Anda di halaman 1dari 2

UNIT 3 - Permainan kategori serangan : (II) RAGBI SENTUH

• Permainan Ragbi sentuh dimainkan oleh ____________ orang sepasukan.

• Permainan ini memerlukan kemahiran menghantar, menangkap, berlari, mengadang, mengacah dan try.

• Permainan ini melibatkan ________________ untuk mematikan pergerakan pihak lawan.

• Sentuhan boleh dilakukan pada setiap _____________________ pemegang bola, sama ada pakaian mereka
atau bola.

• Jika pasukan bertahan berjaya menyentuh pasukan penyerang sebanyak ________kali , maka bola tersebut
akan jatuh ke tangan pihak bertahan.

• Dalam permainan ini, hantaran bola dilakukan secara hantaran ________atau ke _______________ sahaja.

• Bola tidak boleh dihantar ke arah ________________.

• Pemain perlu menangkap bola dan melepasi pihak lawan ____________________ dan _______________
ke garisan gol untuk melakukan __________.

• Setiap try akan diberi ____________ mata.

• Jika bola berjaya disentuh atau bola yang dikawal terjatuh, maka kumpulan akan bertukar peranan.

• Kumpulan yang melakukan try terbanyak dikira pemenang.

(I) Kemahiran Asas Permainan Ragbi Sentuh :

• Menghantar, berlari, mengacah, menyentuh, mengelak, try, mengadang, menangkap.

(II) Aspek keselamatan dalam permainan ragbi sentuh :

1. Lakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti bagi mengurangkan risiko kecederaan.

2. Pastikan kawasan permainan selamat.

3. Pakai pakaian yang sesuai.

4. Tidak memakai jam tangan dan barang kemas

5. Mengelak daripada melakukan rempuhan

6. Lakukan senaman menyejukkan badan selepas menamatkan setiap aktiviti.

(III) Kemahiran ______________________ :

1 Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan dan condongkan badan ke sisi.

2 Ayunkan tangan dan hantarkan bola ke sisi pada penerima.

(IV) Kemahiran _____________________ :

3. Penerima memandang bola dan mengembangkan jari untuk menangkap bola.

4. Menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan dan serap daya.

1
(V) Kemahiran _______________________ :

• Kemahiran ini bertujuan mengelakkan diri dan menembusi benteng pasukan lawan yang paling hampir.

• Pemain yang mengacah perlu menukar arah pergerakan apabila menghampiri pemain lawan dengan
pergerakan badan dan menukar langkah bagi mengelirukan pihak lawan.

• Pemain perlu meningkatkan kelajuan bagi mendapatkan berlebihan ruang untuk melakukan try.

(VI) Try

• Dilakukan untuk mendapat mata

• Try yang berjaya akan diberi lima mata kepada kumpulan yang membawa bola melepasi pertahanan lawan
dan meletakkan bola ke kawasan in-goal pihak lawan dengan tangan.

Try boleh dilakukan secara :

(1) ___________________
• Sisi badan dijatuhkan sambil memegang bola ke dalam kawasan in-goal.

(2) ___________________
• Pegang bola dengan kedua-dua tangan, fleksi lutut dan sentuh bola ke
dalam kawasan in-goal.

(3) ___________________
• Melompat ke hadapan bersama bola dan menyentuh kawasan in-goal.

Anda mungkin juga menyukai