Anda di halaman 1dari 6

Institut Kemahiran MARA

Kota Kinabalu, Sabah

INFORMATION SHEET

COURSE : DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF (4WD)


SESSION : JAN – JUN 2022 SEMESTER : 3
NYV 3083 PNEUMATIC AND
CODE/SUBJECT : SHEET NO : 2
HYDRAULIC
LECTURER : AWANG ARDIME BIN AWANG MASLEE WEEK : 2

TOPIC : 1.0 INTRODUCTION TO PNEUMATIC SYSTEM

1.3 Characteristic of air control theory


SUB-TOPIC :
1.4 Safety procedure in handling pneumatic system

LEARNING Setelah mempelajari bab ini, para pelajar akan dapat menggambarkan
OUTCOME : asas-asas sistem pneumatik.

SPECIFIC OBJECTIVES

Setelah mempelajari bab ini, para pelajar sepatutnya boleh:


1.) Menggambarkan tentang ciri-ciri sistem pneumatik.

Page - 1 - of 6
1.3 Karakteristik teori kawalan udara

Ciri-ciri udara adalah kerana sifat molekulnya yang berjauhan di antara satu sama
lain. Dengan kata lain, ikatan di antara molekulnya tidak kuat. Daya ikatan ini
boleh diabaikan untuk keadaan operasi sistem pneumatik.

Seperti kebiasaan gas lain, udara tiada bentuk-bentuk yang tertentu. Jadi, ia
boleh berubah bentuk mengikut acuan yang ditetapkan.

Udara boleh dimampatkan dan berusaha untuk mengembang. Keadaan ini


diterangkan oleh hukum Boyle-Mariottes. Pada tekanan malar, isipadu jisim gas
berkadaran songsang dengan tekanan mutlak. Dengan kata lain, gas yang
terhasil daripada gabungan tekanan mutlak dan isipadu adalah malar (constant)
pada jumlah jisim gas yang dimampatkan.
p1V1  p2V2  p3V3  Constant

F1 F2 F3

V1 V2 V3
p1 p2 p3
Gambarajah 1.3.1: Mampatan udara

Contoh di bawah menggambarkan prinsip di atas. Udara pada tekanan atmosfera


dimampatkan oleh pemampat udara kepada 1/7 isipadunya. Berapakah bacaan
tolok tekanan pemampat apabila suhu berada dalam keadaan malar?
p1V1  p2V2

Page - 2 - of 6
V 
p2  p1  1  note: V2 / V1 = 1/7
 V2 
p1 = pamb = 100 kPa = 1 bar
p2 = 1 x 7 = 700 kPa = 7 bar mutlak.
Jadi,
pe = pabs – pamb = (700 -100) kPa = 600 kPa = 6 bar
Jadi, pemampat yang mengeluarkan 600 kPa mesti mempunyai nisbah
mampatan 7:1.

Udara mengembang kira-kira 1/273 isipadunya pada tekanan malar, bersuhu 273
K dan kenaikan suhu 1 K. Menurut kepada hukum Gay-Lussac, isipadu gas yang
dikenakan adalah berkadaran terus dengan suhu mutlak selagi tekanan tidak
berubah.
V1 T1
 V1 = isipadu pada T1, V2 = isipadu pada T2
V2 T 2

atau,
V
 Constant
T

Hukum Boyles

Tekanan Mengikut Hukum Boyles

Terdapat 3 cara untuk mengukur tekanan dalam satu sistem iaitu kPa, psi dan
bar. Kesemua udara akan kembali ke atmosfera berdasarkan persamaan unit di
bawah.

1 Atmosfera = 100 kPa (1 Pascal


= 1 N/m2)
Hukum Boyles
= 14.5 psi
= 1.01325 bar

Page - 3 - of 6
Seperti juga gas, udara tidak mempunyai bentuk tertentu. Jika isipadu sesuatu
jisim dikurangkan, tekanan akan bertambah kerana ianya berkadaran songsang
terhadap isipadu, iaitu jika isipadu dikurangkan sebanyak ½ kali, tekanan akan
bertambah sebanyak 2 kali seperti gambarajah 1.3.2 di bawah.

Gambarajah 1.3.2: Tekanan daya ke atas omboh

Formula yang membuktikan teori tersebut ialah:

P1V1 = P2V2

Daya

Unit untuk daya ialah Newton. Formulanya ialah:

Daya = Tekanan x Keluasan

Dew Point

Wap air terdapat dalam udara sekeliling. Jumlah wap air yang ada boleh
berubah mengikut perubahan suhu. Apabila kita menyatakan bahawa udara
telah padat dengan air, ianya dikenali sebagai “Dew Point”. Jadual 1.3.2
menunjukkan perkadaran penyejatan air di dalam udara berbanding suhu.

Page - 4 - of 6
Jadual 1.3.2: Penyejatan air di dalam udara

Untuk mendapatkan kandungan air dalam udara, lakarkan garisan oC kepada


lengkung dan tudingkan (ukuran kedua ialah kepada bahagian kiri graf iaitu
turus gH20/m3)untuk mendapatkan nilai air yang maksimum.

Kelembapan bandingan (Relative Humidity) adalah penyukatan peratus air


dalam satu isipadu angin/udara, berbanding dengan nilai maksimum udara
berdasarkan suhu tertentu. Garisan melengkung pada gambarajah 1.3.3
mewakili garisan Dew Point atau 100% RH, untuk julat suhu tertentu.

Gambarajah 1.3.3: Garis lengkung Dew Point

Page - 5 - of 6
REFERENCES:

1) Pneumatics, Basic Level TP, 101 Textbook, by FESTO DIDACTIC.


2) KUASA BENDALIR, Khairul Rijal, UTM.

Page - 6 - of 6

Anda mungkin juga menyukai