Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru

2. Judul
ISU-ISU WANITA DI MALAYSIA 3. Bidang: PERUNDANGAN
4. Penulis
NORAZIAH ALI / JAWIAH DAKIR
6. Jumlah muka surat
270
Sinopsis
7.
Dunia wanita telah berubah, seiring dengan perubahan dunia. Persekitaran, sistem, institusi dan
kelompok seperjuangan yang melibatkan wanita semakin kompleks sifatnya akibat cengkaman
globalisasi ditambah dengan tindakbalas negara dan masyarakat di pelbagai peringkat dan skala.
Fenomena sejagat in menuntut wanita menerima kenyataan dan berusaha mengharunginya demi
kesejahteraan kerabat yang selamanya tidak berubah hubungannya dengan wanita iaitu suami,
anak, kaum keluarga, jiran, majikan, rakan seperjuangan dan sebagainya. Walaupun peranan
wanita telah pelbagai dan bertambah kuantitinya, wanita tetap mengutamakan keluarga sebagai
'core business' mereka dan sentiasa memikul amanah yang diberikan komitmen dan
kesungguhan.

Dalam konteks itu, buku 'Isu-Isu Wanita Di Malaysia, cuba meninjau pelbagai dimensi dunia
wanita dan menyelami apakah cabaran yang menanti wanita dalam melaksanakan peranannya.
Isu-isu yang dikupas secara ilmiah oleh para akademia wanita UKM diharap memberi input baru
kepada par pembaca, khususnya golongan yang berminat mengikuti, memahami dal menghargai
sumbangan wanita sebagai modal insan paling berharga.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Wanita perlukan perubahan dan anjakan status untuk memperbaiki hidup mereka. Sumbangan
mereka kepada keluarga dan masyarakat amat besar dan seharusnya mereka menerima
ganjaran yang setimpal.

Pada masa yang sama, wanita sebagai paksi rumah tangga dan keluarga memerlukan sokongan
dan bantuan ahli keluarga bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan berkesan
dan produktif. Wanita perlu bijak menggunakan strategi dalam menjalankan tanggungjawab
domestik mereka demi kejayaan ahli keluarga. Kejayaan keluarga ada-ah kejayaan wanita tetapi
seharusya tidak memangsakan wanita dalam mencapai matlamat murni itu.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Peranan dan sumbangan wanita terhadap pembangunan amatlah besar. Bagi memastikan wanita
dapat memainkan peranan secara berkesan dan produktif dalam pdpc , wanita perlu disediakan
ilmu atau dengan kriteria tertentu, selaras dengan pelbagai perkara yang mereka uruskan dan
tangani dalam keluarga.

Misalnya, mengambil daya usaha sendiri dengan mencari maklumat dan ilmu pengetahuan yang
berkaitan dengan pedagogi pengajaran melalui media massa, pembacaan dan mengikuti
pertemuan wacana (PLC) dengan rakan tentang hal-hal yang berkaitan dengan pdcp.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai