Anda di halaman 1dari 63

IPG KAMPUS PEREMPUAN

MELAYU MELAKA

KOMPILASI
EBOOK
ULSAN BUKU
NAMA PENUH : SITI NORKIAH BINTI IDRIS
SEKTOR/UNIT/ORGANISASI : PENDIDIKAN/PENTADBIRAN/IPGK PM
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
TARIKH& MASA PEMBENTANGAN
(JIKA BERKAITAN) :

TAJUK BUKU
PENULIS
TAHUN

ALL TOGETHER NOW: HOW TO ENGAGE YOUR STAKEHOLDERS IN REIMAGINING SCHOOL


SUZIE K. BOSS
2017
CORWIN PRESS

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Buku ini memberi fokus kepada inovasi sekolah yang seharusnya menjadi sesuatu yang harus diambil
berat oleh kesemua pihak yang terlibat khususnya pelajar, guru atau pendidik, ibu bapa dan ahli
masyarakat setempat. Susunan pembacaan buku ini membolehkan penulis menyampaikan hasrat
penulis untuk pembaca meneliti satu panduan atau rangka kerja untuk melaksanakan perubahan
atau inovasi sekolah dengan pendekatan yang membawa pembawa melakukan pemikiran mendalam
(think deeply), membuat refleksi secara kritikal (reflect critically) dan bertindakan secara bijaksana
(act decisively) untuk menjadikan sekolah lebih baik kepada semua pihak yang berkaitan.

Masa kini perubahan dalam pendidikan berlaku dengan pesat sekali. Untuk melestarikan perubahan,
komuniti sekolah perlu sokongan daripada kesemua pihak yang terlibat untuk melaksanakan
perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran yang menjamin hasil pembelajaran yang lebih
bermakna kepada pelajar. Pelajar berhak menerima yang terbaik.
Buku ini menonjolkan banyak usaha koloboratif dan hasil usaha bersama semua pihak yang
menentukan kejayaan seseorang pelajar. Buku ini direkabentuk untuk mempromosi dan menjentik
perdebatan serta perbincangan semua pihak dalam dan luar sekolah dengan tujuan memberi
inspirasi para pendidik dan pemegang taruh termasuk pelajar sendiri untuk bersama-sama
membentuk sekolah yang unggul (reimagine schools) serta mengharungi sebarang cabaran yang
akan dihadapi dalam hasrat menjadikan sekolah tempat yang lebih bermakna kepada pelajar dan
pendidik.

Buku All Together Now disusun dengan membawa pembaca meneliti dan memahami keperluan
perubahan ini secara mudah melalui satu kerangka kerja perubahan yang berikut:

* PART 1- THE WHY: Kenapa kita perlu membentuk satu kefahaman yang sama mengenai
perubahan. Untuk membantu komuniti sekolah re-imagine school, kepimpinan sekolah dan
komuniti setempat mesti terlebih dahulu mempunyai kefahaman yang sama mengenai
perubahan dan perubahan itu diperlukan.
Chapter 1: Are we ready for disruption?
Chapter 2: How will we engage the willing?

* PART 2- THE HOW: Bagaimana menjadikan visi suatu realiti. Langkah ini memerlukan
komuniti sekolah mengambil kira beberapa perkara khususnya pemegang taruh yang datang
daripada latar belakang yang berbeza. Mereka inilah yang membawa pengalaman dan
perspektif yang pelbagai untuk membentuk masa hadapan pendidikan sekolah. Maka mereka
perlu memahami antara satu sama lain dan bercakap senada tentang perubahan yang
dihasratkan.
Chapter 3: How do forward-looking school leaders take charge of change?
Chapter 4: How will we support teachers as they become 21st century leaders?
Chapter 5: How will we amplify student voice?
Chapter 6: How will we engage families as partners in school change?
Chapter 7: Who else will join us?

* PART 3- THE WHAT-IFS: Langkah ini mengambil kira masalah yang dijangka timbul dan
memastikan pemimpin menjaga momentum perubahan dan mengatasi sebarang halangan
dan kekangan dengan strategi berbentuk trouble-shooting, dalam menjadi pengurus
perubahan yang lebih efektif.
Chapter 8: How can we address challenges and build momentum?

* PART 4- THE FUTURE STORY: Bagaimana pemimpin sekolah dapat bergerak ke hadapan
dengan yakin dan pasti. Pemimpin sekolah hendaklah berani mengambil tindakan membentuk
semula pendidikan masa hadapan.
Chapter 9: How will we share our story about the future of learning?
Chapter 10: What are your next steps?

Sebagai pembaca, kita sepatutnya mempunyai fahaman tersendiri apabila kita meneliti beberapa
persoalan yang dikemukakan dalam buku ini. Terdapat banyak contoh dan kajian kes mengenai
perubahan sekolah (reimagining schools) yang boleh memberi inspirasi dan ilham serta ide yang
boleh kita ambil, guna dan adaptasikan kepada konteks kita di Malaysia ini.

Buku ini sangat berguna sebagai panduan khususnya kepada pemimpin sekolah untuk membentuk
masa hadapan pendidikan yang lebih bermakna secara hakiki dan menjelmakan harapan dan visi
komuniti secara bersepadu.

Buku ini mempunyai ciri khusus untuk pembaca membuat rujukan dan mencambah ilmu melalui:
• Worth Asking
• Crib Sheet
• Try This
• Web Resources

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Penulis berkongsi melalui persembahan yang begitu banyak mengenai penggunaan pedagogi
instruksional yang terkini untuk pembaca menghayati aplikasinya di sekolah sendiri.

All Together Now memberikan banyak contoh amalan inovatif yang hebat yang berlaku di sekolah
dan daerah yang telah melaksanakan inovasi dalam pendidikan. Para pendidik yang sedang mencari
ide mentransformasikan pembelajaran pelajar dapat menggunakannya dalam bilik darjah mereka.
Contoh yang diberikan dalam buku ini menunjukkan bukti dan penerangan yang jelas bagaimana
PBL, design thinking, making, student leadership, dan parent empowerment dilustrasikan dengan
melalui transformasi sekolah yang sebenar.

Buku ini mempamerkan contoh terbaik di mana sekolah dapat meningkatkan kemahiran pelajar kita
menghadapi peluang dan cabaran masa hadapan mereka khususnya dalam abd ke 21 ini. Pembaca
boleh mendapat insprirasi untuk melaksanakan proses perubahan dalam sistem pendidikan di
sekolah dan komuniti setempat/ luaran amnya.

Lanskap inisiatif sekolah diterangkan dengan jelas dan boleh membuka minda pembaca (pemegang
taruh dan komuniti sekolah) mengenalpasti ciri utama perubahan dalam pendidikan yang boleh
diaplikasi dan diadaptasi sekolah dan komuniti setempat.

Buku ini wajar dibaca oleh warga pendidik dan guru pelatih di IPGKPM kerana segala aspek yang
menyentuh visi baharu tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran serta pemudahcaraan adalah
berpaksikan kepada strategi serta teknik yang konkrit dan terbukti kejayaannya. Dan guru pelatih
boleh merujuk kepada pelbagai contoh sebenar yang telah dilaksanakan di sekolah (walaupun di
Amerika Syarikat) untuk dilaksanakan di sekolah nanti (dan di IPGKPM sendiri).

Pemimpin, pendidik, ibu bapa, komuniti sekolah dan pelajar serta pemegang taruh terbukti boleh
bekerja sama dan menjayakan transformasi sekolah melalui pelbagai kaedah yang lebih akrab.
NAMA PENUH : DR. NORSHIDAH BINTI ABU HUSIN
SEKTOR/UNIT/ORGANISASI : PENDIDIKAN/PENTADBIRAN/IPGK PM
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
TARIKH& MASA PEMBENTANGAN
(JIKA BERKAITAN) : TIADA

BIL. SINOPSIS : 1 daripada 4

TRANSFORMASI DIRI MENUJU KEJAYAAN, KEBAHAGIAAN DAN KEKAYAAN


DATUK DR. MAZNAH HAMID
2013
SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Setiap manusia mempunyai azam, impian dan keinginan untuk mencapai kejayaan, kebahagiaan dan
kekayaan. Impian dan azam adalah satu perkara yang lumrah bagi semua manusia tetapi mempunyai
keazaman untuk mencapainya adalah satu perkara yang agak sukar dilaksanakan oleh semua orang.
Naluri hidup manusia sudah tentu ingin mengecap nikmat hidup, menjadi senang dan kaya. Sihat,
bahagia dan berjaya. Sesunguhnya manusia itu sendiri telah diberi akal fikiran yang dapat
melahirkan sifat-sifat positif seperti rajin, mesra, pemurah tegas dan berdisiplin. Namun secara
semula jadi, manusia turut dipenuhi dengan sifat-sifat negatif seperti malas, dengki, angkuh,
sombong dan malas. Banyak nasihat dan contoh yang dapat diguna pakai dalam membuat
perubahan dalam diri.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA


Buku ini mengulas sifat-sifat manusia dengan melontar persoalan dan memberi contoh-contoh.
Pada dasarnya penulis dapat membimbing pembaca untuk memahami sendiri untuk membuat
transformasi bagi mencapai apa-apa juga maklumat yang menjadi sasaran dalam kehidupan
mereka.

BIL. SINOPSIS : 2 daripada 4

PENGURUSAN STRES: MEMAHAMI STRES DAN TEKNIK MENGAWAL STRES


DATUK DR. MAZLAN ARIS
2016

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Memahami stres dan teknik mengawal stress merupakan komponen yang perlu ada sebagai
rangsangan untuk membina dan mengharungi kehidupan dengan penuh bertenaga dan dinamik.
Tahap stres yang diperlukan oleh seseorang perlu dikawal supaya tidak berlebihan dan menjadi
sesuatu yang mengancam kesihatan. Manusia yang sihat ialah individu yang boleh merangsang
keadaan stres dan mengawalnya dengan baik. Dalam buku ini, pembaca dibawa untuk memahami
stres dan diajar beberapa teknik yang berkesan untuk mengurus stres.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Menambah pemahaman mengenai punca-punca stres kehidupan dengan lebih terperinci


termasuklah punca stres dari sudut kehidupan, kelahiran dan kematian serta perkahwinan,
pekerjaan, pengangguran, kebosanan dan personaliti dan spiritual.

Sebagai seorang pentadbir, adalah penting untuk kami mengetahui teknik-teknik pengurusan stres
dari aspek konsep, prinsip dan contoh-contoh secara sistematik untuk digunakan dalam urusan
seharian. Pemantapan kesihatan diri amat perlu untuk menggunakan stres sebagai rangsangan
untuk meneruskan kehidupan dengan selesa dan berjaya.
BIL. SINOPSIS : 3 daripada 4

10 KEY PRINCIPLES OF LEADERSHIP


SHAWN DOYLE 015

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

The author shares on tools, tips and techniqes for becoming the kind leader that other people want
to follow. It shares 10 keys principles of leveraging one leadership. In addition to covering all of
these topics, each section of the book includes a ’work it’ section at the back of the chapter which
encourages the leader to turn to the concepts that they learned into action. This section allows
people in a leadership role to create a plan for creating on the information that they just learned.
This book simply and powerfully captures the key elements for being a truly effective and impactful
leader in any circumstances.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Menambah pemahaman mengenai punca-punca stres kehidupan. Buku ini amat sesuai dibaca oleh
pemimpin organisasi kerana banyak tips dan teknik yang diajar untuk membantu pemimpin dan
bakal pemimpin dalam menangani dan mendepani masalah, cabaran dan rintangan ketika mengurus
sumber manusia bawah seliaannya.

Tidak sukar untuk menjadi ketua tetapi sukar untuk menjadi ketua yang baik dan memahami setiap
tindak tanduk pekerja bawah arahannya dan membantu bagaimana untuk mengembangkan potensi
diri pekerja mereka. Dalam mengurus sesebuah organisasi, peranan ketua sebagai pemimpin amat
penting untuk memastikan kejayaan sesebuah organisasi
BIL. SINOPSIS : 4 daripada 4

THE 8TH HABIT ; FROM EFFECTIVENESS TO GREATNESS


STEVEN R. COVEY
2005
SINOPSIS BUKU YANG DIBACA
This book consists of 15 chapters and two parts; part one is find your voice which are Discover your
voice- unopened birth-Gifts and Express your voice- vision, discipline, passion and conscience.

Part two which is Inspire others to find their voice contains ten chapters. Chapter six is Inspiring
others to find their voice-the leadership challenge focuses more on modeling and pathfinding.
Chapter seven focus on The voice influence- be a trim –tab while chapter eight tells about The voice
of trustworthiness- modeling character and competence. Meanwhile chapter nine focus on The
voice and speed of trust, chapter ten – Blending voices: searching for the Third Alternative. Chapter
11 shares about One voice-Pathfinding Shared vision, values and Strategy. Chapter 12, 13 focuses
more on Aligning and Empowering, meanwhile Chapter 14 and 15 stress more on The Age of
Wisdom.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

There are the voices of people at work and at home, voices of literally millions of parents, laborers,
service providers, managers, professionals and executives all over the world who are fighting to
make it in the new reality. The world has profoundly changed since the 7th habits of highly Effective
People was published in 1989. The challenges and complexity we face in our personal lives and
relationships, in our families, in our professionals lives and in our organizations are of a different
order of magnitude. The greater the change, the more difficult the challenges, the more relevance
they become. Being effective as individuals and organizations is no longer optional in today’s world.
The 8th habit then is not about adding one more habit to the 7, one that somehow forgotten. It’s
about seeing and harnessing the power of a third dimension to the 7 Habits that meets the central
challenge of the new knowledge worker age. The 8th habit is to find your voice and inspire others to
find theirs.
NAMA PENUH : DATIN DR. HALIMATUSSA'ADIAH BINTI SALLEH
SEKTOR/UNIT/ORGANISASI : PENDIDIKAN/JIP/IPGK PM
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENSYARAH AKADEMIK
TARIKH& MASA PEMBENTANGAN
(JIKA BERKAITAN) : TIADA

BIL. SINOPSIS : 1 daripada 4

METHODOLOGY AND TECHNIQUES OF EDUCATIONAL RESEARCH


YOGENDRA K. SHARMA011

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Pendidikan adalah batu asas kepada kuasa intelektual yang membentuk profil sesebuah bangsa.
Oleh itu sangat tepat untuk dikatakan bahawa pembangunan sesebuah negara bergantung kepada
kualiti sistem endidikan sesebuah negara. Buku ini mengandungi 20 bab yang merangkumi analisis
pelbagai kaedah dan teknik dalam penyelidikan Pendidikan.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Kandungan buku ini membantu pembaca dalam melaksanakan penyelidikan dalam Pendidikan.
BIL. SINOPSIS : 2 daripada 4

PSIKOLOGI PEMBELAJARAN
YOGENDRA K. SHARMA2010

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA


Buku ini menggabungkan pengetahuan psikologi dengan fenomena pembelajaran. Buku ini juga
memperlihatkan bagaimanakah pelbagai aspek psikologi dieksploit dan diserapkan dalam sesuatu
proses pembelajaran. Tujuannya adalah untuk menciptakan satu bentuk pengajaran yang benar-
benar dapat memperlihatkan satu keharmonian antara pengetahuan psikologi dengan pelbagai
aspek pedagogi.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA


Buku ini membantu dalam kursus yang diajar di IPGK PM.

BIL. SINOPSIS : 3 daripada 4

PENDIDIKAN DI MALAYSIA. SEJARAH SISTEM DAN FALSAFAH


Sufean Hussin
2008

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Buku ini membangkitkan kesedaran dan kepekaan para pendidik terhadap idealisme dan matlamat
pendidikan serta isu yang berkaitan dengan dasar pembangunan sistem pendidikan di Malaysia.
Buku ini juga memberi pendedahan tentang hal ehwal perkembangan semasa sistem pendidikan
Malaysia agar bakal pendidik mempunyai pemikiran yang kritikal untuk melihat pelbagai aspek yang
mempengaruhi pembangunan, kemajuan dan mutu sistem pendidikan negara.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Buku ini dapat menambah input mengenai sistem Pendidikan di Malaysia dan berguna untuk
dikongsikan bersama-sama pelajar di IPGKPM.
BIL. SINOPSIS : 4 daripada 4

MENGURUS DAN MEMIMPIN DALAM KONTEKS KEPEMIMPINAN PENDIDIKAN


INSTITUT AMINUDIN BAKI 2012

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA


Buku ini terbahagi kepada 4 bab, iaitu kajian keberkesanan kursus pengurusan kewangan sekolah,
kajian impak latihan kepada pengurus, bab 3 leadership transition, dan bab 4 – keberkesanan
program di Universiti Waikato dan Monash menurut perspektif pemimpin dan pemimpin latihan.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA


Buku ini sangat berkaitan dengan kursus yang diajar di Jabatan ilmu Pendidikan.
NAMA PENUH : Dr. NORIDA BERHAN
SEKTOR/UNIT/ORGANISASI : PENDIDIKAN/JPM/IPGK PM
KUMPULAN PERKHIDMATAN : KETUA JABATAN / PENSYARAH
TARIKH& MASA PEMBENTANGAN
(JIKA BERKAITAN) : TIADA

PERANGAI BERGANTUNG PADA DIRI SENDIRI


ZA’BA
EDISI KHAS 2017 , DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Kandungan buku ini ialah hasil daripada pemerhatian tajam Pendeta Za’ba terhadap salah satu sikap
dan perangai orang Melayu yang paling tidak disukainya ketika itu, iaitu perangai yang suka
bergantung kepada orang lain. Daripada perangai yang demikian akan menimbulkan beberapa sikap
dan sifat yang negatif. Antaranya tidak mahu berfikir sendiri, tidak mahu mencari ilmu pengetahuan
yang berkaitan untuk meningkatkan diri, dan suka hidup tanpa berfikir. Dikatakan sifat-sifat yang
demikian akan merugikan diri sendiri. Jika dianalogikan tajuk utama dalam buku ini, iaitu keburukan
perangai yang bergantung kepada orang lain sebagai sepohon pokok, maka terdapat empat cabang
pokok sebagai wakil tumpuan utama kandungan buku ini. Dalam tumpuan utama 1 (Bab 1 dan 2):
Keburukan Perangai yang Bergantung pada Orang Lain. Terdapat dua perangai yang tidak disukai
oleh penulis , iaitu sikap hina diri dan sikap malas. Dalam tumpuan utama 2 (Bab 3 dan 4): Bertaklid
Buta sebagai Lawan Berijtihad Sendiri. Za’ba memperincikan sifat bergantung pada orang lain yang
berlaku dalam fahaman masyarakat Melayu berkaitan aktiviti keagamaan. Dikatakan bahawa orang
Melayu suka menjadi pengikut membuta tuli dalam melakukan ada-adat keagamaan. Mereka tidak
bersoal-jawab tentang sesuatu yang diajar kerana ada perkara tidak terdapat dalam al-Quran dan
hadith, bahkan ada yang bertentangan dengannya sedangkan setiap orang dilahirkan dengan akal
dan fikiran. Gejala bertaklid buta, Za’ba memberi contoh sikap tok guru dan mereka yang bergelar
alim ulama, sesuai dengan tumpuan yang diberinya kepada pengajaran agama Islam. Dalam
tumpuan utama 3 (Bab 5,6, dan 7): Kebajikan Lawan Kejahatan. Bahagian ini penulis
memperkatakan makna baik dan jahat dan pertaliannya dengan yang terdahulu. Kebaikan
digandingkan dengan penggunaan akal fikiran manakala kejahatan dengan ketiadaan fikiran atau
pun tiada timbang menimbang. Dalam tumpuan utama 4 (Bab 8) : Kejatuhan dan Kepulihan Umat
Islam. Penulis mengatakan bahawa kejatuhan umat Islam disebabkan oleh kehilangan kekuasaan
dan kekuatan yang patut ada dalam diri dan dalam masyarakat Islam. Penulis mengupas ayat-ayat al-
Quran yang dipetiknya dengan cukup jelas. Penulis menjelaskan bahawa kehidupan dalam dunia ini
ialah kehidupan beramal. Tiap-tiap orang hendaklah menjalankan bahagiannya sendiri dengan tidak
bergantung kepada orang untuk menyempurnakannya. Mesti bertanggungjawab
menyempurnakannya. Memohon pertolongan hanya kepada Allah SWT. Perangai yang
mengharapkan pertolongan orang perlu ada batasnya. Za’ba mengkritik kebiasaan orang Melayu
yang dikatakan agak lembap dalam menjalankan ibadat bagi diri sendiri seperti yang diperintah oleh
Allah SWT. Sebaliknya mereka dikatakan memohon doa daripada orang lain, bahkan Za’ba juga
mengkritik apabila sudah meninggal pun mereka mengharapkan orang yang masih hidup selalu
memberi sedekah “Qul hu..” kepada arwah mereka. Za’ba tidak bersetuju dengan adat fidyah yang
diadakan bagi orang yang sudah meninggal dunia, kerana dalam menjalan adat ini kita seolah-olah
membayar hutang kepada Allah SWT bagi pihak si mati yang tidak mengerjakan amal ibadat seperti
yang dikehendaki oleh agama Islam ketika masih hidup. Hal ini dikaitkan juga dengan
kebergantungan kepada orang lain. Wallahu a'lam. Dalam bab akhir, penulis mengingatkan bahawa
kita semua memang selalu membuat salah, sengaja atau tidak sengaja. Tidak ada sesiapa yang tidak
pernah buat salah. Maka setiap kali kita terjatuh melakukan kesalahan itu wajiblah kita berpaling
kepada-Nya dan balik kepada garisan yang betul. Permohonan ampun itu disebut istighfar. Penulis
menyeru orang Melayu memahamkan maksud taubat dengan dua pengertian, iaitu (i) mengaku
salah kepada Allah SWT serta memohon keampunan ke hadrat-Nya. (ii) memutuskan azam seolah-
olah bersumpah di dalam hati tidak hendak berbuat lagi sesuatu perbuatan yang tidak memuaskan
dan yang tidak diredhai itu. Tuhan suka akan orang yang bertaubat. Sesungguhnya perangai
bergantung pada diri sendiri banyak memberi manfaat kepada pembaca.
MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Saya bersyukur kerana dapat membaca buku karya Allahyarham Za’ba ini. Buku ini membicarakan
tentang kelemahan masyarakat Melayu yang digambarkan oleh Allahyarham Pendeta Za’ba. Oleh
sebab isu ini agak sensitif kepada sesetengah pihak maka beliau tidak menerbitkannya semasa
hayatnya. Setelah 8 tahun beliau meninggal dunia (1973), barulah naskhah ini dapat dikesan oleh
pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Menyedari isi kandungan dan isu yang dikira sangat penting
dalam masyarakat Melayu kini maka khazanah yang berharga ini perlu dibaca oleh setiap orang
Melayu. Cetakan pertama pada 1982, dan diikuti Edisi Khas Cetakan pertama hingga cetakan ketiga
pada 2009, 2016, 2017. Bahasa dan gaya bahasanya dikekalkan seperti asal bagi menjamin matlamat
yang ingin disampaikan oleh Pendeta Za’ba untuk membangunkan bangsa tidak lari dari tujuan
sebenar. Walaupun karya ini telah mula ditulis begitu lama namun banyak manfaat dapat digarap
dan dijadikan pedoman sangat sesuai juga untuk zaman sekarang. Antara pengajaran yang saya
peroleh adalah seperti yang berikut;
i. penggunaan bahasa dan pemilihan katanya yang sangat luas dan mendalam maknanya (
frasa baharu yang saya belajar adalah bertaklid buta, berijtihad sendiri. Gaya metafora
yang digunakan seperti suluh akal, mata hati, dan pintu akal. Gaya bahasa antitesis
seperti kebajikan dan kejahatan, bertaklid buta dan berijtihad sendiri. Perbidalan yang
digunakan dalam buku ini seperti “Berharap kepada anak, buta mata sebelah; Berharap
kepada orang, buta mata keduanya”.
ii. setiap orang perlu memperbaiki sikap dan perangai kerana sikap dan perangai
mencerminkan identiti diri, agama dan bangsa;
iii. kepentingan mencari ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang kerana dengan ilmu
pengetahuan menjadikan kita mampu membuat pertimbangan sendiri dalam
menghadapi kehidupan di dunia dan akhirat. Ilmu pengetahuan akan mempertajam akal
fikiran. Ilmu al-Quran yang diturunkan akan membuka pintu akal dan mata hati manusia.
Hal ini akan membantu kita di sana nanti. Insya-Allah;
iv. kepentingan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis untuk membawa perubahan;
v. tiga pemeringkatan perkataan kebajikan yang dikemukakan adalah (a) i:ta:I dzi ‘l-qurba ( jika
diterjemahkan dalam bahasa Melayu bermakna tahap memberi yang paling ikhlas)
seolah-olah pemberian kepada darah daging sendiri tanpa mengharapkan balasan. (b)
ihsan- berbuat baik semata-mata sahaja tanpa mengira balasan baik atau jahat yang
akan diterima semula daripada orang lain. c) adil – menyempurnakan hak sama timbang
yang akan berfikir dan berlaku sewajarnya. Peringkat kebajikan yang paling tinggi ialah
tahap memberi yang paling ikhlas, kedua ihsan, dan ketiga adil;
vi. sentiasa berusaha membantu orang lain berbanding selalu mengharapkan pertolongan
orang lain. Kurangkan pertolongan orang lain bukan semata-mata untuk keperluan
penghidupan di dunia, tetapi juga untuk kehidupan di akhirat. Hanya diri kita, amal kita,
ibadah kita yang dapat menolong kita di akhirat. Lebih daripada itu, pengajaran yang
bermakna bahawa bacalah al-Quran setiap siang dan malam untuk membantu diri
sendiri di sana nanti. Insya-Allah;
vii. gejala bertaklid buta daripada contoh yang diberi dalam bidang kehidupan selain pengajaran
agama, adalah contoh kepada saya sebagai pendidik. Perlu berfikir lebih daripada apa-
apa yang telah dipelajari semasa menuntut di universiti. Tidak terikat dengan gaya yang
terdahulu. Mesti ada nilai tambah. Jika kita dahulu belajar teori daripada guru dan
pensyarah kita, ada tidak pendekatan, teori atau kaedah baharu yang dicipta? Jika ada
yang baharu barulah ada makna penurunan ilmu dari guru kepada murid;
viii. kehidupan dalam dunia ini ialah kehidupan beramal. Tiap-tiap orang hendaklah menjalankan
bahagiannya sendiri dengan tidak bergantung kepada orang untuk
menyempurnakannya. Mesti bertanggungjawab menyempurnakannya. Memohon
pertolongan hanya kepada Allah SWT;
ix. tidak menjadi sifat kekurangan jika kita meminta panduan dan nasihat kepada orang yang
lebih akalnya dan yang bijak fikirannya;
x. jangan sesekali bersikap riya’; dan
xi. sentiasa beristighfar apabila melakukan kesalahan.

Kekayaan saudagar pundi-pundi emasnya,

Kekayaan Pendeta keping-keping kertasnya.

al-Fatihah
untuk Allahyarham Zainal Abidin Ahmad (Za’ba)
16 Sept 1895 – 23 Okt 1973
NAMA PENUH : MUNSYI MOHD RAFI BIN GHAZALI
SEKTOR/UNIT/ORGANISASI : PENDIDIKAN/JPM/IPGK PM
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENSYARAH AKADEMIK
TARIKH& MASA PEMBENTANGAN
(JIKA BERKAITAN) : TIADA

BIL. SINOPSIS : 1 daripada 3

MELAYU PERKASA
SIDEK BABA 1

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA


Berdasarkan buku yang dipilih, penulis ingin membincangkan krisis yang dihadapi oleh bangsa
Melayu. Antaranya ialah krisis politik yang berpanjangan, pertikaian bahasa Melayu dalam Sains dan
Matematik, gejala sosial dalam kalangan generasi muda, kelunturan budaya dan jati diri, keberanian
orang Melayu mengungkit apa-apa yang disepakati dalam perlembagaan dan isu-isu perkauman
yang semakin ketara pada hari ini. Dalam buku ini, saya mendapati bahawa penulis cuba untuk
menaikkan semangat orang Melayu untuk menangani krisis yang dihadapi dengan membawa konsep
Islam sebagai garis panduan. Istilah “umat Melayu” telah menggantikan istilah “bangsa Melayu”
supaya konsep Islam itu lebih jelas ditekan dalam buku ini.

Bersesuaian dengan tajuk buku ini , iaitu Melayu Perkasa penulis telah menerangkan tentang cara
memperkasakan orang Melayu dalam konsep Islam. Memperkasa umat melayu bermula dengan
contoh dan teladan yang tinggi supaya orang Melayu menjadi sumber ikutan yang baik dalam
kalangan rakyat. Selain itu, umat Melayu perlu mewujudkan suasana kebebasan dalam memberikan
pandangan-pandangan membina supaya setiap pihak merasa selesa bahawa kritikan yang membina
adalah untuk kebaikan semua. Oleh itu, memperkasa umat Melayu memerlukan tiga kaedah
penting. Pertama, kenal pasti elemen-elemen yang menyumbang dalam diri umat Melayu itu sendiri.
Kedua, lakukan integrasi dengan elemen-elemen ketamadunan dalam pembangunan umat. Ketiga,
wujudkan sinergi antara faedah berbanding dalam tamadun lain supaya orang Melayu mampu
menghasilkan binaan pemikiran acuan kita sendiri. Kekuatan bangsa Melayu tidak dapat dipisahkan
dengan ajaran Islam. Islamlah yang membentuk jalan berfikir, jalur budaya dan pedoman hidup yang
mendorong mereka untuk maju dan cemerlang, tidak saja di dunia tetapi juga di akhirat. Buku ini
amat sesuai kepada semua bangsa Melayu supaya dapat menaikkan semangat memperjuangkan
bangsa Melayu mengikut ajaran Islam.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA


Pengajaran yang peroleh daripada buku ini ialah bangsa Melayu sendiri perlu memartabatkan
bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah dipinggirkan oleh bangsa yang tinggal di Malaysia seperti India
dan Cina kerana mementingkan bahasa ibunda mereka sendiri. Maka, bangsa Melayu perlu
berkomunikasi dengan mereka menggunakan bahasa Melayu yang betul supaya bahasa ini
dimartabatkan semula. Pengajaran yang kedua, semua bangsa Melayu sendiri perlu
mempertahankan kemerdekaan yang telah dicapai pada 31 Ogos 1957 kerana Tanah Melayu ini hak
milik bangsa Melayu sebelum merdeka lagi. Seterusnya, pengajaran yang didapati ialah bangsa
Melayu juga dikenali sebagai penganut agama Islam. Maka, dalam konteks Malaysia pada hari ini
penganut agama Islam perlu menunjukkan contoh yang baik kepada agama lain supaya tiada isu
sensitif berkaitan agama dibangkitkan semula. Di samping itu, bangsa Melayu juga dituntut untuk
menjaga perpaduan antara kaum Cina dan India supaya mereka berasa mudah mendekati orang
Islam. Hal ini bertepatan dengan konsep silaturrahim yang meminta umat Islam untuk menjalinkan
hubungan dengan sesiapa sahaja walaupun bukan dari kalangan agama yang sama. Akhir sekali,
buku ini juga menyentuh tentang bangsa Melayu perlu memperjuangkan ketuanan Melayu seperti
kedaulatan raja-raja dan sultan, hak istimewa orang Melayu, tanah simpanan Melayu dan Islam
sebagai agama persekutuan. Jika kita tidak memperjuangkannya sudah pasti bangsa lain cuba
mempertikaikannya.
BIL. SINOPSIS : 2 daripada 3

DASAR LUAR ERA MAHATHIR


CHAMIL WARYA
1989
SINOPSIS BUKU YANG DIBACA
Buku Dasar Luar Era Mahathir bertujuan untuk memberikan gambaran tentang perbezaan dasar luar
sebelum dan sesudah Tun Dr. Mahathir menjadi pemimpin Malaysia. Buku ini mempunyai 8 bab
yang menceritakan bahawa falsafah, gaya dan pegangan Tun Dr.Mahathir dalam hubungannya
dengan negara-negara luar berbeza dengan pemimpin yang terdahulu. Sikap berani beliau dalam
mengemukakan pendapat di arena global telah menjadikan beliau sebagai jurucakap dan pemimpin
dalam kalangan negara-negara sedang membangun.
Dalam Bab 1, buku ini dimulakan dengan menceritakan secara ringkas tentang peranan dasar luar
yang dilaksanakan oleh Tun Dr. Mahathir untuk memenuhi kepentingan nasional Malaysia dalam
forum-forum antarabangsa. Dasar ini dihuraikan secara ringkas bukan sekadar objektif yang ingin
dicapai oleh Malaysia tetapi bagaimana dasar-dasar luar itu diputuskan. Dalam Bab 2 dihuraikan
serba ringkas evolusi dasar luar Malaysia dari sebuah negara pro-Barat, antikomunis kemudian
menjadi sebuah negara yang berkecuali.
Dalam bab-bab yang seterusnya (Bab 3 sehingga Bab 8), diperkatakan pula perubahan yang
dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir sama ada dasar luar ataupun jalinan hubungan dengan negara luar
melalui perubahan dasar dalam negeri. Misalnya, Dasar Pandang ke Timur yang diumumkan oleh
Tun Dr. Mahathir kira-kira tujuh bulan selepas mengambil alih kuasa bukanlah satu perubahan dalam
dasar luar. Tetapi kerana dasar ini melibatkan hubungan Malaysia dengan Jepun dan Korea, maka
dasar ini juga diperkatakan dalam buku ini.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Pengajaran yang diperoleh daripada buku ini ialah sikap lantang bersuara mampu menjadikan
sesebuah negara itu dihormati oleh negara-negara lain. Kelantangan Tun Dr. Mahathir telah
membantu memperkenalkan Malaysia di kaca mata antarabangsa. Bukan itu sahaja, hubungan
Malaysia dengan negara serantau seperti Timor Laste dan Laos telah mengukuhkan ekonomi negara
di samping mencari pasaran baharu bagi barangan dan perkhidmatan untuk negara. Kesannya,
ekonomi negara pada era Tun Dr. Mahathir merupakan antara ekonomi yang paling kukuh dalam
sejarah Malaysia jika hendak dibandingkan dengan pimpinan yang terdahulu. Akhirnya, Tun Dr
Mahathir merupakan seorang yang cekal dalam menghadapi segala kritikan serta berani mencuba
sesuatu perkara yang baharu demi mengukuhkan pentadbiran negara Malaysia.

BIL. SINOPSIS : 3 daripada 3

JENAYAH REMAJA, PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN


HASNAH BINTI GHANI
1995
SINOPSIS BUKU YANG DIBACA
Kepentingan belia dan remaja di dalam sebuah negara tidak dapat dipertikaikan lagi. Mereka
merupakan aset dan potensi yang amat perlu dipelihara kerana masa depan negara adalah
bergantung kepada golongan belia ini. Mereka juga merupakan pewaris yang sah tamadun kini untuk
dilanjutkan dan dipertingkatkan mutunya pada masa akan datang. Dengan berpandukan buku
tersebut juga penulis menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah gejala sosial
dalam kalangan remaja, iaitu terbahagi kepada faktor keluarga, pengaruh rakan sekeliling,
persekitaran, pengaruh media massa, kemiskinan dan dalaman. Setiap faktor berikut menjadi
penyebab kepada berlakunya masalah sosial dalam negara kerana golongan remaja dan belia mudah
terikut dan mempunyai keinginan mencuba sesuatu perkara baru yang sangat tinggi seterusnya
mendorong kepada berlakunya masalah gejala sosial. Selain itu, penulis juga membuat penekanan
terhadap hukum gejala sosial dalam Islam seperti dadah dan pelacuran. Hal ini menunjukkan
bahawa penulis amat menitikberatkan hukum Islam dalam kehidupan seharian berbanding
mengaitkan hukum tersebut secara umum semata-mata. Penulis juga menyatakan langkah yang
berkesan sebagai penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh remaja pada masa kini. Beliau
menyatakan bahawa semua pihak haruslah mengembleng tenaga secara bersama-sama bagi
menangani masalah ini kerana usaha yang dilakukan oleh satu pihak sahaja tidak dapat
menunjukkan usaha yang positif ke arah menangani masalah yang dihadapi oleh remaja. Penulis juga
telah menjalankan kajian yang terperinci terhadap setiap masalah yang dihadapi oleh remaja dengan
menyatakan statistik remaja yang terlibat serta faktor lain yang mendorong remaja kepada masalah
gejala sosial. Akhir sekali, penulis turut menyertakan bukti yang terdiri daripada keratan akhbar dan
statistik bagi masalah-masalah yang dihadapi oleh remaja.
MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Nilai merujuk kepada etika atau prinsip moral atau nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang
individu atau suatu kumpulan manusia. Nilai disemai dalam diri setiap insan semenjak dilahirkan lagi,
ditanam sepanjang masa kecil, dikukuhkan semasa meningkat remaja dan akhirnya membentuk
insan tersebut apabila dewasa. Nilai yang diperolehi berdasarkan hasil pembacaan berikut ialah
kemaafan. Setiap manusia sentiasa melakukan kesilapan dalam hidup mereka dan mereka akan
kembali bertaubat apabila mereka merasakan bahawa diri mereka sudah jauh terpesong daripada
akidah yang betul. Oleh itu sebagai dewasa yang bertanggungjawab dan prihatin antara satu sama
lain kita perlulah memberi bimbingan dan tunjur ajar yang baik agar mereka tidak mengulangi
kesilapan mereka pada masa lampau.
NAMA PENUH : MAKROF BIN MD. DAUD
SEKTOR/UNIT/ORGANISASI : PENDIDIKAN/JSN/IPGK PM
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENSYARAH AKADEMIK
TARIKH & MASA PEMBENTANGAN
(JIKA BERKAITAN) : TIADA

BIL. SINOPSIS : 1 daripada 3

Menjejak Keunikan Gerhana Matahari


Kassim Bahali
2015
SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Menyaksikan fenomena gerhana penuh matahari memberikan satu pengalaman yang sangat
menarik dan menyentuh perasaan. Terasa betapa hebatnya Sang Pencipta yang mengatur
perjalanan alam dan kerdilnya insan di sisi alam. Fenomena ini menyaksikan betapa teliti, tepat dan
sempurna perjalanan alam yang telah diatur dengan harmoni oleh yang Maha Pencipta. Buku ini
menerangkan kejadian gerhana matahari, jenis dan laluan gerhana matahari. Fenomena gerhana
matahari yang akan berlaku pada masa depan sehingga tahun 2042 turut disentuh secara ringkas.
Selain persiapan dan cara yang selamat untuk melihat gerhana matahari turut dijelaskan. Detik –
detik dramatik kejadian gerhana penuh matahari dipaparkan dengan jelas berserta pengalaman dan
pengajaran yang diperoleh daripada ekspedisi.
MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA
Banyak manfaat yang diperolehi daripada pembacaan buku ini – Menjejak Keunikan Gerhana
matahari : dapat menghayati pengalaman penulis dalam menjejak gerhana matahari dan dapat
melihat foto sebenar yang diambil dengan kualiti yang tinggi. Akhirnya kita kagum dan insaf dengan
kebesaran Maha Pencipta.

BIL. SINOPSIS : 2 daripada 3

MENEROKAI KEGEMILANGAN SAINTIS ISLAM


Dr Yazid Abdul Manap2011

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA


Islam tidak pernah kering dengan catatan perjalanan umat. Pada zama kegemilangan, Islam telah
melahirkan begitu ramai tokoh ilmuwan ulung yang berjaya mencetuskan idea untuk pembangunan
ummah. Golongan ini membawa mercu budaya dan tamadun Islam ke seluruh dunia sehingga
menjadi ikutan arus kemodenan negara Barat. Hari ini kita banyak didedahkan dengan penemuan
sains Barat dan hanya sedikit tentang keagungan ilmuwan Islam. Malah, ramai yang tidak
mengetahui bahawa ilmuwan ini telah mendahului saintis Barat dalam penemuan beberapa teori.
Sudahnya, banyak ciptaan ilmuwan kita diguna pakai dan Barat dengan mudah mengaku bahawa
penciptaan itu milik mutlak mereka. Rentetan daripada senario inilah, Menerokai Kegemilangan
Saintis Islam mengajak kita menyelami sendiri sejarah cendekiawan yang tidak pernah surut
menyumbang ke arah kemajuan tamadun Islam. Buku ini juga membawa kita merentasi keagungan
al-Quran sebagai sumber sains serta membongkar sains para Nabi ALLAH. Iqra ‘... dengan nama
TUHAN agar ditemui kebenaran yang nyata.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Banyak manfaat yang diperolehi daripada pembacaan buku ini, Menerokai Kegemilangan Saintis
Islam. Pertama, pengetahuan yang yang banyak tentang Sains berdasarkan sumber maha agung al-
Quran. Ilmu yang didapti boleh disebarluaskan dalam kerjaya sebagai pendidik khususnya dalam
pendidikan Sains. Kedua, ilmu yang didapati, membuatkan kita sentiasa berfikir, menghargai dan
sedar dalam nyata kekerdilan manusia dan keagungan Maha Pencipta.
BIL. SINOPSIS : 3 daripada 3

AMALAN PERUBATAN ISLAM


USTAZ MAT NAWI BIN MAT JUSOH2014

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA


Kesihatan merupakan satu nikmat dan anugerah kurnian Allah yang cukup besar dan bernilai.
Tanpanya, kehidupan seseorang individu itu tidak bermakna. Justeru, Islam amat mementingkan
kesihatan penganutnya seperti mana Rasulullah SAW sering mengingatkan kita agar menjaga lima
perkara sebelum datangnya lima perkara. Dalam usaha untuk mengubati penyakit, Islam
menyarankan agar kita berusaha dan berikhtiar mencari penawar dan penyembuhan bagi penyakit
tersebut. Terdapat dua amalan perubatan dalam Islam, iaitu perubatan Rasulullah SAW dan
perubatan moden. Semoga buku ini akan dijadikan panduan dan rujukan dalam mencari penawar
dan penyembuhan bagi penyakit, bukan sahaja kepada pengamal perubatan tetapi juga kepada
seluruh masyarakat Islam. Dengan tidak mengenepikan keperluan perubatan moden, masyarakat
Islam juga perlu disedarkan tentang ilmu perubatan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah SAW
melalui petunjuk Ilahi.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA


Banyak manfaat yang diperolehi daripada pembacaan buku, Amalan Perubatan Islam ini, antaranya
adalah menjadikan bahan rujukan untuk diamalkan ketika diperlukan. Selain amalan, latihan
pengamal perubatan itu penting seperti banyak orang berkata practice make perfect.
NAMA PENUH : HO OEE JOO
SEKTOR/UNIT/ORGANISASI : PENDIDIKAN/JMT/IPGK PM
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENSYARAH AKADEMIK
TARIKH& MASA PEMBENTANGAN
(JIKA BERKAITAN) : TIADA

BIL. SINOPSIS : 1 daripada 3

NOMBOR DAN STRUKTUR NOMBOR


PUMADEVI SIVASUBRAMANIAM, SHUIB ABDUL HAMID, SHAMSIAH ABD SAMAD,
SYED AZMAN SYED ISMAIL DAN NUR SYAMSILA MOHAD HARIS
2016

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA


Buku ini ditulis khas untuk pelajar PISMP yang mengambil kursus Nombor dan Struktur Nombor di
IPG seluruh Malaysia. Kursus ini bertujuan membolehkan para pelajar menghayati Sistm Angka
Hindu-Arab dan menguasai kosep pelbagai jenis nombor dan memperoleh kefahaman struktur
nombor. Tajuk-tajuk yang dibincang merangkumi Sistem Angka, Asas Nombor, Nombor Perdana dan
Nombor Gubahan, Pola Nombor, Nombor Modular dan Segi Empat Sama Ajaib, Nombor Nisbah
serta Nombor Bukan Nisbah.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA


Memberi kefahaman yang jelas dalam tajuk Nombor dan Struktur Nombor dan mudah digunakan
sebagai panduan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas . Buku ini boleh menjadi
buku panduan kepada pelajar IPG.
BIL. SINOPSIS : 2 daripada 3

KONSEP DAN AKTIVITI PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK: NOMBOR BULAT


YEONG PAK FOO, BERNARD LAU, NG SIEW CHIN ET.AL
1998

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA


Buku ini merupakan buku panduan pengajaran dan pembelajaran matematik untuk meningkatkan
mutu pengajaran dan pembelajaran matematik serta prestasi murid dalam mata pelajaran
Matematik di sekolah rendah. Buku panduan ini sesuai untuk guru praperkhidmatan dan juga guru
dalam perkhimatan. Buku ini juga bermanfaat untuk membantu mereka menjelaskan konsep di
samping membekalkan mereka satu sumber rujukan tambahan. Buku ini menekankan kefahaman
konsep dalam matematik dan mencadangkan aktiviti yang pelbagai bentuk. Aktiviti yang
dicadangkan memberi idea untuk guru menggunakan kreativiti dan inovasi masing-masing untuk
menjadikan pembelajaran lebih menyeronok. Topik-topik yang dibincangkan adalah Nombor,
Penambahan, Penolakan, Pendaraban, Pembahagian dan Operasi Bercampur.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA


Buku panduan ini memberi idea pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran matematik sekolah
rendah. Buku ini boleh menjadi satu buku rujukan kepada pensyarah untuk diguna pakai dalam
kuliah atau aktiviti dalam bilik darjah. Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan boleh menjadi topik
perbincangan untuk menambahbaikan pembelajaran di dalam bilik darjah.

BIL. SINOPSIS : 3 daripada 3

SEJARAH MATEMATIK
ABDUL LATIF SAMIAN
1992

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA


Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, matematik merupakan satu mata pelajaran yang
membosankan. Maka penulis ini cuba mengaitkan dengan sejarah matematik untuk menarik
perhatian pelajar. Buku ini mengandungi tiga bahagian yang utama. Bahagian Satu membincangkan
matematik dalam pelbagai tamadun. Bahagian Dua pula menerangkan perkembangan ringkas
beberapa cabang utama matematik sementara Bahagian Tiga memfokuskan beberapa sarjana
matematik yang terkenal seperti Euclid, Archimedes, Al-Khwarizmi dan lain-lain lagi.
MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Memberi pengetahuan tentang tamadun matematik, memahami cabang-cabang matematik seperti


Geometri Bukan Euklidan dan Topologi yang jarang kita pelajari dalam sekolah. Selain pengetahuan
tamadun matematik kita dapat mengenal secara lebih mendalam tentang sarjana-sarjana matematik
dan sumbangan mereka dalam matematik.
BIL. SINOPSIS : 4 daripada 5

STATISTIK ASAS
PUMADEVI SIVASUBRAMANIAM, NURUL SHAHHIDA ABU BAKAR
DAN FATIMAH ROZIHAN WAN MUHAMMAD2015
SINOPSIS BUKU YANG DIBACA
Buku ini ditulis khas untuk pelajar yang mengambil kursus Statistik Asas di IPG seluruh Malaysia.
Kursus Statistik Asas ini bertujuan melatih para pelajar dalam asas statistik; mentadbir, menganalisis
dan memterjemah data; mempelajari taburan normal dan taburan piawai; mengira ukuran
kecenderungan memusat, serakan dan kebangkalian; serta menentukan korelasi antara dua
pemboleh ubah. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi yang diperlukan untuk statistik asas
dijelaskan melalui ilustrasi dengan menggunakan perisian Microsoft Excel. Ada beberapa kesilapan
dalam contoh soalan dan penyelesaiannya. Dalam setiap bab disertakan dengan rumusan, latihan
pengukuhan, jawapan dan rujukan yang sesuai.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA


Memberi kefahaman yang agak jelas dalam tajuk statistik dan mudah digunakan sebagai panduan
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas namun kesilapan perlu disemak sebelum
buku ini diterbitkan kerana buku ini diguna pakai oleh pelajar PPISMP dalam kursus asas.
NAMA PENUH : DR. FATIMAH BINTI MUSTAFFA
SEKTOR/UNIT/ORGANISASI : PENDIDIKAN/JPIPK/IPGK PM
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENSYARAH AKADEMIK
TARIKH& MASA PEMBENTANGAN
(JIKA BERKAITAN) : TIADA

LATIHAN DAN PEMBANGUNAN KERJAYA


MUSTAFFA DAN RAKAN-RAKAN
2017

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Buku ini merupakan himpunan kajian-kajian ilmiah berkaitan latihan dan pembangunan kerjaya
antaranya ; Tahap kompetensi mengurus kerjaya dalam kalangan pelajar universiti teknikal, minat
dan faktor pendorong kerjaya pelajar orang asli, kesedaran Belia terhadap peluang menjana
ekonomi melalui Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan
sikap serta hubungannya dengan kerjaya dalam mata pelajaran vokasional, hubungan antara
personaliti dan persepsi terhadapa tingkah laku kerja tidak produktif dalam kalangan pekerja
industri: Kajian Literatur, kesediaan Pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap pembentukan
kebolehkerjaan di Kolej Vokasional Wilayah Selatan, hubungan Emosi Malu Terhadap Pengajaran
dan Pembelajaran Kemahiran Asas Psikomotor, persepsi atlet wanita terhadap pengurusan risiko
sukan pengamalan penyelidikan di politeknik Premier serta kecenderungan belia Felda dalam
pemilihan Kerjaya.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA


Buku ini menjelaskan laluan kerjaya yang sesuai dan boleh diceburi graduan teknikal vokalsional.
NAMA PENUH : ROSLIZAH BINTI A. SAMAD
SEKTOR/UNIT/ORGANISASI : PENDIDIKAN/JSN/IPGK PM
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENSYARAH AKADEMIK
TARIKH& MASA PEMBENTANGAN
(JIKA BERKAITAN) : 9 MAC 2018 2.45 / 4.15 PETANG / SINERGI ILMU

BIL. SINOPSIS : 1 daripada 3

BIOGRAFI CENDIKIAWAN DAN SAINTIS MUSLIM


DR. ZAINUR RASHID, DR WAN HAZMY, DR HUSSAINI DAN DR SYAMSUL
04

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Buku ini menghuraikan bagaimana saintis Islam dapat mempelopori dan menyadur warisan saintifik
tamadun Yunani ke dalam bidang perubaan, astronomi (kaji bintang), fizik, kimia, matematik dan
falsafah. Saintis Islam telah merintis beberapa penemuan baharu sebagai bukti betapa
mendalamnya minat orang Islam dalam pelbagai bidang kajian saintifik. Bahkan zaman kebangkitan
Eropah dan pelbagai ciptaan moden adalah berasaskan kepada pencapaian saintis Islam. Buku ini
mengandungi biografi 28 orang saintis Islam dalam pelbagai bidang ilmu yang disusun mengikut
carta aliran masa dalam tahun masihi.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Buku yang sangat bermanafaat kerana dapat membangkitkan rasa kagum terhadap pencapaian para
cendikiawan dan saintis Islam pada masa silam di samping dapat menjadi pemangkin motivasi untuk
kembali gemilang kepada generasi akan datang.
BIL. SINOPSIS : 2 daripada 3

FOUNDATIONS OF ASTRONOMY
MICHAEL SEEDS & DANA BACKMAN
2006

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

With this newly revised 9th edition of FOUNDATIONS OF ASTRONOMY, Mike Seeds' goal is to help
students use astronomy to understand science and use science to understand what we are.
Fascinating and engaging, this text illustrates the scientific method and guides students to answer
these fundamental questions: "What are we?" and "How do we know?" In discussing the interplay
between evidence and hypothesis, Seeds provides not just facts, but a conceptual framework for
understanding the logic of science. The book vividly conveys his love of astronomy, and illustrates
how students can comprehend their place in the universe by grasping a small set of physical laws.
Crafting a story about astronomy, Mike shows students how to ask questions to gradually puzzle out
the beautiful secrets of the physical world. Mathematics is incorporated into the text (and in
separate sections for easy reference), but the book's arguments do not depend on mathematical
reasoning, keeping even math-averse students engaged.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

The revision addresses new developments in astrophysics and cosmology, plus the latest discoveries,
including evidence of a new world beyond Pluto and new evidence of dark energy and the
acceleration of the universe. Students are also provided with an online assessment tool, called
AceAstronomy. Designed specifically to help students prepare for tests and exams, AceAstronomy
improves conceptual understanding by providing a personalized learning plan based on a pre-test
diagnostic.
BIL. SINOPSIS : 3 daripada 3

HISTORICAL MONUMENTS OF UZBEKISTAN


APAROV ALEXEY
2012

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Buku ini menghuraikan tentang monumen-monumen yang terdapat di bandar-bandar seluruh


negara Uzbekistan. Di Uzbekistan terdapat banyak monumen yang telah dibina berabad-abad yang
lalu masih terpelihara hingga sekarang. Monumen yang begitu indah dan sarat dengan hasil seni ini
menjadi bukti sejarah yang pernah tercipta di bumi Uzbekistan. Selain itu, kompleks seni bina Ichan-
Kala di Khiva, pusat-pusat sejarah Bukhara, Shakhrisabz, Samarkand telah mendapat pengiktirafan
dunia dan dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO. Hari ini pelancong dari pelbagai
negara di dunia tidak henti-henti melawat Uzbekistan untuk menyaksikan sejarah, kecantikan seni
bina dan misteri bandar-bandar purba di sini. Mereka juga akan mengagumi ciptaan-ciptaan yang
indah seni binanya dan kesenian yang diwariskan dari generasi kepada generasi.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Matlamat buku ini adalah untuk membantu pembaca khususnya pelancong yang datang ke
Uzbekistan untuk mengenali sejarah Uzbekistan dan mengenal pasti monumen-monumen yang
terdapat di sana. Penulis berharap pembaca akan mengingati imej dan menghargai seni yang
ditonjolkan melalui monumen-monumen ini di samping memahami mengapa penulis khasnya dan
rakyat Uzbekistan umumnya begitu sayang dan berbangga dengan monumen-monumen tersebut.
NAMA PENUH : NUR FARAH GAN BINTI ABDULLAH
SEKTOR/UNIT/ORGANISASI : PENDIDIKAN/JPJK/IPGK PM
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENSYARAH AKADEMIK
TARIKH& MASA PEMBENTANGAN
(JIKA BERKAITAN) :

KUASA KEPIMPINAN 4E
JEFFREY A. KRAMES
2013

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Jack Welch yang menerajui syarikat General Electric (GE), telah berjaya menukarkan syarikatnya dari
sebuah syarikat pembuatan kepada sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai produk dan servis
yang sangat besar dan cemerlang. Menurut beliau, pemimpin yang paling bijak di dunia hanya akan
mengambil orang yang paling bijak di dunia sebagai pekerjanya. Namun, kepintaran bukan syarat
utama menjadi pemimpin yang berjaya. Beliau mengaplikasi kaedah model Kepimpinan 4E (Energy,
Energizes, Edge dan Executes) untuk mencari dan melatih pemimpin yang dapat menyesuaikan diri
dengan budaya kerja GE yang berdisiplin tinggi serta berasaskan prestasi. Model ini mencetuskan
kontroversi dan menerima tentangan pada peringkat awal pelaksanaannya. Jack Welch memecat
ramai pengurus yang berfikiran sempit dan menggantikan mereka dengan individu yang bersedia
membaca kehendak pelanggan dan pasaran. Beliau juga menjual lebih 100 bisnes yang tidak sejajar
dengan visi GE dan memberhentikan lebih 100,000 orang pekerja. Tiga tahun selepas proses
penyusunan semula tersebut, GE berubah sepenuhnya menjadi syarikat yang hebat. Keberkesanan
Model Kepimpinan 4E terbukti melahirkan pekerja serta pemimpin yang hebat, dapat menjimatkan
kos dan menguntungkan syarikat. Antara teknik kepimpinan yang sangat berpengaruh dan perlu
dimiliki oleh ‘pemimpin 4E’ adalah dengan membuat keputusan yang terbaik dengan penuh yakin
walaupun dalam situasi yang sukar, mengurangkan karenah birokrasi dan merobohkan tembok
penghalang antara pemimpin dan pekerja, menambah baik strategi lama dan mencipta strategi
baharu untuk mengembangkan syarikat.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Seseorang pemimpin seharusnya bertenaga menghadapi masalah dan perubahan. Pemimpin


seharusnya berupaya menyatukan stafnya, memberi motivasi dan inspirasi kepada stafnya. Dengan
kata lain, pemimpin seharusnya memimpin stafnya bergerak ke arah perubahan walaupun terdapat
pelbagai cabaran seperti halangan politik, birokrasi, dan sumber yang terhad. Pemimpin juga perlu
bijak mengambil kesempatan ini memenuhi keperluan asas, nilai-nilai dan emosi stafnya.
Click here to enter text.
NAMA PENUH : DR. FAUZIAH BINTI YAHYA
SEKTOR/UNIT/ORGANISASI : PENDIDIKAN/JSN/IPGK PM
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENSYARAH AKADEMIK
TARIKH& MASA PEMBENTANGAN
(JIKA BERKAITAN) :

PENILAIAN PROGRAM DALAM PENDIDIKAN SAINS SOSIAL


GHAZALI DARUSALAM, OTHMAN TALIB, NORMAH IDRIS
2017

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Buku ini menghuraikan berkaitan penilaian program yang sesuai dilakukan dalam pendidikan sains
sosial. Pendekatan Penilaian program yang dibincangkan memberi pengetahuan kepada pembaca
tentang persoalan, asas, tujuan, kaedah dan ciri penilaian program yang sesuai dilaksanakan jika
melibatkan pendidikan sains sosial. Seterusnya jenis penilaian program yang bersesuaian juga
dibincang secara jelas. Reka bentuk kajian yang terlibat serta kaedah pengumpulan data juga
dihuraikan dengan jelas. Akhirnya contoh cara penulisan pelaporan turut dibincangkan.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Buku ini memberi idea kepada pembaca berkaitan cara untuk menjalankan penilaian program
dengan berkesan. Penilaian program perlu dilakukan setiap lima tahun selepas sesuatu program
dijalankan. Oleh itu buku ini boleh dijadikan panduan asas untuk penilaian program.
Click here to enter text.
NAMA PENUH : DR. ZALELA BINTI ABD AZIZ
SEKTOR/UNIT/ORGANISASI : PENDIDIKAN/JSN/IPGK PM
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENSYARAH AKADEMIK
TARIKH& MASA PEMBENTANGAN
(JIKA BERKAITAN) :

BIL. SINOPSIS : 1 daripada 3

SCIENCE PROCESS SKILLS


DR. KAREN L. OSTLUND
1992

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Science is more than a body of facts, a collection of principles and a set of tools for measurement.
Science is a structured and directed way of asking and answering questions. The intellectual value of
mastering the science process skills is far greater than the value of the ability to repeat scientific
facts or principles. The process skill assessments in this book provide an effective method for testing
student achievement, and provide the teacher with feedback on pupil performance. The value of the
science process skill assessments is enhanced by the enjoyment and success students derive from
completing the tasks. The Process Skills tasks are devided to six level starting from the basic to the
higher level.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

The assements can be used in a variety of classroom settings. Multiple stations could be set up so
that each student is encouraged to focus on her or his work. The arrangement of the stations will
influence the quality of each student’s work and the monitoring the teacher will have to do while
students complete each task. The assessment are designed to be flexible to be administered
individually, in a small group, or with the entire class.
BIL. SINOPSIS : 2 daripada 3

SCIENCE IN THE CLASSROOM


Miles Barker
1991

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

The ideas in Science In The Classroom are grouped under three formats (experiences, the interactive
teaching sequence, and the generative teaching model). Each format is based on children’s everyday
understandings as the context for initiating learning, but the teacher’s role as stimulator, challenger,
resource person and co-investigator is crucial.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

There are at least six well known formats for teachig and learning in classrooms. They can be placed
as the basis of a useful discussion about their teaching/ learning viewpoint, on the constructivist-
positivist spectrum. Science in the classroom has an explicitly constructivistic focus and within that
contex the portability of components between the Interactive Teaching Squence, the Generative
Teaching Model and the Experiences has already been discussed. However, it is important to realise
that the pprocess, discovery and transmission approaches have a contributions to make throughout
Science In The Cassroom.
BIL. SINOPSIS : 3 daripada 3

THINKING THROUGH SCIENCE – ACTIVITIES FROM BIOLOGY


DAVID EDWARDS

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

The exercises in this book are about important applications of biology. This book also will help to
understand some useful biological ideas. It also helps us to enjoy biology – a very important part of
our everyday lives.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Such topics as space Invaders, Food chain detectives, Pyramids in the garden are simple topics to
make student understand the basic of life. Such explanation will make student understanding and
concepts more clear and have fun to learn.
Topics such as Organ system of plants, Early days, Fighting Disease, Stress and Digestive are more
simple to be explained in this book and make the students understanding more meaningful.
Afterall, hands on activities will be meaningful to all students in their learning process.
NAMA PENUH : AMERRUDIN BIN OTHMAN
SEKTOR/UNIT/ORGANISASI : PENDIDIKAN/JPK/IPGK PM
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENSYARAH AKADEMIK
TARIKH& MASA PEMBENTANGAN
(JIKA BERKAITAN) :
BIL. SINOPSIS : 1 daripada 3

PROFESIONALISME GURU NOVIS : MODEL LATIHAN (EDISI KE-2)


ZAMRI MAHAMOD, NORASMAH OTHMAN, MOHAMMED SANI IBRAHIM
2007

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Buku ini menjelaskan mengenai Model Latihan dan sesuai dijadikan bahan rujukan kepada bakal
guru, guru-guru novis, guru-guru dan pentadbir sekolah. Selain itu, buku ini juga sesuai dijadikan
bahan rujukan kepada bakal guru di IPG bagi kefahaman mengenai profesionalisme yang perlu ada
pada setiap guru novis semasa berada di sekolah. Buku ini turut menjelaskan mengenai masalah
sosialisasi yang biasa dihadapi oleh guru novis serta strategi PdP yang dapat membantu dalam
meningkatkan tahap profesionalisme guru.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Hasil pembacaan dikongsi bersama dengan ahli jabatan dalam Latihan Kemajuan Staf (LKS) mengenai
cadangan penulis mengenal pasti permasalahan yang berlaku dalam kalangan bakal-bakal guru
sebelum ditempatkan di sekolah sebagai pendidik. Buku ini memberi cadangan mengenai cara
meningkatkan jati diri bakal-bakal guru sebelum ditempatkan di sekolah-sekolah seluruh negara.
Buku ini memberi cadangan mengenai aspek profesionalisme guru, menjelaskan mengenai peranan
guru novis, aspek pementoran dan perkembangan kerjaya guru, pengurusan tingkah laku guru novis,
strategi PdP, sistem sokongan mengatasi masalah dan model latihan guru itu sendiri.
Buku ini dapat membantu guru-guru novis mengenai aspek PdP yang berkesan dan membantu guru
novis dalam aspek pengurusan di bilik darjah dan pengurusan sekolah.

BIL. SINOPSIS : 2 daripada 3

PEMBELAJARAN ABAD KE-21 – “MERUNGKAI KURIKULUM”


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2014

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Merungkai Kurikulum ;
Buku ini merujuk kepada penyusunan semula standard kandungan, standard pembelajaran dan
standard prestasi ke dalam RPT dan RPH mengikut kebolehan murid semasa pelaksanaan PdP
menggunakan pedagogi yang bersesuaian bagi mencapai objektif pembelajaran. Untuk itu guru perlu
memahami beberapa proses dalam merungkai kurikulum antaranya memahami DSKP, RPT, RPH dan
melaksanakan PdP dan akhir sekali membuat pentaksiran bagi memastikan keberkesanan PdP.
Semua aspek tersebut perlu difahami guru.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Hasil pembacaan mengenai “Merungkai Kurikulum” dapat memahami DSKP dari segi standard
kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi dalam penyediaan RPT. Pemahaman
terhadap DSKP akan memudahkan pemetaan terhadap topik yang akan diajar bagi penyediaan RPT
mengikut topik rancangan mingguan. RPT yang dirancang akan memudahkan perancangan RPH
dapat dihuraikan lebih terperinci dengan mengaitkan SK dan SP. Rungkaian ini secara tidak langsung
dapat mengaitkan dengan kaedah penilaian berdasarkan objektif bagi pengajaran harian. Melalui
pemahaman terhadap merungkai kurikulum perkara ini boleh dikaitkan dengan perancangan
pensyarah dalam menyediakan LAM-PT05-01 dan PT05-02 merujuk kepada RMK/MK bagi
perancangan satu semester PdPC termasuk penilaian yang bersesuaian dengan kursus yang diajar.
BIL. SINOPSIS : 3 daripada 3

BUKU PANDUAN PENYELIDIKAN TINDAKAN


PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK, IPGM
2016

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Buku Panduan Penyelidikan Tindakan ini memberi fokus kepada cara menulis penyelidikan tindakan
yang melibatkan etika penyelidikan, format penulisan termasuk penulisan kertas cadangan
penyelidikan. Buku ini juga memberi panduan dan format penyediaan artikel dan disertakan dengan
rubrik pentaksiran kertas cadangan, laporan penyelidikan tindakan dan rubrik pentaksiran artikel.
Buku Panduan Penyelidikan Tindakan ini dapat membantu penyelidik mengenai keperluan asas
pelaporan akhir termasuk pelaksanaan pembentangan. Para panel penulis dalam kalangan
pensyarah pakar dapat membantu penyelidik memahami cara mentadbirkan kajian yang lebih
berkesan.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Antara manfaat yang diperoleh daripada pembacaan Buku Panduan Penyelidikan dapat membantu
penyelia pembimbing untuk membimbing guru pelatih membuat kajian penyelidikan, dapat
meningkatkan kefahaman mengenai jenis instrumen yang sesuai untuk Kajian Penyelidikan, dapat
memahami format penulisan rujukan berasaskan format APA dengan jelas, dan sebagai panduan
kepada penyelia menilai kajian penyelidikan dalam pemberian markah menepati rubrik pemarkahan.
NAMA PENUH : ZURINAH BINTI AHMAD
SEKTOR/UNIT/ORGANISASI : PENDIDIKAN/ULDP/IPGK PM
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENSYARAH AKADEMIK
TARIKH& MASA PEMBENTANGAN
(JIKA BERKAITAN) : TIADA

BIL. SINOPSIS : 1 daripada 3

APLIKASI TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA


SAPORA SIPON
2015
SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Buku ini membincangkan teori-teori yang terdapat dalam perkembangan kerjaya seperti Teori Tret
dan Faktor, Teori Personaliti dan Persekitaran Holland. Berdasarkan teori kerjaya yang dibincangkan
dalam buku ini, pembaca dapat mengaplikasikan teori perkembangan kerjaya dalam sesi kaunseling.
Beberapa inventori kerjaya yang dimuatkan dalam buku ini dapat membantu individu untuk
mengetahui minat dan sikap terhadapa sesuatu kerjaya.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Dapat membantu pelajar dalam mengenali minat kerjaya mereka dan membantu pelajar mencintai
profesion keguruan.
BIL. SINOPSIS : 2 daripada 3

Teori dan Amalan Kaunseling Kerjaya


Melati Sumari et. al
2015
SINOPSIS BUKU YANG DIBACA
Buku ini memberi pendedahan secara mendalam dan holistik kepada individu yang terlibat dalam
profesion kaunseling. Buku ini memberi fokus kepada teori-teori kaunseling kerjaya.
Buku ini juga memperkenalkan teori-teori kaunseling kerjaya terkini yang boleh menjana
pecambahan intelektual melalui soalan perbincangan pada setiap bab.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Dapat membantu pelajar dalam mengenali minat kerjaya mereka dan membantu pelajar mencintai
profesion keguruan.

BIL. SINOPSIS : 3 daripada 3

AL-QURAN SEBAGAI PETUNJUK


PROF. DATO’ DR. SIDEK BABA
2016

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Sebuah buku yang menjadikan kitab umat Islam sebagai sumber ilmu. Ilmu dalam pelbagai dimensi
yang menepati maksud Islam itu sendiri sebagai suatu cara hidup. Islam tidak hanya sebagai satu
sistem kepercayaan tetapi manifestasi daripadanya terlihat dalam watak dan amalan. Al-Quran
tidak bersifat harfiah tetapi sifatnya merujuk kepada sumber rahmah dan nikmah yang dicipta oleh
Allah dan hikmahnya amat bermakna kepada manusia. Jiwa tadabbur yang diungkapkan oleh al-
Quran memberi pedoman kepada manusia untuk membangunkan tradisi ilmu dan tamadun yang
diredhai-Nya. Kandungan buku ini mengupas banyak aspek yang berkaitan dengan al-Quran supaya
pembicaraan terhadap subjek berlandaskan fikrah Qurani yang menyantuni faktor adliah dan
sifatnya sepadu serta seimbang.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Memberi kesedaran tentang kepentingan menjalankan tugas, amanah dan tanggungjawab dengan
seikhlas mungkin kerana Allah.
NAMA PENUH : SOFIAH BINTI MOHAMED
SEKTOR/UNIT/ORGANISASI : PENDIDIKAN/JaPIM/IPGK PM
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENSYARAH AKADEMIK
TARIKH& MASA PEMBENTANGAN
(JIKA BERKAITAN) : TIADA

BIL. SINOPSIS : 1 daripada 3

MANUSIA DAN ISLAM JILID SATU


ROHANI ABDULLAH, NANI MENON & MOHD. SHARANI AHMAD
2002

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Buku ini membincangkan mengenai Islam secara dasar. Buku ini menjelaskan mengenai manusia dan
Islam yang berasal dari unsur rohani dan jasmani, kewajipan manusia sebagai hamba Allah,
mengenai pengertian Islam dari segi bahasa dan syarak serta penjelasan mengenai rukun Iman dan
Rukun Islam dan tunjang.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Islam adalah agama yang sempurna dan agama hak yang diakui oleh Allah SWT sebagai rahmah
kepada sekalian alam. Segala arahan dan larangan Islam bersesuaian dengan kehidupan manusia dan
seluruh alam semesta.
BIL. SINOPSIS : 2 daripada 3

MANUSIA DAN ISLAM JILID DUA


DR HARUN DIN
002
SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Buku ini membincangkan mengenai tasawwur Islam secara keseluruhan mengenai sistem-sistem
dalam Islam, iaitu sistem akhlak, kemasyarakatan, jenayah serta sistem kekeluargaan dalam Islam.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Islam adalah deen yang sangat lengkap dan sistemnya melengkapi dan merangkumi keseluruhan
sistem dalam kehidupan manusia.

BIL. SINOPSIS : 3 daripada 3

Panduan Kurikulum Prasekolah


Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad
2005
SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Buku ini membincangkan mengenai pendidikan peringkat prasekolah secara keseluruhan menyentuh
dari pelbagai aspek dan tunjang. Buku ini dimulakan dengan penjelasan mengenai Falsafah,
Pendidikan dan Kurikulum Prasekolah, seterusnya mengenai perkembangan kanak-kanak, PdP Sains,
Matematik, bahasa, Pendidikan Agama Islam dan Moral, Pengurusan bilik darjah, jadual,
penggunaan komputer, pelibatan ibubapa dan komuniti serta penilaian dan rekod perkembangan
murid.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Guru berperanan penting dalam pendidikan kanak-kanak prasekolah. Guru yang cemerlang dengan
ilmu pengetahuan, kesungguhan yang mantap serta perlaksanaan PdP yang baik akan melahirkan
kanak-kanak yang mempunyai ilmu pengetahuan pelbagai serta dapat memupuk akhlak yang mulia.
NAMA PENUH : IZZAH BINTI ABU BAKAR
SEKTOR/UNIT/ORGANISASI : PENDIDIKAN/JIP/IPGK PM
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENSYARAH AKADEMIK
TARIKH& MASA PEMBENTANGAN
(JIKA BERKAITAN) : TIADA

BIL. SINOPSIS : 1 daripada 2

Budaya dan Keusahawanan Cina di Malaysia


Chin Yee Whah
2005

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Budaya niaga tidak bersifat statik tetapi dinamik dan mengambil bentuk baharu dalam konteks
struktur politik, sosioekonomi dan budaya yang berbeza-beza. Terdapat interaksi antara budaya
niaga usahawan Cina di Malaysia dengan transformasi keusahawanan mereka. Pelibatan etnik Cina
dalam perniagaan bukan sahaja didorong oleh budaya tetapi keluarga, psikososial individu dan kesan
pengalaman kerja yang saling berintegrasi mempengaruhi cara mereka. Pertumbuhan ekonomi
negara yang pesat dan peluang menjadi majikan turut mempengaruhi tindakan usahawan Cina
menceburi bidang perniagaan. Integrasi pelbagai pengaruh inilah yang membawa kedinamikan
dalam keusahawanan Cina.
MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Masyarakat dan usahawan Cina menerima bahawa perniagaan bukan sahaja satu bentuk profesion
malahan budaya yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Inilah antara merupakan faktor
syarikat perniagaan dalam keluarga Cina mulai berkembang ke arah pemodenan dan mengalami
transformasi yang hebat dari aspek pengurusan sumber tenaga manusia, peningkatan
profesionalisme dan pengurangan nepotisme, peningkatan konsep milik bersama dan berkongsi
keuntungan.

BIL. SINOPSIS : 2 daripada 2

CINTA DI LANGIT GAZA


RIDUAN MOHAMAD NOR
2010
SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Buku ini bertemakan misi membantu manusia yang dihempap derita di tanah air sendiri – Bumi
Gaza. Melepasi garisan Gaza yang terbakar dan musnah adalah kemuncak kepada perjalanan hidup
penulis. Buku ini juga wahana untuk berkongsi pengalaman dan niat meransang insan lain untuk
turut membuat kebajikan dan amal serta berkorban membantu mereka di bumi Gaza. Penulis
diberikan kesempatan oleh Allah untuk melangkah beberapa benua untuk menyantuni umat Islam
yang disengat kesusahan dan kejerihan. Misi kemanusiaan dengan kepayahan yang berbeza, perang
di Palestine, gempa bumi di Pakistan dan Kashmir, kemelaratan dan pengasingan di Cambodia,
tsunami di Aceh dan Jawa Barat. Buku ini telah ditulis secara jujurnya bagi merakamkan pengalaman
penulis bersama NGO Muslim Care yang menjalankan misi kemanusiaan di pelbagai belahan dunia
beserta pengalaman peribadi. Pemerhatian dan pelibatan secara langsung di medan masyarakat
sangat berbekas dalam dirinya sehinggakan terasa kerugian yang besar jika tidak dikongsi dengan
pembaca yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepadanya. Penulis mengungkapkan
bahawa sejarah akan membuktikan bahawa kita semua wujud untuk memaknai sebuah kehidupan
yang sarat dengan konflik hak dan batil seperti mana Islam dan jahiliah.
MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Kita perlu menginsafi bahawa sejarah dan pengalaman hidup mestilah digarap dalam perspektif yang
betul supaya benar-benar dapat dijadikan tauladan dan sempadan untuk menempuh hari-hari
mendatang yang tidak tentu baik buruknya dan semakin mencabar.
NAMA PENUH : MOHAMAD ROSLI BIN BADRON
SEKTOR/UNIT/ORGANISASI : PENDIDIKAN/UKOKU/IPGK PM
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENSYARAH AKADEMIK
TARIKH& MASA PEMBENTANGAN
(JIKA BERKAITAN) : TIADA

BIL. SINOPSIS : 1 daripada 3

HURAIAN FALSAFAH TRADISI PENTING UNTUK KEJAYAAN HIDUP


HAJAH ZAKIAH BINTI MD. LASSIM
2015
SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Masyarakat kita terutamanya mereka yang masih muda semakin terhakis nilai kemanusiaan.
Pelanggaran etika dan moral sering kali terpapar di media massa. Remaja membunuh, merompak,
menghidu gam, menghisap ganja, menjadi kutu rempit, berkelakuan biadap dan sebagainya sudah
mula diperbincangkan.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Setiap individu seharusnya memainkan peranan secara langsung mahupun tidak langsung untuk
membendung gejala sosial daripada berleluasa dalam kalangan generasi muda. Ibu bapa misalnya
merupakan model utama kepada pembentukan sahsiah diri dan peribadi anak-anak. Anak-anak
perlu dibimbing dan dikawal agar apabila mereka dewasa kelak, memilik kebijaksanaan dan
kekuatan diri dalam memilih percaturan hidup.
BIL. SINOPSIS : 2 daripada 3

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2017


CUTI REHAT KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD. 3 (19)
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
2017
SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Pekeliling JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld. 3 (19) adalah menjelaskan dan melaksanakan keputusan
Kerajaan mengenai pelaksanaan Cuti Rehat Khas bagi menambah baik peruntukan sedia ada yang
dinikmati oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di sekolah dan institut pendidikan.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Sebagai seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan mestikan mengetahui kelayakan Cuti Rehat Khas
yang telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar
dan diberi kemudahan cuti penggal/semester di sekolah atau institut pendidikan daripada 7 hari ke
10 hari yang berkuatkuasa mulai Januari 2018. Selain itu seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
mestilah mengetahui tafsiran, pelaksanaan yang menerangkan kelayakan cuti rehat khas, peraturan
dan syarat cuti rehat khas, kuasa melulus. Selain pemberian wang tunai gantian cuti rehat (GCR)
serta tindakan ketua jabatan untuk urusan kelulusan cuti rehat khas.

BIL. SINOPSIS : 3 daripada 3

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 28 TAHUN 2009 - TANGGUNGJAWAB PEGAWAI AWAM


TERHADAP PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM BERDASARKAN TATAKELAKUAN PEGAWAI
AWAM (JPA (S) TT.71/197)
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
SINOPSIS
2009 BUKU YANG DIBACA

Pekeliling JPA (S) TT.71/197 adalah menjelaskan tanggungjawab kita sebagai pegawai awam dalam
penyampaian perkhidmatan awam. Sebagai pegawai awam hendaklah mengelakkan daripada
perkara seperti salah guna kuasa, kelewatan atau tiada tindakan, kegagalan penguatkuasaan, kualiti
perkhidmatan kuanter yang kurang memuaskan, kegagalan mengikut prosedur dan tidak responsif.
MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Sebagai pegawai awam mestikan komitmen dan dasar Kerajaan dalam mengingkatkan penyampaian
perkhidmatan awam dapat dilaksanakan dengan cepat, cekap dan berkesan. Sehubungan dengan itu
kita mestilah melaksanakan amanah dengan melaksanakan tugas dengan cekap, jujur dan amanah,
bertanggungjawab serta berintegriti, meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada
kepentingan sendiri, tidak menggunakan kedudukan awam bagi faedah sendiri, menjaga imej
perkhidmatan awam dan tidak cuai melaksanakan tugas yang diamanahkan.
NAMA PENUH : MAZMI BINTI MAAROF
SEKTOR/UNIT/ORGANISASI : PENDIDIKAN/JPK/IPGK PM
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENSYARAH AKADEMIK
TARIKH& MASA PEMBENTANGAN
(JIKA BERKAITAN) : TIADA

BIL. SINOPSIS : 1 daripada 3

PROMOTING INCLUSIVE TEACHER EDUCATION: CURRICULUM


IAN KAPLAN & INGRID LEWIS
013

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

The curriculum followed in teacher education – especially during pre-service programs shapes
teachers’ attitudes, knowledge and competencies, and influences their subsequent work with their
own students. Advocating for inclusive education to be incorporated into the pre-service teacher
education curriculum in your country or teacher education institution is, therefore, an essential part
of moving forward with inclusive education.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

These key challenges are important advocacy suggestions and strategic planning that can be
implemented by the Malaysia Teachers Training Institute to embedded in its policy, teacher training
curriculum and subjects taught in the pre-service teachers programs in Malaysia.
BIL. SINOPSIS : 2 daripada 3

TOOLKIT ON DISABILITY: AFRICA INCLUSIVE EDUCATION


UNITED NATIONS
2016
SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

To highlight the importance of inclusive education for persons with disabilities,particularly children,
on the basis of equality and non-discrimination; to explore the barriers to inclusive education faced
by learners with all types of disabilities; and to consider actions for removing them.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Inclusive Education is very much an integral knowledge and skills that are pertinent in today’s
education agenda. The current parctice, issues and challenges must be understood and read within
the context of a country. Inclusive Education allows freedom and availability of access and
engagement for all children to receive educational support. The relevant Ministries, teacher training
institutes, schools and communities have to embrace and adapt Inclusive Education to ensure the
global education agenda are supported with means and initiatives.

BIL. SINOPSIS : 3 daripada 3

SUPPORTING INCLUSIVE EDUCATION PRACTICE


DAVID FULTON
2006
SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

The most important factor in determining the best outcomes for pupils with learning difficulties and
disabilities is not the type but the quality of the provision. Effective provision was distributed
eaqually in the mainstream and special schools visited, but there was more good and outstanding
provision in resourced mainstream schools than elsewhere.

The greatest progress children make in their learning and the most successful examples of
overcoming barrier to learning happen when those designing the learning activities fully understand
the needs of the child and when they provide learning activities that challenge and motivate that
child.

Supporting Inclusive practice requires a curriculum that accommodate all children to enjoy and
achieve at school. A one size fits all approach where learning was delivered to all children in the
same way irrespective of whether they had the skills, knowledge, understanding and capacity to
access it, was placing barriers in the many way of many children’s enjoyment of and achievement in
learning.

The book discusses on the ECM Every child Matters agenda 2004 implemented in the UK as a
response to ensure that all children are given the welfare and the education of children are given the
imperative focus. The outcomes of the ECM are; all children should be healthy be safe, enjoy and
achieve, make a positive contribution and enjoy economic wellbeing. Therefore, as educators we are
required to review our beliefs and work practice to ensure that it is us who is causing the barrier to
learning for all children.

The book also discusses on the behavioral and cognitive approaches to teaching children with autism
and Asperger’s syndrome. The book recommends that educators are to focus on facilitative
approach to teaching which emphasizes on children’s developmental profile rather their deficits in
skills. Best practices include to look for to encourage children’s special participation and inclusion in
the classroom, supporting children’s sensory processing and motor coordination and working with
parents.

The book also highlighted the importance of accommodating children with disabilities should be
discriminated against receiving the full benefits of education in schools. These include; the
curriculum, the teaching and learning classroom organization, all timetabled lessons, usual grouping
of pupils, homework, access to school facilities and activities to supplement the curriculum. Disabled
children should also be able to access school sports; lessons and events, usual break and lunchtime
arrangements, school meals, assessment and exam arrangements, school discipline and sanctions,
school clubs and activities, school trips and preparation of pupils for the next phase of education.
Under the UK’s Aim Higher for Disabled Children puts forward the project named Achievement for
All. Under this project, initiatives such as personalized learning which is defined as having high
expectation, building on the knowledge, interests and aptitudes of every child; involving children in
their own learning through shared objectives and feedback; helping children to become confident
learners and enabling children to develop and the skills they will need beyond school.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Supporting Inclusive Education is very much an integral knowledge and skills that are pertinent in
today’s education agenda. The current practice, issues and challenges must be understood and read
within the context of a country. Inclusive Education allows freedom and availability of access and
engagement for all children to receive educational support. The relevant Ministries, teacher training
institutes, schools and communities have to embrace and adapt Inclusive Education to ensure the
global education agenda are supported with means and initiatives.
NAMA PENUH : HASHIM BIN KALIL
SEKTOR/UNIT/ORGANISASI : PENDIDIKAN/JHEP/IPGK PM
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PEGAWAI PENGURUSAN
TARIKH& MASA PEMBENTANGAN
(JIKA BERKAITAN) : TIADA

BIL. SINOPSIS : 1 daripada 3

KITAB TAMADUN MELAYU


HELMI AFFENDI
2015
SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Buku diabadikan lengkap dalamnya fakta-fakta dan teori-teori sejarah yang terkini melalui kajian di
dalam dan luar negara, lebih daripada 60 senarai rujukan dalamnya. Buku ini disusun khas untuk
semua mengenali Sejarah Tamadun Melayu dari aspek kronologi, linguistik, kerajaan-kerajaan yang
wujud dan analisis Melayu hari ini. Tidak ketinggalan mengenai sejarah kedatangan Islam ke Tanah
Melayu.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Buku ini menjawab beberapa tohmahan, fitnah dan penyelewengan yang dilakukan terhadap
Sejarah Melayu.
BIL. SINOPSIS : 2 daripada 3

KITAB FIRASAT (ILMU MEMBACA SIFAT DAN KARAKTER ORANG DARI BENTUK TUBUHNYA)
FAKHRUDDIN AR-RAZI I
2015
SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Buku ini adalah bukti bahawa ilmu ini berkembang dari sejak zaman dahulu lagi. Jauh sebelum para
ilmuan moden di bidang Fisiognomi (Ilmu Membaca Manusia dari Bentuk Fizikalnya seperti
Gerolamo Cardano (1501-1576 M) dan Giambattista Della Porta (1535-1615 M), menulis buku-buku
fisiognomi. Imam Fakhruddin Ar-Razi telah lama menulis jauh sebelum mereka yang disebut di atas.
Ketika Cardano, menyatakan bahawa karakter dan nasib seseorang dilambangkan oleh bentuk garis,
tanda-tanda di dahinya, Ar-Razi sudah menulisnya dalam buku ini, dalam tajuk 'Petunjuk-Petunjuk di
Dahi' (Dala'il Al-Jabhah). Masih banyak lagi fakta ilmiah yang dikutip oleh ilmuwan moden yang telah
ditulis oleh Ar-Razi.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Antara manfaatnya ialah mengetahui keutamaan dan pembahagian ilmu firasat, mengetahui teknik
mengetahui watak seseorang dari bentuk dan rupa seluruh organ tubuhnya, ras dan jenis
kelaminnya, suara dan cara tertawanya, nafas dan ucapannya, gerak dan penampilannya dan
mengetahui watak manusia berdasarkan empat tahapan usia, kondisi ekonomi, dan letak
geografinya.
BIL. SINOPSIS : 3 daripada 3

SIFAT SHALAT NABI


MUHAMMAD NASHIRUDDIN AL-ALBANI
2017
SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Solat adalah ibadah yang agung dalam Islam, pada urutan kedua dalam rukun Islam. Para ulama
telah menulis berbagai kitab tentang solat, sama ada kajian tentang fiqih, hadis, dan sejarah,
mahupun kajian analisis seperti kesalahan-kesalahan dalam solat dan bida’ah-bida’ahnya, serta
perbandingan mazhab yang ada dalamnya. Akan tetapi, kerana buku-buku tersebut hanya boleh
dibaca oleh sekelompok kecil kaum Muslimin terpelajar, maka sebahagian ulama telah mencuba
menjelaskan hal-hal penting supaya lebih praktikal dan mudah difahami.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Kita dapat mengetahui dan penjelasan tentang cara solat Nabi melalui hadis-hadis sahih seolah-olah
kita berada dalam zaman kenabian. Kita dapat mengamalkan solat dengan penuh keyakinan tanpa
ada unsur-unsur tokok tambah dan was-was ketika melakukan ibadah.
NAMA PENUH : MOHD SAIFUL BIN TAMBY
SEKTOR/UNIT/ORGANISASI : PENDIDIKAN/ULDP/IPGK PM
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PEGAWAI PENGURUSAN
TARIKH& MASA PEMBENTANGAN
(JIKA BERKAITAN) : TIADA

BIL. SINOPSIS : 1 daripada 3

Republic Plato ala Ibn Rusyd


Affy Khoriyyah & Zainuddin
2015
SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Buku ini menghuraikan akan kebijaksanaan Ibn Rusyd dalam mencernakan ideologi Republik, Plato
yang disesuaikan dengan disiplin al-Quran dan Islam; yang menekankan keseimbangan dan
kesederhanaan dalam pentadbiran dan pemerintahan.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Islam adalah agama sarwajagat, sederhana dan mementingkan keseimbangan. Justeru itu, dalam
menzahirkan kekuatan fizikal dan roh dalam pemerintahan dan pentadbiran; seharusnya menjadikan
al-Quran dan as-Sunnah sebagai teras utama.
BIL. SINOPSIS : 2 daripada 3

Interlok
Sasterawan Negara; Abdullah Hussain
2008
SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Novel Interlok adalah hasil karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain yang diterbitkan pada tahun
1971 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang merupakan satu usaha untuk membangkitkan nilai
perpaduan, kekitaan antara kaum Melayu, Cina dan India. Novel ini memaparkan keadaan
masyarakat pada awal abad ke-20, iaitu zaman kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu, orang India
dari selatan benua India dan orang Melayu yang menjadi penghuni asal Tanah Melayu.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA


Perpaduan yang terjalin antara kaum dapat dilihat melalui sikap kerjasama dan saling bantu-
membantu pada majlis perkahwinan Maniam dan Malini. Hal ini selaras dengan pegangan hidup
yang diamalkan oleh mereka iaitu ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Walaupun, berlainan
bangsa dan agama mereka bersama-sama berkerjasama dalam memastikan kelancaran majlis
perkahwinan Maniam dan Malini. Adat perkahwinan kepelbagaian kaum di Malaysia telah
mempelbagaikan adat perkahwinan di Malaysia. Berdasarkan novel Interlok ini telah memaparkan
adat perkahwinan bagi masyarakat India. Buktinya, dapat dilihat ketika majlis perkahwinan Maniam
dan Malini.
BIL. SINOPSIS : 3 daripada 3

SUN TZU : ART OF WAR (EDISI BAHASA MELAYU)


WANG XUANMING
2011
SINOPSIS BUKU YANG DIBACA
Sun Tzu: Art of War meliputi subjek strategi secara meluas. Karya ini mengandungi ilmu yang
pelbagai, membincangkan dengan mendalam serta dianggap sebagai buah kebijaksanaan manusia
yang mempunyai potensi mengubah hala tuju dunia. Sekarang kita dapat lihat bagaimana strategi
diterapkan melangkaui medan perang dan mula meresap ke dalam kehidupan sehari-harian, lantas
membawa perubahan dalam apa-apa yang selama ini kita pandang enteng dalam perjuangan
meneruskan kelangsungan hidup. Pengaruhnya bukan sahaja terasa dalam pentadbiran kerajaan,
malah kepada pengurusan bisnes, perhubungan awam, dilpomasi dan sukan. Oleh itu kita dapat lihat
bagaimana fleksibiliti prinsip-prinsip strategi yang diajar oleh Sun Tzu dapat diterapkan,
menjadikannya rujukan bagi sesiapa yang mahu menyahut apa sahaja cabaran.

Buku ini mengandungi lukisan komik sebanyak tiga belas bab Art of War karya Sun Tzu serta
menggambarkan pemikiran Sun Tzu secara komprehensif. Turut dimasukkan contoh-contoh yang
relevan dari sejarah China untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang idea asal Sun Tzu. Buku
ini juga menekankan bahawa walaupun pertempuran-pertempuran terkenal sudah disebut dalam
buku-buku yang lain, mereka tetap dipaparkan di sini sebagai perbincangan dan analisis tambahan.
Ini adalah supaya para pembaca dapat mengambil kira pelbagai elemen peperangan termasuk faktor
tentera, politik dan kewangan. Buku ini turut menyentuh isu-isu seperti perlantikan jeneral,
pengaturan anggota tentera dan formasi bagi membolehkan buku ini difahami dari pelbagai sudut
pandangan agar buku ini terus bermanfaat biarpun dibaca berulang kali.

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Ini adalah sebuah karya yang menekankan strategi dalam peperangan. Walaubagaimanapun, strategi
dalam peperangan yang dinyatakan itu juga boleh diaplikasikan dalam bidang pentadbiran,
pengurusan dan pemerintahan.
NAMA PENUH : ZAINAH BINTI ABDULLAH KHAN
SEKTOR/UNIT/ORGANISASI : PENDIDIKAN/UKP/IPGK PM
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PEMBANTU OPERASI
TARIKH& MASA PEMBENTANGAN
(JIKA BERKAITAN) : TIADA

BIL. SINOPSIS : 1 daripada 2

BENARKAH ISKANDAR BUKAN ZULKARNAIN


AFAREEZ ABDUL RAZAK AL-HAFIZ
2009

SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Sejak sekian lama, kita mempercayai Iskandar Zulqarnain ialah individu yang hebat dalam sejarah.
Beliaulah yang kita namakan Alexander the Great. Namun, kita tidak pernah tahu sama sekali
bahawasanya Iskandar dan Zulqarnain adalah dua individu yang berbeza. Benarkah kenyataan itu?
Buku ini ada jawapannya. Buku ini dimulakan dengan kupasan mengenai empat raja agung dunia
purba mengikut turutan sejarah hidup mereka, iaitu Raja Namrud, Nabi Sulaiman, Raja Bukhtanasar
dan Zulqarnain. Ketiga-tiga raja pertama dipanggil dan diketahui dengan nama mereka sendiri
sedangkan Zulqarnain pula adalah satu gelaran yang disandarkan kepada beberapa tokoh hebat
termasuklah Raja Iskandar (Alexander). Siapakah mereka? Bilakah mereka memerintah? Siapakah
yang dahulu dan siapa pula yang datang kemudian? Diskusi dalam buku ini membantu anda bagi
lebih memahami sejarah silam. Namun, di sebalik segala persoalan itu, yang lebih penting adalah
persoalan, adakah sesuai jika disandarkan gelaran Zulqarnain kepada Raja Iskandar?
MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Sejak sekian lama, kita mempercayai Iskandar Zulqarnain adalah individu yang hebat dalam sejarah.
Beliaulah yang kita namakan Alexander the Great. Namun, kita tidak pernah tahu sama sekali
bahawasanya Iskandar dan Zulqarnain adalah dua individu yang berbeza. Benarkah kenyataan itu?
Buku ini ada jawapannya. Buku ini dimulakan dengan kupasan mengenai empat raja agung dunia
purba mengikut turutan sejarah hidup mereka, iaitu Raja Namrud, Nabi Sulaiman, Raja Bukhtanasar
dan Zulqarnain. Ketiga-tiga raja pertama dipanggil dan diketahui dengan nama mereka sendiri
sedangkan Zulqarnain pula adalah satu gelaran yang disandarkan kepada beberapa tokoh hebat
termasuklah Raja Iskandar (Alexander). Namun, diskusi dalam buku ini membantu saya bagi lebih
memahami sejarah silam.

BIL. SINOPSIS : 2 daripada 2

SEMUSIM DI BARZAKH
HADI FAYYADH
016
SINOPSIS BUKU YANG DIBACA

Syahdu kota persisir pantai itu, terusik lantas melayangkan aku ke sebuah dimensi dunia yang tidak
bertepi. Raungan dan ratapan Humaira, wanita berpurdah yang mengakhiri nafasnya untuk terjun
dari bangunan nan tinggi. Mengapa itu jalan kesudahanmu? Bayi kudung, tidak punyai kaki dan
tangan mengejar aku sejak dari itu. Aku berlari ke sebuah lembah, cukup asing, gurun oasis
fatamorgananya berbeza dari segalanya. Langit menjerit, suara bagai memendam perit, kabus hitam
pekat, tanah merekah, pasir berterbangan dibawa angin gersang yang dahagakan seksaan. Wanita
tidak berwajah, rambut merebah ke tanah berjalan ikut aku dari belakang, kakiku terasa berat. Di
sana aku terlihat, ada manusia di puncak bukit kering, aku tidak terduga untuk mendakinya. Hanya
kedengaran suara pekikan, lolongan bagai dimakan haiwan kelaparan. Aku berlari, bagai tidak
memiliki kaki. Masa melintas aku ke depan. Cahaya memantulkan aku kebelakang. Sungguh aku
tidak faham dimensi dunia yang berlainan. "Fayyadh, takutkah kamu?" badanku luruh bergetar
ketakutan, terbenam dalam-dalam. Suara itu memanggilku. Aku seperti dihalau menuju ke sebuah
perjalanan. Aku dihimpit, dipijak, kesakitan, semua wajah tunduk suram. Mereka langsung tidak
berbicara. Apakah sebenarnya dimensi alam yang dilalui Fayyadh? Suara siapakah yang
didengarinya?Apakah kaitan Fayyadh, Humaira dan wanita tidak berwajah dengan travelog ini?Dan
kenapakah bayi kudung itu sentiasa ada dalam mimpi-mimpinya? Bagaimanakah Fayyadh
menamatkan destinasi terakhirnya?

MANFAAT/PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BUKU YANG DIBACA

Sebagai instrumen menghilangkan rasa lelah selepas bekerja selain sebagai pengisian dalam bentuk
kerohanian dan membersihkan jiwa. Ilustrasi alam barzark sedikit sebanyak memberi impak kepada
diri untuk rasa insaf dan mengenali Allah SWT dan kekuasaan-Nya.

Anda mungkin juga menyukai