Anda di halaman 1dari 1

KELUK PEMBELAJARAN

MASA : 1 Jam

BAHAN : Lampiran, Jam dan Alat Tulis

OBJEKTIF :

1. Mengetahui tahap daya tahan belajar


2. Menyedari kepentingan rehat dalam belajar
3. Menyedari kepentingan memilih masa yang sesuai untuk belajar
4. Menyedari ulangan yang sama dapat meningkatkan kemahiran tetapi apabila melebihi
had, ianya tidak memberi kesan malah hanya akan menyebabkan jemu dan bosan.

LANGKAH-LANGKAH:

1. Guru mengedarkan 4 helaian Lampiran 11 dan 1 helaian Lampiran 12 kepada setiap


pelajar.
2. Guru menerangkan kepada pelajar untuk menyambungkan nombor 1 kepada nombor
2, nombor 2 kepada nombor 3, nombor 3 kepada nombor 4 dan seterusnya.
3. Guru memulakan aktiviti dengan menyebut perkataan ‘MULA’. Selepas 30 saat guru
menyebut ‘BERHENTI’ untuk memberhentikan aktiviti.
4. Guru meminta pelajar meneruskan aktiviti yang sama pada helaian kedua, ketiga,
keempat dan kelima (Lampiran 11) dengan kaedah yang sama di atas.
5. Setelah selesai menjalani aktiviti helaian ke lima, guru menangguhkan aktiviti selama
10 minit. Dicadangkan membuat aktiviti lain seperti bercerita atau berbual-bual
dengan pelajar yang tiada kaitan dengan aktiviti ini.
6. Teruskan aktiviti yang sama dengan helaian keenam, ketujuh dan kelapan.
7. Guru meminta pelajar mencatat nombor terakhir yang di tanda di setiap helaian pada
Lampiran 12 mengikut urutan helaian.
8. Sambungkan titik-titik koordinat untuk membentuk graf.

PROSES:

Guru mengemukakan soalan.

1. Apakah kesimpulan yang dapat pelajar perolehi daripada aktiviti ini?


2. Apakah kesan rehat terhadap pencapaian aktiviti ini?

Anda mungkin juga menyukai