbuatan yang buruk.

17
Allah Yang Maha Kuasa memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk sentiasa taawun.
Perkara ini dijelaskan dalam Surah Al-Quran, Surah Al-Maidah ayat 2:

ِ ‫شدِي ُد ٱ ْل ِعقَا‬
‫ب‬ ‫ٱَّللَ ۖ إِنه ه‬
َ َ‫ٱَّلل‬ ‫وا ه‬ ۟ ُ‫ٱْلثْ ِم َوٱ ْلعُد ٰ َْو ِن ۚ َوٱتهق‬
ِ ْ ‫علَى‬ ۟ ُ‫اون‬
َ ‫وا‬ َ َ‫َو ََل تَع‬

Bermaksud: “Dan bantu kamu dalam kebajikan dan ketakwaan, dan jangan membantu dalam
berdosa dan pelanggaran. Dan bertakwallah kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat berat di
dalam azab-Nya.”

Oleh itu, kita sesama manusia di muka bumi ini, perlulah bersifat taawun dalam memelihara
alam sekitar. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti bergotong-royong bersama sama jiran
tetangga di dalam kawasan perumahan sendiri. Tambahan pula, kita juga boleh melakukan
pembersihan longkang di rumah sendiri bersama sama keluarga. Hal ini akan meyebabkan
longkang tidak lagi tersumbat dan pengaliran air longkang akan sentiasa lancar tanpa sekatan
sampah-sampah.

Di samping itu, nilai yang digariskan dalam islam terhadap alam sekitar ialah mahabbah.
Mahabbah ialah kecenderungan hati terhadap sesuatu yang menyenangkan. Islam mengiktirafkan
konsep mahabbah kepada Allah sebagai satu bentuk kasih sayang kepada seorang hamba kepada
penciptanya. Allat swt berfirman dalam surah Al-Imran ayat 31-32 yang bermaksud:

“Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mengasihi Allah, ikutlah Aku, sesungguhnya Allah maha
mengasihani. Katakanlah: Taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, maka
sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.”

Jika dilihat secara umum, konsep mahabbah sebenarnya tidaklah terhad kepada kasih
sayang kepada Allah. Tetapi secara lebih luas, konsep ini boleh digunakan untuk semua makhluk-
Nya. Sebagai contoh, cinta seorang Muslim kepada ibu bapanya, haiwan peliharaan, alam sekitar,
tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Jadi, di dalam kajian ini, kita memfokuskan cinta seseorang
kepada alam sekitar.

18
Secara lanjutnya, kita perlulah mencintai alam sekitar seperti mana kita mencintai hal yang
lain. Contoh yang boleh dikaitkan adalah kita haruslah sentiasa mempelihara alam sekitar dengan
tidak menebang pokok sesuka hati tanpa mempunyai alasan yang kukuh dan juga tanpa kebenaran
pihak atasan. Kegiatan ini akan mendedahkan permukaan bumi kepada hakisan air. Apabila berlaku
hujan lebat, ketiadaan cengkaman akar dan liputan pokok akan melemahkan struktur tanih. Keadaan
ini akan mempercepatkan proses hakisan. Baha-bahan terhakis tersebut akan menyebabkan
pencemaran air yang boleh mengancam hidupan akuatik. Secara jelasnya, kita perlulah memupuk
sifat mahabbah dalam diri tehadap penjagaan alam sekitar juga.

Kesimpulannya, kita sebagai manusia yang bertanggungjawab perlulah memainkan peranan


yang penting dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pelbagai cara yang boleh
digunakan untuk menjaga alam sekitar ini. Ketahuilah kamu semua, terdapat pelbagai akibat yang
akan ditimpa oleh seseorang jika didapati merosakkan makhluk Allah iaitu alam sekitar. Dan juga
orang yang menjaga akan mendapat kerahmatan dari-Nya. Allah swt berfirman dalam surah Al-
A’raf ayat 56:

ِ ْ‫ب ِمنَ ا ْل ُمح‬


َ‫سنِ ْين‬ ِ ‫ط َمعً ۗا اِنه َرحْ َمتَ ه‬
ٌ ‫َّللا قَ ِر ْي‬ َ ‫ض بَ ْع َد اِص ََْل ِح َها َوا ْدع ُْوهُ َخ ْوفًا هو‬ ِ ‫َو ََل ت ُ ْف‬
ِ ‫سد ُْوا فِى ْاَلَ ْر‬

Maksudnya: “Dan janganlah kamu berbuat kerosakkan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik.
Berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat
dekat kepada orang yang berbuat demikian.”

19
2.3.4 Membentuk Individu Yang Mempunyai Adab Dan Akidah Yang Tinggi Terhadap Alam
Sekitar

Istilah adab dalam kefahaman umum sentiasa memberi maksud sebagai perilaku baik,
termasuk kesopanan dan kesusilaan yang menjadi amalan sehari-hari yang perlu diikuti umat Islam.
Kita sudah sedia tahu bahawa adab dan etika sentiasa diterapkan di mana jua kita berada. Sudah
menjadi lumrah hidup, adab dan etika ini dipupuk dalam diri kita sejak kecil lagi.

Usaha untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ini sepatutnya dimulakan daripada institusi
keluarga. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-
anak mereka supaya sentiasa mempunyai adab dan etika sama ada terhadap manusia, haiwan atau
alam sekitar. Mereka sebagai orang terdekat kepada anak-anak sepatutnya mendidik mereka untuk
menghargai dan mencintai alam sekitar sejak dari kecil lagi. Hal ini selaras dengan peribahasa
Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa haruslah sentiasa
mendedahkan anak-anak tentang isu-isu pencemaran alam sekitar yang terkini untuk menyedarkan
mereka tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Mendidik sahaja tidak cukup, ibu bapa juga
harus menjadi teladan kepada anak-anak mereka. Contohnya, mereka tidak sepatutnya membuang
sampah di merata-rata tempat dan melakukan pembakaran terbuka yang boleh mencemarkan udara.
Dalam hal ini, sikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul tidak harus diamalkan oleh ibu
bapa, iaitu mengajar anak menjaga kebersihan alam sedangkan mereka sendiri tidak berbuat
demikian. Sebaliknya, jika ibu bapa sendiri menjadi teladan, maka anak-anak juga akan terpengaruh
dan terikut-ikut sikap ibu bapa. Dengan ini, nescaya pencemaran alam sekitar akan dapat diatasi.

Kita juga perlu mempunyai iman yang tinggi supaya kita memiliki akidah untuk tidak
membuat kerosakan kepada bumi. Sekiranya iman menjadi asas untuk seseorang individu itu
sebelum melakukan sesuatu perkara, dia akan selalu berwaspada kerana dia menyedari bahawa
dunia ini adalah hak milik allah. Melalui akidah yang kuat dan panduan yang berasal dari Al-Quran,
manusia boleh menguruskan persekitaran dengan baik, dan bukannya menggunakan persekitaran
untuk kepentingan mereka sendiri, tanpa mengira generasi akan datang.

Alam sekitar adalah merupakan salah satu daripada anugerah berharga yang telah
dianugerahkan oleh Allah SWT bukan hanya kepada manusia namun kepada semua makluknya di
bumi ini. Alam sekitar yang baik akan memberikan manfaat kepada semua makhluk terutamanya
bagi manusia dan haiwan. Allah SWT. menjelaskan di dalam surah al-Rum ayat 41:

20
َ‫ِي ع َِملُ ْوا لَعَله ُه ْم يَ ْر ِجعُ ْون‬
ْ ‫ض الهذ‬
َ ‫اس ِليُ ِذ ْيقَ ُه ْم بَ ْع‬ َ ‫سا ُد فِى ا ْلبَ ِر َوا ْلبَحْ ِر ِب َما َك‬
ِ ‫سبَتْ ا َ ْيدِى النه‬ َ
َ َ‫ظ َه َر ا ْلف‬

Maksudnya: “Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut
dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia, timbulnya yang demikian
kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari perbuatan-perbuatan buruk yang mereka
telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

Dengan menimpakan kepada mereka sebahagian daripada kemusnahan alam yang telah
mereka lakukan, Allah berharap agar manusia akan sedar. Mereka tidak lagi memusnahkan alam
semula jadi, tetapi mengekalkannya. Mereka tidak lagi melanggar ekosistem yang diciptakan Allah,
tetapi mematuhinya.

Mereka juga tidak lagi mengingkari dan mempersekutukan Allah, tetapi beriman kepada-Nya.
Sesungguhnya syirik adalah perbuatan dosa yang luar biasa besar dan besar impaknya, sehingga
amat sukar bagi pelakunya untuk diminta bertanggungjawab. Malah sukar untuk ditanggung secara
fitrah, seperti yang dinyatakan dalam firman-Nya dalam surah Maryam ayat 90:

‫ض َوت َ ِخ ُّر ا ْل ِجبَا ُل َهدًّا‬


ُ ‫ق ْاَلَ ْر‬
ُّ ‫ش‬ ‫س ٰم ٰوتُ يَتَفَ ه‬
َ ‫ط ْرنَ ِم ْنهُ َوت َ ْن‬ ‫تَكَا ُد ال ه‬

Maksudnya: “Hampir saja langit pecah, dan bumi terbelah, dan gunung-gunung runtuh, (karena
ucapan itu)”

Pelanggaran ke atas hukum-hukum ekosistem semulajadi mengganggu keseimbangan


ekosistem keseluruhannya yang mengakibatkan kemerosotan kesihatan masyarakat atau penduduk.
Isu pencemaran masih sukar diatasi kerana kegagalan pelbagai pihak sama ada pengguna, peniaga
dan masyarakat awam menghayati tanggungjawab sosial dalam menjaga atau memelihara alam
sekitar. Contohnya, pencemaran air akibat pembuangan sisa-sisa kimia, pencemaran ammonia dan
bahan cemar lain dari kilang-kilang ke sungai-sungai. Di antara kawasan yang teruk tercemar yang
pernah dilaporkan ialah di kawasan Pasir Gudang iaitu Sungai Kim Kim dan Sungai Johor di Johor.

21
Sebagai manusia, kita wajib mengikut dan mematuhi segala hukum Allah termasuk tidak
melakukan kerosakan kepada sumber alam yang ada. Mereka juga harus bertanggungjawab
terhadap kelestarian kehidupan di muka bumi ini. Bumi telah dipinjamkan oleh Allah untuk menjadi
tempat tinggal manusia.

Namun, daripada bersyukur, manusia adalah makhluk yang paling banyak merosakkan
keseimbangan alam. Contoh kejadian alam yang berlaku di Malaysia akibat aktiviti manusia ialah
kebakaran hutan dan banjir.

Kesimpulannya, kita haruslah memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar terutamanya
dari segi adab dan etika kita terhadap alam sekitar. Alam sekitar telah dianugerahkan dan
diamanahkan oleh Tuhan kepada manusia. Manusia haruslah menjaganya dengan penuh
tanggungjawab kerana alam sekitar tidak sepatutnya dikorbankan dalam arus pemodenan dan
pembangunan sesebuah negara. Seandainya masalah ini dibiarkan, kesannya akan memudaratkan
manusia itu sendiri walaupun hidup dalam kemewahan.

22
KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, peranan etika dan peradaban dalam menjaga alam sekitar
memperjelas dan membuktikan betapa pentingnya alam sekitar sendiri dalam kehidupan sosial
masyarakat. Alam sekitar adalah bahagian penting dalam kehidupan manusia. Ini kerana alam
sekitar menjadi sumber utama manusia untuk terus hidup dan mempunyai banyak kepentingan
terhadap manusia dan haiwan. Selain itu, moral pula merujuk kepada prinsip moral, etika atau nilai
yang dipegang oleh seseorang individu atau sekumpulan orang ketika berinteraksi atau
berkomunikasi dengan orang lain, sama ada mereka manusia atau bukan manusia. Oleh itu, etika
alam sekitar merujuk kepada satu disiplin ilmu pengajian yang membahaskan sistem nilai.

Ibu bapa juga berperanan dalam etika dan adab anak-anak yang kurang baik terhadap alam
sekitar ini kerana ibu bapa tidak memberikan contoh yang baik terhadap anak-anak. Anak-anak ini
membesar dengan cara melihat kepada ibu bapa mereka. Setiap perlakuan ibu bapa akan diikuti dan
dituruti oleh anak-anak mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa sangat penting dalam mendidik anak-anak
supaya menjadi manusia yang sentiasa mempunyai etika dan adab terhadap alam sekitar. Sekiranya
ibu bapa tidak berkelakuan baik atau menunjukkan contoh yang tidak baik, jangan hairanlah jika
anak anda akan menjadi seperti ibu bapanya.

Selain itu, penerapan nilai-nilai murni terhadap alam sekitar amatlah penting agar kita
sentiasa menghormati dan menghargai alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana sifat lalai
dan leka terhadap penjagaan alam sekitar akan membuatkan kita merasakan tidak penting untuk
menjaganya. Jadi, perasaan cinta terhadap alam sekitar itu dapat menyedarkan kita betapa indahnya
bumi ini dan kita tidak akan tergamak untuk merosakkannya.

Sebagai manusia, tanggungjawab dalam menjaga alam sekitar adalah sangat penting untuk
mengurangkan pencemaran dan kerosakan alam sekitar. ‘Alam sekitar tanggungjawab bersama’
perlu dijiwai oleh setiap individu ahli masyarakat tanpa mengira agama, bangsa, darjat ataupun
usia. Mesti kita fahami dengan baik bahawa alam sekitar adalah satu ekosistem yang seimbang dan
tertutup, yang mana di dalamnya semua manusia membangunkan kehidupan. Sebarang gangguan
yang menyebabkan ketidakseimbangan pada ekosistem akan kembali padahnya kepada manusia.
Penggunaan sumber alam serta pembangunan yang berpandukan nafsu kapitalis telah menyebabkan
sangat banyak kerosakan yang berlaku.

23
Manusia dan alam sekitar adalah saling memerlukan antara satu sama lain. Jadi, kita sebagai
manusia perlu mempunyai kesedaran untuk melindungi dan mengekalkan alam sekitar dalam
keadaan yang baik. kita perlulah bersama-sama mengikuti program yang atau kempen yang
dilaksanakan oleh pihak kerajaan atau para penganjur. Dengan kerjasama pelbagai pihak dan rasa
tanggungjawab semua orang, kita dapat sama-sama menjaga alam sekitar kita supaya menjadi lebih
terpelihara sehingga ke generasi-generasi seterusnya.

Walaupun terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dalam menjaga alam sekitar namun
segala cabaran itu perlu ditempuh dengan bijaksana agar alam sekitar kita sentiasa terpelihara.
Usaha-usaha yang dicadangkan diharap dapat membantu mengekalkan kelestarian alam sekitar dan
akhirnya memastikan kehidupan masyarakat sentiasa berada dalam keadaan yang selesa tanpa
pencemaran dan bencana.

24
RUJUKAN/BIBLIOGRAFI

1. BUKU

1.1 Ahmad Zamil Abd. Khalid, Muhamad Amar Mahmad, Khairiah Mohd Yassin, Azman
Md Zain, Solahudin Abd Hamid, Mohd. Nizho Abd Rahman, Ismail Ishak, Iskandar
Adon, Muhammad Ahmad & Zahari Mohamed, 2021, Penghayatan Etika dan
Peradaban, Sintok, Universiti Utara Malaysia

2. DOKUMEN & ARTIKEL

2.1 Halim, ‘Imaaduddin, & Mat Akhir, N. S. (2016). Tafsir Ayat-Ayat al-Quran Berkenaan
Penjagaan Alam Sekitar dan Analisis Isu-Isu Alam Sekitar di Malaysia: Interpretation
of the Qur’anic Verses on Preservation of Environment and Analysis of Environmental
Issues in Malaysia. Afkar: Jurnal Akidah &Amp; Pemikiran Islam, 18(1), 91–130.
http://jice.um.edu.my/index.php/afkar/article/view/5444

2.2 Awang, K., & Zainal Abidin, M. Z. H. (2011). Pengaplikasian Qawa’id Fiqhiyyahdalam
Pengurusan Alam Sekitar: Qawa’id Fiqhiyyah Applications in Environmental
Management. Perspektif Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 3(1), 39–59.
https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/1591

2.3 Piraveen Raj Tamilarasu, Kesan Penebangan Pokok Terhadap Alam Sekitar
https://www.scribd.com/document/80452360/Kesan-Penebangan-Pokok-Terhadap-
Alam-Sekitar#

2.4 Muhd Farhan, 2022, Bayan Linnas Siri Ke-259: Penjagaan Alam Sekitar Dalam Agama
Islam, Putrajaya, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
http://www.muftiwp.gov.my/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/5427-bayan-linnas-siri-
ke-259-penjagaan-alam-sekitar-dalam-agama-islam

25
3. INTERNET

3.1 Tiada Nama Pengarang, (1 April, 2014), CONTOH PENGHARGAAN KERJA


KURSUS
http://ilmu4shared.blogspot.com/2014/04/contoh-penghargaan.html?m=1

3.2 Kumpulan Dalil dan Hadits Tentang Menjaga dan Merawat Alam
https://www.dhiragama.com/2021/12/ayat-dan-hadits-menjaga-alam.html

3.3 Nilai Murni, Wikipedia, Terakhir Disunting Pada 02:44, 18 Jun 2022.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Nilai_murni

3.4 Isu Alam Sekitar di Malaysia, Wikipedia, Terakhir Disunting Pada 17:17, 28 September
2021.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Isu_alam_sekitar_di_Malaysia

3.5 Cicin Yulianti, detikHikmah, Arti Ta'awun dalam Agama Islam dan Penjelasan
Dalilnya, Khamis, 15 Disember 2022 Pada 00:30
https://www.detik.com/hikmah/khazanah/d-6462520/arti-taawun-dalam-agama-islam-
dan-penjelasan-dalilnya
3.6 Konsep Mahabbah Kepada Allah Lengkap dengan Cara Mencapainya, 24 September
2021 9:44
https://kumparan.com/berita-hari-ini/konsep-mahabbah-kepada-allah-lengkap-dengan-
cara-mencapainya-1waIJ0wmlgT/2

3.7 Nur Nazlina Nadzari, Setiap individu main peranan memelihara alam sekitar, 14
November 2021, 2:29pm
https://www.utusan.com.my/terkini/2021/11/setiap-individu-main-peranan-
memelihara-alam-sekitar/

3.8 Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin, Islam Akui Perlu Lindungi Alam Sekitar, Julai 4, 2019
7:15am
https://www.hmetro.com.my/addin/2019/07/471889/islam-akui-perlu-lindungi-alam-
sekitar

26
3.9 Salmah binti Ab Latiff, Memelihara Alam Sekitar kewajipan setiap umat Islam, 27
September 2021
https://berita.pas.org.my/memelihara-alam-sekitar-kewajipan-setiap-umat-islam/

3.10 Zikry Khusyairi, Peranan Etika dan Peradaban


https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/values-and
civilization/peranan-etika-dan-peradaban-dalam-membentuk-tanggungjawab-
sosial/30512339

3.11 TheInspirasi, Pencemaran Alam Dan Kaitannya Menurut Pandangan Al-Quran,


December 22, 2020
https://theinspirasi.my/pencemaran-alam-dan-kaitannya-menurut-pandangan-al-quran/

27

Anda mungkin juga menyukai