Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI HARIAN

Tarikh: 15 Jun 2020 (Isnin)


(Hari Keenam)

Pada hari ini, saya telah memulakan sesi pengajaran bagi dua buah kelas iaitu 1 Ikhlas dan 2RKS. Pada
pukul 09.00 pagi hingga 10.00 pagi, saya telah mengendalikan kelas Bahasa Melayu bagi kelas 1 Ikhlas.
Topik yang saya mengajar pada hari ini untuk kelas 1 Ikhlas adalah “Kata Terbitan”. Sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran, semua pelajar memberi respons yang baik dan mereka sangat aktif pada
masa itu. Hal ini menyebabkan saya berasa gembira dan berasa semangat untuk mengajar mereka
pada hari-hari yang berikutnya.

Seterusnya, pada pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi, saya telah mengendalikan kelas Bahasa Melayu
bagi kelas 2RKS. Bagi kelas 2RKS pula, saya telah memilih topik “Kesalahan Ejaan” untuk diajar pada
hari ini. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, semua pelajar memberikan tumpuan yang
sepenuhnya semasa saya memberi penerangan. Secara keseluruhannya, kesemua objektif yang telah
ditetapkan dapat dicapai dengan jayanya.

Tarikh: 16 Jun 2020 (Selasa)


(Hari Ketujuh)

Pada hari ini, saya telah mengendalikan kelas Bahasa Melayu dalam talian bagi kelas 4 Sains. Topik
yang saya mengajar pada hari ini adalah “Membina Ayat”. Sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran, semua pelajar memberi respons yang amat baik dan mereka merupakan pelajar-pelajar
yang sangat aktif. Semua pelajar memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa saya memberi
penerangan mengenai cara-cara membina ayat dengan betul dan lengkap. Setelah saya memberi
penerangan, saya telah meminta pelajar untuk menyiapkan latihan yang saya berikan melalui aplikasi
“Google Classroom” dan “WhatsApp”. Secara keseluruhannya, kesemua objektif yang telah ditetapkan
dapat dicapai dengan jayanya.
Tarikh: 17 Jun 2020 (Rabu)
(Hari Kelapan)

Pada hari ini, saya telah meluangkan masa saya untuk menyediakan rancangan pengajaran harian
(RPH) bagi kelas minggu hadapan. Setelah menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) saya
turut menyediakan beberapa lembaran kerja bagi menguji tahap kefahaman pelajar. Setelah itu, saya
menghantar semua rancangan pengajaran harian (RPH) dan lembaran kerja yang disediakan kepada
guru pembimbing iaitu Cik Noorazilawati bagi tujuan penyemakan.

Tarikh: 18 Jun 2020 (Khamis)


(Hari Kesembilan)

Pada hari ini, saya telah meluangkan masa untuk membuat modul pembelajaran Bahasa Melayu bagi
pelajar-pelajar saya. Dengan bimbingan Cik Noorazilawati, saya dapat menyiapkan modul Bahasa
Melayu tersebut dalam masa sehari. Antara elemen-elemen yang saya masukkan dalam modul tersebut
adalah cara-cara untuk memperolehi markah yang tinggi dalam peperiksaan, cara-cara membina
ringkasan atau rumusan yang betul dan lengkap, cara-cara untuk membina ayat, dan lain-lain. Setelah
saya menyiapkan modul tersebut, saya menghantar modul tersebut kepada Cik Noorazilawati bagi
proses penyemakan dan kelulusan. Setelah saya mendapat kelulusan daripada Cik Noorazilawati, saya
akan mempergunakan modul tersebut semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Tarikh: 19 Jun 2020 (Jumaat)


(Hari Kesepuluh)

Pada hari ini, saya telah meluangkan masa untuk menyemak latihan pelajar. Selepas menyemak semua
latihan pelajar, saya memasukkan markah bagi latihan tersebut dalam aplikasi “Google Classroom”. Bagi
saya ini adalah satu pengalaman yang begitu menyeronokkan apabila saya dapat melihat hampir
kesemua pelajar mendapat markah penuh bagi latihan yang saya berikan. Ini bermakna bahawa saya
berjaya untuk memberikan ilmu yang secukupnya kepada pelajar-pelajar tersebut.
REFLEKSI HARIAN
(MINGGU KEDUA)
15 JUN 2020 – 19 JUN 2020

Anda mungkin juga menyukai