Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI HARIAN

Tarikh: 29 Jun 2020 (Isnin)


(Hari Keenam Belas)

Pada hari ini, saya telah memulakan sesi pengajaran bagi dua buah kelas iaitu 1 Ikhlas dan 2RKS. Pada
pukul 09.00 pagi hingga 10.00 pagi, saya telah mengendalikan kelas Bahasa Melayu bagi kelas 1 Ikhlas.
Topik yang saya mengajar pada hari ini untuk kelas 1 Ikhlas adalah “Kata Ganda”. Sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran, semua pelajar memberi respons yang baik dan mereka sangat aktif pada
masa itu. Hal ini menyebabkan saya berasa gembira dan berasa semangat untuk mengajar mereka
pada hari-hari yang berikutnya.

Seterusnya, pada pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi, saya telah mengendalikan kelas Bahasa Melayu
bagi kelas 2RKS. Bagi kelas 2RKS pula, saya telah memilih topik “Karangan Pendek” untuk diajar pada
hari ini. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, semua pelajar memberikan tumpuan yang
sepenuhnya semasa saya memberi penerangan. Dan pelajar-pelajar kelas 2RKS berminat untuk
mempelajari topik tersebut. Secara keseluruhannya, semua objektif yang telah ditetapkan bagi kedua-
dua kelas dapat dicapai.

Tarikh: 30 Jun 2020 (Selasa)


(Hari Ketujuh Belas)

Pada pukul 10.30 pagi, saya telah mengendalikan kelas Bahasa Melayu dalam talian bagi kelas 4 Sains.
Topik yang saya mengajar pada hari ini adalah “Puisi Tradisional”. Sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran, semua pelajar memberi respons yang amat baik dan mereka merupakan pelajar-pelajar
yang sangat aktif.

Seterusnya, pada pukul 11.30 pagi hingga 01.30 petang, saya telah mengendalikan kelas Bahasa
Melayu bagi kelas 5 Sains, 5 Ekonomi, dan 5 PSV. Bagi kelas-kelas tersebut, saya telah memilih topik
“Rumusan” untuk diajar pada hari ini. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, semua pelajar
memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa saya memberi penerangan di hadapan. Selain itu,
semua pelajar di kelas tersebut memberi kerjasama yang baik dan mereka telah menyiapkan segala
latihan yang saya berikan. Secara keseluruhannya, semua objektif yang telah ditetapkan dapat dicapai
dengan jayanya.
Tarikh: 01 Julai 2020 (Rabu)
(Hari Kelapan Belas)

Pada hari ini, saya telah meluangkan masa untuk menghias papan kenyataan panitia Bahasa Melayu.
Sepanjang proses penghiasan ini, saya telah mendapat sokongan yang baik daripada semua guru
Bahasa Melayu. Mereka juga turut membantu saya untuk menyiapkan hiasan tersebut. Sekitar jam
12.50 tengahari, saya telah menyiapkan perhiasan tersebut dan saya kembali ke bilik guru untuk
menyemak latihan pelajar.

Tarikh: 02 Julai 2020 (Khamis)


(Hari Kesembilan Belas)

Pada hari ini, saya telah meluangkan masa untuk melengkapkan segala dokumen pengajaran seperti
rancangan pengajaran harian (RPH), lembaran kerja, dan lembaran markah pelajar untuk diberikan
kepada pihak pentadbiran bagi tujuan penyemakan.

Tarikh: 03 Julai 2020 (Jumaat)


(Hari Kedua Puluh Satu)

Pada hari ini, saya telah meluangkan masa untuk menyemak latihan pelajar. Selepas menyemak semua
latihan pelajar, saya memasukkan markah bagi latihan tersebut dalam aplikasi “Google Classroom”. Bagi
saya ini adalah satu pengalaman yang begitu menyeronokkan apabila saya dapat melihat hampir
kesemua pelajar mendapat markah penuh bagi latihan yang saya berikan. Ini bermakna bahawa saya
berjaya untuk memberikan ilmu yang secukupnya kepada pelajar-pelajar tersebut.
REFLEKSI HARIAN
(MINGGU KEEMPAT)
29 JUN 2020 – 03 JULAI 2020

Anda mungkin juga menyukai