Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI HARIAN

Tarikh: 27 Julai 2020 (Isnin)


(Hari Ke-37)
Pada awal pagi hari ini, saya telah meluangkan masa untuk membuat persiapan bagi kelas hari ini.
Selepas itu, pada pukul 8.10 pagi, saya diminta untuk memasuk ke kelas peralihan buat sementara
waktu. Hal ini demikian kerana guru mata pelajaran bagi kelas tersebut tidak hadir ke sekolah.

Pada jam 12.30 tengahari hingga 13.30 petang, saya telah mengendalikan kelas Bahasa Melayu bagi
tingkatan 1 Ikhlas. Untuk sesi PdPc pada hari ini, saya telah memilih topik kesalahan ejaan. Sepanjang
proses PdPc pada hari ini, saya telah memberi penekanan dalam aspek mengenal pasti kesalahan
ejaan dalam sesuatu ayat dan juga cara-cara untuk membetulkan kesalahan tersebut. Selepas
menerangkan semua perkara tersebut, saya telah memberikan latihan pengukuhan dan meminta semua
pelajar untuk menyiapkan latihan tersebut. Secara keseluruhannya, semua pelajar telah memberi
tumpuan yang sepenuhnya semasa sesi PdPc.

Tarikh: 28 Julai 2020 (Selasa)


(Hari Ke-38)
Pada awal pagi, saya meluangkan masa untuk membuat persiapan bagi kelas hari ini.

Pada pukul 08.30 pagi hingga 09.30 pagi, saya telah mengendalikan kelas Bahasa Melayu bagi
tingkatan 4 Sains. Pada hari ini, saya telah mengajar topik rumusan. Sepanjang proses PdPc, saya telah
mengajar mereka tentang cara-cara untuk menghasilkan sebuah rumusan yang lengkap dan betul dari
segi bahasa dan kosa kata. Selepas itu, saya telah memberikan latihan dan meminta semua pelajar
untuk menyiapkan.

Pada pukul 10.30 pagi hingga 11.00 pagi, saya telah mengendalikan kelas Bahasa Melayu bagi
tingkatan 1 Ikhlas. Sepanjang proses PdPc hari ini, saya meminta semua pelajar untuk membuat
pembentangan mengenai topik kata adjektif. Tujuan pembentangan tersebut adalah untuk menguji tahap
kefahaman pelajar terhadap topik tersebut. Daripada hasil pembentangan tersebut, saya mendapati
bahawa semua pelajar memahami konteks pembelajaran topik tersebut, cuma mereka tidak menguasai
sepenuhnya tentang cara-cara untuk membuat pembentangan. Mereka hanya membaca teks yang
sedia ada di lembaran nota. Selepas pembentangan tersebut, saya telah memberi sedikit teguran dan
meminta mereka untuk membiasakan diri mereka untuk membuat pembentangan tanpa merujuk kepada
teks. Setelah itu, saya telah mengutip kertas mahjong yang telah digunakan oleh pelajar semasa sesi
pembentangan bagi tujuan penyemakan. Selepas itu, saya telah memberikan latihan pengukuhan dan
meminta semua pelajar untuk menyiapkan latihan tersebut.
Selepas semua kelas selesai, saya telah meluangkan masa untuk membuat refleksi harian.

Tarikh: 29 Julai 2020 (Rabu)


(Hari Ke-39)
Pada awal pagi, saya telah meluangkan masa saya untuk membuat persiapan bagi kelas hari ini.

Pada pukul 07.30 pagi hingga 08.30 pagi, saya telah mengendalikan kelas Bahasa Melayu bagi
tingkatan 1 Ikhlas. Topik yang saya pilih untuk hari ini adalah topik ringkasan. Sepanjang proses PdPc,
saya telah mengajar cara-cara untuk menghasilkan sebuah ringkasan yang lengkap dengan
menggunakan teknik ‘TESUK’. Dengan menggunakan teknik tersebut, semua pelajar dapat membuat
kerangka bagi ringkasan tersebut dengan cepat dan mudah. Setelah itu, saya telah memberikan latihan
pengukuhan dan meminta semua pelajar untuk membuat latihan tersebut. Secara keseluruhannya,
semua pelajar telah memberikan kerjasama yang baik untuk hari ini.

Selepas itu, pada pukul 10.00 pagi hingga 10.30 pagi, saya telah mengendalikan kelas Bahasa Melayu
bagi tingkatan 4 Sains. Topik yang saya pilih untuk hari ini adalah topik ayat tanya. Pada permulaan
proses PdPc, saya telah mengadakan sesi soal jawab bersama pelajar. Setelah itu, saya mengaitkan
jawapan pelajar dengan topik pada hari ini. Selepas itu, saya telah mengajar tentang cara-cara untuk
membina satu ayat yang lengkap dengan menggunakan kata tanya. Selepas memberi penerangan, saya
telah memberikan latihan pengukuhan dan meminta semua pelajar untuk menyiapkan latihan tersebut.

Setelah semua kelas selesai, saya telah meluangkan masa saya untuk menyemak buku latihan pelajar
dan saya juga mengambil kesempatan untuk menyiapkan refleksi harian.

Tarikh: 30 Julai 2020 (Khamis)


(Hari Ke-40)
(Cuti Peristiwa)

Pada hari ini, saya telah meluangkan masa saya untuk membuat bahan bantu mengajar bagi kelas
minggu hadapan.

Tarikh: 31 Julai 2020 (Jumaat)


(Hari Ke-41)
(Cuti Awal Muharam)

Pada hari ini, saya telah meluangkan masa saya untuk menyiapkan rancangan pengajaran harian bagi
kelas minggu hadapan.
REFLEKSI HARIAN
(MINGGU KELAPAN)
27 JULAI 2020 – 31 JULAI 2020

Anda mungkin juga menyukai