Anda di halaman 1dari 10

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

a) Nama : KANAGESWARY A/P KARUNAMOOTHEI

b) Sektor/Unit/ Organisasi : SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN PERDANA

c) Kumpulan Perkhidmatan : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG 41

d) Tarikh & Masa Pembentangan :


(jika berkaitan )

BIL PERKARA CATATAN


1. TAJUK BUKU : Remaja Wawasan Negara

2. PENGARANG Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

3. TAHUN 1999
DITERBITKAN :

4. DITERBITKAN OLEH : Jabatan Pendidikan Islam dan Moral


5. SINOPSIS BUKU
YANG DIBACA : Sinopsis :

Remaja hari ini adalah pewaris bangsa yang akan


memimpin negara. Remaja juga merupakan aset utama dalam
menentukan hala tuju negara oleh itu remaja kini perlu bersedia
merebut peluang untuk belajar hingga berjaya. Buktikan dirinya
menyerlah dalam masyarakat mahupun negara. Remaja juga
merupakan wira negara yang akan menunaikan tanggungjawab
dengan amanah, sabar dan bertawakal. Secara amnya zaman
remaja merupakan tempoh usia selepas zaman kanak-kanak
hingga sebelum dewasa.Menurut Islam, pada usia remaja ibu
bapa perlu dedahkan anak mereka dengan ajaran agama yang
betul. Golongan remaja akan menghadapi perubahan diri dari
segi mental dan perasaan. Pada peringkat awal fikiran dan
minda remaja kerap berubah dan senang dipengaruh dengan
anasir jahat. Sebagai langkah melahirkan remaja berwawasan
guru memainkan peranan penting. Para ibu bapa cuba menjadi
pendorong, perangsang, agar remaja beriman dan
memperingatkan mereka berwaspada dalam hal pemilihan
rakan. Menjadi ibu bapa yang sentiasa prihatin dan menasihati
mereka sekiranya haluannya salah. Peranan media masa amat
diutamakan kerana ianya menyampaikan mesej dan maklumat
terkini kepada remaja kita. Remaja akan berhadapan dengan
pelbagai cabaran dari segi menangani gangguan emosi,
perubahan bentuk badan, batasan pergaulan dan sebagainya.
Sebagai seorang guru perlulah meneliti perubahan para remaja
agar dapat menjadi seorang pendorong kepada para remaja.
Saya juga mempelajari perkembangan luaran dn juga
perkembangan dalaman para remaja iaitu secara luarannya
remaja menghadapi masalah jerawat, pertambahan saiz badan,
ketinggian bertambah dan sebagainya. Manakala dari segi
dalaman pula remaja suka mempengaruhi rakan, menjadi
pemalu, menyepikan diri dan sebagainya. Sebagai seorang guru
sekolah rendah saya akan berhadapan dengan murid-murid
tahap 2 yang bakal menyelami zaman remaja kelak, jadi saya
akan melatih murid supaya mereka akan menjadi remaja yang
berwawasan dan bebas dari sebarang tekanan.Peranan guru
bukan sekadar mengajar malah guru perlulah berperanan
menjadi penasihat, pembimbing dan juga pereka model insan
murid oleh itu, melalui pembacaan ini saya dapat meningkatkan
pengetahuan saya berkaitan remaja dan juga cabaran remaja.

6. MANFAAT/
PENGAJARAN YANG Kehidupan remaja hari ini banyak dipengaruhi oleh beberapa
DIPEROLEH faktor persekitaran iaitu rakan sebaya, media massa dan
DARIPADA BUKU perubahan nilai hidup. Dalam kiehidupan seharian remaja tidak
YANG DIBACA : dapat lari daripada bergaul, berkawan dengan rakan sebaya
sama ada secara formal atau tidak formal. Mereka sentiasa
berinteraksi di dalam sekolah dan juga luar sekolah jadi sebagai
seorang guru kita perlulah sentiasa memerhati gerak geri murid,
pergaulan murid, disiplin murid.Hubungan guru dan murid
haruslah meriah supaya murid akan menjadi lebih rapat dan
kongsi masalah mereka dengan guru.

7. TANDATANGAN :

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

a) Nama : KANAGESWARY A/P KARUNAMOOTHEI

b) Sektor/Unit/ Organisasi : SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN PERDANA

c) Kumpulan Perkhidmatan : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG 41

d) Tarikh & Masa Pembentangan :


(jika berkaitan )
BIL PERKARA CATATAN
1. TAJUK BUKU : Tekanan Guru Dalam Pendidikan
Dan Resolusi Penyelesaiannya

2. PENGARANG Mohd Fadzli Abu Bakar

3. TAHUN 2011
DITERBITKAN :

4. DITERBITKAN OLEH :
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

5. SINOPSIS BUKU
YANG DIBACA : Sinopsis :
Jurnal ini bertujuan menyingkap dan membincangkan isu tekanan yang
berlaku dalam kalangan guru. Menurut McGrath (1974), tekanan
didefinisikan dalam bentuk toleransi yang menyatakan bahawa
persekitaran yang tekanan boleh dianggap berada di luar batasan
toleransi yang normal dalam kehidupan seharian seseorang dan
rangsangan tersebut boleh ditafsirkan sebagai kesakitan pada
peringkat tertinggi. Kyricaou dan Sutcliffle (1978) telah membentuk
model tekanan kerja guru sebagai asas kepada kajian mengenai
tekanan kerja dalam kalangan guru. Demikian adalah supaya isu
tekanan yang sememangnya melanda setiap profesion dapat diambil
berat pada profesion perguruan kerana kadar pengaruhnya yang amat
besar terhadap pendidikan. Masyarakat memandang remeh mengenai
bebanan profesion ini dan menganggap secara turun temurun bahawa
tugas besar membina status pendidikan unggul negara adalah melalui
pengorbanan besar guru-guru. Malangnya kesanggupan untuk
berkorban lebih masa dan tenaga ini tidak lagirelevan pada era global
dan material ini. Justeru, setiap pihak yang berkaitan perlu memberi
perhatian dan melaksanakan pendekatan terhadap penyelesaian isu
ini. Guru perlu rasional, pihak sekolah perlu memikir resolusi terhadap
persekitaran yang sesuai dan kerajaan juga perlu lebih
mempertimbangkan intensif beserta kebajikannya. Ia adalah supaya
operasi pendidikan dapat berjalan lancar selaras dengan misi serta visi
sebenarnya.
6. MANFAAT/
PENGAJARAN YANG Jurnal ini menyalurkan banyak idea berkaitan bagaimana mengelakkan
DIPEROLEH tekanan yang dialami oleh guru supaya p&p tidak terjejas. Bagi
DARIPADA BUKU
mengurangkan tekanan, Johnston (1996) mencadangkan kepimpinan
YANG DIBACA :
yang merangsangkan, sokongan, semangat dan kecekapan yang lebih
di tempat kerja. Beliau berpendapat bahawa penyediaan tempat kerja
yang berkeadaan baik, pernyataan intensifyang jelas, sokongan
terhadap mereka pada waktu kesukaran dan akhir sekali adalah
meraikan hari-hari bahagia para guru bagi mengekalkan kualiti kerja
dan mengurangkan tekanan. para guru perlu diberi pengetahuan
mengenai kemahiran mengenal pasti dan peka terhadap punca-punca
yang menyebabkan tekanan. Guru perlu mengawal tekanan dengan
bijak supaya tidak akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak
seperti melempang dan memukul pelajar. Di samping itu, jurnal ini juga
mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah dan perlu
ditangani dengan bersabar dan kreatif.

7. TANDATANGAN :

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

a) Nama : KANAGESWARY A/P KARUNAMOOTHEI

b) Sektor/Unit/ Organisasi : SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN PERDANA


c) Kumpulan Perkhidmatan : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG 41

d) Tarikh & Masa Pembentangan :


(jika berkaitan )

BIL PERKARA CATATAN


1. TAJUK BUKU : ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan
Pedagogi

2. PENGARANG Robiah Sidin Nor Sakinah Mohamad

3. TAHUN 2007
DITERBITKAN :

4. DITERBITKAN OLEH : Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

5. SINOPSIS BUKU
YANG DIBACA : Sinopsis :
Perkembangan terkini teknologi maklumat menjadi topik utama dalam
perbincangan masa terutamanya dalam menuju era globalisasi. Dalam
era globalisasi yang berpaksikan perkembangan teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan mementingkan
pembudayaan dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Peranan
teknologi maklumat menjadi begitu penting terutamanya dalam bidang
pendidikan sebagai asas penyaluran ilmu. Penyaluran ilmu ini pula
dapat disampaikan dengan berkesan melalui proses pengajaran dan
pembelajaran antara guru dengan pelajar.Teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) menjadi alat pemangkin utama untuk menyebar dan
menyimpan maklumat dan seterusnya membantu pelajar membina
pengetahuan baru (Lechner & Boli 2000). Teknologi maklumat
berasaskan komputer bukan sahaja merupakan bahan perantara yang
berpotensi dalam memudahkan kerja-kerja seharian malah ia juga
dapat menjadi bahan untuk menjayakan lagi persekitaran pengajaran
dan pembelajaran (Nor Hashim, Maznah & Azlinda, 1996). Teknologi
maklumat ini juga dapat memberikan peluang kepada guru dan pelajar
untuk meneroka ilmu mengikut kehendak dan tahap pencapaian
masing-masing (Jamaluddin, Muhammad & Abd. Rasid, 2000).Kajian
ini dijalankan adalah untuk melihat perbezaan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan kesannya terhadap pencapaian
pelajar dalam proses pembelajaran kemahiran komputer yang diajar
dengan kaedah perantis iaitu pendekatan konstruktivisme sederhana
(Boyle 1997; Collin et al.1989) berbanding dengan kaedah tradisional
(pendekatan tingkah laku). Secara terperinci, objektif kajian adalah
untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kaedah perantis
berbanding dengan kaedah tradisional, dan mengkaji kesan kaedah
perantis ke atas pencapaian pelajar berbanding kaedah tradisional.
Hipotesis yang dimajukan ialah bahawa tiada perbezaan dari segi
kesan ke atas pencapaian pelajar yang diajar menerusi kaedah
perantis (pendekatan konstruktivisme) dengan kaedah tradisional
(pendekatan tingkah laku). Dapatan kajian menunjukkan bahawa
terdapat perbezaan yang signifikan ke atas pencapaian pelajar yang
diajar dengan dua kaedah ini. Hasil tugasan yang diajar dengan kaedah
perantis adalah lebih baik berbanding kaedah tradisional.

6. MANFAAT/
PENGAJARAN YANG
DIPEROLEH Jurnal ini menyalurkan banyak idea berkaitan Perkembangan terkini
DARIPADA BUKU teknologi maklumat menjadi topik utama dalam perbincangan masa
YANG DIBACA : terutamanya dalam menuju era globalisasi. Dalam era globalisasi yang
berpaksikan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),
pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan dan
penguasaan ICT di kalangan pelajar. Peranan teknologi maklumat
menjadi begitu penting terutamanya dalam bidang pendidikan sebagai
asas penyaluran ilmu. Penyaluran ilmu ini pula dapat disampaikan
dengan berkesan melalui proses pengajaran dan pembelajaran antara
guru dengan pelajar.. Di samping itu, jurnal ini juga mengingatkan kita
tugas mendidik ini bukannya mudah dan perlu ditangani dengan
bersabar dan kreatif
7. TANDATANGAN :
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

a) Nama : KANAGESWARY A/P KARUNAMOOTHEI

b) Sektor/Unit/ Organisasi : SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN PERDANA

c) Kumpulan Perkhidmatan : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG 41

d) Tarikh & Masa Pembentangan :


(jika berkaitan )

BIL PERKARA CATATAN


1. TAJUK BUKU : Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan
Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT).

2. PENGARANG Azwan Ahmad (Smk Syed Alwi, Kangar, Perlis), Abdul Ghani
Abdullah (Universiti Sains Malaysia, P.P), Mohammad Zohir
Ahmad (Universiti Sains Malaysia, P.P), Abd. Rahman Hj Abd.
Aziz (Universiti Sains Malaysia, P.P).
3. TAHUN 2005
DITERBITKAN :

4. DITERBITKAN OLEH : Fakulti Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.

5. SINOPSIS BUKU
YANG DIBACA : Sinopsis :
Jurnal ini membincangkan tentang kepentingan efikasi guru
terhadap teknologi maklumat dan komunikasi, (ICT) serta
pengaruhnya dalam pengajaran subjek sejarah. Berdasarkan
hipotesis yang dilakukan oleh penyelidik, efikasi guru terhadap
ICT serta kekerapan guru menggunakan ICT dalam kehidupan
seharian akan mempengaruhi keyakinan beliau mengaplikasikan
teknologi tersebut di dalam kelas. Efikasi bermaksud keyakinan.
Menurut Tschannen-Moran, Hoy dan Hoy (1998), efikasi guru
merujuk kepada kepercayaan guru terhadap diri sendiri untuk
menyusun atur dan melakukan satu siri tindakan. Bagi Powell
dan Anderson pula, efikasi guru adalah perasaan puas hati
terhadap pelajaran yang diperoleh apabila mampu
mempraktikkannya dengan baik. Merujuk kepada kajian-kajian
lepas, penyelidik telah memetik beberapa idea tentang efikasi
guru. Menurut Allinder, (1995) guru-guru yang mempunyai efikasi
pengajaran yang tinggi mempunyai sasaran yang lebih tinggi
terhadap pelajarnya, mudah menerima ide-ide baru dan
mencuba teknik atau kaedah pengajaran baru. Justeru guru yang
berefikasi tinggi akan menghadapi kegagalan dengan usaha
yang lebih gigih untuk menguasai kemahiran mengajar sehingga
berjaya. Sebaliknya guru yang berefikasi rendah mempunyai
aspirasi yang rendah dan akan cuba mengelakkan diri daripada
menghadapi tugasan pengajaran sukar dan mudah berputus asa
atau stress. 1

6. MANFAAT/
PENGAJARAN YANG Manfaat yang diperolehi dari jurnal ini ialah kesan efikasi guru
DIPEROLEH terhadap penggunaan ICT akan mempengaruhi kekerapan dan
DARIPADA BUKU amalan menggunakan ICT dalam sistem pengajaran mereka
YANG DIBACA : sama ada ketika mencari maklumat, menyampaikan pengajaran,
mencari isi kandungan pelajaran atau menjalankan proses
pengajaran. Oleh itu, guru perlu meningkatkan kemahiran dan
efikasi terhadap ICT sekali gus dapat merealisasikan aspirasi
kerajaan dalam PIPP negara. Selain itu, efikasi guru terhadap
ICT juga tidak mencukupi untuk menggalakkan penggunaan ICT
dalam P&P. Penyediaan kelengkapan dan peruntukan untuk
membina sistem pendidikan era baru ini juga perlu seiringan
dengan tahap dan kemahiran guru. Justeru itu, kemudahan
infrastruktur juga akan mempengaruhi sistem pendidikan negara
ini. Oleh itu, semua pihak terutamanya guru serta barisan
kepimpinan pendidik negara harus bersama memajukan diri dari
pelbagai aspek agar kualiti perkhidmatan dapat ditingkatkan
sekali gus dapat melahirkan generasi muda yang mampu
menjadi aset negara.

7. TANDATANGAN :

Anda mungkin juga menyukai