Anda di halaman 1dari 14

BBPM2203

OUM BUSINESS SCHOOL

MEI / 2017

BBPM2203

PENGURUSAN PEMASARAN II

NAMA : x

NO. MATRIKULASI : x

NO. KAD PENGENALAN : x

NO. TELEFON : x

E-MAIL : x

PUSAT PEMBELAJARAN : LAHAD DATU

1
BBPM2203
Isi Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan 3

2.0 Cabaran-cabaran Membangunkan Produk Baru 4

2.1 Kelulusan Dari Agensi Berkaitan 4

2.2 Kos Mewujudkan Program Pengajian Baru yang Tinggi 4

2.3 Persaingan Pasaran 5

2.4 Keperluan Untuk Melatih dan Mengambil Tenaga Pengajar Bagi

Mengendalikan Program Baru 5

3.0 Peringkat-peringkat Membangunkan Program Baru 6

3.1 Penjanaan Idea 6

3.2 Penapisan Idea 7

3.3 Analisa Perniagaan 9

3.4 Pembangunan Produk 9

3.5 Ujian Pemasaran 9

3.6 Pelancaran Produk 10

4.0 Faktor-faktor Kritikal Kejayaan Dalam Membangunkan

Program Baru 11

4.1 Persekitaran Yang Berbeza Daripada Institusi Pengajian lain 11

4.2 Program Baru Yang Ditawarkan Adalah Unik dan Memenuhi

Kehendak Industri 11

4.3 Sokongan Dan Komitmen yang Berterusan Serta Kecekapan

Pihak Pengurusan 12

4.4 Promosi yang Menarik Serta Efektif 12

5.0 Rumusan 13

2
BBPM2203

1.0 Pengenalan

Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT) merupakan salah satu universiti swasta di
Malaysia. Universiti ini dinamakan sempena pengasasnya iaitu Tan Sri Dato’ Sri Paduka Dr.
Lim Kok Wing. Universiti ini juga merupakan komponen dari Malaysian Design Innovation
(MIDI) yang dibangunkan melalui gabungan sektor kerajaan dan swasta bagi memenuhi
permintaan industri kreatif bagi mencapai matlamatnya untuk menjadi hub kreatif serantau.
Kampus utama LUCT terletak di Cyberjaya dan ianya menjadi satu mercu tanda yang hebat
bagi kawasan itu. Pelbagai program dijalankan oleh pihak universiti melalui enam fakulti
kelolaannya, ini termasuklah Fakulti Reka Bentuk Inovasi, Fakulti Kreativiti Multimedia,
Fakulti Komunikasi, Media dan Penyiaran, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Globalisasi dan Fakulti Seni Bina dan Pembangunan
Persekitaran. Selain itu, Kolej Kepimpinan Inovasi di bawah kelolaan LUCT juga
menawarkan program-program khusus dalam bidang kepimpinan, kewangan, keusahawanan
dan teknologi maklumat.

LUCT adalah sebuah universiti yang menyediakan pendedahan peringkat global


kepada pelajar-pelajarnya, yang mana mereka akan dapat menimba ilmu pengetahuan bagi
menyediakan mereka bagi menghadapi cabaran-cabaran global. Kampus Cyberjaya
menerima pelajar seramai 9000 orang yang mana 70% darinya adalah pelajar antarabangsa
yang datang dari 145 negara. LUCT juga mengembangkan sayapnya dengan membuka
banyak kampus-kampus luar negara seperti di Amerika Syarikat, Britain, China, Botswana,
dan Maldives.

Bagi memenuhi permintaan dari perkembangan industri kreatif, LUCT telah


menawarkan kursus baru iaitu Ijazah Reka Bentuk Industri dibawah kendalian Fakulti Reka
Bentuk Inovasi. Program ini merangkumi bidang reka bentuk produk, perabot dan
pengangkutan. Pelajar-pelajar yang mengikuti kursus ini akan didedahkan dengan pelbagai
silibus pembelajaran termasuklah menjalankan penyelidikan, menjana idea-idea baru melalui
lakaran-lakaran, pentafsiran komputer dan membuat prototaip bagi sesuatu produk baru serta
mengenal pasti masalah dan mencadangkan penyelesaian kepada permasalahan tersebut.

3
BBPM2203
2.0 Cabaran-cabaran Membangunkan Produk Baru

2.1 Kelulusan Dari Agensi-Agensi Berkaitan

Setiap program pengajian baru yang hendak ditawarkan oleh sesebuah institusi pengajian
tinggi swasta di malaysia haruslah mendapatkan kelulusan dari pihak berwajib seperti
Malaysian Qualification Agency (MQA). MQA adalah sebuah agensi dibawah Kementerian
Pengajian Tinggi yang telah digabungkan dengan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) yang
mengawal kualiti kursus pengajian di Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). MQA
membangunkan kriteria dan standard sebagai rujukan kebangsaan bagi penganugerahan
kelayakan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuklah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Selain itu MQA juga memberikan akreditasi kepada program-program pengajian yang
memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Akreditasi merupakan pengesahan pencapaian
kualiti dalam penilaian jaminan kualiti yang dilaksanakan oleh MQA. Ia merupakan jaminan
MQA kepada pelbagai pihak berkepentingan dalam bidang pengajian tinggi termasuklah para
pelajar, ibu bapa, majikan dan sebagainya yang menyatakan bahawa program yang diakredit
oleh MQA merupakan program yang berkualiti. Pengiktirafan kerajaan melalui JPA pula
adalah satu syarat yang mempertimbangkan pelajar yang mengikuti satu-satu program
pengajian itu untuk berkhidmat di sektor awam. JPA hanya mengiktiraf satu-satu program
pengajian yang telah diakreditasi oleh MQA.

Jelaslah di sini bahawa, kursus baru yang ditawarkan oleh LUCT haruslah
mendapatkan perakuan akreditasi dan pengiktirafan dari agensi-agensi seperti MQA dan JPA
bagi menjamin kualiti dan pasaran bagi program pengajian tersebut. Hal ini juga seterusnya
akan memberikan tanggapan yang baik kepada LUCT dan meningkatkan lagi keyakinan dan
kepercayaan para pelajar bagi megikuti program tersebut.

2.2 Kos Mewujudkan Program Pengajian Baru Yang Tinggi

Setiap kursus dan program pengajian yang baru diwujudkan memerlukan perbelanjaan yang
tinggi termasuklah program baru LUCT iaitu Ijazah Reka Bentuk Industri sebelum ia
ditawarkan kepada pelajar untuk mengikutinya. Ini kerana setiap program baru perlulah
melalui proses penyelidikan dan pembangunan. Sebagai contoh, program dan kursus baru
tersebut haruslah ditetapkan kumpulan sasarnya, siapa kumpulan sasarnya dan sebagainya.
Selain itu, perjalanan program dan manfaatnya kepada pelajar juga haruslah dibuat kajian
terlebih dahulu supaya setelah mereka tamat pengajian kelak segala ilmu yang timba boleh
digunakan pada masa hadapan. Pihak LUCT juga perlulah menyediakan tempat latihan yang

4
BBPM2203
baharu dan sesuai dengan bidang yang ditawarkan. Ruang pembelajaran juga haruslah
menepati spesifikasi bagi program tersebut.

Selain itu, kos-kos lain yang terlibat dalam mewujudkan program dan kursus baru ini
termasuklah kos pengiklanan. Penghebahan program dan kursus baru ini di media-media
massa seperti surat khabar, iklan internet, iklan televisyen, dan radio memerlukan
perbelanjaan yang tinggi. Pengiklanan juga merupakan satu langkah sebagai mempromosikan
program dan kursus baru tersebut.

2.3 Persaingan Pasaran

Masalah pemasaran akan terjadi apabila program baru yang ditawarkan mendapat persaingan
dari institusi pengajian tinggi yang lain. LUCT perlu bersaing dengan institusi-institusi
pengajian tinggi lain yang telah lama menawarkan program yang sama dan telah mendapat
pengalaman dan pasaran dalam mengendalikan program tersebut. Selain itu, LUCT juga
perlulah mendapatkan sokongan dan kepercayaan dari pelanggan kali pertama untuk
membolehkan LUCT terus memberikan saingan pasaran bagi program baru tersebut.

LUCT juga perlulah memberikan program baru yang hendak ditawarkan tersebut
promosi yang berkesan bagi menarik pelajar bagi mengikutinya. Sebagai contoh, LUCT
bolehlah memberikan pakej-pakej yang istimewa, memberikan potongan harga, harga
mengikuti kursus yang lebih murah dan berpatutan disamping tempat pembelajaran yang
lebih kondusif. Persaingan pasaran yang hebat antara institusi pengajian tinggi yang lain
dalam mempromosikan program baru adalah satu cabaran yang paling getir bagi LUCT
dalam usaha membangunkan produk baru ini.

2.4 Keperluan Untuk Melatih dan Mengambil Tenaga Pengajar Bagi Mengendalikan
Program Baru

Program baru yang ditawarkan oleh pihak LUCT memerlukan tenaga dan kakitangan yang
terlatih bagi mengendalikannya dengan baik. Perkara ini juga dapat memastikan bahawa
setiap garis panduan dan piawaian yang telah ditetapkan oleh agensi yang meluluskan
program ini seperti MQA dapat dipatuhi. Selain itu, pengambilan tenaga pengajar yang baru
juga haruslah diteliti dengan sebaiknya bagi memastikan tenaga pengajar tersebut dapat
memberikan khidmat yang cemerlang bagi program dan kursus yang akan ditawarkan kelak.
Latihan-latihan yang berterusan juga perlulah diberikan kepada tenaga pengajar yang terlibat
dalam mengendalikan program baru ini. Satu pelan yang terancang perlulah disediakan bagi
memastikan setiap perkara yang telah dirancang berjalan dengan baik untuk mempastikan

5
BBPM2203
setiap tenaga pengajar yang terlibat bagi program ini berada dalam prestasi yang baik pada
setiap masa.

3.0 Peringkat-peringkat Membangunkan Program Baru

Setiap produk baru yang diperkenalkan dalam pasaran akan melibatkan risiko yang tinggi. Ini
kerana kebanyakan produk yang diperkenalkan sudah berada dalam pasaran semasa dan
mengakibatkan produk baru tersebut gagal dan syarikat terpaksa menanggung kerugian. Bagi
memastikan produk baru yang akan dibangunkan dapat memenuhi cita rasa dan keperluan
pengguna dan memberikan keuntungan kepada syarikat tersebut, proses pembangunan
produk perlulah dijalankan dengan berhati-hati. Terdapat enam peringkat utama dalam proses
pembangunan produk baru iaitu penjanaan idea, penapisan idea, analisis perniagaan,
pembangunan produk, ujian pemasaran dan pelancaran produk.

3.1 Penjanaan Idea (Idea Generation)

Idea-idea bagi membangunkan produk baru perlulah datang dari suatu tempat. Jadi
bagaimanakah organisasi mendapatkan idea-idea yang diperlukan bagi membangunkan
pruduk baru mereka?.Beberapa peringkat penjanaan idea bagi pembangunan produk baru
oleh pihak pengurusan LUCT. Ini termasuklah dari sumber-sumber seperti kakitangan
universiti, pelanggan-pelangan universiti, pesaing dari institusii pengajian tinggi yang lain
dan kajian-kajian yang dijalankan.

3.1.1 Kakitangan LUCT

Kakitangan dalam sesebuah organisasi adalah sumber yang boleh diberikan kepercayaan bagi
menjana idea untuk pembangunan produk-produk baru bagi organisasi tersebut. Begitu juga
dengan LUCT, setiap kakitangan LUCT adalah terlibat secara langsung dalam urusan
melibatkan pelanggan mahupun pembekal. Ini menjadikan mereka sebagai kakitangan yang
profesional yang pakar dalam bidang masing-masing sebagai contoh ketua fakulti, ketua
sektor, pensyarah, pengurusan lini dan sebagainya. Sesi percambahan minda akan dijalankan
untuk menjana idea-idea baru yang dilakukan oleh kakitangan profesional ini seterusnya
mampu memberikan dan menghasilkan idea yang bernas dan baik untuk mewujudkan satu
program dan kursus baru yang akan ditawarkan kepada pelajar.

6
BBPM2203
3.1.2 Pelangan Universiti

Idea-idea yang baik bagi pembangunan program baru juga boleh diperolehi daripada
pelanggan LUCT. Ini kerana pelanggan-pelanggan yang merupakan pelajar LUCT
kebanyakannya adalah dari golongan muda dan lebih tahu apa yang mereka perlukan dan
kehendaki. LUCT melihat pada perkembangan ini dan mencungkil idea-idea baru melalui
soal selidik yang dijalankan, peti-peti cadangan, bahagian aduan pelanggan dan tinjauan
untuk melakukan kajian.

3.1.3 Pesaing Dari Institusi Pengajian Tinggi Lain

Untuk mendapatkan idea-idea baru, setiap organisasi boleh melihat tindakan dan reaksi yang
dijalankan oleh organisasi lain. Pemasar boleh meniru idea-idea dari pesaing lain sekiranya
idea berkenaan boleh diterima oleh pasaran. LUCT juga akan melihat kepada program dan
kursus yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi yang lain sebagai idea yang boleh
ditiru. Tetapi perkara ini juga perlu mengambilkira jika pragram dan kursus yang ditawarkan
itu mendapat sambutan yang memberangsangkan dipasaran.

3.1.4 Penyelidikan dan Kajian Yang Dijalankan

Organisasi global yang besar biasanya mengendalikan penyelidikan untuk menjana idea dan
membangunkan produk baru mereka sendiri melalui jabatan kajian dan penyelidikan. LUCT
juga mempunyai jabatan kajian dan penyelidikannya sendiri. Jabatan ini menjalankan kajian
melalui perancangan pendidikan dan kajian yang mengambil pendekatan kreatif dan
berinovatif. Hal ini seterusnya akan memastikan bahawa program baru yang akan ditawarkan
dapat menarik pelajar-pelajar untuk mengikutinya serta dapat memenuhi piawaian yang telah
ditetapkan oleh pihak berwajib. Selain itu, program yang akan ditawarkan juga akan
melahirkan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing hasil daripada program dan kursus
yang dibangunkan dengan baik.

3.2 Penapisan Idea (Idea Screening)

Idea-idea yang diperolehi semasa peringkat penjanaan idea perlulah ditapis terlebih dahulu.
Ini kerana sesetengah daripadanya tidak dapat dilaksanakan kerana mengambilkira kos-kos
yang terlalu mahal, takrifan bahan-bahan mentah yang tidak jelas, mempunyai definisi
teknologi yang mahal, kurang definisi pengetahuan, terlalu awal untuk diperkenalkan atau
pasaran yang tidak bersedia untuk menerima idea-idea tersebut. Oleh yang demikian, pihak
LUCT perlulah menapis terlebih dahulu setiap idea-idea yang dijana bagi memastikan

7
BBPM2203
bahawa ia adalah praktikal dan dapat terima dengan baik oleh pengguna apabila ia dipasarkan
kelak. Hanya idea-idea yang menarik dan mempunyai keupayaan untuk berdayasaing dan
berjaya akan dipilih untuk dibangunkan.

Jawatankuasa yang dilantik oleh pengurusan atasan akan melakukan penapisan idea-
idea tersebut. Jawatankuasa ini biasanya terdiri daripada kakitangan LUCT sendiri sebagai
contoh kakitangan dari jabatan teknikal, kewangan, pemasaran, penyelidikan dan
pembangunan. Antara kriteria asas yang digunakan untuk menilai idea-idea baru adalah:

3.2.1 Mengenalpasti Peluang Pasaran

LUCT perlulah meninjau peluang pasaran sebelum menawarkan program dan kursus yang
akan dijadikan sebagai suatu produk baru. Hal ini dilakukan dengan menilai samaada
program baru yang akan dibangunkan dan ditawarkan kepada pelanggan kelak mempunyai
permintaan yang cukup dan baik serta ianya akan mendatangkan keuntungan kepada LUCT
apabila program ini telah memasuki pasaran.

3.2.2 Kos Pelaburan

Kos-kos yang diperlukan untuk membangunkan program dan kursus baru perlulah berpatutan
dan mampu ditanggung oleh pihak LUCT. Selain itu, semua kos-kos pelaburan mestilah
diperolehi semula mengikut masa yang telah ditetapkan menerusi pendapatan dan hasil
daripada jualan program dan kursus tersebut. Hal ini juga perlulah diambil perhatian oleh
pihak LUCT bagi menjamin pulangan yang telah disasarkan dan mengelakkan kerugian.

3.2.3 Kemahiran Pemasaran

Keperluan untuk menilai sama ada pihak LUCT mempunyai kemahiran dan keupayaan untuk
mengeluarkan program baru hendaklah dilakukan sebelum pihak LUCT memutuskan untuk
membuat sesuatu idea itu menjadi kenyataan. Pihak LUCT juga perlulah mempunyai tenaga
pemasaran yang cukup bagi memasarkan produk baru tersebut dengan menggunakan saluran
agihan yang sesuai.

3.2.4 Faktor-faktor Lain

Faktor-faktor lain yang digunakan sebagai asas untuk menilai idea-idea baru adalah seperti
kesan perundangan, impak produk sosial, imej syarikat dan masyarakat. Program baru yang
akan ditawarkan oleh pihak LUCT kepada pelajar perlulah mempunyai kualiti yang mana ia
akan memberikan pelajar-pelajarnya peluang untuk menerokai bidang yang di minati. Selain

8
BBPM2203
itu, program baru tersebut juga perlulah dapat memenuhi permintaan kepada industri kreatif
dan inovasi yang seterusnya dapat memberikan peluang kepada pelajar-pelajar tersebut untuk
menyumbang dan menyokong kepada pembangunan industri tersebut.

3.3 Analisa Perniagaan (Business Analysis)

Setelah pengujian konsep mendapat reaksi yang positif daripada pelanggan, ia akan melalui
penilaian yang seterusnya iaitu peringkat analisis perniagaan. Pada peringkat ini pihak LUCT
akan membuat analisis tentang saiz pasaran, persaingan, kos yang dijangkakan, kuota
kemasukan pelajar dan faktor-faktor persekitaran lain yang memberikan pengaruh secara
langsung dan tidak langsung kepada penawaran program baru tersebut.

Mengambilkira tentang saiz pasaran, pihak LUCT akan menawarkan program baru
tersebut melalui kampus-kampus dalam negara. Ini adalah kerana, pihak LUCT menyahut
seruan kerajaan yang mahu menjadikan Malaysia sebagai salah satu hub kreatif dirantau ini.
Selain itu, peratusan golongan belia yang tinggi di negara ini menjadi pendorong untuk pihak
LUCT memasarkan program baru tersebut dengan baik. Bilangan institusi pengajian tinggi
swasta yang banyak didalam negara menjadi cabaran bagi pihak LUCT untuk memasarkan
program baru. Usaha yang lebih proaktif amatlah diperlukan oleh pihak LUCT bagi
menangani persaingan dari institusi pengajian tinggi yang lain.

3.4 Pembangunan Produk (Product Development)

Setelah analisis perniagaan dibuat dengan baik, ia akan bergerak ke bahagian pembangunan
produk yang mana ia akan diterjemahkan ke dalam kertas kerja akhir. Jabatan pembangunan
produk akan membangunkan konsep program dan kursus yang telah dilakarkan. Melalui
jabatan ini juga, program baru ini akan dihasilkan mengikut masa yang telah ditetapkan
dengan kos yang rendah. Proses ini juga akan menyatakan manfaat dan faedah yang akan
diperolehi oleh pelajar yang akan mengikuti program ini.

3.5 Ujian Pemasaran (Market Testing)

Pengujian akan dilakukan dibeberapa kawasan pasaran menggunakan kumpulan pelajar yang
tertentu selepas program dibangunkan. Objektif ujian pemasaran ini dilakukan adalah untuk
mengenalpasti tindakbalas sebenar pelajar terhadap program baru yang mereka ikuti tersebut.
Bagi menjalankan ujian ini pelbagai persoalan telah dikenalpasti oleh pihak LUCT sebagai
contoh, bagaimana bakal pelajar membuat permohonan, bagaimana kaedah pembelajaran
program baru tersebut, siapa kumpulan sasar bagi mengikuti program baru tersebut, apakah

9
BBPM2203
yang menarik perhatian pelajar dan apakah reaksi pelajar terhadap stategi pemasaran yang
telah dilakukan oleh pihak LUCT.

Maklumat-maklumat yang diperolehi hasil dari ujian pasaran ini akan membantu
pihak LUCT untuk mengenalpasti strategi pemasaran yang bersesuaian serta potensi program
baru tersebut apabila ia ditawarkan kelak. Ujian pasaran adalah salah satu cara yang paling
efisyen bagi memperolehi dan mengetahui tindak balas sebenar pelajar. Walaubagaimanapun,
ujian ini akan memberikan peluang kepada pesaing-pesaing dari institusi pengajian tinggi lain
untuk meniru program baru ini serta kempen pemasaran yang dijalankan oleh pihak LUCT.

3.6 Pelancaran Produk (Product Launch)

Setelah ujian pemasaran dibuat, pihak LUCT akan menentukan sama ada ingin melancarkan
program baru tersebut ataupun tidak. Jika pihak LUCT memutuskan untuk memperkenalkan
program baru di pasaran, ia perlulah menentukan beberapa perkara penting seperti berikut:

3.6.1 Masa Pelancaran

Pada masa kini, kerajaan Malaysia sedang rancak menjalankan transformasi pendidikan bagi
generasi baru. Pihak LUCT akan mengambil peluang dari perkara tersebut bagi melancarkan
dan memperkenalkan program terbarunya kepada kumpulan sasarnya. Ini adalah kerana,
pelancaran program baru pada waktu ini adalah bertepatan dengan usaha yang sedang
dilakukan oleh kerajaan yang mana ia mahu menjadikan Malaysia sebagai hub kreatif
serantau. Selain itu, usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi juga
yang ingin memastikan segala usaha bagi memupuk dan membentuk modal insan yang
cemerlang dalam bidang industri kreatif juga dapat direalisasikan melalui program pengajian
baru ini.

3.6.2 Tempat Produk Akan Diperkenalkan

Pemilihan tempat yang ideal bagi pelancaran program baru tersebut juga haruslah diberi
keutamaan supaya segala usaha yang telah dilakukan dan dirancangkan memberikan hasil
yang terbaik dan cemerlang. Pihak LUCT akan memperkenalkan program baru ini kepada
pasaran dengan pemilihan tempat yang sesuai seperti ekspo-eskpo pendidikan, karnival-
karnival pendidikan tinggi, pameran pendidikan, pameran kerjaya dan sebagainya. Selain itu,
pihak LUCT juga boleh menggunakan maklumat yang diperolehi daripada ujian pasaran bagi
menentukan di mana program baru ini boleh diperkenalkan.

10
BBPM2203
3.6.3 Lain-lain Persediaan

Pihak LUCT perlulah sentiasa memastikan semua kakitangan yang terlibat dalam
pembangunan program pengajian baru ini sentiasa bersedia untuk mengeluarkan program
baru tersebut secara komersial.

4.0 Faktor-faktor Kritikal Kejayaan Dalam Membangunkan Program Baru

Program baru yang ditawarkan oleh LUCT iaitu Ijazah Reka Bentuk Industri merupakan
program yang mendapat sambutan yang memberansangkan daripada pelajar. Program baru
ini juga berjaya menembusi pasaran luar negara apabila program ini juga ditawarkan di
beberapa kampus luar negara seperti di kampus Gaborone Botswana dan kampus Mesaru
Lesotho. Kejayaan LUCT dalam membangunkan program pengajian baru ini adalah
disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah:

4.1 Persekitaran Yang Berbeza Daripada Institusi Pengajian lain

LUCT menyediakan tempat pembelajaran yang kondusif dan peralatan yang canggih serta
kemudahan yang professional selaras dengan amalan industri yang diperlukan oleh program
pengajian tersebut. Selain itu, kampus utama yang terletak di Cyberjaya menerima pelajar-
pelajar yang datang dari pelbagai latar budaya yang mana mereka akan bergaul dan
berinteraksi dengan satu sama lain dikawasan yang dinamakan “The Plaza” yang dibina
dengan suasana yang terbuka serta berada ditengah-tengah pusat aktiviti pelajar. Ianya juga
menjadi tempat untuk memberi inspirasi kepada para pelajarnya.

4.2 Program Baru Yang Ditawarkan Adalah Unik dan Memenuhi Kehendak Industri

LUCT telah membangunkan salah satu program pengajian yang terbaik dan mengikuti
perkembangan semasa industri kreatif dunia. Pengisian program pengajian ini dengan modul
kursus yang mantap serta dikendalikan oleh tenaga pengajar yang efesyen dan
berpengalaman. Selain itu, program pengajian ini juga menawarkan kurikulum yang kuat
yang mana ia akan memberi peluang para pelajarnya untuk meneroka bidang-bidang yang
berkaitan. Selain itu, program ini juga membolehkan graduan menyumbang dan menyokong
industri kreatif dan pembuatan apabila mereka telah tamat pengajian nanti.

Pelajar-pelajar yang mengikuti program pengajian ini akan diperkenalkan kepada


proses reka bentuk pada semester awal dan dapat mempelajari amalan studio melalui projek-

11
BBPM2203
projek yang dijalankan. Keperluan untuk pembangunan dan penyelidikan dan inovasi dalam
bidang industri kreatif dilihat sebagai pemangkin dalam peningkatan permintaan bagi
program pengajian ini. Setelah tamat pengajian, graduan boleh mengejar cita-cita mereka
sebagai pereka produk pengguna, pereka automatif, pereka perabot, pengurus penyelidikan
dan pembangunan ataupun sebagai pereka CAD.

4.3 Sokongan Dan Komitmen yang Berterusan Serta Kecekapan Pihak Pengurusan

Tanpa sokongan dan komitmen yang berterusan dari pihak pengurusan, program pengajian
yang baru yang ditawarkan ini tidak akan berjaya. Namun, kakitangan LUCT terus-menerus
memberikan sokongan yang padu kepada program pengajian baru ini dan bolehlah dianggap
sebagai faktor kejayaan LUCT dalam memasarkan program ini.

Sokongan-sokongan ini termasuklah penyaluran sumber kewangan, moral, dan


kepakaran. Selain itu, kerjasama yang baik dan utuh antara kakitangan juga merupakan salah
satu faktor kejayaan dalam memasarkan program pengajian baru ini.

4.4 Promosi yang Menarik Serta Efektif

Jawatankuasa pemasaran LUCT telah berjaya mempromosikan program pengajian baru ini
kepada pelanggan dengan menarik dan efektif. Ini dapat dilihat dari peningkatan permintaan
kepada program pengajian ini dari masa ke masa. Golongan sasar yang terdiri dari golongan
belia serta individu yang berlatarbelakang industri kreatif merupakan golongan yang ingin
mengikuti program pengajian ini. Melalui pendekatan inilah jawatankuasa pemasaran LUCT
menggunakan pelbagai saluran promosi bagi memperkenalkan program pengajian ini kepada
kumulan sasarnya. Ini termasuklah melalui media-media elektronik, media massa, atas talian
dan lain-lain saluran promosi lagi. Penyampaian maklumat yang lengkap, jelas, tepat dan
menarik menjadi faktor penyumbang kepada kejayaan dalam proses mempromosikan
program pengajian baru ini disamping pemilihan saluran promosi yang tepat.

12
BBPM2203
5.0 Rumusan

LUCT merupakan salah satu institusi pengajian tinggi swasta yang menawarkan pelbagai
program pengajian yang berkaitan dengan teknologi pembuatan serta inovasi. Sebagai sebuah
universiti yang berpengaruh, LUCT telah membangunkan satu program pengajian baru untuk
memenuhi tuntutan perkembangan industri kreatif di dalam serta luar negara. Namun
pelbagai cabaran perlulah ditempuhi dan diselesaikan oleh pihak LUCT dalam usaha untuk
merealisasikan program pengajian baru ini. Antara cabaran-cabaran tersebut termasuklah
mendapatkan kelulusan dari pihak berwajib seperti Kementerian Pendidikan Tinggi melalui
agensinya iaitu MQA. Selain itu, kos yang tinggi untuk mewujudkan program pengajian baru
ini perlulah diambilkira. Ini kerana, setiap produk baru yang hendak ditawarkan kepada
pengguna perlulah mempuyai kos yang rendah dan berpatutan kepada pengguna akhir.
Cabaran seterusnya adalah persaingan pasaran yang perlu dikendalikan dengan baik oleh
pihak LUCT. Cabaran yang terakhir ialah keperluan untuk melatih dan mengambil tenaga
pengajar untuk mengendalikan program pengajian baru. Keperluan untuk mempunyai tenaga
pengajar yang berkesan dan bertenaga haruslah ada pada setiap tenaga pengajar bagi program
pengajian ini untuk menghasilkan graduan yang berkualiti kelak.

Terdapat enam proses yang perlu dilalui oleh pihak LUCT dalam membangunkan
program pengajian baru tersebut iaitu yang pertama ialah proses penjanaan idea. Pihak LUCT
menjalankan proses penjanaan idea melalui beberapa sumber termasuklah kakitangan
universiti, pelajar universiti, pesaing dari institusi pengajian yang lain dan kajian yang
dijalankan oleh pihak LUCT sendiri. Proses yang kedua pula adalah penapisan idea. Proses
ini dilakukan untuk mengenalpasti idea dan penilaian idea yang terbaik sahaja diterima
mengambilkira kepada peluang pasaran, kos pelaburan, kemahiran pasaran dan faktor-faktor
lain seperti kesan perundangan, impak produk sosial, imej syarikat serta masyarakat. Proses
yang ketiga pula adalah proses analisis perniagaan yang mana ia dijalankan sekiranya
pengujian konsep mencapai reaksi yang positif daripada pengguna. Pada peringkat ini, pihak
LUCT akan menganalisis saiz pasaran, persaingan, jangkaan kos dan faktor persekitaran yang
akan mempengaruhi program pengajian baru tersebut. Proses yang keempat pula adalah
pembangunan produk. Program pengajian baru yang dibangunkan akan diterjemahkan
kedalam kertas kerja akhir sebelum ianya ditawarkan kepada pelajar. Proses kelima adalah
ujian pemasaran. Objektif sebenar ujian pemasaran adalah untuk mengenalpasti reaksi
sebenar pengguna terhadap program pengajian baru ini. Beberapa persoalan telah
dikenalpasti oleh pihak LUCT sebagai contoh, bagaimana bakal pelajar membuat
permohonan, bagaimana kaedah pembelajaran program baru tersebut, siapa kumpulan sasar

13
BBPM2203
bagi mengikuti program baru tersebut, apakah yang menarik perhatian pelajar dan apakah
reaksi pelajar terhadap stategi pemasaran yang telah dilakukan oleh pihak LUCT. Proses
terakhir adalah pelancaran produk. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu
dititikberatkan oleh pihak LUCT dalam peringkat ini seperti masa pelancaran, tempat produk
akan diperkenalkan serta persediaan lain yang difikirkan perlu.

LUCT telah berjaya dalam membangunkan program pengajian baru ini dengan
cemerlang sehingga ia dapat memikat ramai pelajar bagi mengikuti program pengajian ini.
Antara faktor kejayaan LUCT adalah penyediaan persekitaran yang berbeza daripada institusi
pengajian tinggi yang lain. Selain itu program yang ditawarkan adalah unik dan mampu
memenuhi tuntutan industri kreatif serta pelajar. Selain itu, promosi yang menarik dan efektif
yang dijalankan oleh jawatankuasa pemasaran LUCT berjaya memasarkan program
pengajian baru ini dengan baik dan cemerlang.

3453 patah perkataan

14

Anda mungkin juga menyukai