Anda di halaman 1dari 5

Jawapan Modul 1

Latihan Minda 1.1

1 Simpan kira merupakan proses perakaunan yang meliputi aktiviti mengumpul,


menyusun, menyimpan, merekod dan melapor rekod-rekod perakaunan.

Perakaunan pula mencakupi skop yang lebih luas, iaitu meliputi aktiviti
mengumpul, menyusun, menyimpan, merekod, melapor, menganalisis, menafsir,
merancang, menilai dan merumus.
2 (a) Perakaunan pengurusan
(b) Perakaunan kewangan
(c) Percukaian
(d) Pengauditan
3 (a) Tatacara penyediaan rekod perakaunan bagi suatu tempoh perakaunan.
(b) Menyatakan pendapat profesional terhadap penyata kewangan yang
disediakan setelah rekod-rekod kewangan diperiksa.
(c) Kompetensi, integrity, kerahsiaan, objektiviti, sifat professional ( pilih 4)
(d) Menentukan kelayakan seseorang untuk menjadi akauntan / Menawarkan
latihan, pelajaran dan peperiksaan kepada seseorang yang ingin menceburi
bidang perakaunan
(e) Sebagai garis panduan kepada peniaga untuk menyediakan rekod-rekod
perakaunan dalam suatu tempoh perakaunan
(f) Sekiranya tatacara penyediaan perakaunan tidak dipatuhi, rekod-rekod
kewangan tidak akan dapat disediakan dengan teratur dan sistematik. Ini
akan menyukarkan proses penyediaan penyata pendapatan dan penyata
kedudukan kewangan perniagaan.
4 (a) Sifat profesional
(b) Kerahsiaan
(c) Kerahsiaan
5 MASB – Membentuk dan menggubal piawaian perakaunan di Malaysia
MIA – Menentukan kelayakan seseorang unutk menjadi akauntan
MICPA – Memajukan profesion perakaunan melalui latihan dan peperiksaan
ACCA – Memberikan khidmat sokongan kepada ahlinya sepanjang kerjaya dalam
bidang perakaunan

Latihan Minda 1.2


1 Luca Pacioli merupakan orang pertama yang mendokumentasikan sistem catatan
bergu dalam sebuah karya Matematiknya
2 Mengumpul dan menyimpan data tentang aktiviti perniagaan / Memproses data
untuk menjana maklumat yang berguna untuk membuat keputusan / Menyediakan
kawalan untuk menjaga keselamatan aset perniagaan
Latihan Minda 1.3

1  Kebolehsahan
 Perwakilan benar
 Kebolehfahaman
 Kebolehbandingan
2 (a) Untuk melihat keupayaan dan kecekapan suatu perniagaan untuk
membayar hutang
(b) Untuk mengukur prestasi perniagaan untuk menjana pendapatan dan
melihat kedudukan kewangan
(c) Untuk tujuan semakan dan pentaksiran cukai pendapatan.
3 Pemilik perniagaan / pekerja sendiri / pihak luar yang dilantik

Latihan Minda 1.4

1 (a) Entiti berasingan


(b) Ketekalan
(c) Wang sebagai ukuran
(d) Tempoh perakaunan
(e) Prinsip kos
(f) Pengiktirafan hasil dan belanja
(g) Kos manfaat
(h) Entiti berasingan
2 Kos manfaat mengkaji sejauh mana pendapatan dapat dijana daripada kos yang
ditanggung jika suatu projek atau program perniagaan dilaksanakan.
3 Tidak. Hasil penginapan hotel hanya akan diiktiraf pada ketika Encik Puvan
mendaftar masuk pada bulan Februari 2017, bukannya diiktiraf semasa bayaran
Encik Puvan diterima.
4 Entiti berasingan

Latihan Minda 1.5

1 Pemiutang berhak menuntut aset perniagaan untuk menjelaskan hutang


2 (a) Salah
(b) Betul
(c) Betul
(d) Salah
Soalan Objektif
1. C
2. A
3. B
4. C
5. A
6. D
7. D
8. B
9. B
10. C
11. C
12. A
13. C
14. D
15. D
Soalan Struktur

1 Simpan kira merupakan proses perakaunan yang meliputi aktiviti mengumpul, menyusun,
menyimpan, merekod dan melapor rekod-rekod perakaunan.

Perakaunan pula mencakupi skop yang lebih luas, iaitu meliputi aktiviti mengumpul,
menyusun, menyimpan, merekod, melapor, menganalisis, menafsir, merancang, menilai
dan merumus.
2 (a) Perakaunan kewangan menyediakan pelaporan maklumat perakaunan dalam
bentuk Penyata Kewangan yang digunakan oleh pengguna dalaman dan luaran
untuk membuat keputusan.
(b) Perakaunan pengurusan menyediakan maklumat perakaunan untuk pengguna
dalaman.
3  Seseorang akauntan memikul tanggungjawab kepimpinan dan mampu
mempengaruhi operasi sesebuah perniagaan dan organisasi.
 Penyediaan akaun dan pengauditan memerlukan sikap integriti yang tinggi
 Data-data perakaunan sesebuah perniagaan merupakan rahsia perniagaan dan
tidak boleh didedahkan kepada pihak ketiga agar tidak menjejaskan operasi
perniagaan.
4  perancangan dan pengurusan strategik
 pengimplementasian polisi
 penambahbaikan polisi
 pengurusan bajet dan kewangan
 penyelesai masalah
 perundingan
 pembuat keputusan
 pembimbing dan mentor
 pembangunan sumber manusia
5 a)MASB – Membentuk dan menggubal piawaian perakaunan di Malaysia
b)MIA – Menentukan kelayakan seseorang unutk menjadi akauntan
6 Luca Pacioli. Beliau mendokumentasikan dan mempopularkan sistem catatan bergu secara
bertulis.
7

8  Kebolehbandingan
 Kebolehsahan
 Kebolehfahaman
 Pemasaan
9 Milikan tunggal:
 Dimiliki oleh seorang pemilik
 Sumber modal daripada pemilik perniagaan
 Berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan
 Untung dinikmati dan rugi ditanggung sepenuhnya oleh pemilik
 Pengurusan perniagaan diuruskan oleh pemilik dan dibantu oleh ahli keluarga
atau saudara

Perkongsian:
 Dimiliki oleh 2 hingga 20 orang pekongsi bagi perkongsian biasa dan 2 hingga 50
orang pekongsi bagi perkongsian professional
 Sumber modal disumbangkan oleh para pekongsi
 Berdaftar di bawah Akta Perkongsian 1961
 Untung atau rugi diagihkan kepada para pekongsi mengikut syarat pembahagian
untung atau rugi yang dipersetujui
 Pengurusan perniagaan diuruskan oleh pekongsi aktif
10 Syarikat sendirian berhad
 Dimiliki oleh 2 hingga 50 orang pemegang saham
 Laporan kewangan perlu dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan
Syarikat awam berhad
 Dimiliki 2 dan tiada had maksimum jumlah pemegang saham
 Laporan kewangan tidak perlu dibentangkan kepada orang awam
11 (a) Puan Halimah wajar mendedahkan ketidakjujuran Encik Lim dalam laporan audit
kerana Encik Lim mengubah amaun jualan dan ini menyebabkan hasil jualan
sebenar tidak sama dengan hasil jualan yang direkodkan dalam buku.
(b) Tindakan Encik Lim akan menyebabkan hasil jualan dalam penyata pendapatan
dan baki tunai di bank dalam penyata kedudukan kewangan terkurang nyata. Ini
memberikan tanggapan kepada pengguna penyata kewangan bahawa syarikat
Encik Lim tidak mampu menjana pendapatan dengan cemerlang dan tidak
mempunyai kedudukan kewangan tang kukuh. Akhirnya, pengguna seperti
pemiutang, institusi kewangan dan pelabur akan membuat keputusan yang kurang
tepat

Anda mungkin juga menyukai