Anda di halaman 1dari 4

Program PKIGN, Mac 2021

PERSATUAN KEBAJIKAN INTEGRASI NEGARA

KERTAS KERJA
PARENTING TALK
”NUTRISI: KANAK-KANAK DULU VS KANAK-KANAK SEKARANG”

1.0 Pendahuluan

Ibu bapa dan keluarga merupakan ‘guru’ pertama dalam kehidupan


seorang kanak-kanak. Kita semua sedar bahawa pemakanan yang baik
adalah penting untuk semua peringkat umur dan pada semua peringkat
kehidupan. Terutamanya untuk bayi, anak-anak kecil dan kanak-kanak
bertatih kerana mereka memerlukan pelbagai vitamin dan mineral yang
seimbang untuk membantu tubuh dan minda berkembang dan menjadi
matang. Memberi anak pemakanan yang sihat dan seimbang dari kecil
juga dapat melindungi mereka daripada masalah malpemakanan serta
mewujudkan tabiat pemakanan yang baik di masa akan datang.
Memahami cara pemakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah
perkara yang penting dan kunci kepada tubuh badan dan minda yang sihat
dan cergas. Pemakanan yang baik boleh mengekalkan kesihatan mental
dan fizikal kanak-kanak serta membantu dalam perkembangannya.

2.0 Objektif

2.1 Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa betapa pentingnya pemakanan
yang berkhasiat dalam perkembangan kanak-kanak.
2.2 Memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa untuk menyedari kebaikan atau keburukan
pemakanan yang telah diberikan kepada anak.

1
Program PKIGN, Mac 2021

3.0 Tajuk

“NUTRISI: KANAK-KANAK DULU VS KANAK-KANAK SEKARANG”

4.0 Anjuran

Persatuan Kebajikan Integrasi GENIUS (PKIGN), Presint 11

5.0 Tarikh dan Masa

Program ini akan diadakan pada 20 Mac 2021 (Sabtu) 9.30 pagi – 12.15 petang

6.0 Tempat

Program ini akan diadakan secara FB Live (secara dalam talian)

7.0 Sasaran

Program ini mensasarkan ibu bapa Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (Integrasi)GENIUS.

8.0 Struktur Organisasi

PENGARAH EN. MOHD JURAIJ BIN ABD RANI

TIMBALAN PENGARAH PN. NORA AZUA BINTI ZAINI

PENASIHAT PN. NOOR AZILA BINTI FADZIN

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

MODERATOR TAN LEE WEN


AJK MAKANAN & PERSIAPAN TEMPAT PN. NOR WAHIDAH BINTI MUHAMAD NOOR
PN. NORSHAFIKA BINTI ABD MANAP

2
Program PKIGN, Mac 2021

AJK TEKNIKAL & MULTIMEDIA PN. AZMAH BINTI AZHARI


PN. NURUL FADLIAN BINTI ABD SALAM
PN. CHE FATMA BINTI CHE ZAKARIA

AJK CENDERAHATI PN. NOORBALQISH BINTI SHAFIRUL AZMAN


PN. WAN SITI AISYAH BT WAN ABD RAHMAN

9.0 Aturcara Program

Aturcara Program

20 MAC 2021 (SABTU)

9.30-10.00 am : Kehadiran ibu bapa (secara dalam talian)

10.00 am : Kehadiran penceramah Pn. Intan Hartini Binti


Ahmad Bidin (secara dalam talian)

10.05 – 10.15 am : Ucapan pembuka majlis oleh Moderator Tan Lee Wen
Bacaan doa oleh En Mohd Juraij Bin Abd Rani

10.15 – 12.15 pm : Sesi ceramah oleh Pn. Intan Hartini Binti Ahmad Bidin
”Kanak-kanak dulu Vs Kanak-kanak sekarang”

12.15 pm : Penyampaian Cenderahati dan Penutup

10.0 Belanjawan

BELANJAWAN

Jamuan (RM 4.00 X 12) RM 48.00


Makanan pagi (bihun goreng dan 2 jenis kuih) -12 pax

Cenderahati RM 52.00
Cenderahati 1 X RM 50.00

TOTAL RM 100.00

3
Program PKIGN, Mac 2021

11.0 Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga program ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan
jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan anak-anak yang cemerlang dari
pelbagai aspek sama ada akademik, akhlak dan sahsiah. Semoga apa jua sumbangan dan
bantuan yang diberikan mendapat keberkatan. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran
yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar.

Anda mungkin juga menyukai