Anda di halaman 1dari 1

1.

Profesion Perguruan~ Tugasan 24 Guru Sebagai Agen Perubahan (Murid) NOR


HASMALIZA BT HASAN ~P 69386~
2. 2. Pengaruh terbesar dalam kehidupan pelajar banyak datangnya daripada seorang
guru. Bincangkan: 1)Bagaimana seorang guru boleh mempengaruhi kehidupan
seorang pelajar. Berikan 5 contoh.
3. 3. Guru menunjukkan ciri-ciri teladan dan peribadi yang baik kepada pelajar.
Guru harus mengajak pelajar-pelajarnya untuk sama-sama berfikir, berbincang
dengan memberikan pendapat-pendapat dan mencari jalan penyelesaian kepada
sesuatu perkara atau masalah. Guru yang prihatin akan sentiasa mengambil
berat tentang pelajarnya Guru akan sentiasa memberi sokongan dan dorongan
kepada para pelajarnya dalam mencapai kejayaan dalam hidup dan pelajaran.
Guru bijak menggunakan kaedah yang dapat mempengaruhi pelajar yang
bermasalah berubah menjadi seorang pelajar yang positif dan berdisiplin.
4. 4. 2.Jika anda seorang guru, apakah perubahan yang ingin anda lakukan pada
murid anda. Berikan 5 perubahan.
5. 5. Membentuk murid yang seimbang dalam bidang akademik dan kokurikulum
serta sahsiah. Mengubah sikap dan minat murid yang kurang berminat terhadap
mata pelajaran yang dipelajari. Mengubah pemikiran murid iaitu daripada
pemikiran yang negatif kepada bentuk pemikiran yang positif terhadap sesuatu
isu/perkara. Membentuk murid yang lebih berakhlak dan bermoral agar menjadi
insan yang mengamalkan setiap tuntutan agama masing-masing. Mengubah
bentuk pengajaran supaya lebih melibatkan murid secara aktif supaya mereka akan
lebih berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.
6. 6. 3.Guru ibarat sebatang lilin. Membakar diri demi kebahagiaan/kesenangan orang
lain. Berdasarkan perumpamaan ini, sejauhmanakah benar seorang guru memberi
impak yang besar kepada kehidupan seorang pelajar.
7. 7. Bagi seorang pendidik, tugas mereka bukanlah hanya mengajar kurikulum yang
telah disediakan. Selain daripada memastikan sukatan pelajaran berjaya ditamatkan
mengikut ketetapan masa yang dijadualkan, mereka turut bertanggungjawab untuk
membimbing para pelajar dengan nilai-nilai murni yang menjadi teras dalam
kehidupan. Guru akan mencurahkan ilmu-ilmu mereka dengan segala kudrat yang
ada dengan di samping memberikan bimbingan dengan penuh dedikasi dan kasih
sayang sehinggakan ada yang terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga
demi memastikan kecemerlangan dan kejayaan akan dapat dicapai oleh para
pelajarnya. Guru diibaratkan sebagai sebatang lilin yang membakar diri, setiap tutur
kata yang penuh dengan nasihat dan tunjuk ajar yang berhikmah adalah untuk
membentuk jiwa pelajar menjadi kamil dan penuh luhur budi pekerti yang tidak
hanya cemerlang dalam aspek intelektual sahaja malahan dalam aspek
keperibadian dan sahsiah juga. Perkembangan peradaban dan ketamadunan
seseorang insan itu adalah bermulanya daripada perit jerit seorang guru dalam
mendidik mereka menjadi insan yang berguna.
8. 8. Profesion Perguruan TERIMA KASIH..

Anda mungkin juga menyukai